Monday, March 23, 2020

ATAN ETON

~~atan eton di beri nama 

cikebum 'cikebum

denggg~ 


eh lagi sekor sape? bangi nama dia 😅

ni penghibur saya. 2 hari sekali kasi mandi. belai bawa main-main kat lantai. kadang-kadang laju depa lari. hahaha ikut mood jugak. kadang-kadang diam keras kepala pon tak nak keluar. haha 


YANG BESAR TU ETON, KECIK SEKALI BANGI DAH HAMPIR SAMA SIZE ATAN SEDANGKAN UMUR BANGI LAGI MUDA



kura-kura ni saya beli bulan 7 2019. puncanya kami pegi acara sekolah sulaiman isa. kat situ ada macam ang bayar rm10, dia kasi penapis kecik yang korang biasa guna untuk tapis air teh tu then tangkap ikan kecik2 oren dalam besen. 

bayangkan la bila budak umur sulaiman isa ni tangkap. dapat sekor je la kot. rm10 pulak nak kena bayar. ishh.. merepek jek.. bawa balik ikan tu pon esok lusa sure timbul 🤣
dah la kat umah takde aquarium. means takde proper peralatan untuk bela ikan. mati sia2 jek ikan tu alaaa ikan oren yang jenis fragile tu.

erti kata lain saya tau harga ikan tu 🤭 rm2 kat kedai ikan boleh dapat dalam 15-20 ekor. hahahaha memang la program tu program amal. bayar rm10 tu akan ke arah projek amal sekolah depa ni. 

but... lebih baik rm10 tu pi booth buku kaaa booth makanan kaaa hahaha daripada ang nak aniya ikan. haha kan kan kan 

nak di jadikan cerita, sulaiman isa time tu melompat2 la nak tangkap ikan! puas la pujuk umpan ngan benda lain. tak berhasil. sampai la tercetus idea 

"ok kita balik ni kita beli tortoise" 

Automatic umpan mengena! dangggg fengsan laaaaa mama dah berjanji.

so baki kupon tu masing2 beli air. nak balik tu cuaca dah gelap. ngan masuk kereta terus hujan lebat. time tu kami pergi ramai-ramai. drivernya paksu azim adik bongsu husband and sepupu2 bebudak ni, ruhil and nouri. 

maka janji nak beli tortoise tu tertangguh. hahaha selamat duit hari tu. kikiki.. sampai je umah ipar, husband tanya beli apa sampai rm100? hahaha kantoi sebab beli kupon tu guna system sekolah jadi husband akan dapat email ler bape rm yang dah hangus. eh tak baik cakap hangus. tu kan projek membeli sambil meramal. 

selang dua hari selepas tu saya gi pj old town. park tepi jalan, husband tunggu dalam kete. saya kuar gi kedai ikan. husband tak perasan sebab dia tak tau tempat tu. masuk balik kete tangan penuh ngan bekas tortoise, makanan dia and 2 ekor kura-kura. hahaha husband terkejut beruk.

"aikkk? awak beli jugak tortoise ni?"

"mesti laaaaa! dah janji kan? so kena tunai" 

"ish laa.. buat mati je nanti kura-kura tu."

"kura-kura jenis tahan lasak laaaaa.." ecececee bini nak menang

"awak tau tak nanti dia boleh membesar? dah besar tu nanti macam mana nak bela? dah la duk umah flat." 

"tauuuu.. dah besar nanti lepas je la kat tasik" 

husband dah malas nak lawan cakap. hahaha he is redhoooooo 🤣

BEKAS NI BELI KAT SHOPEE. RM30+ BEST SEBAB SENANG NAK BASUH AND KAT BATU TU SENTIASA KERING

so sejak hari tu la jadi hobi saya melayan kura-kura ni. saya bagi nama ATAN dan ETON. hahaha nama tak leh blahhh.. then mana datangnya bangi?

ingat lagi yang kami pergi ramai2 tu? so masa berjanji tu kan ada sepupu depa sekali. so janji tu termaktub dengan kura-kura untuk ruhil and nouri laaa.. kami hantar 2 ekor ke bangi umah ipar siap ngan bekas bertangkai and makanan sekali siap.

cut story short, salah seekornya mati and ipar pulangkan balik sekor ni. so tak tau nak buh nama apa. depa pon tak dan nak bagi nama. hahaha terus saya bagi nama BANGI! 

now husband dah takde. bila melayan atan eton and bangi ni seriously menggamit memori kami berbalah dalam kereta tu. kadang-kadang rasa macam nak bagi kat orang or lepaskan kat tasik. 

tapi sayang.. saya nak kenal character sekor-sekor. maybe depa pon dah kenal tuannya yang tiap-tiap hari bagi makan. dua hari sekali mandikan and main2 kat lantai. 

awal-awal beli sekor rm10 ritu bebudak ni jakun la. asyik kacau nak pegang. isa pulak tiap pagi pegi tengok and berebut nak bagi makan. makanan dia murah. rm35 sebalang besar macam balang kerepek pisang tanduk emas 916 eh promot pulak sampai hari ni baru suku luaknya. lama2 sulaiman isa tak heran dah. hahaha







Thursday, March 19, 2020

TAK BERMARUAH

DAY 2 perintah kawalan pergerakan malaysia. 

now 4.15pm and saya sejujurnya tak nampak rakyat malaysia ni serius dengan arahan ni. rumah saya facing jalanraya. boleh nampak federal highway especially flyover kerinchi link. kenderaan masih bertali arus.

pagi tadi kereta banyak macam hari sabtu ahad. then dah nak dekat tengahari tu satu benda yang menarik permandangan saya. food delivery!!! 

yessss.. time lunch hour agaknya tengah banyak order yang diaorang kena hantar. servis delivery makanan ni masih dibenarkan untuk beroperasi. sebelah rumah pulak KL Gateway Mall dan saya boleh tengok direct kesibukkan rider-rider ni keluar masuk pintu C which is tepi pintu C tu je KFC. 


sepanjang jalanraya dari bawah ke atas tu dalam satu2 masa pukul 12.30pm tadi, nampak color pink foodpanda dan hijau grabfood je atas jalan. tengok macam dah konvoi pon ada. 


yang kat arrow tu pintu C KL Gateway Mall. sibuk betul rider keluar masuk. 

terdetik pulak dalam hati. 

HAAAA SAPE YANG MULUT JAHAT SANGAT HARI TU CAKAP KERJA GRABFOOD/ FOODPANDA NI TAK BERMARUAH??? 

amik kauuu~ bila Allah nak terbalikkan keadaan. sekarang ni diaorang ni la HERO yang rela menggadaikan nyawa dan keselamatan diri sendiri untuk deliver makanan pada sesiapa yang memerlukan. 

semoga Allah lindungi mereka dan permudahkan urusan mereka. 

amin,.



DAY 1 KAWALAN PERGERAKAN

awak, hari ni 1st day kawalan pergerakan untuk malaysia. tapi angka kematian seluruh dunia dah hampir cecah 8000 orang. dalam masa sehari mendadak angka tu naik. yang dah terkena jangkitan 200ribu umat manusia. 

awak.. 

insyaAllah saya jaga anak elok-elok. saya takut saya trauma tapi saya kena kuat untuk sulaiman isa. banyak hikmahnya Allah amik awak dulu sebelum wabak ni muncul. saya rasa kalau awak ada lagi, setiap hari rabu terpaksa kita keluar pergi rutin check-up awak kat hukm. so makin terdedah la kita dengan virus tu. 

