Monday, November 19, 2012

Free treats!

Sape yang tak suka free? Penipu la kalau tak kejar kannnn..
So diwali hari tu starbucks bagi frappuccino percuma!


Apa lagi kannnnn.. Beratur la beramai-ramai!





Ni kat starbucks Jaya Two. Seawal jam 12 tepat dah camni punya panjang. Huhu.. Tapi takde la lama sangat. Dalam 20 minit je dah dapat air. Yeeeeepiiiiii!







Saya sambung pulak beratur kat starbucks KL Sentral.. Hahaha.. *tamak*






Kat KL Sentral saya dapat 6 cups!
So total saya dapat dari pukul 12-2pm tu 8 cups!
Jangan tanya camne saya boleh dapat sebanyak tuuuuu.. Huhuhu

nota kaki : saya tak minum ais. So saya buat apa ngan frappuccino tu?? Jangan di tanyaaaaaa~

Esok saya bakal beratur kat MC D pulok yeee..


Pukul bape agaknyer ek saya bakal terpacak kat depan Mc D? Hmmmm...

Agak-agak Mc D mana yang tak bape sibuk sangat waktu pagi ek?

Tungguuuuuu~

Selain tu ada jualan gudang minggu depan tau!


And



Saya malas nak rotate! So pusingkan tepon, ipad or monitor korang yeeee! Haha..


Nando's ni habis hari ni.. Saya tak tau la sempat ke tak nak pegi jap lagi tapi kalau pegi pon larat ke saya makan? Perut dah full makan rojak.. Mama saya buat.. Dap dap dap!

Posted via DraftCraft app

Friday, November 16, 2012

Speed 170km/j

Tahun lepas saya banyak travel ke ipoh. Boleh di katakan every month kereta saya jejak pekan ipoh tu. Bila orang sebut ipoh bagi saya memang tak jauh mana dah la sebab dh biasa. Piece of cake! Caittt!! *eksen ekkk*

So.. Rata-rata orang tau perjalan dari kl-ipoh lebih kurang 3 jam. Bajet kalau bertolak kul 12pm akan sampai kul 3pm la kononnya.

Tapi bagi saya.. 1.30 or sebelum kul 2 dah sampai dah kat tol jalan duta tu.. *amboi berlagak haktuiii*

Mana tak nyer..... Saya speed 170km/j or more! Not less.. *statement minta penampo* memang tak sedar diri kan.. Kereta Gen-2 je tu.. Agak-agak kalau jadi pape memang mati katak je kannnn...

Cuma Alhamdulillah la sepanjang kepala gila saya tu tak pernah pulak kena speed trap! Hahahahahahahahahaha.. *amboi gelak besar nampak*

Itu dulu punya cerita..

Sekarang 70km/j pon saya dah rasa laju! Huh.. Macam tak percaya kan? Turun 100km/j tu jangan main-main.. Nak tau kenapa?

Sebab SUHA QAISARA. Ntah la.. Sejak hadirnya dia bagaikan satu anugerah buat saya. Indah tak terkata. Walaupon bukan saya yang melahirkannya tapi dia berada di satu sudut dalam hati ni.

Nowadays bila laju sikit saya mula fikir yang bukan-bukan..

Camne kalau tayar pecah? Sempat ke break bila dh laju? Or maybe kereta melambung terus?

Camne kalau jalan licin? Dapat ke saya kawal stereng bila kelajuan 170km/j tu?

Macam-macam yang bermain di fikiran.. Hinggakan kaki saya secara automatik angkat sikit-sikit smpai 90km/j je paling maksimum.

Semalam si kecik ni ikut balik kampung.. Sebesar-besar and seluas-luas kereta tu kat situ jugak si kenit ni nak selit sampai tertidur.. Bila nak di angkat tak mau.. Sedap agaknya muka kena aircond.. Hahahaha..


Alahai anakkkkk.. *telatah mu membahagiakan hati ini* :')

Posted via DraftCraft app

Monday, November 12, 2012

Diet Tips #makan makan MAKAN

Remember!

Diet tu maknanya makan makanan seimbang! Bukannya tak makan! Jangan dengar ajaran sesat ntah sape-sape suruh jangan makan!

Macam saya.. Saya perlu makan sebab saya banyak menggunakan tenaga*konon je ni sedangkan membuta je keje*

Macam november ni jadual saya penuh dengan bootcamp, gym, muay thai, kettlebell, yoga and swimming from morning to night! *tipu tipu tipu selalu ponteng*

Sooooo.. Saya makan mengikut berapa banyak saya exercise. Kalau saya banyak berpeluh saya makan lebih sikit. Kalau saya banyak tido saya kurangkan makan. *tipu lagi*

Jangan tak makan langsung!

Ingat tau badan kita akan simpan makanan yang kita makan once bila kita makan selepas berapa lama kita tak makan tu.. paham tak? Kalau tak paham.. Buat-buat PAHAMMM.. =P

Tu sebab kalau korang naik penimbang tetiba tengok berat tu naik tapi korang tak makan pon.. Tu maknanya body korang simpan makanan tu sebab takut korang mati kelaparan!

Ada yang tanya.. Macam mana body korang tau simpan makanan? So jawapan yang sama untuk korang is mana body korang tau api tu panas? Kuasa Allah SWT yang Maha Esa. Tak terlangkau batas pemikiran kita =D

So makan jangan tak makan!

Posted via DraftCraft app

Saturday, November 10, 2012

10/11/10-10/11/12

Dah 2 tahun! Pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah rupanya saya diet.

Alhamdulillah berat saya setakat hari khamis (2 hari lepas) 63kg. Hari ni tak tau la berat berapa. Penimbang takde! Penimbang rosak! Dah 2 kali beli and now malas nak beli dah! Sedeyyy *lap air mata* cetttt! Tu pon nak nangis ke?

Sepanjang 2 tahun diet ni saya pernah gagal 2 kali. Means berat saya naik 5-8 kilo. *nganga luas-luas* kesian kan? Penat diet.. Nak turunkan sekilo pon bukan senang.. Tup tup naik pulak berkilo-kilo.. Rasa nak lembang je diri sendiri*panggg*

First.
saya kantoi march 2011.. Saya pegi padang besar umah anak sulung mak angkat saya. Bayangkan je la makan 7-10 kali sehari! Tak joging and just makan makan makan makan..

Nak tau kenapa saya kata saya makan sampai tahap melampau? Sebab anak dia yang umur 5 ke 6 tahun ntah kata

"kak tu makan je keja.. Mana tak gemuk!" pergggghhhhh!!

Saya makan sebab saya happy! Tu la kali pertama saya jejak kaki ke rumah tu dan di sambut dengan senyuman.. Bahagia tak terkata..

Baju yang saya pakai masa saya sampai sana jadi ketat bila saya pakai masa nak balik!!!!!! *gelakkan budak ni kuat-kuat* padan muka!

And honestly saya beli baju lain yang lebih besar masa nak balik tu! Muahahahahahaha.. Saya naik 5 ke 6 kilo ntah.. Lebih kurang macam tu la..

Second.
Bulan May and June 2012. Saya naik 6 kilo.. Berat saya dah 63 kilo bulan 4 tu.. Tup tup naik smpai 69 kilo! Hambekkkkk kau! Nak sangat kannnnn!

Saya makan sebab saya marah! Hmmmm.. Ni memang tabiat buruk saya.. Jangan saya marah sikit je.. Perot tetiba jadi lapar macam ada jin! Hahaha! Saya makan tido makan tido makan and tido! Bahagia tak terkata la kannn.. *memang minta di pelempang*

Sampai ada sorang member tu tegur masa tengok saya makan

"weh! Ko ni makan ke melantak? Baru je tadi kau makan mee.. Ni kau makan nasi pulak! Aku takut giler tengok ko makan.. " Gulp! Saya dah marah saya tak sedar makan banyak!

So lepas tu bila saya marah saya ignore orang yang saya marah.

Just taip /ignore (nickname) then press enter! Hahaha.. Ingat ape? Format MiRC? rindu pulak kat dalnet.. Eh. Tetiba.

Bahana berat naik 2 kali tu lah yang buat sampai 2 tahun ni.. Padan muka la kan.. Hahaha!

So from July-Nov saya slowly turun 1-2kilo per month. Terasan seksa nak dapatkan under 60kg! :(




Posted via DraftCraft app

Thursday, November 8, 2012

Wordless wednesday #









Posted via DraftCraft app

Impian

Setiap orang ada impian perkahwinan mereka tersendiri. Camtu gak saya :D

Walaupon nak menuju ke arah tu macam hmmmm.. Susah nak cakap..

1- saya tak nak duit hantaran! Tiada istilah wang hantaran dalam kamus perkahwinan saya. Duit hantaran tu cuma adat!

2- tak perlu saya tentukan berapa mas kahwinnya. Kerana mas kahwin tu bagi saya bermaksud hadiah seorang suami kepada seorang isteri. So hanya seorang suami yang sejati tahu berapa nilai hadiah yang patut diberi kepada isterinya.

3- kenduri kahwin saya bukan berdasarkan kuantiti tetapi kualiti! Agak2 faham tak? Maksudnya.. Jemput 1000 org then yang datang tu makan, amik gambar or ada yang bergambar bersama pon pastu pergi tinggalkan majlis. No no no! Saya nak tetamu saya lingkungan 200 ahli keluarga yang terdekat sahaja datang meraikan, bergaul, bercanda dan bersama saya di hari bahagia saya!

