malam tu jugak last saya keluar rumah. sampai hari ni saya tak keluar langsung. dah 12 hari terperap dalam rumah. sulaiman isa? since 6 march. masa tu dah keluar berita sekolah depa cawangan kinrara ada parents positif covid19. means dah 20 hari bebudak ni berkurung.
khemah saringan covid19
saya hantar kerepek tu kat ED je. sebab dah malam and time tu saya dalam iddah lagi. tak patut saya keluar malam tapi nurse habis shift pukul 9pm. jadi saya tunggu dalam kereta je.
dah ada khemah kat luar ED untuk saringan pesakit yang di syaki terkena virus ni. nampak la dalam 5 orang doktor or nurse pakai set PPE. kita yang memandangkan pon rasa rimas, ni kan lagi diaorang. dah la khemah tu luar building. even ada kipas pon, full set PPE kottt~ memang mandi peluh tau.
icu isolated room 1
sambil menunggu nurse turun, saya pandang tak henti bilik ICU isolated room 1 tu. sayu. mengimbau balik kenangan husband saya pernah duduk dalam bilik tu 18 hari. 1st September 2019 - 18 September 2019. masa tu malaysia tengah kecoh jerebu. banyak sekolah yang kena tutup sebab jerebu tebal. saya sendiri waktu tu batuk-batuk.
18 march bermula perintah kawalan. saya teringat-ingat kat khemas covid19 HUKM. hati terdetik nak bagi something to make them "happy" sambil buat kerja. saya nak pergi sendiri tak terdaya. since saya and anak-anak je kat rumah. no way saya nak bawa anak-anak sekali keluar. saya whatsapp fazrin nurse ward bmt tapi waktu tu fazrin dah habis kerja. plus dia naik moto. jadi saya minta fazrin tolong tanya if ada sesiapa sudi tolong belikan then hantar ke khemah tu.
dalam hati ada terdetik kak safa. tak lama lepas tu fazrin reply bagitau kak safa nak tolong. hahaha. dah agak dah. terima kasih yang tak terhingga. kami dengan warga staff ward bmt tu tak tau nak kata apa. saya sendiri sayang sangat kat diaorang. rasa macam family sendiri dah.
amboi kak safa sampai tulis atas kertas nama husband
syukur alhamdulillah terlaksana hajatnya
jangan kak safa kena viral sebab panic buying sudahhh
lega bila selesai apa yang saya hajatkan atas bantuan kak safa. hope team frontline covid19 HUKM happy sambil-sambil buat kerja tu boleh duduk rehat makan jajan.
im sure ramai dan bakal ramai nanti yang akan sumbangankan makanan dah siap masak. which is pemandangan tu dah biasa saya tengok. saya ambil pendekatan berbeza sebab bila suasana macam sekarang, dengan kesibukkan saring pesakit, makanan yang siap bermasak ni kadang-kadang tak terhabis and sejujurnya banyak terbuang.
moga wabak ni cepat-cepat berlalu pergi. amin
ps: malam ni jom beramai-ramai solat hajat. khamis malam jumaat ke-2 selepas tempoh kawalan pergerakan.
No comments:
Post a Comment