Monday, January 25, 2021


 genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya.....


saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 keputusan untuk pindah kedah. saya pindah bertiga. saya, sulaiman dan isa. 


buat masa ni kakcik (adik husband no.4) teman kami. sementara kakcik masih kerja kat bertam, penang. maybe sampai bulan 4. kakcik kerja kat lab research USM. bila kakcik cerita pasal "ternakan" yang benda kena tengok bawah microskop tu, saya pon blur. hahaha.. tabik spring la kat kakcik. minat dia kot dengan mahkluk2 seni tu. 


bab kemas rumah 99% siap! gigih kemas sebab nak ready dengan stok barang meniaga dari china. agak2 dalam 30 kotak semuanya. hahaha jenuh tak tau kat mana nak susun semua kotak2 tu. 


taraa!! cantik kat ofis saya? sebenarnya ni bilik isa. tapi budak tu pon masih lagi tidur bawah ketiak. hahaha. so sementara ni saya guna jadi ofis comel saya. yeayyy.. 


syukur alhamdulillah. suami sediakan tempat untuk kami berteduh. sangat selesa. besar dan luas. tenang dan damai.

tapi

sunyi. sangat sunyi. sunyi tanpa suara kekasih hati. sunyi tanpa gelak ketawa dia. senda gurau yang selalu menyakat saya sampai muncung sedepa. 


pagi2 kakcik pergi kerja, sengaja saya tak nak tunggu kakcik pergi sampai hilang dari pandangan. macam pagi tadi saya menyapu longkang. cuma salam dan biarkan kakcik berlalu macam tu je. 

hati jadi sayu. sebab saya pernah impikan situasi macam tu dengan suami. salam tangan dia kat depan pintu, tunggu keretanya keluar dari garaj then tengok kereta meluncur pergi sampai hilang dari pandangan. 

dan semua tu. hanya tinggal mimpi. 


saya terlalu sunyi dan saya rindu. sangat rindu. 

Wednesday, November 4, 2020

EVERY 4TH NOVEMBER

every 4th of november since 2014


saya akan paksa suami 'sedapkan telinga saya' 


hahaha apa benda la yang sedapkan telinga tu. korang ingat makan telinga eh? 

 

ok jom throwback balik. 4th november 2014 suami saya melamar saya kat anjung masjid negara! haaa dah ingat balik tak? 


so sejak hari tu, saya akan paksa husband untuk cerita balik semua kisah kami perkenalan sampai la ke tarikh dia melawar saya tu. erti kata paksa ni husband tak boleh langsung tersalah info or tersalah tarikh detik2 berkenalan. 


kah kah kah


korang pon tau la kan, lelaki ni kalau bab tarikh memang lemah. hahaha.. tapi dengan bini dia ni nak tak nak terpaksa la jugak dia layankan. 


dalam banyak2 tahun dari 2014 sampai 2019, tahun 2019 paling indah. malam tu kami berdua dalam ward BMT hukm. saya duduk tepi katil. suami bercerita semula dah awal dia kenal saya sehinggalah saat dia tekad melamar saya kat masjid negara tu. 

dia kata


"jenuh bagi hint, dia buat bodo je kan. hmmm saya tekad melamar tu sebab kalau awak jawab tak nak saya memang saya angkat kaki. saya tak nak bazir masa dah. saya serius tak main2. kalau nak kawan, jom kahwin" 


saya gelak besar. suami sambung lagi.. 


"tu pon orang tu berani eh minta cancel nikah? dah asar tinggal bape jam je lagi nak nikah. ewah2 awak ingat senang2 saya nak lepaskan bidadari dunia?" 


terus saya terdiam saat suami sebut perkataan 'bidadari dunia'. terlalu tinggi dia letakkan darjat saya di mata dia. 


mata saya dah berkaca. husband pegang pipi saya.. dia belum habis bercerita


"waktu tu semuanya di permudahkan. senang sangat kita kenal terus tunang then kahwin. kita dapat anak. anak. anak" 


eh.. dia ni.. saya cubit halussss lengan suami. memang dia suka menyakat bab anak ramai. sebab saya memang nak anak maximum pon dua je cukuplah. 


"tapi.. dugaan pula saya sakit macam ni. awak kena jaga saya sampai tahap tukar pampers saya macam ni. semua benda awak kena uruskan sorang2" 


saya tak nak dengar lagi ayat seterusnya. sebab 4th november saya hanya nak dengar yang indah2 je. 


so saya patahkan ayat suami dengan satu statement 


"saya akan bersama awak selagi awak masih sudi gaduh dengan saya." 


_______________________________


rupanya 2019 tu yang terakhir halwa telinga untuk 4th november dari suami. dia pergi 10 hari selepas kami berjanji untuk tua bersama. 


Allah lebih sayangkan dia.

Allah jaga dia lebih baik dari saya jaga dia. 


duhai kekasih hati. rindu yang tiada penghujung 

Al-Fatihah. 

Friday, October 23, 2020

I WANT BABAH

 sulaiman


si sulung kesayangan babahnya. sulaiman ni speech delay. kategori language delay. penguasaan dia lebih ke bahasa english. masa buat test dengan speech therapist, pemahaman dia 80% english. 


sejak babahnya takde, dia faham. masa kebumi suami saya ikut sekali bawa anak2 dan saya bawa sulaiman isa tengok betul2 babahnya turun ke liang lahat. sambil turunkan suami ke liang lahat tu, saya explain ke sulaiman isa. babah dekat sini sekarang. rumah baru babah ye. babah tak balik rumah kita lagi. 


saya andaikan kalau saya tak ikut masa tu, mungkin sulaiman isa tak tengok betul2. mungkin bermain2 di kawasan sekitar. 


saya nak sulaiman isa tengok betul2 semuanya. saya nak diaorg tahu kat mana babahnya. iya, sulaiman isa kecik lagi. tak faham erti kematian. jadi saya nak diaorang tengok betul2 semua tu. jadi bila satu hari nanti diaorang dah faham maksud 'babah sekarang dekat Allah', saya dah tarik nafas lega.


macam sekarang ni, sulaiman isa tau mana tempat babahnya. kalau ada appointment kat hukm, sulaiman just ajak ke pintu ward BMT. dia tengok je pintu tu. tapi dia tak nak masuk. dia tau babah takde kat dalam. sesungguhnya sangat2 merobek hati ni bila sulaiman tarik tangan saya ke arah pintu ward BMT tu. 


pagi tadi sulaiman tarik tangan saya ke beranda. ajak tengok kereta, lori dan bas yang lalu lalang. tetiba dia bersuara..


"i want babah." 


Ya Allah.. Allahuakbar. saya tak terkata sebenarnya. lately makin kerap dia cakap camtu. 


 saya reply.. 

"babah dekat Allah. babah sentiasa tengok sulaiman. babah ada. sulaiman nak babah? sulaiman baca doa untuk babah. nanti sulaiman dapat jumpa babah"


saya peluk erat tubuh kecil tu. berbisik perlahan.. 

"babah, datanglah dalam mimpi sulaiman. ubatlah rindu dia." berjurai air mata. tak mampu lagi saya nak tahan. 


permata hati kami yang pertama. terbayang kat mata, wajah suami masa azankan sulaiman. wajah bahagia tu. 


sesekali saya terfikir, ego ke saya? berlagak ke saya? sombong sangat ke saya? 


saya tak nak ada pengganti suami. sangat2 susah untuk saya terima. hati saya tertutup rapat. sangat rapat. makin di suakan soalan bila nak kawen lagi, makin hati saya ni keras dan rasa tercabar untuk terus berdikari. 


sekeliling saya asyik berkata anak2 ini perlukan kasih sayang seorang ayah. mereka perlukan 'man figure'. entah lah


saya speechless. saya keseluruhan masa saya untuk sulaiman isa. saya korban segala2nya untuk sulaiman isa. everything for them. saya berdoa moga Allah permudahkan. moga anak2 saya sentiasa rasa cukup dan melimpah2 kasih sayang. 