honestly if awak ada lagi, memang saya extremely jaga awak  pentingkan awak dulu sebelum anak2. sama macam apa yang awak pernah cakap waktu saya nak bersalin sulaiman dulu. andai doktor suruh pilih ibu atau anak. awak akan pilih saya untuk doktor selamatkan. aduhai.. kesat air mata dengan hujung lengan baju

saya pejam mata. bercakap sendiri dalam hati. percaya Allah sentiasa ada. percaya rancangan Allah tu hebat. Allah letak saya dalam situasi hari ini pasti ada ganjaran yang besar Allah nak bagi. sungguhnya itu janji Allah buat hambaNya yang sabar. 

awak, pegang tangan saya ye. jangan lepas. 






untuk orang lain mungkin hari ni 1st day #stayathome. tapi untuk sulaiman isa dah masuk minggu yang ke-3. iya, awal saya quarantine bebudak ni. saya pontengkan sekolah dari awal bulan 3. kesian jugak berkurung dalam umah. isa dah pandai pujuk ajak keluar. tadi dia minta roti nak makan dengan eskrem. geliga otak dia memikirkan jalan nak ajak saya turun bawah pon jadi la. 

"mama, roti dah habis la. kita turun beli roti nak? kita pegi beli sama2 k?"

hahahaha saya tergelak dalam hati dengar budak umur 3 tahun 5 bulan ni bercakap. kalah orang tua!!!
saya iyakan aje. dalam kepala ni ligat pikir camne nak dapatkan roti without kuar umah and without delivery. tengok la esok, cari akal cuba buat roti pulak. google resepi roti hahaaha

mainan dah habis bebudak ni punggah. hahaha mama is redha rumah dah macam tongkang pecah. pagi2 dah tolong dorg buat "pondok". happy la anak2 sekejap dapat "pondok" hasil idea babah. huhu.. menjelang petang "pondok" pon runtuh. hahahaha.. 


jadual rutin anak2 lari sikit dalam seminggu ni. biasanya pukul 12 tengahari -+ dah berkedek2 masuk bilik. time tido tengahari siang. then malam pulak pukul 9 paling lewat tutup lampu. but seminggu lepas ni "macam2" so kadang-kadang tu tido nap siang jadi pukul 5 petang!! then nak bangun pon rapat maghrib so malam tidur almost 12am. fuhhhhh tak boleh jadik. 

semalam dah atur balik timing asal. alhamdulillah ari ni pukul 1 masuk bilik. layankan sekejap then dua2 lena. masa bebudak lena tu saya berlari turun ke kereta. dah susah hati carseat dalam kereta bakal lama tinggal kat bawah flat. 2 trip turun naik angkat carseat bebudak dari dalam kete bawa naik ke rumah. 

berpeluh!!! rasanya bukan berpeluh sebab berlari. tapi berpeluh sebab saya cuak anxiety yang maksimum. saya tak nak sentuh butang lif tu. so sy tunggu smpai lif tu naik sendiri. alhamdulillah kebetulan ada orang dalam lif yang dah memang tekan G. so done kat situ. time naik pulak saya bawa carseat so menjadikan alasan saya tak tekan butang lif. orang yang sama2 naik lif tadi tekankan untuk saya. 

tu 1st round. carseat bulky. tak termampu nak bawa dua-dua sekali gus. so kena turun lagi sekali. yang ni takde orang. aduhhhhh.. saya tekan guna hujung kunci. gi kat kete amik carseat then masa nak naik pon takde orang. pfffttt.. tekan dengan kunci again. laju2 jalan sampai depan rumah. 

1st sekali basuh tangan and terus tukar baju including kunci tu. arghhhh cuak cuak cuakkk.. tapi lega sebab sepanjang turun naik 2 kali tu bebudak still tido. risau jugak if dah terjaga lebih2 sulaiman tu kalau tengok mama takde dia terus menjerit panggil "mamaaaaaa mamaaaaaa" . isa pulak pattern dia kalau mama takde kat sebelah bila isa terjaga, dia akan bangun buka pintu and cari. bila dah jumpa mama depan mata baru dia berbunyi "ehhh ehhh ehhh" sometimes takde bunyi "ehhh" dah. dia terus high pitch. hahahaa



harap nanti sulaiman isa dah besar, diaorang bacalah blog ni. coretan mama untuk sulaiman isa. macam mana mama bertungkus lumus untuk anak2 bila babah dah takde. jadilah anak2 yang soleh ye. selagi ada daya. selagi ada kudrat. insyaAllah mama jaga sulaiman isa. doakan saya mampu mendidik anak2 yatim ni, doakan saya dapat menyediakan keperluan mereka. doakan saya dapat berdikari. 

amin. 

