Monday, December 24, 2012

#diet tips my secret weapon

Secret la sangatttt! Abaikan.. Haha *secret ada kat the end of the entry*

Senaman. Exercise tu penting. Saya dah try banyak cara nak kurus ni. Tapi dengan exercise ni saya makan macam biasa pon berat saya tetap turun! The best laa babe..

Ramai kata tak mampu nak sign up gym. Mahal. Memang mahal. Itu tahun lepas la. Tapi tahun ni saya boleh senyum sebab bagi saya murah dah since ada deals ni. So korang sume kena la rajin tengok email and check deals ni. Tolong jangan minta link. Kena la usaha sikit.. Nak kurus tak?

So ini deals yg tiap-tiap pagi menyeri hari saya :
1- groupon
2- i love discount
3- milkadeal
4- streetdeals
5- dealmates
6- livingsocial
7- bigdeals

Tapi antara banyak-banyak deals ni groupon la yang paling banyak keluarkan deals gym or fitness ni. Terbaekkk!!!

Jom tengok bape banyak saya dah berjimat. Yang saya conteng merah tu harga yang saya bayar.


Ini yang pertama saya beli. Saya join bulan 3. Virgin camper so memang rasa semput nak mati and nak mampusssss!!




Ini sebelum puasa. Workout giler gaban sebelum puasa. Nanti dah puasa saya tak dapat nak workout siang-siang hari.






Ni saya join lepas raya. Bayangkan musim open house tu saya kat padang bergelumang lumpur demi nak kurusssss!! Bootcamp ni best. Sebab teknik yang sentiasa berubah. So takde perkataan boring.







Lepas sebulan workout sendiri je deals ni pulak keluar. Terus beli. Bootcamp ni best! Memang takde la nak minum air. Tak sempat!

Sebab saya dah join 3 bootcamp so bagi saya dah takde pape.. Selamba badak jek star jump 100kali. Takde mengah and peluh pon tak kuar. Cehhhh.. Berlagak! Bukan berlagak tapi itu hakikat. Stamina dah meningkat.




Iklan :
*seseorang yang berfikiran positif akan kata "perghhh!! Aku kena lawan dia ni"
*seseorang yang berfikiran negatif akan kata "dah kurus cakap senang la.. Berlagak pulak"
=tepuk dada tanya perut=

Manusia seperti ini tidak akan mematahkan semangat saya.





Dan
Dua deals ni saya buat serentak. Sebab tak teruk mana pon.. Exercise simple je..




So by end of the year saya kena habiskan deals ni


Dan ini


Dan ini

3 deals sekali gus! Maybe swimming class tu saya kena lanjutkan sampai 2013. Saya masuk swimming class sebab saya harap one day stamina dah cukup mantap saya nak join triathlon. Memang saya target sampai tahap tu.





So ini next year plan saya. See.. Kena ada plan siap-siap dah.. Jangan tunggu 2013.


Bulan 1 sampai bulan 3 :


Ada 2 marathon in between :


And




By april saya harap saya dapat join gym ni if diaorang benarkan start on april. Kalo tak saya tak beli la deals tu.


*secret*
Fuh... Sekarang saya nak tanya.. Layak tak saya kurus dengan usaha yang saya buat?

Nak kan sesuatu kejayaan kena la usaha. Lepas tu baru tawakal. Memang segala benda yang kita nak buat kena sertakan dengan niat dan doa.

#Saya pernah berdoa mohon di kurangkan nafsu makan dalam sujud saya.
#saya pernah berdoa sebelum minum air yasin supaya saya rajin bersenam.
#saya pernah berdoa sebelum minum air zam-zam supaya saya kekal berazam dan bersemangat untuk kurus cara sihat.

Saya nak tanya.. Pernah tak sesiapa sampai ke tahap yang saya buat?
Jika belum..
Saya layak untuk menegur dengan cara saya kan?

Ramai tanya macam mana agihkan masa.
Ini jawapan saya :
Bila kamu ada janji nak dating or nak jumpa kawan hang out tgk movie or kamu ada family gathering.. Kamu akan adjust time tu supaya kamu boleh pergi. Kamu akan say NO kepada perkara lain-lain.

Jadikan senaman tu one of you priority.

Sesuatu kejayaan tu memang memerlukan pengorbanan.

Nak saya tekankan *tekan jangan tak tekan* lagi kat sini.. keep maintain and turun secara konsisten lebih penting daripada turun banyak-banyak pastu naikkkkkkk banyak-banyakkkkkk.. Banyak tak "K"?

Gud luck! Doa saya sentiasa dengan kamu semua.

Xoxo. P.

Ferrari emas untuk di menangi!

Terbuka kepada semua lelaki..


Sape tak nak? ye dakkk?

Syarat2nya :

Ferrari Emas
Encik Mazlan ialah seorang lagi pegawai atasan aku. Orangnya aktif, tidak berapa gemarkan kerja tercongok di depan komputer dari 8 hingga 5. Rajin memberi pendapat. Rajin memberi nasihat. Dan rajin membuat lawak kuning. Selain gemar memberi talk kepada peserta kursus di organisasi, dia juga gemar mengumpul model kereta Ferarri yang kecik-kecik tu.

Pada suatu hari, entah aku pun tak ingat siapa yang timbulkan isu poligami, isu yang memang ramai sangat orang nak ulas, aku pun seperti biasa, mendengar lah, satu per satu, pendapat demi pendapat. Dari yang sudah berkahwin. Mahupun belum. Ramai juga yang join dalam forum tak rasmi tu. Abang Rashid, Encik Azmi, Akak Hebat Di Ranjang dan entah siapa lagi, aku lupa.

Dan seperti biasa, tiada siapa yang suka. Termasuk lah aku.

Sampai lah apabila Abang Rashid bersuara;

"Ëh tapi korang taknak ke payung emas nanti?"

Aku balas,

"Kalau lah ada hukum Islam kita ini menghalalkan isteri bersuami sampai empat, Abang Rashid nak tak Payung Emas?"

Sekali Encik Mazlan menjawab,

"Kau tanya macam ni, aku teringat satu hari sebelum ni, aku pernah bermimpi. Aku balik dari outstation, penat penat nak peluk cium bini, sekali aku sampai rumah, bini aku tengah layan lelaki lain. Dia bukak pintu bilik dan cakap kat aku 'Ábang, malam ni kan giliran suami saya yang nombor dua ni. Abang balik dulu ya.',

Masa tu aku rasa, walau dalam mimpi, pedihnya menikam-nikam sampai aku terjaga, aku sedih, aku menangis. Terus aku terfikir, begitulah rupa-rupanya rasa isteri apabila diduakan, ya?"

"Encik Mazlan, kenapa nak dapat mimpi baru nak faham?"

"Iyalah, kalau macam tu, jangan kan payung emas, FERRARI emas sekali pun aku taknak. Aku tak sanggup."

Dengan rasa penuh cool, aku tersenyum. Sambil kerepek penuh dalam mulut.

Sumber : perempuanjomblo.blogspot.com

Thursday, December 6, 2012

Don't Forget!

Thanx starbucks!


So don't forget to get your 2nd planner yayy~

Thank you subway!
Only on wednesday ohkeyyyy!



And don't forget this too!


Shoppingggggggg!

Posted via DraftCraft app

Tuesday, December 4, 2012

Al-Fatihah untuk yang saya rindu


Setiap kali bibir ini menutur bismillah..
Setiap kali itu lah.. Air mata ini jujur berjurai..
Setiap kali itu lah.. Hati ini pedih di hiris..

Saya rindu. Tempat saya mengadu.

Saya manusia biasa. Saya Wajib percaya pada qada dan qadar. Allah Hu Akbar! Sakitnya. Perit. Pedih. Saya tahu perit yang saya rasa hanya secubit daripada sakit yang kak ida dan abang ngah saya rasa.

Iya. Saya menyesal. Saya cuba untuk terima tapi saya manusia biasa. Saya sibuk sampai saya tak sempat langsung untuk jumpa arwah lepas operation. Waktu tu arwah sihat! Semua cerita pada saya yang arwah sihat dan kuat.

Saya dapat jumpa arwah hanya selepas arwah dah semakin nazak. Dan waktu tu saya dah tak sibuk. Iya. Hati saya sakit! Saya sibuk untuk orang lain yang tidak menghargai saya! Dan akhirnya saya kehilangan orang yang saya sayang tanpa sempat saya menghabiskan masa dengannya!

Allah knows best.
Allah knows best.
Allah knows what's best for us.

Ya-Allah.

Hati saya luluh. Air mata.....

Al-Fatihah..
Al-Fatihah...
Al-Fatihah....

Posted via DraftCraft app

Teman sekatil sebantal?

Haaaaa!! Jangan fikir yang bukan-bukan! Blog saya memang tak kan ada bab 18sx. Harap maklum. Either saya dah nak masuk 28 this coming new year. Tapi saya still under age la bab-bab tu. My God! *tolonglah fahammmmm*

Ok. Move on.

Pasal entry kahwin lagi *tadi kata under age tapi dok cerita kahwin.. Memang minta penampo*

Firstly bila sebut pasal kahwin seriously saya tak terfikir tentang sekatil sebantal tu. Until one day ada kawan sebut "sekatil sebantal" tu yang saya terfikir something. Jeng jeng jeng.. *macam jebon la pulak* haha.

Saya rasa lepas kahwin saya tetap sediakan 2 biji bantal kepala and 2 biji bantal peluk! you want to know why? Kualiti tidur tu penting! Sakit kepala kalau tidur tak puas ni. Bangun pagi sure bad mood. Betul tak? Kalau tak betul suka hati korang.. Gegege.

Honestly tak nak bantal! Nak tidur atas lengan suami saya! *berangan mat jenin*

Sebenarnya bukan sekatil sebantal yang saya nakkan. Tapi teman. Teman bukan saja di dunia. Tapi di syurga. Faham tak? Hmmmm..

Bukan senang nak capai ke arah tu. Setiap manusia buat dosa. Sape tak penah buat dosa? Meh saya lempang kasi sedar sikit! Kita manusia biasa. Tapi setiap insan pasti ada keinginan untuk buat baik and nak buat yang terbaik untuk ke syurga Allah swt. Sape yang tak nak kan?

So, first thing bukan pilih bukan cari tapi sama-sama la bekerjasama ke arah syurga Allah swt. Saya tak suka bila guna perkataan pilih atau cari tu. Macam agak kejam. Bak kata orang tua, terimalah orang yang sayang kita daripada kita memilih orang yang kita sayang. Haaa.. Faham ke?

Secondly, penah tak korang terfikir kalau salah seorang "pergi dulu"?

Hmmm.. Kita tak payah cerita bab cerai la kat sini sebab dah sah-sah tak kan bersama kat syurga nanti.

iklan jap : korang boleh baca blog mawarnafastari*



Situasi 1 : How if suami kita meninggal waktu kita masih muda lagi. Anak-anak masih kecil. Kita terlalu memerlukan tempat bergantung.



Situasi 2 : How if isteri kita meninggal di saat melahirkan anak sulung kita? Tanpa pengalaman kita kena uruskan anak yang baru lahir.



Bila terfikir dua situasi ni sure ramai yang jawab kat pasangan masing-masing :

"sumpah! I tak kan kawen lagi. I sayang u sorang je!"


Agak-agak daripada 10 orang, berapa orang je yang akan pegang pada janji? Jujur la jawab.

Yang saya nampak orang sekeliling saya..... Hmmmm.. 8 daripada 10 berkahwin lagi! Terimalah hakikat.

