Friday, April 3, 2020

DARI BASYIR - SAHABAT BABAH

Tulisan ni sebenarnya untuk anak hang Din. Sulaiman dan Isa. Tak tau la hang ada cerita ka dak kat anak hang kisah2 legend hang di sekolah rendah dulu. Jadi aku nak kongsi sikit la kenangan aku dengan hang. Kita sejak tadika dah satu kelas sampai la darjah 6. Seingat aku, darjah 1 saja kita berlainan kelas tapi darjah 2 sampai 6 kita satu kelas. Darjah 1 kelas lain2 pun kita waktu rehat makan dan main sama2 jugak. 

Bila petang kelas mengaji dari darjah satu sampai darjah 6 ustaz dan ustazah yang sama juga.
Sebelum aku pindah pada darjah 6, rumah tok aku sebelah rumah tok hang dibezakan dengan kuboq saja. Jadi pi sekolah memang sama2 kayuh basikal. Tiap2 pagi aku la yang pi rumah hang. Din…….. O… Din…….. 

Macam biasa tok hang la yang sambut. Hang memang payah nak bangun awai. Lepas tu hang bangun tunggu sat hang bersiap lepas tu kelam kabut la sama2 kayuh basikal ke sekolah risau lambat. Hang pengawas sekolah pun boleh lambat. Hahaha.  


Cerita di sekolah pula. Hang memang kesayangan kawan2 dan cikgu2. Mana ada cikgu tak kenai hang aku rasa. Rajin tolong orang, pandai, tak menyusah orang ini semua memang perangai hang. Semua orang senang dengan hang. 


Di sekolah, memang hang aktif wakil sekolah untuk pertandingan2. Syarahan ka, kuiz ka apa sahaja pertandingan keagamaan memang hang la orangnya. Sorry tak berapa ingat yang ni sebab yang ni aku tak join sekali. 


Pertandingan koir yang ni aku ingat. Kita sama2 wakil sekolah untuk menyanyi koir. Setiap sabtu kena pi sekolah berlatih menyanyi. Peringkat pkg kita menang lawan sekolah keat hwa. Lepas tu wakil daerah kota setar bertanding di shopping mall. Star parade. Waktu tu star parade cantic lagi baru buka. Kita tewas dapat naib johan tak dapat mewakili negeri kedah. Antara lagu adalah Tanah Pusaka. Sampai la ni bila dengar di radio teringat zaman sekolah.


Pertandingan nyanyian yang lain adalah wakil kelas pertandingan nasyid. Kelas kita lepas peringkat saringan dan menyanyi lagi di peringkat final. Di saat kelas2 lain nyanyi lagu2 moden terkini. Kelas kita steady menyanyi lagu nasyid klasik. Ni semua idea hang dengan tok wan hang. Nyanyi nasyid tapi pakai baju raya. Hahaha. Kita tewas pada pelajar darjah 6 dengan lagu kumpulan brothers Teman Sejati. Serious tak ingat tajuk lagu tu. Antara rangkap yang dapat ingat. Selawat dan salam kami ucapkan pada rasul nabi junjungan…. Memang klasik habis lagu ni. 


Selain dari tu kita juga aktif main alat muzik. Aku punya pianika. Hang aku tak ingat. Antara lagu adalah Lenggang2 kangkung. Bila ada apa2 majlis di sekolah team kita akan main di pentas.


Sebut pasal sukan. Kita tak wakil apa2 untuk sekolah sebab kita kategori lambat besaq. Saiz kita waktu tu tak mengizinkan kita mewakili sekolah. Tak pasti hoki hang ada main untuk sekolah atau tak. Main bola petang2 memang ada. Di padang balai polis sampai mahgrib. Di depan rumah rahimi atas sekam main juga sampai luka2 kaki. Banyak la tempat kita main bola. Ada yang ajak kita jarang menolak.


Unit uniform kita sama2 join pengakap. Dari darjah 4 sampai darjah 6. Tak silap kita dapat pangkat keris gangsa sahaja rasanya. Banyak pengalaman tapi antara yang paling ingat sewaktu perkhemahan di sekolah dan yang paling best pertandingan memasak nasi goreng antara pasukan. Team aku menang sebab guna perencah nasi goreng segera. Hahaha.


Walaupun hang kesayangan cikgu2 tapi ada juga nakal2 tu. Antara aku sampai sekarang ingat time kena rotan dengan cikgu ya di luar kelas sambal berdiri atas kerusi. Patah pembaris panjang dibuatnya. Kes main lari2 dalam kelas terlanggar meja terkena budak perempuan dia nangis. 

Selain tu hang tak pernah rasanya kena tibai. Tapi antara yang paling aku ingat ada satu waktu tu kita dua lewat masuk kelas kena denda dengan cikgu cina cikgu ganti. Sorry tak ingat nama cikgu tu dan dia minta kita menari sebagai denda. Aku menari ala2 rap berkawat. Tapi hang celaka menari tarian india tiru iklan dalam tv. Hahaha. Satu kelas berdekah time tu.


Banyak lagi cerita hang sebenarnya yang kekal dalam ingatan aku. Sangat banyak Din. Belum cerita kayuh basikal dari alor janggus sampai ke pekan kuala sungai semata2 nak beli komik dragonball dan komik dewata raya. Lepas tu habis mengaji sanggup ke rumah Pak An main mainan computer. 

Hang dengan mainan cukup minat. Rasanya hang ada sewa Nintendo Azuan bawa balik kan. Aku tak minat sangat mainan macam tu.


Antara yang aku ingat lagi waktu malam lepas maghrib kita ke sekolah ada kelas tambahan. Hari rabu pergi awal sikit dapat ke pasar malam. Balik kelas malam2 waktu hujan tu biasalah sama2 basah. 

Cuma seram sikit bila hang dah sampai rumah tinggal aku sorang2 nak kayuh melepasi kubur tepi rumah tu.
Itu antara sedikit sebanyak kisah kita Din. Hari2 kita sama2 selama 7 tahun tu. Banyak sangat aktiviti budak kampong kita buat. Mancing ikan, sauk ikan, main layang2, mandi sungai semua kita dah buat Din. 


Sampai la result UPSR keluar hang memang dijangka dapat score semua A. Aku dapat 3 A sahaja. Lepas pada tu kita pun bawa haluan masing2. Waktu tu mana ada telefon lagi jadi kita dapat jumpa pun kadang2 samada terserempak di masjid waktu cuti. Memang sangat berkurang kita jumpa lagi2 bila dengar hang dah tak duduk di rumah tok wan hang. Bila musim cuti setiap kali aku lalu depan rumah tok wan hang memang aku harap ada la kelibat hang disitu. Tapi hang tak ada.


Antara yang aku ingat lagi bila tok aku meninggal dunia kebetulan hang ada di kampong. Kemudian kita sama2 balik kuala lumpur hang tumpang aku naik kereta. Waktu tu aku di Uitm Shah Alam. Puas dapat borak lama dengan hang.


Selepas pada tu kita tak berjumpa. Nasib baik ada FB. Dapat la tahu serba sedikit perkembangan. Sampai la dengar cerita hang pun dah berkahwin, alhamdulillah ada 2 anak. Tiba2 tekejut dengar hang jatuh sakit.


Bulan 6 tahun lepas sempat melawat hang di alor setar. Mak aku ikut sekali lama tak tengok hang katanya. Walaupun hang bertongkat seronok dapat jumpa hang sembang2. Hang baru balik padang besaq siap tapau pulut ayam makan ramai2 malam tu.


Itu la last aku jumpa hang Din. Selebihnya aku follow cerita hang di FB. Aku tunggu satu hari nanti hang akan sembuh nak pergi ziarah hang lagi. Sampai la dengar berita pada malam jumaat haritu hang dah tak ada.


Sedih sangat la Din. Esoknya aku pi kubur sedikit lambat sebab selesaikan urusan di airport hantar abah mak ke umrah. Di sana sama2 bacakan yasin dengan abang zharif. Sungguh tak pernah terdetik dalam hati aku bahawa satu hari nanti aku akan baca yasin untuk hang depan kubur hang. 

Aku tak akan lupakan hang Din. Kawan paling rapat baik bersama2 dengan aku waktu sekolah rendah. Hang orang hebat dari kecik lagi tanda2 hang akan jadi hebat dah ada. 


Minta maaf tak dapat ziarah hang selalu waktu hang sakit. Salah aku asyik betangguh. Tenanglah disana. Doakan syurga untuk hang sebab hang orang hebat. Amin. 


Pada yang membaca minta maaf saya tak pandai menulis.

Ps : kiriman kawan suami dari kecil. Persahabatan. Buat tatapan sulaiman isa satu hari nanti. 

awakkk.. we miss u so much. 

No comments:

Post a Comment

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...