Wednesday, March 18, 2020

MILO KICAP MANIS

 resepi milo kicap manis

susu pekat ikut suka
gula agak-agak je
milo la of coz mesti ada
air panas 
air sejuk kalau malas nak tunggu sejuk
secret weapon : kicap manis!!! 😱

hahahaha oiiiiii biar betul kicap manis? 

🤭

sebenarnya tips ni saya dapat dari makcik kantin smk kinrara sek 5. lebih kurang tahun 2006 dulu. woww lamanyaaa. tapi saya tak pernah buat. tak pernah pulak teringin nak cuba. sebab macam pelik kot??? sebenarnya ramai kantin sekolah yang guna cara ni. sebab milo kan mahal tapi jual kena murah. dah kata kanitn sekolah. so kantin2 ni buat milo bubuh kicap manis. memang nampak pekat je color milo kantin sekolah tu.

then pagi ni tengah buat sarapan rasa macam nak buat eskrem milo je untuk bebudak. ye laaa baru day1 kuarantin dah boring. ada lagi 14 hari nak rempuh halangan. tup tup timbul idea 💡ehhh jom try letak kicap manis!!

hahaha tujuan kicap manis ni nak tau tak untuk apa? untuk color milo tu nampak gelap. tak letak banyak pon. satu jug biru saya buat ni just dalam 3 kali tuang korang sebut apa eh bila tuang kicap tu? sebab sekali tuang tu bukan la setitik tapi lebih setitik kan? 

hasilnya?? menjadi!! color memang gelap macam milo pekat. sebelum letak kicap tu color pucat. yeyyyy kira aci la eh. experiment berjaya. hahaha boleh tuntut hadiah.. hmmm nak tuntut hadiah kat sape? husband dh takdeeee 😔 

ok skip part sedih. 

rasa macam mana? ada rasa kicap? magicnyaaaa takde rasa kicap langsung. serius. tak tipu. kalau tipu kan dosaaaaaa~ rasa elok je milo. sedap berlemak dengan color yang gelap nampak mcm letak milo tu banyak je. hahaha boleh jadi langkah penjimatan la kan.

well, selamat mencuba!

Tuesday, March 17, 2020

CORONA VIRUS

hari ni catat sejarah 2 mangsa pertama meninggal dunia

17 march 2020

lagi 7 hari untuk habis iddah. opsss throwback sikit sebab tak pernah tulis tentang husband selama 2 tahun lepas

suami saya Mohd Izzuddin Bin Zainal meninggal dunia meninggalkan saya, sulaiman dan isa tapi babah sentiasa tengok kami kan?   pada 14 November 2019 khamis 8.09 malam

after almost 2 tahun suami berjuang habis-habisan dan bergelumang dengan treatment kanser. ok ok so sorry beloggg.. suami saya sakit kanser pon saya tak sempat nak cerita kat awak.. huhu

iya belog,

suami saya diagnose kanser lymphoma NK-T cell NK maksudnya natural killer stage 4B on 17 april 2018 secara officialnya. nanti saya story satu per satu insyaAllah tentang treatment kanser tu

cumaaaaaaa..... husband meninggal bukan sebab kanser tapi infection. jangkitan kuman kat paru-paru 2nd attempt 

perancangan saya bila habis iddah nanti (25 march) terus nak ke pusaranya pagi2 lepas hantar bebudak ke sekolah. nak tanam bunga or pokok then nak duduk lama kat situ sampai puas. balas dendam 4 bulan 10 hari menahan hati nak duduk dekat ngan suami iya saya tau dia takde pon kat situ
then berkemas barang2. kalau sempat, masak bekal sikit. amik bebudak dari sekolah tadika terus balik kampung kedah.

