Wednesday, January 16, 2013

Heart Break. #fragile

Nearly a week merancang nak pegi pasar PJ kat Jalan Othman tu pagi2.. Tapi berat je hati nak pegi. And finally pagi ni sebelum pukul 6 saya dah gerak dari rumah nak ke pasar tu.

Saya dah agak.. Hati saya luluh bila semua memori tu macam flash back depan mata.

Saya tak sedar saya drive dengan gear 5 and kelajuan 30km/j. Air mata menitik di waktu azan berkumandang. Kalau ada runner sebelah kereta saya rasanya dia lagi laju kot.

Mana hati tak luluh bila hampir 7 tahun saya guna jalan tu untuk ke kantin pagi2 and sometimes saya singgah sekejap kat pasar PJ tu kalau ada barang2 kantin yang tak cukup.

Dah setahun lebih dah saya lepaskan kantin tu. Tuhan saja yang tahu ikatan saya dan kantin tu. Memang terlalu banyak kenangan pahit. Tapi itu usaha saya. Penat jerih saya yang nak mendapatkannya.

Saya taip borang tender tu di atas buku STPM! Saya tengah study untuk exam STPM yang makin hampir!! Selesai exam STPM saya terus terima berita saya dapat kantin tu.

Memang niat sebelum mohon saya dan mama saya nak kongsi bersama. Tapi waktu nak melepaskannya kepada anaknya yang sulung hanya atas kerelaan mama.

Allah Maha Adil.
Allah knows best.

No comments:

Post a Comment