Tuesday, March 13, 2012

Malu Sangat


Pernah rasa macam tu? Tipu la kalau tak pernah kannn..

Kes malu #1
Kalo kat facebook tu memang crop bagi nampak kurus je.. Betul tak?





Bila kawan like or comment kata cute kita pon kembang semangkuk bukan main lagik.. Hahaha.. Tapi hakikatnya.. Alahaiiii.. Malu nak post whole picture kan?


Kes malu #2
Dulu saya bila naik lrt saya lebih rela berdiri walaupun penat berdiri. Nak tau kenapa?




Sebab saya perlukan hampir 2 seat lrt untuk duduk! Saya rasa malu sangat sebab seat sebelah saya "kosong" bukan dalam perkataan sebenar. Sebab separuh seat sebelah saya tu saya dah terduduk tanpa sengaja. Oh sedih masa tu macam nak nangis!

And hari ni saya suka naik lrt hanya sebab nak ukur berapa banyak space yang saya akan guna. Tolonglah ampunkan budak ni.. Hahaha!! Saya berjaya guna hanya satu seat je ok. Bahagia!


Kes malu #3
Kadang-kadang ramai yang tipu diri sendiri buat macam ni..



*saya pernah guna photoshop utk nampak kurus*

Tapi sampai bila nak guna photoshop? One day kita nak jugak cantik yang real kan? Tipulah takde rasa nak kurus and cantik. Betul tak?


Kes malu #4
Someone pernah terlucut handphone dari pegangan hampir berderai jugak la handphone tu lepas tengok saya keluar dari kereta. Sebab mula-mula nampak muka je. Bila dah keluar and berdiri depan mata, mak oiiii!! Gemuk betul kan! Hahaha.. Terperanjat kawan tu kan. Kesian.

Lepas tu pekerja indon saya pula bagi tau mula-mula dia tengok saya dalam kereta muka saya nak kurus tapi bila dah keluar dia pun terperanjat. Terima kasih la bagi tau ye. Saya takde la zalim sampai potong gaji walaupun dalam hati ni membakar jugak la kan. Hahaha..



Sebenarnya banyak lagi kes malu yang saya dah lalui. Mungkin saya dah penat malu di depan orang saya jadi tekad untuk berubah.





-Posted using BlogPress from Pagekhas's iPad2

No comments:

Post a Comment