ohhhhh kita hanya mampu merancang. selebihnya Allah yang menentukan. bersangka baiklah. sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

bermula malam ni seluruh malaysia di perintahkan berkurung tak tau nak panggil lockdown ke apa. wabak covid-19 hari ni mencatat sejarah dalam malaysia dengan 2 mangsa pertama meninggal.

to be honest..

dah seminggu saya tak lena tidur. memikirkan anak2. perasaan tak tau nak kata. lain semangatnya if husband ada walaupun dia sakit. hari ni saya bertiga je kat rumah. saya, sulaiman, isa. stay strong?

sejak malam tadi PM now PM baru ke-8 DS Muhyiddin Yasin buat announcement sekatan perjalana tu, saya terkedu. walaupun sebenarnya benda tu saya dah jangka. boleh bayang dah yang lockdown tu since angka kematian seluruh dunia dah lebih 5000 orang.

yessssss... lebih 5000 bukan 5 orang or 50 or 500 orang. wabak baru yang tak pernah jumpa dek saintis seluruh dunia. tu jumlah yang meninggal. jumlah yang di jangkiti? dah lebih 100 ribu manusia. angka ni pon saya rasa dah tak boleh nak capai angka yang tepat. sebab setiap saat ada meningkatan angka yang positif terkena jangkitan.

wabak yang melanda dunia. dalam keadaan saya baru kehilangan suami dan anak2 masih kecik. sulaiman 5 tahun 2 bulan and isa 3 tahun 5 bulan. Allahuakbar. tak terkata dah macam mana hati ni nak meletup. tak terluah. sejak malam tadi lepas announcement PM tu, saya diam terus. not even reply wasap family husband and not even komen anything in facebook. sebab saya speechless.

andai husband masih ada, ke mana agaknya dia nak bawa saya? saya tak tau.

now saya sulaiman and isa kat rumah kerinchi . stok makanan alhamdulillah saya dah beli siap2 dua minggu lepas. waktu tu malaysia baru 26 orang di jangkiti. jadi saya tak keluar umah langsung dah 4 hari and saya tak berasak2 dengan orang ramai yang "panic buyer" since kelmarin.


___________________________________________________




awak, (dialog ni tuju ke suami saya)

saya dengan anak2 kuarantin kat rumah. saya tak dapat nak janji 25hb nanti dapat ke tak saya pegi kubur awak. sebab anak2 kat rumah takde yang jaga. mama balik kampung. itu lebih baik. biar mama duduk kampung sementara ni. saya nak gi kat awak dengan bawa anak2 sekali memang BIG NO buat masa sekarang. insyaAllah tengok nanti camne ye. sy usahakan sebab saya dah janji.

awak...

saya takut. saya dah nak balik kampung awak tapi saya tak sampai hati nak tinggal mama. tetiba mama cakap nak balik kampung n9. mama pack baju terus balik. saya lega sebab at least mama rehat kat kampung. if mama stay dengan saya, kesian 24 jam dengan sulaiman isa ni kacau mama nak study mama dapat 2A 1B 1D result 1st sem ari tu. alhamdulillah mama dh sampai kampung. then saya berkira2 nak balik kampung awak ke tak. sebab tiket dah beli untuk 25hb ni. if balik sekarang means sy kena drive viva mak awak la jawabnya.

tengah berkira2 nak balik kedah ke tak, dapat news yang larangan keluar antara negeri (domestik). terkedu dan terduduk saya kat sini awakkkk oi.. boleh nak balik kampung awak tapi kena isi form kebenaran kat balai polis dulu sebelum gerak. saya dah boleh bayang berapa ramai pulak orang yang akan ke balai polis nak isi form tu. berasak2 bermakna makin meningkatkan risiko berjangkit. Allahuakbar

awak..... saya menggigil dah ni. malam tadi dalam sujud doa saya hanya satu.