Bayangkan bila suami meninggal. Pastinya dia tunggu isteri tercinta di syurga. Tup tup isteri dia tak tiba pon. Sebab dah kahwin orang lain. Apa perasaan si suami?

Bayangkan bila isteri meninggal. Dengan setianya isteri menunggu di pintu syurga. Tup tap tup si suami datang dengan isteri kedua, ketiga or empat. Apa perasaan si isteri?

"heyyy!! U kata u sayang i seorang je!"

"u setia tunggu i so i hadiahkan u payung emas" <--- modal lelaki bila nak kawen lagi.

So? Fikir-fikirkanlah. Sebab hidup di dunia ni hanya sementara. Di akhirat sana yang kekal abadi.


Posted via DraftCraft app

Saturday, December 1, 2012

Mas Kahwin Termahal Buat Saya

Ni sambungan untuk entry IMPIAN. Kat entry tu kan saya ada kata kenapa saya tak nak DUIT hantaran. And kat entry tu jugak saya ada kata saya tak nak mas kahwin berupa wang ringgit. Eh.. Ada ke tak ek saya nyatakan tak nak DUIT? Lupa dahhh.. *beeeeelom tua lagi*


Kalau tak silap.. saya ada kata "hanya seorang suami tahu harga isteri yang bakal dinikahinya" betul le tak eh saya taip ayat ni kat entry IMPIAN tu? *haiyooo.. Nampak nau dah tua bangka*

Ok la.. Camni ceritanya.. Saya memang banyak terlibat secara langsung dan tak langsung dalam hal kahwin-kahwin ni *muntah hijooo*

Sebab dulu saya pernah la tolong family buat katering kahwin-kahwin pondok ni. Eh.. Haha.. Tapi yang peliknya saya tak bape amik port bab kahwin-kahwin and adat ni.. *boleh pulak camtu kan?*

So saya ingatkan mas kahwin ni terpulang pada bakal suami nak bagi apa.. Or just ikut je harga mas kahwin yang dah di tetapkan oleh negeri masing-masing..

Rupa-rupanya mak angkat saya kata saya yang patut sebut berapa yang saya nak. Yeayyyyy!!!

Apa lagi kannnnn.. Ni la time nak demand! Haha.. Dah lama saya pendam.. Dah orang suruh saya minta so mesti la nak yang mahal-mahal kannnn.. Hahahaha *gelak besar mak datukkk sure bakal mak mertua reject terus* opppsssss!

Saya nak ape ek? JENG... JENG... JENG...


























SENASKAH AL-QURAN.

iya. Itu mas kahwin yang saya minta :')

Mas kahwin yang termahal buat saya.

Wang ringgit tak dapat saya bawa masuk dalam kubur pon. Tapi ilmu senaskah Al-Quran ini In sha Allah bekal untuk saya di akhirat nanti.

Saya sedar apa yang saya buat pasti akan mendatangkan fitnah. Dia kawen tanpa duit hantaran and mas kahwinnya hanya Al-Quran??? Sok sek sok sek la mulut mak-mak bedah mengumpat..

Katalah apa nak di kata.. Saya dengan cara saya. Kamu dengan cara kamu. =D

Fikirkan satu je la. Umur saya 21 saya dah beli kereta dengan duit sendiri. Umur saya 23 pendapatan saya sebulan pernah mencecah rm20 ribu lebih.

Apa lagi yang saya nak?

Kebahagiaan.

Iya. Saya tak dapat beli kebahagiaan dengan duit. Itu yang pasti. Duit memang tak mampu membeli segala-galanya.

Doa saya cuma satu..... *air mata mula menitis di saat saya menaip ni*

Saya mohon di jodohkan dengan seorang insan yang MAHU dan BERSABAR untuk MEMBIMBING saya yang DEGIL dan KUAT MERAJUK ni ke jalan Nya. Amin amin amin.





Posted via DraftCraft app

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...