Sunday, September 20, 2020

KEPOK PUSARA KEKASIH HATI

 


genap 10 bulan. saya buka kepok pusara suami. insyaAllah tanah dah kukuh. alhamdullillah dah seminggu buka kepok tu tanah yang berbentuk empat segi masih kukuh walaupon beberapa hari lepas hujan lebat. 

syukur. 

hukum kepok ni ada macam2. 


dari awal saya memang tak nak kepok. cuma dah di bayar deposit kepok tu oleh seseorang. jadi saya pon diamkan. atas nasihat pakcik yang jaga kawasan kubur tu, letaklah kepok sebab pusara suami saya kat lereng bukit. sekali lagi saya diam. 

cuma pada satu hari tu, saya singgah masjid area ampang. tumpang solat sunat dhuha. kebetulan pagi tu ada kuliah agama. topik yang di bincangkan tentang kematian hari jumaat. 

saya duduk bucu kawasan solat wanita. tapi masih boleh mendengar setiap butir bicara dalam kuliah tu. lepas habis semuanya balik, saya ke depan jumpa ustaz yang tengah bersiap nak balik. 

saya tanyakan tentang kepok. 

pada pandangan ustaz tu (maaf saya lupa pulak nak amik namanya), tak perlulah kepok atau apa-apa binaan atas kubur. not even kayu or batu bata. selagi prinsipnya binaan, elakkan. 

untuk suami saya, cukup sekadar nisan dan pokok di tengahnya. sebagai tanda supaya tidak di langkah dek anak-anak kecik yang ziarah. saya tanamkan rumput dengan harapan rumput karpet tu menjalar keseluruhan kawasan. bukan nak cantik. cuma nak nampak kemas dan bersih. 




Tuesday, July 21, 2020

BERSYUKURNYA PARU-PARU SIHAT



saya tak parking kat petak ke-3 tu since suami takde. sengaja cari parking tempat lain if ada kosong. if takde kosong pon saya tak nak park kat situ. 

nampak tak bonggol sikit depan kereta tu? buat saya teringat kat kekasih hati. sangat-sangat. 

mungkin untuk kita normal. melangkah je macam biasa naik ke takuk tu. melompat pon boleh. tapi bukan untuk suami saya.. 


gambar ni nurse amikkan. buat pertama kali dapat home leave after 70 days warded. husband happy yang tak terkata. bayangkan la masa saya tolak keluar ke lobby hukm tu, 

spontan dia kata "Ya Allah.. MATAHARI!!!" 

subhanallah.. saya pon terkedu dengar dia separuh menjerit tu. buat kita yang hari-hari dapat tengok matahari ni, macam takde pape je kan. 

rasa insaf sangat. 

jadi masa sampai kat parking bawa rumah tu, saya park kat kotak ke-3 then saya letak wheelchair suami atas divider tu. suami agak takut tapi saya yakinkan dia untuk melangkah naik. saya pimpinkan tangan. 

rupanya hanya sebab satu langkah naik ke atas tu, suami jadi anxiety. terkapai-kapai dia minta duduk kat wheelchair. dia panik dan terus tercungap minta on tank oksigen. sepantas kilat saya pakaikan nasal and on tank oksigen. urut-urut belakang bagi dia bertenang. 

saya rasa bersalah sangat-sangat. saya tak sangka yang bagi kita simple, rupanya sangat rumit untuk dia. Ya Allah rasa sayu dan kesian tengok suami yang pucat time tu. 

video ni teristimewa buat yang lalu kat blog saya, saya tak pernah letak kat mana-mana socmed so far.. 


berat bell tu 500gram je

jeeee.. iya untuk kita "jeeee" tapi untuk dia, takkkkk.. move sekadar suap sudu ke mulut pon dia dah tercungap-cungap oksigen drop below 83

cuma.. 

semangat dia tak pernah berkurang. he always cool and steady je. siapa sangka yang after 65 hari intubated dia boleh berjalan!

sedangkan doctor dah slaw talk siap-siap ada kemungkinan setahun bed ridden. but after dia dah semangat sangat nak berjalan tu, terus prof push for intensive fisio. hahahaha.. padan muka pakcik. 


andai ada yang tertanya kenapa kulitnya gelap? yang saya perasan masa kat ICU, doctor ada bagi sejenis ubat ni. terus gelap kulitnya. then tak lama lepas tu semakin cerah semula. 

then beberapa hari sebelum suami meninggal, doctor bagi lagi ubat tu. so bergelaplah semula kulitnya. saya lupa dah nama ubat tu. tapi berkesan gak la sebab suami dah slowly belajar to turn off oksigen support. 



spo drop sampai 77. tapi suami tak give up. semangat dia sangat kental. bila saya rasa down sekarang ni, saya sentiasa membayangkan suami saya. 

dia tak pernah give up sepanjang journey sakit. moga saya terus kuat seperti dia. bersyukur setidak-tidaknya saya masih sihat. masih mampu buat keje. masih mampu berusaha. 







Monday, July 20, 2020

BATU NISAN JIRAN SEBELAH


AL-FATIHAH MOHD IZZUDDIN BIN ZAINAL

kelmarin dapat gambar wasap dari abg mian (yang menjaga dan menggali kubur kawasan perkuburan bukit C) 

batu nisan untuk jiran sebelah suami saya dah siap pasang. 

alhamdulillah. kurang sikit dah rasa bersalah. 

walaupun saya rasa bukan sulaiman isa yang main kat sebelah sampai terpatah kayu tanda namanya. tapi saya masih rasa bersalah kot-kot saya tak nampak, mungkin sulaiman or isa yang terlanggar. 

so saya minta abg mian untuk buatkan batu nisan untuk jiran sebelah. saya niatkan sedekah atas nama suami saya. saya minta guna batu sungai. saya tak kenal keluarganya dan saya harap keluarganya tak marah. 

semoga selama terpacaknya nisan itu, mengalirnya pahala buat kekasih hati mohd izzuddin bin zainal bagaikan air sungai yeang mengalir tanpa henti. amin.. 


Thursday, July 16, 2020

BERBORAK DENGAN ALAM


moga saya takkan lupa kawan yang sorang ni



bila sampai satu tahap saya rasa tak nak bercakap, saya lebih prefer diam. saya lebih senang tak bercerita apa yang saya lalui. 

bukan semua orang boleh jadi pendengar setia. even yang offer telinga pon saya jamin boleh bernanah telinga and mohon undur diri sebab keterlaluan "kisah hidup" saya ni. 

macam-macam cara tersendiri nak mengadu dan nak melepaskan rasa duka. terpulang kat individu. saya? saya prefer bercakap dengan alam. 

masuk hutan. 

makin sunyi makin "layan" 

hutan bukit gasing ni banyak pintu. salah satu pintunya exactly kat belakang kawasan perkuburan suami saya. cantikkan Allah atur? 

suami suka ejek saya "masuk hutan" bila saya pegi hiking bukit or gunung on weekend. itulah perkataan dia setiap kali orang tanya "bini mana?"

pagi tadi lepas hantar bebudak ke tadika, terus tuju ke hutan. keluar hutan terus bersantai lepaskan mengah kat tepi tangga kubur suami. 

mengadu lagi lagi dan lagi. 

balik rumah, mandi, sarapan dan terus dhuha. 

9am tepat terus mengadap laptop. "buka kedai maya" 

sibukkan diri. dengan harapan saya boleh sibuk sampai tak fikir benda lain. even sebenarnya jiwa saya menjerit-jerit nak cuti dan rehat. 