"Ya Allah andai aku antara mangsa wabak ini, kau ambil sekali anak2 ku Ya Allah. jangan kau biarkan anak2 ku ini yatim piatu di dunia."

saya dah tak keruan. dah tak boleh nak tengok anak lama2. makin sayu hati ni. awak.. andai awak tengok kami kat sini. tolong datang dalam mimpi saya. tolong peluk saya kuat2. awakkk.. (speechless nangis)


Tuesday, February 11, 2020

LAMA TAK JUMPA

hi blog

lama tak sangat2 tak melawat kat sini.

macam dah pencen memblogging pon ada

banyak sangat yang nak di ceritakan. terlalu banyak

tak tau nak start kat mana and tak tau nak start yang mana dulu

insyaAllah saya bakal aktif balik dalam blog ni. simpan kenangan2 kat sini.

cuma,

nak bagi tau.. blog.. from me alone then hadirnya cikgu. sulaiman and isa. but now cuma ada saya, sulaiman isa. cikgu? he always there. memerhati 😔

nanti sambung lagi.. gud nite blog.

Friday, December 8, 2017

happy tunangserry

kah kah.. dia lupa lagik 🤣 ari ni date kami bertunang.. saje je nak tgk dia ingat keeeee tak.. sampai la maghrib.. xde bunyi.. hahaha sah lupa 😤


msa sblom bertunang tu mmg kenal xlama mana.. 2-3bln jd sempat la cerita tentang dia keje kat kulai.. sy pulak mmg budak membesar (smpai tahap godang nsib baik la dh kecut) kat pekan kl.. camne lepas kawen? 


jawapan poyo sy time tu (oh gedik 🤣) kat mana suami kt situ isteri wajib kat sisi.. 

zassss 2014 nikah. 2016 dah pjj. apa cite??? 

☹️ eg tukar masih gagal.. sejak ada eg tukar "duka lara" tu kami pon sengaja pjj erti kata lain kalo dpt pindah at least sy kt kl dh ada "job" utk biz yg lama tergendala tu.. 

sedih bila mengenangkan anak2.. sy kadang2 emo tp dh lama2 tu xheran dh result tu.. malas nk amik port pon ada 😂 

next year bln 2 baru buka lagi utk permohonan eg tukar.. 

berusahajelah 💪🏼 



Wednesday, September 20, 2017

RESET


fon rosak 😭 berjoget menari berdansa tgk fon hang camni.. 

bkn sbb anak2 buat.. diaorg mmg xmain ngan fon sy.. even buh la fon sepah2 pon xde jd rebutan.. 

tp rosak sbb dri sndri 😩 jatuh 3 anak tangga yg agak dasyat.. 

macam dh nak tamat jek riwayat fon ni.. sdgkn bln dpn baru nk msuk 2 tahun.. 

huhuhu.. 

lagi tambah nangis bila kerja2 sy
memerlukan fon.. 

huwaaaaa 😭

Tuesday, September 5, 2017

JARAK JAUH


bila babah up status camni tgh mlm (actually dalam perjalanan babah blk ke kulai) haaa saya banjir air mata sepanjang malam 😭 

iya.. kami PJJ lagi.. babah masih belom berjaya tukar KL.. bertabahlah..

kalau 2016 kami pjj 
babah kulai 
saya and sulaiman kl 

2017 ni awal tahun ari tu 
babah and sulaiman kulai 
saya and isa kl 

whattt??? babah and sulaiman kt kulai?? 

yes.. babah minta utk jaga sulaiman kt kulai.. alhamdulillah 5bulan jugak la babah jaga.. siang babah anta nursery and habis sekolah je babah terus amik.. 

kalo ada aktiviti petang kat sekolah, babah bawa sulaiman sekali.. 

setiap hari khamis pkul 2 petang babah and sulaiman naik bas balik KL.. then sabtu malam balik semula kulai.. 

