Monday, December 24, 2012

Ferrari emas untuk di menangi!

Terbuka kepada semua lelaki..


Sape tak nak? ye dakkk?

Syarat2nya :

Ferrari Emas
Encik Mazlan ialah seorang lagi pegawai atasan aku. Orangnya aktif, tidak berapa gemarkan kerja tercongok di depan komputer dari 8 hingga 5. Rajin memberi pendapat. Rajin memberi nasihat. Dan rajin membuat lawak kuning. Selain gemar memberi talk kepada peserta kursus di organisasi, dia juga gemar mengumpul model kereta Ferarri yang kecik-kecik tu.

Pada suatu hari, entah aku pun tak ingat siapa yang timbulkan isu poligami, isu yang memang ramai sangat orang nak ulas, aku pun seperti biasa, mendengar lah, satu per satu, pendapat demi pendapat. Dari yang sudah berkahwin. Mahupun belum. Ramai juga yang join dalam forum tak rasmi tu. Abang Rashid, Encik Azmi, Akak Hebat Di Ranjang dan entah siapa lagi, aku lupa.

Dan seperti biasa, tiada siapa yang suka. Termasuk lah aku.

Sampai lah apabila Abang Rashid bersuara;

"Ëh tapi korang taknak ke payung emas nanti?"

Aku balas,

"Kalau lah ada hukum Islam kita ini menghalalkan isteri bersuami sampai empat, Abang Rashid nak tak Payung Emas?"

Sekali Encik Mazlan menjawab,

"Kau tanya macam ni, aku teringat satu hari sebelum ni, aku pernah bermimpi. Aku balik dari outstation, penat penat nak peluk cium bini, sekali aku sampai rumah, bini aku tengah layan lelaki lain. Dia bukak pintu bilik dan cakap kat aku 'Ábang, malam ni kan giliran suami saya yang nombor dua ni. Abang balik dulu ya.',

Masa tu aku rasa, walau dalam mimpi, pedihnya menikam-nikam sampai aku terjaga, aku sedih, aku menangis. Terus aku terfikir, begitulah rupa-rupanya rasa isteri apabila diduakan, ya?"

"Encik Mazlan, kenapa nak dapat mimpi baru nak faham?"

"Iyalah, kalau macam tu, jangan kan payung emas, FERRARI emas sekali pun aku taknak. Aku tak sanggup."

Dengan rasa penuh cool, aku tersenyum. Sambil kerepek penuh dalam mulut.

Sumber : perempuanjomblo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment