Sunday, November 20, 2016

sape ni?

sape ni? 

ni isa.. 

Isa Al Bukhari Bin Mohd Izzuddin 
😳
😳
😳
 hahahhaha 

takde angin takde ribut tetiba dah beranak no.2? kui kui kui 

tak sempat nak update kt sini 😅 
ampunnnn

kenalkan 🤗 

my 2nd hero ❤️ 
14/10/16 
11.34am 
3.4kg 

kerajinan nak menaip blom dtg.. 
nanti je la ye sy cite kisah isa 😉 


Saturday, January 9, 2016

PERGINYA SAHABAT

dah lama tak update blog.. 
 
pagi ni rasa terpanggil nak pahat cerita ni kat sini.. 

dari awal saya kenal cikgu memang dia jenis sayang kawan. sampai la lepas kawen saya dah faham dia sanggup bersusah payah tolong kawan.. 

sifat kasih sayang dia tu memang saya suka sebab satu masa dulu saya pon macam tu.. 

pagi ni awal subuh dapat call yang kawan dia meninggal.. saya dengar dan hmmm je.. Al-Fatihah.. 

tetiba cikgu nangis.. nangis yg bukan menitik air mata je.. tapi nangis yang sedu sedan.. betapa sayangnya dia pada kawan.. 

 
now cikgu dalam perjalanan ke kedah.. semoga dia sempat tatap wajah kawannya buat kali terakhir.. 

1 jan 2016 ari tu pon genap la 18tahun arwah ira tinggalkan saya.. 


mudah2an sulaiman nanti pon mewarisi sifat kasih sayang bersahabat ni..

ps : tapi tak best la kan kalo dapat kawan yang amik kesempatan atas kita.. macam saya ni kawan pinjam duit dari tahun 2000 (form 3) sampai hari ni 2016 tak dapat lagi duit tu.. 

bila tanya kang jawapan dia memang menyakitkan hati.. last2 dia block fb saya.. hmmm.. 

cikgu pon sama.. masa saya dah nak dekat bersalin ada kawan nak pinjam duit.. saya cerita al kisah sejarah saya pasal kawan pinjam duit.. 

seboleh2 dia bela kawan dia tu.. katanya kawan dia tu bukan jenis camtu.. kita ni pon biarkan je la.. 

nahh.. akhir tahun 2013 sampai ni awal tahun 2016.. katanya bonus and gaji bln satu 2014 nak bayar balik.. last last.. diammmm takde bunyi.. 

baru2 ni tersempak kat mall.. haha.. Allah nak "temu"kan setelah sekian lama kawan tu diam and bagi alasan macam2.. so dapat la dia bayar balik half je dulu.. 

alhamdulillah.. jadik la daripada takde langsung and diam je kan.. hope yang lagi baki separuh tu takde la diam je lepas dapat bonus tahun ni pulak.. 

eh??? bukan keeeee 5 hari lepas pekerja kerajaan sume dah dapat bonus???? 

mari kita ber hu hu hu hu hu 😝 



Wednesday, July 29, 2015

EDUCATIONAL FLASHCARDS





👍 sesuai untuk pembelajaran kanak2 di rumah dan dimana2 sahaja. (Saiz komik dragon-ball)

👍boleh dijadikan Bahan Bantu Belajar for Teachers/Pre-school/Kindergarten/Nursery (vocabulary expansions)
enjoying colourful pictures
games n quizzes
story-telling, singing
tampal dalam kelas/bilik

👍 unique and beautiful designs to attract children's attention

👍 easy but useful information for children to learn and remember.

👍 helpful questions on the back of each cards provide opportunities for conversation (mak-anak, cikgu-murid abang/kakak-adik)

👍 16 interesting topics/themes
- Animals
- Animals and Their Babies
- Animals that live in Water
- Prehistoric Animals
- Endangered Animals
- Small Creatures
- Birds
- Fruits
- Food and Drinks
- Vegetables
- People and Places
- Occupations
- Things at Home
- Things to Play With
- Things that Move
- In Outer Space

👍25 colourful and quality cards in each box.

👍RM22 PER BOX / RM 100 5 BOXES 

WHATSAPP 0135028006 (page)

"Great is LEARNING, for it leads to LOVE... PLAY, LEARN and GROW together with them" 

NOTA KAKI : DROPSHIPPER WANTED TOO!!!



Monday, March 9, 2015

PINDAH RANDAH

17 March ni dah genap setahun saya masuk rumah ni
maknanya dah setahun saya bermastautin di bumi johor ni

Alhamdulillah
rezeki saya lepas kawen tahun lepas 
saya masuk rumah sewa yang cikgu sediakan ni
"cuci kaki tangan" je

paham tak apa maksud dia? 
saya tak payah bawa pape selain pakaian saya je
dan bawa punggung yang lebar ni 
hihi

masa tu saya bersyukur sangat
saya takde teruk2 susah payah nak berpindah
macam sesetengah pengantin baru
yang berpindah ke rumah baru kosong 
dasar pemalas sebenarnya  

rumah ni cukup lengkap dan sempurna
saya rasa bertuah sangat
Alhamdulillah
 
saya tak pentingkan bahagian lain
saya cuma nak bahagian dapur je

dapur = syurga saya
hahahaha
tu sebab saya gemuk 
-____________-

then cuti akhir tahun lepas
tengah sibuk2 nak pack barang balik kl 
tetiba tuan rumah datang

 dia bagitau yang rumah ni dalam proses nak jual
DANG!!
time tu saya dah nak dekat due
menitik jugak la air mata ni
sebab saya sayang dapur saya

hahaha
sayangkan dapur sampai nangis
:P

so bermula la edisi mencari rumah
pusing2 sana sini
macam jenis rumah

sampai la kami ada 2 pilihan
pertama : rumah apartment ada kolam renang
kedua : rumah macam sekarang teres 2 tingkat

rumah teres tu belakang rumah yang sekarang je
kalau nak pindah pon jalan kaki je bawa barang2
nak angkut peti ais pon boleh pakai troli je tolak ke rumah baru tu
agak2 tengah anak tidur rasa rajin nak pindahkan barang sikit2 pon boleh

Alhamdulillah 
rezeki kami
tuan rumah dah jual rumah ni
so dia bagi SEMUA barang dalam rumah ni
syukur

rumah apartment pulak jauh sikit dari sini
nak berpindah memang kena pakai lori
jenuh jugak la kalo nanti nak hangkut sekali gus
rumah tu tak sebesar rumah sekarang
just nice untuk kami bertiga

pilihan saya? 

saya pilih APARTMENT

nak tau kenapa? 
sebab untuk anak saya sulaiman
:D

bila rumah apartment tu
at least boleh bawa sulaiman jalan2 bawah rumah
jalan2 kat kolam renang
kawasan tu selamat
nak masuk pon kena pakai kad
yang penting takde anjing

ofkos la dapur rumah apartment ni memuaskan hati isteri cikgu ni
huhuuhuhuh 

rumah teres tu sama la macam rumah sekarang
sulaiman terperuk je dalam rumah
tak berkembang ler minda anak saya tu
saya tak berani nak bawa sulaiman keluar selain depan ruman ni je

sebab
anjing banyakkkkkk!!!

kalau saya sorang2 takpe la
saya takde la takut anjing sangat
tapi bila dengan anak
memikir la jugak

kang kalau pape jadi kang
menyesal tak sudah
-________________- 

pfffttttt
kisah berpindah ni tak berhenti kat sini je
insyaAllah bulan 4 ni cikgu nak mohon tukar ke KL
yahooooo.. i'm back!! kuala lumpur tunggu saya balik!!!

