Friday, December 6, 2013

sejarah untuk suha

6 december 2013

suha dah 2 tahun setengah.

hari ni, lebih kurang pukul 4 petang tangan saya naik ke tubuh kecil tu.

saya tak tau kenapa hari ni suha banyak sangat buat hal sedangkan dia baru je 4 jam bersama saya.

saya tak boleh nak tinggalkan keje2 dan terpaksa biarkan uwan dia yang melayan kerenah2 dia. saya cuma pandang je dan kadang2 saya layan bila suha datang and duduk sebelah saya.

dalam tempoh 4 jam. suha makan and buat sepah.. habis baju kena makanan. berlecak habis kuah sup. biasanya takde macam tu sekali.

lepas makan uwan dia mandikan. dia lari ke sana ke mari tak nak pakai pampers. akibatnya dia kencing atas lantai. uwan dia jugak yang volunteer nak mop.

saya bagi mainan. di koyaknya kotak mainan tu. seriously biasanya suha sayang mainan dia. lepas main pandai je simpan balik.

kemuncaknya, uwan dia buatkan susu. dia nak susu tapi tak nak tido. bila uwan dia ajak masuk bilik minum susu, suha pukul uwan dia bertubi2.

hilang kesabaran saya.

pertama : saya pukul di pinggang. suha masih pukul uwan dia.

kedua : saya pukul di lengan. suha masih pukul uwan dia.

yang terakhir : saya tarik tangan suha dan pukul belakang tapak tangan. suha berhenti pukul uwan dia dan buat muka merajuk tanpa menangis.

kerasnya hati dia.

saya tarik masuk bilik nak bagi susu. suha melawan tak nak dan menangis. dalam masa yang sama uwan dia campur tangan.

akhirnya berjaya pujuk tapi suha keras dan kaku. saya suruh uwan dia keluar and jangan masuk campur.

suha menjerit lagi kuat bila saya cakap "mama sayang suha tapi kalau suha pukul orang, mama akan pukul suha. lain kali jangan buat lagi. promise?"

suha berkeras tak nak promise jari kelengkeng.

saya peluk suha lama. saya baringkan. bagi susu. suha tak nak mengiring arah saya. saya letak tangan atas perut suha tapi suha tepis.

kesudahannya saya menangis. suha nampak then suha pusing mengiring arah saya. suha pandang saya menangis sampai dia tertido.

Ya-Allah.

saat ini terbayang saat dia baru lahir kat hospital ampang. tak pernah saya terfikir saya akan naikkan tangan pada tubuh kecil yang saya anggap anak saya.

suha, mama minta maaf. demi untuk mengajar. mama harap suha boleh menilai baik dan buruk.

maafkan mama.


- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

No comments:

Post a Comment