Sunday, May 18, 2014

EPISOD II

tadi pegi check lagi. lepas cikgu tanya2 kat kawan dia mana klinik/hospital pakar area sini and akhirnya ke Perdana Specialist Maternity lah kita. kat taman universiti around 15-20 minit dari rumah. 

insyaAllah bakal bersalin kat situ.. 
huhuhu.. agak2 kalau tengah sakit nak bersalin tu boleh sabar ke 20 minit perjalanan? 

errrrrrr.. gulp!! 

scan kali ni dah ada bunyi jantung baby!!!
*kelip2 mata* 
around 7weeks dah.  
*speechless* 

dupdup.. dupdup.. dupdupp.. 
*ahhhhhh*
bunyi yang paling indah. rasa macam nak tangkap bunyi tu and simpan dalam telinga. haiyooo.. melampau la pulak.. 

air mata dah berlinang. cikgu kata dia rasa bulu roma dia meremang.. hahaha


Assalamualaikum baby~ 

mama seriuosly cant wait to see u! rasa macam nak amik kiss kiss kiss peyukkk peyukkk then letak balik dalam rahim. boleh? purrrrrr... over kot.. 

babah pulak cakap dah tak sabar nak azankan. alolololo.. sejukkkk sangat hati/jantung/limpa/buah pinggang saya dengar ayat tuuuu... 

for now close family and kawan paling rapat je tau. cikgu tak bagi post anything kat fb, insta or pape je. neither kat personal fb saya tempat saya simpan all my pict. kedekut!!!! 

dia trauma sangat. lepas tau je saya pregnant dia cerita kawan dia punya happy wife pregnant sampai post sana sini. then gugur and sampai hari ni belom ada rezeki lagi. 

rutin setiap hari khamis gi main badminton then kami ramai2 lepak minum kat mamak. 

tapi last week.... 

tetiba kawan cikgu bersuara "adik ipar aku pagi tadi punya seronok bagi tau dia pregnant. petang tadi gugur lak" 

perghhh.. 

cikgu pandang saya
saya pandang cikgu

*sunyi* 

fine!! for the 1st 3month ni kena diam. tapi kat blog ni..... i dont care!!! 

nak gak update! wekkkk.. 3 orang je follower. takde sape pon baca blog saya. 

kan kan kan.. 

neway saya doakan kawan cikgu and adik ipar kawan cikgu bakal terima berita gembira jugak soon.. aminnnnn.. 


ini pulak saya tadi lepas main bowling ngan geng2 cikgu. group kami kalah. hahahahhaha.. masing2 ratu/raja longkang.. kih kih kih.. 

tak payah zoom pict tuuuu..  memang belom nampak baby bump nyerrrr.. hihihi.. 



No comments:

Post a Comment