Monday, March 9, 2015

PINDAH RANDAH

17 March ni dah genap setahun saya masuk rumah ni
maknanya dah setahun saya bermastautin di bumi johor ni

Alhamdulillah
rezeki saya lepas kawen tahun lepas 
saya masuk rumah sewa yang cikgu sediakan ni
"cuci kaki tangan" je

paham tak apa maksud dia? 
saya tak payah bawa pape selain pakaian saya je
dan bawa punggung yang lebar ni 
hihi

masa tu saya bersyukur sangat
saya takde teruk2 susah payah nak berpindah
macam sesetengah pengantin baru
yang berpindah ke rumah baru kosong 
dasar pemalas sebenarnya  

rumah ni cukup lengkap dan sempurna
saya rasa bertuah sangat
Alhamdulillah
 
saya tak pentingkan bahagian lain
saya cuma nak bahagian dapur je

dapur = syurga saya
hahahaha
tu sebab saya gemuk 
-____________-

then cuti akhir tahun lepas
tengah sibuk2 nak pack barang balik kl 
tetiba tuan rumah datang

 dia bagitau yang rumah ni dalam proses nak jual
DANG!!
time tu saya dah nak dekat due
menitik jugak la air mata ni
sebab saya sayang dapur saya

hahaha
sayangkan dapur sampai nangis
:P

so bermula la edisi mencari rumah
pusing2 sana sini
macam jenis rumah

sampai la kami ada 2 pilihan
pertama : rumah apartment ada kolam renang
kedua : rumah macam sekarang teres 2 tingkat

rumah teres tu belakang rumah yang sekarang je
kalau nak pindah pon jalan kaki je bawa barang2
nak angkut peti ais pon boleh pakai troli je tolak ke rumah baru tu
agak2 tengah anak tidur rasa rajin nak pindahkan barang sikit2 pon boleh

Alhamdulillah 
rezeki kami
tuan rumah dah jual rumah ni
so dia bagi SEMUA barang dalam rumah ni
syukur

rumah apartment pulak jauh sikit dari sini
nak berpindah memang kena pakai lori
jenuh jugak la kalo nanti nak hangkut sekali gus
rumah tu tak sebesar rumah sekarang
just nice untuk kami bertiga

pilihan saya? 

saya pilih APARTMENT

nak tau kenapa? 
sebab untuk anak saya sulaiman
:D

bila rumah apartment tu
at least boleh bawa sulaiman jalan2 bawah rumah
jalan2 kat kolam renang
kawasan tu selamat
nak masuk pon kena pakai kad
yang penting takde anjing

ofkos la dapur rumah apartment ni memuaskan hati isteri cikgu ni
huhuuhuhuh 

rumah teres tu sama la macam rumah sekarang
sulaiman terperuk je dalam rumah
tak berkembang ler minda anak saya tu
saya tak berani nak bawa sulaiman keluar selain depan ruman ni je

sebab
anjing banyakkkkkk!!!

kalau saya sorang2 takpe la
saya takde la takut anjing sangat
tapi bila dengan anak
memikir la jugak

kang kalau pape jadi kang
menyesal tak sudah
-________________- 

pfffttttt
kisah berpindah ni tak berhenti kat sini je
insyaAllah bulan 4 ni cikgu nak mohon tukar ke KL
yahooooo.. i'm back!! kuala lumpur tunggu saya balik!!!

kalau dapat insyaAllah 2-3 tahun duduk kl
sebelum kami settle down kat sungai petani

lohhhh?? 
apehal lak tu?? 
dah macam kaum nomad je dah pindah randah
hahaha

sebenarnya saya nak balik kl kejap 2-3 tahun
insyaAllah saya nak sambung balik meniaga

agak2 dah cukup modal nak hias rumah
baru cikgu nak pindah rumah yang cikgu beli tu
cikgu beli rumah banglo kat sungai petani
jangkaan siap bulan 8 ni

macam biasa saya ni kan gedik
saya cakap saya nak dapur macam istana 
hahahahha

so saya kata saya nak meniaga and kumpul
$$$$ manyak2
untuk saya buat dapur bak seindah di kayangan saya tu
giler punya berangan
keh keh keh 

walaupon cikgu kata nak buatkan dapur syurga saya tu
saya tak nakkkkkkk
saya nak buat sendiri
guna duit sendiri
dengan hasil titik peluh sendiri

satu kepuasan yang tak terhingga 
bila tengok hasil usaha sendiri
insyaAllah












No comments:

Post a Comment