Wednesday, December 24, 2014

DUE DATE

38 minggu 5 hari dah ari ni

maknanya selama tu jugak la dengar perkataan due date 
huuuuuuu...
orang tak penah bekerja macam saya ni memang jarang la nak sebut perkataan tu kannn.. 

dari kecik kaki meniaga je takde sebut pon due date due date ni
(jap tengok tapak kaki - hitam!! tu tandanya umah nak kena mop hahaha)

sooooooooooooo
insyaAllah jika izinkan Allah SWT

01012015

tarikh nak meletop kebaboom jek
hahaha

semalam pegi check "jalan" untuk kali ke-2
sakit hoi!!!!!! sob sob sob
yang ada pengalaman tu sedia maklum la dah kan sakitnya camne.. 

bila cikgu tanya sakit camne
saya jawab 
macam lubang awak nak yak tu kena korek masuk tangan

-________-

tak tau nak bagi persamaan yang camne dah
any idea nak gambarkan? 

pastu cikgu rasa ngilu
hahaha

takut tak?
tak payah nak cakap bab takut tu
hmmmmmmmmmmm

bila tengok UPT tu positif je
benda pertama yang masuk dalam kepala ni 

MATI

sume orang yang nak face pengalaman bersalin mesti akan pikir benda ni
penipu sangat kalau dia tak pikir

sape setuju sila angkat punggung
@___@
gi duk dalam hutan kalo takde rasa takut
 kan kan kan

tup tup pagi ni dapat pict kat group wasap adik badik





zasssss!!!!!!

gugur jantung ni
speechless

ada lagi pict baby and pict status husband dia update kat fb before deliver
tapi tak sampai hati nak upload kat sini

berderai air mata

kepala ni pon start la pikir yang bukan2 dah
aduh

andai saya gugur

.............................

anak itu satu2nya harta yang saya dapat tinggalkan untuk cikgu

tak mampu nak terus menaip

end.



No comments:

Post a Comment