Friday, November 16, 2012

Speed 170km/j

Tahun lepas saya banyak travel ke ipoh. Boleh di katakan every month kereta saya jejak pekan ipoh tu. Bila orang sebut ipoh bagi saya memang tak jauh mana dah la sebab dh biasa. Piece of cake! Caittt!! *eksen ekkk*

So.. Rata-rata orang tau perjalan dari kl-ipoh lebih kurang 3 jam. Bajet kalau bertolak kul 12pm akan sampai kul 3pm la kononnya.

Tapi bagi saya.. 1.30 or sebelum kul 2 dah sampai dah kat tol jalan duta tu.. *amboi berlagak haktuiii*

Mana tak nyer..... Saya speed 170km/j or more! Not less.. *statement minta penampo* memang tak sedar diri kan.. Kereta Gen-2 je tu.. Agak-agak kalau jadi pape memang mati katak je kannnn...

Cuma Alhamdulillah la sepanjang kepala gila saya tu tak pernah pulak kena speed trap! Hahahahahahahahahaha.. *amboi gelak besar nampak*

Itu dulu punya cerita..

Sekarang 70km/j pon saya dah rasa laju! Huh.. Macam tak percaya kan? Turun 100km/j tu jangan main-main.. Nak tau kenapa?

Sebab SUHA QAISARA. Ntah la.. Sejak hadirnya dia bagaikan satu anugerah buat saya. Indah tak terkata. Walaupon bukan saya yang melahirkannya tapi dia berada di satu sudut dalam hati ni.

Nowadays bila laju sikit saya mula fikir yang bukan-bukan..

Camne kalau tayar pecah? Sempat ke break bila dh laju? Or maybe kereta melambung terus?

Camne kalau jalan licin? Dapat ke saya kawal stereng bila kelajuan 170km/j tu?

Macam-macam yang bermain di fikiran.. Hinggakan kaki saya secara automatik angkat sikit-sikit smpai 90km/j je paling maksimum.

Semalam si kecik ni ikut balik kampung.. Sebesar-besar and seluas-luas kereta tu kat situ jugak si kenit ni nak selit sampai tertidur.. Bila nak di angkat tak mau.. Sedap agaknya muka kena aircond.. Hahahaha..


Alahai anakkkkk.. *telatah mu membahagiakan hati ini* :')

Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment