Wednesday, July 29, 2015

EDUCATIONAL FLASHCARDS





👍 sesuai untuk pembelajaran kanak2 di rumah dan dimana2 sahaja. (Saiz komik dragon-ball)

👍boleh dijadikan Bahan Bantu Belajar for Teachers/Pre-school/Kindergarten/Nursery (vocabulary expansions)
enjoying colourful pictures
games n quizzes
story-telling, singing
tampal dalam kelas/bilik

👍 unique and beautiful designs to attract children's attention

👍 easy but useful information for children to learn and remember.

👍 helpful questions on the back of each cards provide opportunities for conversation (mak-anak, cikgu-murid abang/kakak-adik)

👍 16 interesting topics/themes
- Animals
- Animals and Their Babies
- Animals that live in Water
- Prehistoric Animals
- Endangered Animals
- Small Creatures
- Birds
- Fruits
- Food and Drinks
- Vegetables
- People and Places
- Occupations
- Things at Home
- Things to Play With
- Things that Move
- In Outer Space

👍25 colourful and quality cards in each box.

👍RM22 PER BOX / RM 100 5 BOXES 

WHATSAPP 0135028006 (page)

"Great is LEARNING, for it leads to LOVE... PLAY, LEARN and GROW together with them" 

NOTA KAKI : DROPSHIPPER WANTED TOO!!!



Monday, March 9, 2015

PINDAH RANDAH

17 March ni dah genap setahun saya masuk rumah ni
maknanya dah setahun saya bermastautin di bumi johor ni

Alhamdulillah
rezeki saya lepas kawen tahun lepas 
saya masuk rumah sewa yang cikgu sediakan ni
"cuci kaki tangan" je

paham tak apa maksud dia? 
saya tak payah bawa pape selain pakaian saya je
dan bawa punggung yang lebar ni 
hihi

masa tu saya bersyukur sangat
saya takde teruk2 susah payah nak berpindah
macam sesetengah pengantin baru
yang berpindah ke rumah baru kosong 
dasar pemalas sebenarnya  

rumah ni cukup lengkap dan sempurna
saya rasa bertuah sangat
Alhamdulillah
 
saya tak pentingkan bahagian lain
saya cuma nak bahagian dapur je

dapur = syurga saya
hahahaha
tu sebab saya gemuk 
-____________-

then cuti akhir tahun lepas
tengah sibuk2 nak pack barang balik kl 
tetiba tuan rumah datang

 dia bagitau yang rumah ni dalam proses nak jual
DANG!!
time tu saya dah nak dekat due
menitik jugak la air mata ni
sebab saya sayang dapur saya

hahaha
sayangkan dapur sampai nangis
:P

so bermula la edisi mencari rumah
pusing2 sana sini
macam jenis rumah

sampai la kami ada 2 pilihan
pertama : rumah apartment ada kolam renang
kedua : rumah macam sekarang teres 2 tingkat

rumah teres tu belakang rumah yang sekarang je
kalau nak pindah pon jalan kaki je bawa barang2
nak angkut peti ais pon boleh pakai troli je tolak ke rumah baru tu
agak2 tengah anak tidur rasa rajin nak pindahkan barang sikit2 pon boleh

Alhamdulillah 
rezeki kami
tuan rumah dah jual rumah ni
so dia bagi SEMUA barang dalam rumah ni
syukur

rumah apartment pulak jauh sikit dari sini
nak berpindah memang kena pakai lori
jenuh jugak la kalo nanti nak hangkut sekali gus
rumah tu tak sebesar rumah sekarang
just nice untuk kami bertiga

pilihan saya? 

saya pilih APARTMENT

nak tau kenapa? 
sebab untuk anak saya sulaiman
:D

bila rumah apartment tu
at least boleh bawa sulaiman jalan2 bawah rumah
jalan2 kat kolam renang
kawasan tu selamat
nak masuk pon kena pakai kad
yang penting takde anjing

ofkos la dapur rumah apartment ni memuaskan hati isteri cikgu ni
huhuuhuhuh 

rumah teres tu sama la macam rumah sekarang
sulaiman terperuk je dalam rumah
tak berkembang ler minda anak saya tu
saya tak berani nak bawa sulaiman keluar selain depan ruman ni je

sebab
anjing banyakkkkkk!!!

