Monday, April 21, 2014

PANGGILAN JODOH

ni lagi satu.. title tak boleh blah.. hahaha.. nasib la korangggg.. 

hari ni 21 APRIL 2014. kalau tahun lepas, 21 april 2013 hari ahad. masa tu saya kat atas puncak gunung datuk, rembau. 



kami naik tengah malam. sampai atas sebelum pukul 4 pagi. tengok matahari terbit and breakfast kat atas. 


time ni masak la ape sekali pon. semua benda sedap. hahaha.. 

nak di jadikan cerita..

semua lineup gerak dari KL. saya pulak dari kampung. seri menanti je tak jauh dah ngan rembau. sebab sengaja boleh bawa mama balik kampung. 

malam tu lebih kurang pukul 9 camtu kot tetiba ada incoming call no yang saya tak kenal. 

"hello, saya nak tanya pasal gunung kinabalu la" 

adoi.. 

"saya minta maaf. saya bukan agent untuk naik gunung kinabalu. tapi saya boleh tolong kalau nak. saya ada no fon sana and awak boleh call diaorang direct tak payah pakai agent." 

dang!!! 

tahun ni no yang saya tak kenal tu dah sebulan 6 hari dah jadi suami, imam dan teman saya. 




hehehe.. besar perancangan kita, besar lagi perancangan Dia yang kat atas tu. 

Thursday, April 17, 2014

DAH SEBULAN RUPANYA

pejam celik pejam celik dah sebulan saya halal di sisi cikgu. cepat je masa berlari dan berkejar-kejaran. 





dah seminggu jugak la saya berhijrah ke bumi johor ni. malam tadi cikgu cakap hijrah tu perjuangan, pengorbanan dan sabar. 

fuh fuhhhhh.. kena banyak sabar. memang la kalau nak di bandingkan dengan KL tu jauh sangat bezanya. 

hari ni tak tau nak buat apa.. tiap2 hari saya tengok pokok mangga kat depan rumah. lebat pokok tu berbuah. saya jakun sebab kat KL tak merasa nak makan buah free camni.  hahaha 





rumah ni dua tingkat. jenuh jugak la bila fon tertinggal kat bawah rasa malas giler nak gi amik. nampak tak dasar pemalas tu? hahahaha.. 

hari ni dah tarak boleh tahan la tambi.. manyak geram tengok itu buah.. gegege.. akhirnya lepas husband gi sekolah saya pon berubah jadi monyet.. kekekekeke.. 

 
guna app camera! then set timer.. kecet kecet kecet dia snap pict budak ni petik buah.. 

mengidam ke? 

BELOM laaaa.. 

saya up kat fb pict ni.. tetiba cikgu komen 


hahahahaha!!! terkezut bewukkk laki saya. 

apakan daya.. kaki saya dah gatal nak memanjat.. baru je turun gunung bujang melaka minggu lepas tapi tak puas kot.. 

kesian cikgu sebab dapat isteri nakal camni.. huhuhuhu..

UPDATE 18/4/2014 : 
semalam saya upload entry ni sebelum cikgu balik sekolah. dah agak2 setengah jam lagi cikgu nak balik saya cepat2 turun bawah gi dapur. masak keropok untuk minum petang yang sebenarnya dah masuk dinner time. 

fon saya pulak tertinggal dalam bilik kat atas. macam saya kata laaaaa.. giler malas nak gi amik.. hoi ape ni malas2? hahaha.. 

ngam2 cikgu sampai keropok pon tengah panas. memang layan laaaaa.. habis!! licin lucau~ *berbunga hati bila penat2 masak and husband makan sampai licin* auwwwww~ 

pastu cikgu cakap "saya ada buah tangan untuk awak. ada kat dalam kete, seat belakang". 

perghhhh!!! *terus melompat* berlari pegi tengok belakang seat kete.. 

nak tau ape buah tangan cikgu bawa?


nah!!!! 



padan muka saya... padan mukaaaaaa.. 

pastu dah kul 11 malam camtu mak mertua call tanya kenapa saya sampai panjat bumbung rumah. hihi

adoi.. kesian cikgu nak kena jawab.. huhuhuhu.. sebelum tu mak njang cikgu text pasal benda yang sama gak.. adoiyaiiiiii.. 

iyaaaa.. takmo buat lagi dah.. pomishhh.. *angkat tangan kanan macam budak sekolah ikrar rukun negara*