:)

Posted via DraftCraft app

Tuesday, November 6, 2012

Diet tips #2

Saya dah lama cuba vitamin E and so far saya rasa puas hati sebab vitamin ni tak macam vitamin yang lain kita makan yang akan membuatkan kita rasa lapar yang berterusan. *sila baca satu nafas* semput tak? Kalau semput maknanya kamu kena terus bersenam untuk meningkatkan stamina!

Ada yang kata vit E ni boleh membantu menurunkan berat.. Ntah ye ntah tak saya tak pasti. Tapi saya suka sebab vit E mengurangkan sakit lutut saya yang kerap joging *konon*

*ni sesi luah perasaan pulak* saya rasa saya dah pegi umah kakak tu dah 3 kali kot. Sebab kakak tu tanya tips diet dalam fon or sms.. Membazir kot nak terang panjang menjela thru fon or sms ni. So dengan hati yang penuh semangat saya pergi la jejak umah kakak ni untuk cerita diet tips. Free okey!

Kali pertama saya dengan semangat la cerita.. So saya harap akak tu follow la kan..

Kali kedua saya berdoa la banyak2 kan.. Sebab ni kali kedua kan saya cerita tapi sekilo pon akak ni tak turun.. Maknanya memang tak buat la kan...

Kali ketiga saya pergi tu memang semangat sangat la sebab dah tiga kali kot saya bagi tips..

And jawapannya mampos akak tu tak folllow! Saya tengok makin besar gedabak jek! And serius saya rasa nak sumpah jek akak tu biooor gemuk lagik lagik n lagik!

Perghhhh!! Bapok jahat saya ni kan? Tapi pikir la.. Sape tak sakit hati? Dia tanya and kita ni cite bagai nak rak.. Tup tup.. Dia tak jugak ikut.. Pastu dok tanya lagi..

Saya bukan bagi tips jek tau.. Saya siap ajak lagik gi joging.. Ada je la alasan akak tu bagi..

Last2.. Gi mammmmm la.. Saya tetap ngan misi saya. Kamu nak terus gemuk terpulang la kat kamu la ye!

Saya belajar jadi kejam sebab saya memang kejam pada badan saya sendiri untuk sihat!


Sunday, November 4, 2012

Kita Hanya Merancang

dan Tuhan yang akan menentukan. Qada dan qadar Tuhan. Kita tak tau apa yang akan terjadi waalupon sesaat akan datang. Kun fa ya kun.

Perjalanan raya haji saya yang lepas sepatutnya

kl-gerik-penang-kl

tapi yang terjadi

kl-gerik-penang-ipoh-kl

Saya terpaksa singgah di ipoh memandangkan tiket bas dari penang black out. Eh. Sold out!
Tapi...... Ada sesuatu yang tersirat rupa-rupanya di sebalik perancangan Allah swt tu.

Bila dah sampai penang raya ke-2 tu saya sepatutnya nak balik ke kl malam tu jugak.. Tapi memandangkan saya sampai penang dari gerik pon dah nak petang jadi tak sampai hati rasa nak balik malam tu.

Esoknya hati saya dah tergerak mesti tiket bas habis. Dah kata hari ahad. Dah tentu-tentu orang ramai nak balik kl. Isnin kan dah kerja.. Lain la macam saya ni.. 24/7 terbongkang! Haip haip.. Saya tak tido je 24 jam okey..

Sambung cite..

So tanpa ada pilihan yang lain saya kena follow mak angkat saya ke ipoh and naik tren dari ipoh terus ke kl. Tiket tren ETS pon dah black out. Eh. Sold out! And nasib baik sold out sebab tiket pukul 9pm tapi kami sampai ipoh 12am! 6jam perjalanan dari penang ke ipoh.. Bayangkan je la..

Ok. Mood nak menaip teiba dh hilang nak karang cerita so point yg sebenarnya saya just nak bagi tau saya terjumpa semula someone yang saya cari dah 7-8bulan ni. Finally! Setelah sekian la cuma berselisih.. Dia di utara saya di selatan.. Dia di timur saya di barat.

Dan akhirnya Tuhan telah mempertemukan kami setelah tiket bas habis, tiket ETS habis dan jalan jem selama 6 jam. Tanpa tiket bas habis mungkin saya belum dapat jumpa dia. Mungkin ntah bila-bila pulak baru dapat jumpa.

So.. Kenangan 10 tahun dulu terimbas kembali. Someone saya anggap macam abang. Dah lama tak jumpa.

Tu je. Bye.

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...