kalau saya sorang2 takpe la
saya takde la takut anjing sangat
tapi bila dengan anak
memikir la jugak

kang kalau pape jadi kang
menyesal tak sudah
-________________- 

pfffttttt
kisah berpindah ni tak berhenti kat sini je
insyaAllah bulan 4 ni cikgu nak mohon tukar ke KL
yahooooo.. i'm back!! kuala lumpur tunggu saya balik!!!

kalau dapat insyaAllah 2-3 tahun duduk kl
sebelum kami settle down kat sungai petani

lohhhh?? 
apehal lak tu?? 
dah macam kaum nomad je dah pindah randah
hahaha

sebenarnya saya nak balik kl kejap 2-3 tahun
insyaAllah saya nak sambung balik meniaga

agak2 dah cukup modal nak hias rumah
baru cikgu nak pindah rumah yang cikgu beli tu
cikgu beli rumah banglo kat sungai petani
jangkaan siap bulan 8 ni

macam biasa saya ni kan gedik
saya cakap saya nak dapur macam istana 
hahahahha

so saya kata saya nak meniaga and kumpul
$$$$ manyak2
untuk saya buat dapur bak seindah di kayangan saya tu
giler punya berangan
keh keh keh 

walaupon cikgu kata nak buatkan dapur syurga saya tu
saya tak nakkkkkkk
saya nak buat sendiri
guna duit sendiri
dengan hasil titik peluh sendiri

satu kepuasan yang tak terhingga 
bila tengok hasil usaha sendiri
insyaAllah












Thursday, February 26, 2015

MAMA




 honestly bila dah jadi mama baru kita rasa pengorbanan mak kita membesarkan kita. membesar sampai berat 118kg 

tak nak dah cite pasal sakit bersalin tu. memang sakit tu sakit sangat. yang tak tergambar dek fikiran kaum adam. tapi sakit camne sekali pon seorang perempuan masih sanggup redah lagi lagi dan lagi untuk zuriat yang seterusnya. saya ni baru anak sorang dah trauma. yang anak ramai tu memang tak terkata la kuatnya semangat dia. betapa hebatnya kaum hawa yang dah tau sakit tapi dia tempuh jugak lagi demi melahirkan seorang khalifah.

cuma ada beberapa perkara yang lebih membuatkan saya menghargai mak saya dan kaum ibu yang lain : 

1. bila tau je dia pregnant terus kena buat buku merah kat klinik kerajaan (kalau yang nak pergi ke hospital kerajaan). loya pening mual muntah bagai tu dah satu hal. menunggu kat klinik kesihatan ibu anak (KKIA) berjam2 lagi satu hal.

2. 1st time buka buku merah tu nurse akan check semua. i mean nurse akan selak baju kita. check breast. check nipple. every month time checkup nurse akan selak sikit seluar sampai bawah perut untuk check ketinggian rahim. honestly saya tak suka!! tak suka any bahagian tubuh saya lebih2 lagi bahagian sulit (breast) saya orang tengok walaupon atas tujuan pemeriksaan camtu. saya tabik semua kaum ibu yang terpaksa merelakan diri demi seorang anak!

3. bila dah nak dekat bersalin doktor akan check bukaan rahim. kalo kat hospital kerajaan tu nurse akan check sebelum doktor. sakit kena seluk tu memang tak payah cite la. selagi bukaan tak 4cm selagi tu tak masuk labor room. ada kes yang sampai berjam2. bayangkan la kalo 3-4 kali check dan nurse yang check tu berbeza2. then lepas bersalin pon nurse akan tengok lagi bahagian bawah tu kalau jahitan terbuka or bernanah. bayangkan la bape ramai orang yang tengok and usik bahagian sulit kita? ada ke mana2 perempuan yang suka bila orang lain tengok bahagian sulit dia? saya sangat sangat sangat tak suka!! and sure takde sorang pon suka. Alhamdulillah saya deliver kat private. doktor saya sorang tu je. bidan sorang and nurse sorang. tu pon saya tetap gak dah rasa malu sangat2.