kalau dapat insyaAllah 2-3 tahun duduk kl
sebelum kami settle down kat sungai petani

lohhhh?? 
apehal lak tu?? 
dah macam kaum nomad je dah pindah randah
hahaha

sebenarnya saya nak balik kl kejap 2-3 tahun
insyaAllah saya nak sambung balik meniaga

agak2 dah cukup modal nak hias rumah
baru cikgu nak pindah rumah yang cikgu beli tu
cikgu beli rumah banglo kat sungai petani
jangkaan siap bulan 8 ni

macam biasa saya ni kan gedik
saya cakap saya nak dapur macam istana 
hahahahha

so saya kata saya nak meniaga and kumpul
$$$$ manyak2
untuk saya buat dapur bak seindah di kayangan saya tu
giler punya berangan
keh keh keh 

walaupon cikgu kata nak buatkan dapur syurga saya tu
saya tak nakkkkkkk
saya nak buat sendiri
guna duit sendiri
dengan hasil titik peluh sendiri

satu kepuasan yang tak terhingga 
bila tengok hasil usaha sendiri
insyaAllah












Thursday, February 26, 2015

MAMA




 honestly bila dah jadi mama baru kita rasa pengorbanan mak kita membesarkan kita. membesar sampai berat 118kg 

tak nak dah cite pasal sakit bersalin tu. memang sakit tu sakit sangat. yang tak tergambar dek fikiran kaum adam. tapi sakit camne sekali pon seorang perempuan masih sanggup redah lagi lagi dan lagi untuk zuriat yang seterusnya. saya ni baru anak sorang dah trauma. yang anak ramai tu memang tak terkata la kuatnya semangat dia. betapa hebatnya kaum hawa yang dah tau sakit tapi dia tempuh jugak lagi demi melahirkan seorang khalifah.

cuma ada beberapa perkara yang lebih membuatkan saya menghargai mak saya dan kaum ibu yang lain : 

1. bila tau je dia pregnant terus kena buat buku merah kat klinik kerajaan (kalau yang nak pergi ke hospital kerajaan). loya pening mual muntah bagai tu dah satu hal. menunggu kat klinik kesihatan ibu anak (KKIA) berjam2 lagi satu hal.

2. 1st time buka buku merah tu nurse akan check semua. i mean nurse akan selak baju kita. check breast. check nipple. every month time checkup nurse akan selak sikit seluar sampai bawah perut untuk check ketinggian rahim. honestly saya tak suka!! tak suka any bahagian tubuh saya lebih2 lagi bahagian sulit (breast) saya orang tengok walaupon atas tujuan pemeriksaan camtu. saya tabik semua kaum ibu yang terpaksa merelakan diri demi seorang anak!

3. bila dah nak dekat bersalin doktor akan check bukaan rahim. kalo kat hospital kerajaan tu nurse akan check sebelum doktor. sakit kena seluk tu memang tak payah cite la. selagi bukaan tak 4cm selagi tu tak masuk labor room. ada kes yang sampai berjam2. bayangkan la kalo 3-4 kali check dan nurse yang check tu berbeza2. then lepas bersalin pon nurse akan tengok lagi bahagian bawah tu kalau jahitan terbuka or bernanah. bayangkan la bape ramai orang yang tengok and usik bahagian sulit kita? ada ke mana2 perempuan yang suka bila orang lain tengok bahagian sulit dia? saya sangat sangat sangat tak suka!! and sure takde sorang pon suka. Alhamdulillah saya deliver kat private. doktor saya sorang tu je. bidan sorang and nurse sorang. tu pon saya tetap gak dah rasa malu sangat2.

 4. dah lepas tanggung sakit bersalin kena deal dengan darah nifas pulak. peringkat awal yang banyak tu mula2 pakai pad khas yang besar tu tapi asyik bocor je. lastly saya pakai pampers dewasa. jawabnya habis punggung saya naik ruam. banyak giler ruam macam jerawat kat muka yang ada nanah meletop2 tu. jenuh nak tukar pad. sebulan jugak la melecet celah2 tu selagi darah nifas tu tak habis.

5. bagi yang kena gunting bahagian (sulit) bawah untuk bantu laluan tu memang tak dapat saya nak kata. tak termasuk yang koyak pulak lagi. entah berapa banyak jahitan pon tak tau nak cakap bila kena jahit hidup2. dah la sakit bersalin. sakit kena jahit. pastu nak berak pon sakit and takut kalau jahitan terbuka. Alhamdulillah syukur saya takde kena gunting and takde koyak. saya takde pengalaman macam mana kena jahit kat bahagian bawah tu. so saya tabik spring kat sesiapa yang kena lalui pengalaman tu.

