Sunday, December 28, 2014

TAK ADIL

hari ni cikgu dah start keje
cuti sekolah ada lagi seminggu
tapi cikgu2 dah start meeting bagai

berakhir la sudah cuti panjang cikgu a.k.a suami saya
tak terasa pon cuti
sebab cikgu start cuti lambat
cikgu ketua pengawas spm
so cuti dia start 3 Dec bukan 22 Nov

tapi kira bersyukur la cikgu banyak cuti 
kalau nak banding dengan orang lain

Alhamdulillah

tadi cikgu balik je sekolah saya repacking
bag baby
bag saya
bag cikgu
untuk bawa pegi klinik
*insyaAllah bakal bersalin kat klinik Perdana Specialist Maternity Center*

 *kebetulan sedondon merah hitam.. 
 beli bag asing2 and tak terpikir pon nak sama kaler*
 
sambil packing barang tu 
2-3 kali gak la saya panggil cikgu
yang tengah mengadap cermin muka lama sangat
bukan jauh pon
5 kaki je jaraknya

cikgu kata "iyaaaa" 
saya muncung panjang kalah muncung buaya

cikgu : kejap la.. saya tengah korek hidung ni 
-_______-
cikgu : nak saya korek hidung pastu calit kat awak? 
-__________________________________-

cikgu : saya tengah bersihkan hidung ni.. nak ke saya kuar pastu orang nampak taik hidung and bulu hidung panjang2 then orang cakap isteri dia tak jaga laki..

saya : owhhh.. nak cantik2 untuk orang tengok. bukan untuk isteri..

zzzzzzzzz

cikgu : budaya.. manusia.. prejudis.. kalo suami selekeh orang cakap bini dia tak pandai jaga laki. kalo bini selekeh, orang cakap bini dia tak pandai jaga diri. perempuan je yang selalu kena..

 saya : betul!!! selalu saya dengar jangan sambut suami balik keje dengan busuk2 tak mandi and selekeh. sedangkan lelaki kat umah pakai kain pelikat dengan pagoda and perot boroi pastu bulu ketiak panjang macam penyapu.. eeeeeeeeeeee!!!

cikgu : see... tak adil kan? 

*dalam hati : nasib baik ketiak cikgu wangi.. opss!!* 

pastu cikgu duduk depan saya usap2 perut

*bahagia*

p/s : lupa yang jari cikgu tadi dia korek2 hidung belom basuh lagi.. alamak!! ishhh

No comments:

Post a Comment