Sunday, May 12, 2013

Sejak Itu.. kehilangan.

sejak arwah cik nah dah takde, saya hilang tempat mengadu. hilang tempat mengadarkan kepala. hilang tempat untuk menangis bersama. hilang tempat berkongsi resepi. hilang tempat ketawa. hilang tempat bercerita segalanya. hilang... kehilangan.. kesepian.. keseorangan..

saya mencari tempat ketenangan. kadang2 saya mencari pantai. kadang2 saya mencari taman kadang2 saya mencari tanah yang lapang.

puas saya cari dan saya tak jumpa. di mana ketenangan tu?

sampai satu hari saya dapat ketenangan ketika saya berlari (joging)

saya terasa saya di awangan. saya khayal dalam dunia saya.

dan sejak itu berlari menjadi rutin bila saya nak mencari "sebuah" ketenangan.

walaupon hanya sejam dua.. jadilah..

Alhamdulillah. saya bersyukur merasa jugak erti ketenangan.

cik nah,
kaksu rindu cik nah. di bibir kaksu sekarang kurang menyebut nama cik nah. dah berhenti menangis depan orang lain bila rindukan cik nah. itu bukan bermakna kaksu dah lupa cik nah.

kaksu jaga hati mama. satu hari tu mama macam terasa kaksu terlalu pentingkan cik nah daripada mama. dan kalau cik nah nampak dari sana, mesti nampak mama dah banyak beza kan? semuanya berkat kesabaran yang cik nah tiupkan pada kaksu. terima kasih cik nah. terima kasih.

kaksu rindu cik nah. Al-Fatihah.


- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

No comments:

Post a Comment