Monday, March 23, 2020

ATAN ETON

~~atan eton di beri nama 

cikebum 'cikebum

denggg~ 


eh lagi sekor sape? bangi nama dia 😅

ni penghibur saya. 2 hari sekali kasi mandi. belai bawa main-main kat lantai. kadang-kadang laju depa lari. hahaha ikut mood jugak. kadang-kadang diam keras kepala pon tak nak keluar. haha 


YANG BESAR TU ETON, KECIK SEKALI BANGI DAH HAMPIR SAMA SIZE ATAN SEDANGKAN UMUR BANGI LAGI MUDA



kura-kura ni saya beli bulan 7 2019. puncanya kami pegi acara sekolah sulaiman isa. kat situ ada macam ang bayar rm10, dia kasi penapis kecik yang korang biasa guna untuk tapis air teh tu then tangkap ikan kecik2 oren dalam besen. 

bayangkan la bila budak umur sulaiman isa ni tangkap. dapat sekor je la kot. rm10 pulak nak kena bayar. ishh.. merepek jek.. bawa balik ikan tu pon esok lusa sure timbul 🤣
dah la kat umah takde aquarium. means takde proper peralatan untuk bela ikan. mati sia2 jek ikan tu alaaa ikan oren yang jenis fragile tu.

erti kata lain saya tau harga ikan tu 🤭 rm2 kat kedai ikan boleh dapat dalam 15-20 ekor. hahahaha memang la program tu program amal. bayar rm10 tu akan ke arah projek amal sekolah depa ni. 

but... lebih baik rm10 tu pi booth buku kaaa booth makanan kaaa hahaha daripada ang nak aniya ikan. haha kan kan kan 

nak di jadikan cerita, sulaiman isa time tu melompat2 la nak tangkap ikan! puas la pujuk umpan ngan benda lain. tak berhasil. sampai la tercetus idea 

"ok kita balik ni kita beli tortoise" 

Automatic umpan mengena! dangggg fengsan laaaaa mama dah berjanji.

so baki kupon tu masing2 beli air. nak balik tu cuaca dah gelap. ngan masuk kereta terus hujan lebat. time tu kami pergi ramai-ramai. drivernya paksu azim adik bongsu husband and sepupu2 bebudak ni, ruhil and nouri. 

maka janji nak beli tortoise tu tertangguh. hahaha selamat duit hari tu. kikiki.. sampai je umah ipar, husband tanya beli apa sampai rm100? hahaha kantoi sebab beli kupon tu guna system sekolah jadi husband akan dapat email ler bape rm yang dah hangus. eh tak baik cakap hangus. tu kan projek membeli sambil meramal

selang dua hari selepas tu saya gi pj old town. park tepi jalan, husband tunggu dalam kete. saya kuar gi kedai ikan. husband tak perasan sebab dia tak tau tempat tu. masuk balik kete tangan penuh ngan bekas tortoise, makanan dia and 2 ekor kura-kura. hahaha husband terkejut beruk.

"aikkk? awak beli jugak tortoise ni?"

"mesti laaaaa! dah janji kan? so kena tunai" 

"ish laa.. buat mati je nanti kura-kura tu."

"kura-kura jenis tahan lasak laaaaa.." ecececee bini nak menang

"awak tau tak nanti dia boleh membesar? dah besar tu nanti macam mana nak bela? dah la duk umah flat." 

"tauuuu.. dah besar nanti lepas je la kat tasik" 

husband dah malas nak lawan cakap. hahaha he is redhoooooo 🤣

BEKAS NI BELI KAT SHOPEE. RM30+ BEST SEBAB SENANG NAK BASUH AND KAT BATU TU SENTIASA KERING

so sejak hari tu la jadi hobi saya melayan kura-kura ni. saya bagi nama ATAN dan ETON. hahaha nama tak leh blahhh.. then mana datangnya bangi?

ingat lagi yang kami pergi ramai2 tu? so masa berjanji tu kan ada sepupu depa sekali. so janji tu termaktub dengan kura-kura untuk ruhil and nouri laaa.. kami hantar 2 ekor ke bangi umah ipar siap ngan bekas bertangkai and makanan sekali siap.

cut story short, salah seekornya mati and ipar pulangkan balik sekor ni. so tak tau nak buh nama apa. depa pon tak dan nak bagi nama. hahaha terus saya bagi nama BANGI! 

now husband dah takde. bila melayan atan eton and bangi ni seriously menggamit memori kami berbalah dalam kereta tu. kadang-kadang rasa macam nak bagi kat orang or lepaskan kat tasik. 

tapi sayang.. saya nak kenal character sekor-sekor. maybe depa pon dah kenal tuannya yang tiap-tiap hari bagi makan. dua hari sekali mandikan and main2 kat lantai. 

awal-awal beli sekor rm10 ritu bebudak ni jakun la. asyik kacau nak pegang. isa pulak tiap pagi pegi tengok and berebut nak bagi makan. makanan dia murah. rm35 sebalang besar macam balang kerepek pisang tanduk emas 916 eh promot pulak sampai hari ni baru suku luaknya. lama2 sulaiman isa tak heran dah. hahaha







No comments:

Post a Comment

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...