 4. dah lepas tanggung sakit bersalin kena deal dengan darah nifas pulak. peringkat awal yang banyak tu mula2 pakai pad khas yang besar tu tapi asyik bocor je. lastly saya pakai pampers dewasa. jawabnya habis punggung saya naik ruam. banyak giler ruam macam jerawat kat muka yang ada nanah meletop2 tu. jenuh nak tukar pad. sebulan jugak la melecet celah2 tu selagi darah nifas tu tak habis.

5. bagi yang kena gunting bahagian (sulit) bawah untuk bantu laluan tu memang tak dapat saya nak kata. tak termasuk yang koyak pulak lagi. entah berapa banyak jahitan pon tak tau nak cakap bila kena jahit hidup2. dah la sakit bersalin. sakit kena jahit. pastu nak berak pon sakit and takut kalau jahitan terbuka. Alhamdulillah syukur saya takde kena gunting and takde koyak. saya takde pengalaman macam mana kena jahit kat bahagian bawah tu. so saya tabik spring kat sesiapa yang kena lalui pengalaman tu.

6. kalau orang yang kena operate perut tu katanya tak rasa sakit masa bersalin. kononnya tak rasa sakit masa nak meneran. tapi kena tanggung sakit pulak selepas operate tu. katanya lagi susah nak jaga. and lagi kesian kalo jahitan kat perut tu terbuka or bernanah. then terpaksa rancang 3-5 tahun untuk next baby. saya puji diaorang yang sanggup redah semua proses yang menyakitkan tu demi insan tersayang.

7. dah penat bersalin kena susukan anak pulak. kena bangun walaupun badan masih sakit masih penat sebab meneran untuk susukan anak. demi mu anak. kita berjihad pula untuk susukan anak hingga umur 2 tahun. tengah malam pun bangun susukan anak 2-3 jam sekali. mata dah macam panda pun automatik mata tu terbuka sendiri tanpa bunyi alarm. besarnya kelebihan seorang ibu yang Allah beri boleh bangun dengan sendiri untuk susukan anak. sedangkan sebelum ada anak bunyi alarm menjerit sampai bergegar satu taman pun mak nya tidur mati. 

8.soal berpantang pon tak semua orang mampu bertahan. ada yang suka. ada yang terseksa. demi nak jaga kesihatan diri sendiri terpaksa la ikut jugak walaupun terasa menyampah. kang esok lusa sakit sana sini diri sendiri yang terpaksa tanggung. takde orang lain dah. makan pon banyak yang kena jaga. terkulat2 meleleh2 air liur tengok orang lain makan sedap2 and macam2. yang kita ni selagi menyusukan anak selagi tu la kena control2 makan tu. tak payah cite la bab bengkung bungkus badan macam mamia and tungku perut dengan batu panas tu. tak tau la camne orang perempuan punya kuat nak tempuh 44 hari berpantang tu dengan sabar. saya tak berpantang sampai tahap camtu. so nanti kalo rasa sakit badan tu memang padan muka.

9. kalau yang bagi susu badan tu mesti penah rasa camne nipple sakit pedih sebab anak gigit. ada yang sampai berdarah. ada yang menggelupas kering. pastu puas la nak cover sana sini bila terpaksa breastfeed depan orang depan saudara mara. puas la nak mengelak. puas cari tempat nak menyorok kalau anak nak susu tetiba time kat tempat public. again.. saya kawad hormat untuk ibu yang berjaya breastfeed anak diaorang sampai umur 2 tahun. saya tak tau camne dia handle untuk breastfeed kalo ada kenduri kendara family ramai and anak nak susu time tu jugak dah meraung, kebetulan pulak takde tempat nak sorok. saya still belajar lagi cara nak cover and elak menyusu anak depan orang. dah rasa macam breast saya bukan lagi hak privilege saya sorang. honestly bila saya tengah menyusukan sulaiman saya suh mama saya jangan tengok. nanti dah sudah saya akan bagi cucu kesayangan mama saya tu and buli la puas2. segan malu shy walaupun dengan mak sendiri.

