Saturday, February 8, 2014

THE PERFECT PROPOSAL

bismillahirrahmanirrahim.

malam 1 Muharram 1435 hijrah.

anjung Masjid Negara.

saya jalan kat belakang cikgu. ikut je kaki cikgu sampai la ke anjung masjid negara. mulut dia pok pek pok pek cite pasal dia dapat salam sultan kedah. bukan main seronok dia tunjuk video salam sultan kesayangan dia tu. ye laaaa.. cikgu kan orang kedah.. saya orang KL. takde sultan. hahaha..

cikgu berdiri kat hujung anjung masjid negara tu..

tiba2 cikgu cakap :

awak, di dalam rumah Allah ni sudi tak awak menjadi isteri saya? menjadi teman hidup saya di dunia dan juga di syurga. menjadi mama kepada anak anak saya. dan bersaksikan rumah Allah ni, saya sayang awk saya cintakan awak seikhlas hati lillahitaalla. lillahitaalla sudikah awak terima?

air mata saya bergenang. kaki saya bagaikan tak jejak bumi. tubuh menggigil tak payah cite la..

sebenarnya saya dah blur. dah macam nak pengsan pon ada. lebih kurang camtu la ayat2 cikgu. yang saya ingat and jelas saya dengar "rumah Allah, teman hidup, lillahitaalla".

tangan saya pegang kuat pagar sebelah saya tu. dengan harapan saya tak jatuh tergolek kat situ. kang tak pasal2 lain pulak ending cerita ni. cikgu kena sambung propose kat hospital sebab saya pengsan?? hew hew hew..

awak, saya terima. saya terima menjadi teman hidup awak. dengan harapan awak bimbing saya, bimbing anak2 saya ke syurga. dan bersaksikan rumah Allah saya terima seikhlas hati saya lillahitaalla.

fuhhhhh!!

time jawab ni rasa macam nak pecah jantung. rasanya saya lari speed pon tak teruk macam nak jawab soalan ni. bayangkan je la.. saya baru je kenal cikgu. jumpa pon boleh di bilang dengan jari. selebihnya kat wasap je berborak. saya anggap cikgu sama je macam kawan2 yang lain. cuma kami agak rapat sebab cikgu ni gila2 sikit.. hahaha..

cuma selama saya kenal cikgu dari mula saya nampak cikgu jaga solat dia. kebetulan pulak kami kenal 10 hari sebelum puasa so sepanjang bulan puasa tu cikgu puasa penuh then rajin pegi tarawih bila ada kesempatan. tu yang saya berani jawab soalan cikgu malam tu jugak.

sah! haipppp.. apa yang sah nyer? bukan akad nikah la.. hahaha..

no ring
no flower
no one knee

kat tangan cikgu pegang yasin ni. then cikgu cakap :

awak, bukan budaya kita untuk saya melamar dengan cincin bunga bagai. jadi saya bagi ni (yasin) untuk awak simpan buat kenangan.



saya speechless.

insyaAllah saya akan guna yasin ni setiap kali masa cikgu dan  saya sama2 buat tahlil. dah jadi rutin kami baca yasin every thursday.

then cikgu kata lagi :

awak, saya tau awak pernah bercerita tentang 1 januari. awak nak pahatkan kenangan pada tarikh tu. tapi 1 januari tu nanti saya tak dapat nak tunaikan. dengan tu saya pilih malam ni, malam 1 Muharram 1435 hijrah untuk awak abadikan kenangan ni sampai bila2.

ok. time ni..

saya dah nak nangis tapi saya tahan. memang saya penah cerita pada cikgu tentang 1 januari. date sahabat saya pergi buat selama2nya tinggalkan saya. so saya nak bertunang/kawen/beranak on 1st january. giler melampau sampai bersalin pon nak date tu jugak.. tapi mana nak tau kan kalau Allah izikan. insyaAllah..

masa saya cerita  pasal 1st january tu saya borak2 kosong je.. cerita tentang satu2nya sahabat saya. tak pulak saya sangka apa yang saya cerita tu masuk telinga cikgu and terus kekal dalam ingatan dia.. terharuuuuuuu!!!





satu2nya gambar kenangan kat masjid negara selepas cikgu melamar saya.

sebenarnya hari tu..
cikgu ajak maghrib kat masjid negara tapi cikgu terlambat sebab terlepas masuk simpang jalan rumah saya. so maghrib tu kami jemaah kat masjid Ar-Rahah belakang rumah saya je.





saya ingatkan terus isyak kat situ. tapi saya nampak cikgu keluar lepas maghrib. saya pon ikut je la.

saya pon tanya la kenapa keluar. cikgu cakap cikgu nak jugak pegi masjid negara and kejar jugak nak isyak kat sana.

rupa2nya cikgu ada agenda tersembunyi. hehehe..

cikgu kata dia nak abadikan kenangan kat masjid negara tu sebab bulan puasa lepas saya ajak cikgu tarawih kat masjid negara.

lohhhh.. sebenarnya saya ajak ramai kot.. saya ajak semua geng2 solat tarawih kat masjid negara tapi cikgu sorang je yang reply kata nak ikut. huhuhu..

tu la kan.. perancangan Allah swt.. Dia yang mengatur perjalanan kita..

esoknya siang hari Maal Hijrah tu sebelum cikgu balik johor cikgu singgah rumah mak saya. kebetulan ayah saya pon datang. terus cikgu cakap hajat dia and bagi tempoh sebulan untuk majlis bertunang.

besar perancangan kita, besar lagi perancangan Dia. Allahu Akbar..

awak, di saat saya katakan saya terima tu saya berharap awak bimbinglah saya. bimbing saya ke jalan-Nya. ke arah syurga yang kekal abadi. saya terima awak kerana agama. cinta saya pada awak kerana Allah. kerana pegangan agama yang awak genggam. sekiranya awak membelakangkan agama, maka jauhlah cinta saya pada awak.

saya kenal awak selama 4 bulan.
2 bulan sebagai tunang awak.
dan hanya tinggal sebulan untuk menjadi halal di sisi awak.

sesungguhnya, saya terima kehadiran awak dengan penuh kesyukuran. saya redha dan pasrah. saya menadah sekecil2 tapak tangan saya dan berdoa semoga ikatan ini di redhai, di berkati dan kekal hingga ke syurga.




Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

1 comment:

  1. Touching!!! Romantik cara islamik. Alhamdulillah

    ReplyDelete