sulaiman sgt2 enjoy journey weekend dia naik bas tu.. babah ckp sikit pon xde bwa masalah.. alhamdulillah 

dah kata sulaiman tu obses ngan bas lori tren 😂 memang seronok lebih la 

dan untuk hujung thn 2017 ni kami pjj 

babah kulai 
saya sulaiman isa KL 

hmmm saya dah tak rela nak pisah ngan sulaiman.. cukup la dulu saya putuskan susu badan masa umur sulaiman 2 tahun sebab nak tinggalkan dia dengan babah 

but now isa pon nak besar.. 10 bulan.. dah boleh jalan pon.. tak payah la pisahkan adik beradik ni 😭 

and insyaallah sulaiman masuk tadika.. blh la berkawan and bergaul.. 


semoga dipermudahkan urusan saya menjaga amanah ni selama kami terpaksa pjj..








Sunday, November 20, 2016

SAPE NI?

sape ni?

ni isa.. 

Isa Al Bukhari Bin Mohd Izzuddin 
😳
😳
😳
 hahahhaha 

takde angin takde ribut tetiba dah beranak no.2? kui kui kui 

tak sempat nak update kt sini 😅 
ampunnnn

kenalkan 🤗 

my 2nd hero ❤️ 
14/10/16 
11.34am 
3.4kg 

kerajinan nak menaip blom dtg.. 
nanti je la ye sy cite kisah isa 😉 


Saturday, January 9, 2016

PERGINYA SAHABAT

dah lama tak update blog.. 
 
pagi ni rasa terpanggil nak pahat cerita ni kat sini.. 

dari awal saya kenal cikgu memang dia jenis sayang kawan. sampai la lepas kawen saya dah faham dia sanggup bersusah payah tolong kawan.. 

sifat kasih sayang dia tu memang saya suka sebab satu masa dulu saya pon macam tu.. 

pagi ni awal subuh dapat call yang kawan dia meninggal.. saya dengar dan hmmm je.. Al-Fatihah.. 

tetiba cikgu nangis.. nangis yg bukan menitik air mata je.. tapi nangis yang sedu sedan.. betapa sayangnya dia pada kawan.. 

 
now cikgu dalam perjalanan ke kedah.. semoga dia sempat tatap wajah kawannya buat kali terakhir.. 

1 jan 2016 ari tu pon genap la 18tahun arwah ira tinggalkan saya.. 


mudah2an sulaiman nanti pon mewarisi sifat kasih sayang bersahabat ni..

ps : tapi tak best la kan kalo dapat kawan yang amik kesempatan atas kita.. macam saya ni kawan pinjam duit dari tahun 2000 (form 3) sampai hari ni 2016 tak dapat lagi duit tu.. 

bila tanya kang jawapan dia memang menyakitkan hati.. last2 dia block fb saya.. hmmm.. 

cikgu pon sama.. masa saya dah nak dekat bersalin ada kawan nak pinjam duit.. saya cerita al kisah sejarah saya pasal kawan pinjam duit.. 

seboleh2 dia bela kawan dia tu.. katanya kawan dia tu bukan jenis camtu.. kita ni pon biarkan je la.. 

nahh.. akhir tahun 2013 sampai ni awal tahun 2016.. katanya bonus and gaji bln satu 2014 nak bayar balik.. last last.. diammmm takde bunyi.. 

baru2 ni tersempak kat mall.. haha.. Allah nak "temu"kan setelah sekian lama kawan tu diam and bagi alasan macam2.. so dapat la dia bayar balik half je dulu.. 

alhamdulillah.. jadik la daripada takde langsung and diam je kan.. hope yang lagi baki separuh tu takde la diam je lepas dapat bonus tahun ni pulak.. 

eh??? bukan keeeee 5 hari lepas pekerja kerajaan sume dah dapat bonus???? 

mari kita ber hu hu hu hu hu 😝 



  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...