10. mana2 ibu yang bekerja and bagi anak susu badan pulak sanggup la 2-3 jam sekali pam susu. pedih kat nipple tu dah tak hirau dah. yang penting dapat susu yang cukup bekal untuk anak bila mak nya tengah kerja. kang bila terasa macam susu kurang usaha pulak buat power pump. ingat senang ke buat power pump tu? boleh pedih nipple tu tau bila takde susu tapi paksa pam tu sedut kosong gitu je. dah sakit bertambah lagi sakit. tapi semua tu tak peduli dah. yang penting anak dapat susu. apa benda je cara untuk tambah susu mesti mak nya akan cuba. kalau suh telan minyak petrol tu boleh tambah susu konon milk booster memang kita sanggup buat dah. demi mu permata hati.. 

11. makan mandi and tidur memang dah tak macam dulu. makan kena cepat2 je. selalu sangat sampai tergigit lidah sebab nak cepat. kadang2 tengah makan anak terjaga terus stop makan. kalo tak stop and biar anak nangis pon makan tak senang. selalunya bila takde sape dapat tengokkan anak memang tak makan ler mak nya. mandi memang tak dapat dah nak mandi lama2. senang cite kalau dapat mandi sehari dua kali amd dapat mandi berendam sampai sejam dua tu memang dah nikmat dah rasanya. tidur memang tak merasa la dah nak melepak and peluk bantal direct tanpa buka mata sampai tengahari buta. dengar nak bunyi "ek ek ek" je dah terus bangun nak susukan anak. terkebil2 buka mata tapi bila nampak anak terus hilang ngantuk bertukar bahagia.

12. dulu dapat la merasa nak bersolek nak berlilit tudung sebelum keluar rumah. bila dah ada anak ni cari yang sarung je tudung tu. mana nak siapkan anak lagi pastu kita pulak nak siap.tengah2 nak pakai bedak je anak menjerit minta di angkat. last2 bedak pon campak tepi. last2 keluar umah pon selekeh jek. kadang2 kalau anak tidur and dapat peluang nak bersolek sebelum keluar tu dah rasa macam nak melompat jek seronoknya.

13. bila dah ada anak kecik ni tak bebas dah macam dulu. kalau dulu bangun tidur pukul 4 pagi rasa nak pergi lari area taman perumahan ni memang terus sarung kasut je. sekarang? kena pikir anak. anak kena bagi susu. kalau takde sape yang jaga dah terbantut dah hasrat nak exercise tu. kena tunggu anak tido petang baru berani nak buka video body combat. tu pon berani workout setengah jam je sebab takut anak terjaga kang tak sempat mandi. tak sampai hati nak susukan anak dengan badan busuk berpeluh2. niat nak mendaki gunung lagi la kena lupakan je buat sementara waktu ni. at least sampai anak dah 2 tahun dah tak menyusu badan lagi. sementara ni tengok dengan air liur meleleh je la kawan2 lain yang pergi sana sini berjimba2. jiwa ni honestly meronta2 menjerit2 nak aktif macam tu. tapi semua tu saya abaikan. berkorban untuk si jantung hati. 

14. berat dah naik. shape badan lagi la tak payah cerita. untung saya hari tu masa mengandung perut tak besar sangat. saya takde perut menggelebeh. Alhamdulillah. tapi masih rasa down sebab jenuh nak dapatkan balik shape and berat yang dulu. bukan sebab nak cantik untuk suami or takut suami lari tapi untuk kepuasan diri sendiri. tipu la kalau ada perempuan yang tak nak cantik. mesti semua nak badan tu firm je. yet lagi selagi semua kaum ibu korbankan bentuk badan diaorang untuk insan yang bergelar anak.

apa yang saya lalui hari ni itu la yang mama saya dan ibu2 lain dah lalui sewaktu nak membesarkan kita. sebenarnya banyak lagi pengorbanan mama.. tak terbilang.. bukan 14 perkara ni je.. tapi berjuta2.. tak terucap dek kata2 macam mana perjuangan seorang ibu nak membesarkan anak dia. semua ibu atas muka bumi ni pasti nak buat yang terbaik untuk anak diaorang.

terima kasih mama atas pengorbanan mama membesarkan saya.love u mama.. always love u.