6. kalau orang yang kena operate perut tu katanya tak rasa sakit masa bersalin. kononnya tak rasa sakit masa nak meneran. tapi kena tanggung sakit pulak selepas operate tu. katanya lagi susah nak jaga. and lagi kesian kalo jahitan kat perut tu terbuka or bernanah. then terpaksa rancang 3-5 tahun untuk next baby. saya puji diaorang yang sanggup redah semua proses yang menyakitkan tu demi insan tersayang.

7. dah penat bersalin kena susukan anak pulak. kena bangun walaupun badan masih sakit masih penat sebab meneran untuk susukan anak. demi mu anak. kita berjihad pula untuk susukan anak hingga umur 2 tahun. tengah malam pun bangun susukan anak 2-3 jam sekali. mata dah macam panda pun automatik mata tu terbuka sendiri tanpa bunyi alarm. besarnya kelebihan seorang ibu yang Allah beri boleh bangun dengan sendiri untuk susukan anak. sedangkan sebelum ada anak bunyi alarm menjerit sampai bergegar satu taman pun mak nya tidur mati. 

8.soal berpantang pon tak semua orang mampu bertahan. ada yang suka. ada yang terseksa. demi nak jaga kesihatan diri sendiri terpaksa la ikut jugak walaupun terasa menyampah. kang esok lusa sakit sana sini diri sendiri yang terpaksa tanggung. takde orang lain dah. makan pon banyak yang kena jaga. terkulat2 meleleh2 air liur tengok orang lain makan sedap2 and macam2. yang kita ni selagi menyusukan anak selagi tu la kena control2 makan tu. tak payah cite la bab bengkung bungkus badan macam mamia and tungku perut dengan batu panas tu. tak tau la camne orang perempuan punya kuat nak tempuh 44 hari berpantang tu dengan sabar. saya tak berpantang sampai tahap camtu. so nanti kalo rasa sakit badan tu memang padan muka.

9. kalau yang bagi susu badan tu mesti penah rasa camne nipple sakit pedih sebab anak gigit. ada yang sampai berdarah. ada yang menggelupas kering. pastu puas la nak cover sana sini bila terpaksa breastfeed depan orang depan saudara mara. puas la nak mengelak. puas cari tempat nak menyorok kalau anak nak susu tetiba time kat tempat public. again.. saya kawad hormat untuk ibu yang berjaya breastfeed anak diaorang sampai umur 2 tahun. saya tak tau camne dia handle untuk breastfeed kalo ada kenduri kendara family ramai and anak nak susu time tu jugak dah meraung, kebetulan pulak takde tempat nak sorok. saya still belajar lagi cara nak cover and elak menyusu anak depan orang. dah rasa macam breast saya bukan lagi hak privilege saya sorang. honestly bila saya tengah menyusukan sulaiman saya suh mama saya jangan tengok. nanti dah sudah saya akan bagi cucu kesayangan mama saya tu and buli la puas2. segan malu shy walaupun dengan mak sendiri.

10. mana2 ibu yang bekerja and bagi anak susu badan pulak sanggup la 2-3 jam sekali pam susu. pedih kat nipple tu dah tak hirau dah. yang penting dapat susu yang cukup bekal untuk anak bila mak nya tengah kerja. kang bila terasa macam susu kurang usaha pulak buat power pump. ingat senang ke buat power pump tu? boleh pedih nipple tu tau bila takde susu tapi paksa pam tu sedut kosong gitu je. dah sakit bertambah lagi sakit. tapi semua tu tak peduli dah. yang penting anak dapat susu. apa benda je cara untuk tambah susu mesti mak nya akan cuba. kalau suh telan minyak petrol tu boleh tambah susu konon milk booster memang kita sanggup buat dah. demi mu permata hati.. 