finally, saya bersyukur dalam perjuangan saya ni ada insan yang sentiasa membantu dan menjadi tulang belakang saya. sesungguhnya tanpa dia belum tentu saya berjaya harungi semua ni sorang2. dia tak pernah merungut sejak ada anak ni dah kurang perhatian saya kat dia. asyik berkepit dengan anak je. kerja2 rumah pon banyak dia yang settlekan.

siapa dia? SUAMI saya.

terima kasih suami kerana menjadikan saya wanita yang sempurna.

p/s : ni bicara hati saya. andai ada yang tak setuju dan tak senang dengan pandangan saya ni dengan rasa rendah diri saya minta maaf. 
 



Wednesday, February 25, 2015

BILA? ESOK!!

soalan yang paling best
bila? 
bila nak start?

esok!!! (tanam azam sebelum tido)
*esok pagi bangun*
esok je la.. hari ni last day.. 

HAHAHAHAH

 *pict selingan di kala bosan menaip*

esok punya esok
 last last tak buat pon!
sape dah kena macam tu? 

sila angkat ketiak tinggi
huhuhu 

ketiak masam bau peluh lepas workout xpe la
berbaloi jugakkkkkk
-___________-

ni la jadi kat saya bila dah ada anak ni
pfffffttt

kelmarin saya cakap nak start lari pagi2
nak tinggalkan anak kat cikgu
kononnnnnnnn...

semalam and hari ni sulaiman tak tido balik lepas menyusu 
biasanya lepas subuh tu sulaiman tido balik
hoiiiiiii
rasa macam nak gigit jek drumstick dia!!

dah nak dekat kul 8 kang baru dia tido balik
grrrrrrr
matahari dah panas
*saya ni kan puteri lilin* 

hahahahaha

tu la alasan orang pemalas
sangatttttttttt

pastu.. semalam pagi

cikgu nak naik atas (rumah 2 tingkat)
dia tanya nak bawa turun pape tak
*biasanya minta tolong bawa turun baju ke pape ke*

tapi semalam selamba badak saya jawab
"bawa turun komputer yang kat atas tu boleh?"

cikgu pulak selamba kucing jawab "OK. malam kang"
@_@

saya diam je ingatkan cikgu main2
tup tup

haaaaaaaaa.... amik ko!!

petang tu cikgu balik sekolah 
lepas dia mahgrib kat atas
cikgu bawa turun komputer 

hangkut segala monitor cpu speaker
and
meja komputer yang giler berat!!

oh! suami.. 
terima kasih muah muah
*cikgu balik sekolah kang kena cium lebih sikit sebab malam tadi lupa*
hahahaha.. weekkkk

so now komputer dah kat bawah
dah depan mata
apa lagi?

sila laaaaaaaaaa
buka file 
T25
body combat workout

sila laaaaa mula kan workout SEKARANG!!
jangan bagi macam2 alasan lagi dah
-______________-

alamak!! anak dah bangun...

aduh
aduh
aduh

ESOK je la start

hahahahah!!!

 *bobot dah budak kenit ni hasil 99.7% susu saya* 
:)


p/s : insyaAllah akan terus bertahan dan terus berusaha sampai tercapai target dan impian saya dari dulu. below 60kg!!  aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. 





Friday, January 23, 2015

BERPANTANG

nanti saya share menu berpantang
nanti saya share cara diet dalam pantang
nanti saya share macam mana nak hilang berkilo2 lemak masa berpantang

tu sume angan2!!!

maafkan saya
bukan rezeki saya kali ni nak merasa rejim berpantang
huhuhu

hari ni dah 26 hari umur sulaiman
maknanya ada lagi 18 hari je lagi

berat hari ni? 
68.5kg
total lost? 
74.5kg (berat malam sebelum bersalin) tolak 68.5kg
6kg 

max weight masa preggy 78kg!
start preggy 68kg 
tapi masa 1st trimester berjaya diet sampai 62kg

1st trimester saya takde muntah 
just pening/loya bila masuk dapur je

so korang kira la sendiri ek bape berat yang saya dah lost
-__________________-
macam takde lost pape jeeeeeee

target? 
nak below 60kg masa berpantang
hua hua hua

berangan je la ye

26 hari ni tak macam orang berpantang langsung
dari hari ke-3 sampai hari ke-17
tiap2 hari pergi klinik kesihatan kulai
check jaundice sulaiman

yup
anak saya prolonged jaundice 
insyaAllah saya akan buat entry tentang tu 

hari ke-2 mak saya datang
seminggu teman saya
 then mak mertua pulak
sampai hari ke-14

terima kasih banyak2 mama
terima kasih banyak2 mak

saya dah takde mood nak berpantang
bila memikirkan pasal kuning anak

saya berbengkung hari ke-2 and ke-3 je
bertungku pon 3 hari je
jamu ke 
pilis ke
param ke
semua saya tak pakai
sebab risau efek ke anak

bidan/tukang urut bising sebab saya selamba je duduk bersila
mentang2 la takde gunting/potong/jahit bagai
berjalan pon laju berdesup 
tak macam orang baru lepas bersalin
-_____________-

entah la

yang sebenarnya..... saya teringin
teringin sangat
nak merasa rejim berpantang yang kaw kaw giler ikut adat tu

yang ni tak boleh
yang tu tak boleh

yang sampai ada saya dengar peha kena ikat sebab nak bagi kaki tu rapat
huhuhuh
TERINGIN

baki 18 hari ni harap dapat la nak merasa sisa2 mood berpantang
dengan harapan nak buang lagi 4-5kilo
kalau dapat la

sebab susu badan saya tak meriah macam yang saya harapkan
tak dapat yang sentiasa basah baju dia sebab susu melimpah ruah

mula2 saya try pump dapat setitik dua je
nak dapat sesudu pon seksa
then biras ajar camne nak pump
terus 5 minit dapat 2oz
ALHAMDULILAH

so far max dapat 3oz
memang sikit tapi saya tetap bersyukur masih ada daripada takde
saya pon sentiasa berusaha 
and cuba semua petua

doa saya tak henti
harap susu banyak dan berjaya sampai sulaiman umur 2 tahun

makan dah macam hantu bela jin saka bagai
konon nanti makan banyak susu banyak
tapi sama je
tu antara faktor malas nak fikir pasal nak kurus cantik
huh


Thursday, January 22, 2015

SUHA DAN SULAIMAN


suha qaisara
tahun ni 2015 dah 4 tahun dah la anak buah mama sorang ni

sekejap je masa berlalu
pejam celik
pejam celik
tipu sangat
suha dah masuk 4 tahun 18 mei nanti

teringat lagi saat kali pertama pegang suha
fresh from oven 
anak yang bersih suci tanpa dosa
bau syurga

4 tahun jugak la pendam perasaan
belajar menerima hakikat

suha bukan anak saya
mengaku la camne sekali pon
suha bukan anak yang lahir dari rahim saya

Allah Maha Kaya
Dia beri sulaiman pada saya

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

tapi saya akan tetap ajar sulaiman untuk hormat suha
as kakak sulung dia

tiap kali saya tatap wajah sulaiman
saya akan nampak suha

sekarang ni someone yang dulu pernah kerja dengan saya yang jadi pengasuh suha
-papa kaloi-

saya rasa selamat bila suha dengan kaloi
sebab saya tahu kasih sayang tak berbelah bahagi kaloi pada suha sejak suha lahir

kaloi pon tak pernah berkira
bila nak bagi duit upah jaga suha pon selalu dia tolak
kalau amik pon dia belikan baju and keperluan suha

suha
nama gabungan saya dan seseorang

SU- suzana
HA - dot dot dot

kebetulan masa saya tengah cari nama untuk suha and saya terus proceed dengan nama tu.
suha bermaksud BINTANG

baru2 ni mak saya tanya tentang insan yang bernama "HA" tu
takde ke dia bertanya khabar suha?

entah la

dia tau yang nama suha tu gabungan nama kami
dan qaisara tu bermaksud PERMAISURI

jawapan saya untuk soalan mak saya tu 
"andai hati dia ikhlas menyayangi suha, walau apa pun yang jadi pasti dia akan cari suha"

untuk nama anak saya 
saya bising nak jugak teruskan 
generasi "SU"
sampai bernanah telinga cikgu
hahahah

nama yang sepatutnya cikgu nak letak
ali baihaqi 
OR
abu maliqi

kah kah kah
never


the super power "su" 
*peace yo*

mak saya - suraya (shamsurahyah)
kakak saya - suriyazailah
saya - suzana
adik saya - suhana
anak adik saya - suha qaisara
anak saya - sulaiman al baihaqi
anak kakak saya - coming soon bulan 5 *hope "su" jugak*

p/s : sulaiman hari ni dah 25 hari. Alhamdulillah.. anak yang sungguh baik. senang saya jaga. keletah dia sentiasa membahagiakan hati saya. insyaAllah will update about him soon.

ABANG ADIK

sampai hari ni saya panggil cikgu a.k.a suami 
"awak" 
banyak kali gak la "orang" tegur
tak elok la ber"awak-awak" dengan ccuuuuami

orang kata macam tak hormat je panggil camtu
ye ke???
-____________-

rasanya ramai yang tau cikgu muda beberapa bulan dari saya
cikgu bulan 2 1986
and 
saya bulan 6 1985

POYO laaaa
tak nak mengaku TUA setahun
hahahahhaha

so.. 
ceritanya saya rasa janggal nak panggil "abang"
ada gak awal2 kawen dulu
ayat bajet macam dah kawen 100 tahun je insyaAllah
aminnnnnnnnnnnn
cikgu bahasakan diri dia "abang"
tapi saya terus eeeeuuuuuuuwww
*nganga*

then stop kat situ je takde susulan
huhuhuhu

lepas dapat anak pulak
saya panggil nama depan tu penuh2
Sulaiman

bukan
MAN
LEMAN
MAN BAI 

man bai? glamour anak page! phuiii
hahahaha

SULAIMAN AL BAIHAQI
tu la punca tetiba kawan cikgu (kuchai) bagi nick name man bai
amik akhir nama sulaiman
and
awal nama baihaqi

ewah ewah ewah
suka suki dia jek kan

sulaiman la
-________________-

kalo tak nak panggil nama penuh
letak je la kat surat beranak dia MAN BAI terus
kan senang!
ish

kelmarin again
saya terdengar cikgu panggil sulaiman
"adik"
dang!

why adik?
memang la selalu je saya dengar orang panggil anak sulung dia
adik
adik
adik

tapi ... adeh..

ni kes teringat relationship yang lepas
dia panggil saya adik
saya panggil dia abang

life must go on
and on
on
on

untuk sulaiman
saya gelarkan diri saya pada dia
mama
and cikgu pulak
babah

dengan someone yang lagi satu
sampai hari ni bila bercakap dengan dia
saya still gelarkan diri saya
"ma" singkatan untuk mama
dan dia
"pa" singkatan untuk papa

*kes terjadinya mama-papa tu sebab kami sama2 bela kucing.
so kami ni mak bapak meow tu la kononnya*

cikgu rilek je
takde cemburu buta tuli rabun ayam
cikgu faham sekadar gelaran je
yang paling penting
cikgu PERCAYA saya

Alhamdulillah

so?
abang adik mama papa
sila guna pakai tanpa was-was

Thursday, January 8, 2015

KEBABOOM 29 DEC 2014

saya dah selamat bersalin kulit pada 29 Dec 2014 (isnin - 7 Rabiulawal 1436)

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

putera raja seberat 3kg 
tepat jam 9.40 pagi
bersalin secara normal

SYUKUR 
ALHAMDULILAH

juga

tanpa epidural

tanpa episiotomy

episiotomy tu ape? 
kena gunting potong then kena jahit hidup2

Allahu Akbar


SULAIMAN AL BAIHAQI BIN MOHD IZZUDDIN


p/s : entry pengalaman bersalin and petua untuk mudah bersalin insyaAllah saya akan buat kemudian. tapi tak janji la bila.. cepat atau lambat. so far focus pada anak yang kena jaundis sebab saya darah O positif and anak pon ikut darah saya. doakan anak saya bebas kuning ye. *bakal tak suka color kuning* hmmmm..

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...