11. makan mandi and tidur memang dah tak macam dulu. makan kena cepat2 je. selalu sangat sampai tergigit lidah sebab nak cepat. kadang2 tengah makan anak terjaga terus stop makan. kalo tak stop and biar anak nangis pon makan tak senang. selalunya bila takde sape dapat tengokkan anak memang tak makan ler mak nya. mandi memang tak dapat dah nak mandi lama2. senang cite kalau dapat mandi sehari dua kali amd dapat mandi berendam sampai sejam dua tu memang dah nikmat dah rasanya. tidur memang tak merasa la dah nak melepak and peluk bantal direct tanpa buka mata sampai tengahari buta. dengar nak bunyi "ek ek ek" je dah terus bangun nak susukan anak. terkebil2 buka mata tapi bila nampak anak terus hilang ngantuk bertukar bahagia.

12. dulu dapat la merasa nak bersolek nak berlilit tudung sebelum keluar rumah. bila dah ada anak ni cari yang sarung je tudung tu. mana nak siapkan anak lagi pastu kita pulak nak siap.tengah2 nak pakai bedak je anak menjerit minta di angkat. last2 bedak pon campak tepi. last2 keluar umah pon selekeh jek. kadang2 kalau anak tidur and dapat peluang nak bersolek sebelum keluar tu dah rasa macam nak melompat jek seronoknya.

13. bila dah ada anak kecik ni tak bebas dah macam dulu. kalau dulu bangun tidur pukul 4 pagi rasa nak pergi lari area taman perumahan ni memang terus sarung kasut je. sekarang? kena pikir anak. anak kena bagi susu. kalau takde sape yang jaga dah terbantut dah hasrat nak exercise tu. kena tunggu anak tido petang baru berani nak buka video body combat. tu pon berani workout setengah jam je sebab takut anak terjaga kang tak sempat mandi. tak sampai hati nak susukan anak dengan badan busuk berpeluh2. niat nak mendaki gunung lagi la kena lupakan je buat sementara waktu ni. at least sampai anak dah 2 tahun dah tak menyusu badan lagi. sementara ni tengok dengan air liur meleleh je la kawan2 lain yang pergi sana sini berjimba2. jiwa ni honestly meronta2 menjerit2 nak aktif macam tu. tapi semua tu saya abaikan. berkorban untuk si jantung hati. 

14. berat dah naik. shape badan lagi la tak payah cerita. untung saya hari tu masa mengandung perut tak besar sangat. saya takde perut menggelebeh. Alhamdulillah. tapi masih rasa down sebab jenuh nak dapatkan balik shape and berat yang dulu. bukan sebab nak cantik untuk suami or takut suami lari tapi untuk kepuasan diri sendiri. tipu la kalau ada perempuan yang tak nak cantik. mesti semua nak badan tu firm je. yet lagi selagi semua kaum ibu korbankan bentuk badan diaorang untuk insan yang bergelar anak.

apa yang saya lalui hari ni itu la yang mama saya dan ibu2 lain dah lalui sewaktu nak membesarkan kita. sebenarnya banyak lagi pengorbanan mama.. tak terbilang.. bukan 14 perkara ni je.. tapi berjuta2.. tak terucap dek kata2 macam mana perjuangan seorang ibu nak membesarkan anak dia. semua ibu atas muka bumi ni pasti nak buat yang terbaik untuk anak diaorang.

terima kasih mama atas pengorbanan mama membesarkan saya.love u mama.. always love u.

finally, saya bersyukur dalam perjuangan saya ni ada insan yang sentiasa membantu dan menjadi tulang belakang saya. sesungguhnya tanpa dia belum tentu saya berjaya harungi semua ni sorang2. dia tak pernah merungut sejak ada anak ni dah kurang perhatian saya kat dia. asyik berkepit dengan anak je. kerja2 rumah pon banyak dia yang settlekan.

siapa dia? SUAMI saya.

terima kasih suami kerana menjadikan saya wanita yang sempurna.

p/s : ni bicara hati saya. andai ada yang tak setuju dan tak senang dengan pandangan saya ni dengan rasa rendah diri saya minta maaf.