Thursday, July 9, 2020

PACER PACEE IMAM

terjaga pukul 4.30 pagi. dah kebiasaan sejak suami sakit, dia kejutkan saya waktu-waktu macam ni sebab nak shishi. jadi saya bangun bawakan uriner. selesai urusannya, saya terus amik wuduk dan sembahyang tepi katil atas bucu pantry ward. 

hampir 8 bulan dah suami takde ni, saya masih dengan rutin yang sama. akan terjaga bagaikan terdengar suara dia memanggil. sesekali tak bangun if saya tidur lewat after 12am. 

pagi ni lepas tahajud sementara tunggu 6 pagi nak subuh and kejut sulaiman isa bangun, saya mengadap kerja-kerja the yatims store. tengah cuba nak godek facebook fan page the yatims yang dulu fan page blogpagekhas, terjumpa gambar lama ni. 


Ya Allah, rindu yang tak tertanggung. setiap hari setiap saat. tak pernah lupa. makin saya sibukkan diri, makin saya teringat. 


dah 5.50am nanti saya sambung. nak bersiap and kejutkan bebudak gi tadika.

Monday, June 29, 2020

AYAH ISA KAT MANA?

pagi ni terasa macam gigih guna nak tukar cadar tilam. jarang saya tukar pagi-pagi. biasanya saya tukar tengahari or petang lepas bebudak bangun dari nap. 

sambil menukar fitted tu, isa macam biasa la paling rajin membawang. mulut diaaaa Ya Allah, membebel. babah dia kata isa ni "mata tutup, mulut tutup. mata buka jek, terus mulut pon buka. hahahaha.. boleh bayang tak? 

mula-mula isa minta aiskrim. saya malas ler nak layan. sebab baru je semalam layan dia makan aiskrim. balik dari tengok(kubur) babahnya, kami singgah kat nexus. sebab kami berdua je, so layan la dia nak aiskrim rainbow. sedangkan niat asalnya nak beli air tealive. 


so nak mengelak dari isa merengek tu saya google gambar caries gigi kanak-kanak. amik kauuu.. scary pulak gambar-gambar tu. hahaha tapi berkesan la isa terus diam tak minta aiskrim dah. hahahaha.. sesekali boleh la, hari-hari nak aiskrim kang rosak gigi tu kanggg. 

then nak alih lagi perhatian dia, borak-borak kosong je la. yes isa baru 3 tahun 8 bulan tapi dah boleh ajak membawang tauuu. 


"semalam isa tengok kat telefon uwan, budak tu makan lolipop. lepas tu kan lolipop jatuh"



"oh jatuh pulak? lepas tu?"



"lepas tu ayah dia amik. amik bawah kerusi" 



"oh ayah dia amik?" 



"a ah ayah dia."



"ayah isa mana?" dangggg.. saya sengaja tanya. sebab nak tau isa faham tak maksud 'ayah' tu. 



"ayah isa? babah. oh.. babah isa.. babah isa dekat Allah" perkataan last tu suara isa mendatar. 



Allahukbar. isa faham! isa faham ayah tu maksudnya babah. isa faham babahnya takde. isaaaaa

spontan saya terus tarik isa. peluk ceom sekuat hati. 



"isa, babah sayang isa. babah sangat sayangkan isa. babah ada tengok isa." 



isa angguk



"isa jadi anak yang soleh ye. isa doa banyak-banyak untuk babah. isa sayang babah, isa baca fatihah untuk babah selalu. babah suka."



isa angguk lagi. isa balas pelukan saya. dia lap air mata saya. 

Ya Allah.. anak yang sorang ni.. babahnya selalu kata "sulaiman tu peneman mama, isa penghibur mama" 

_________________________________________

hari ni 7 tahun yang lepas, saya dan husband atas gunung pine tree hill. kali pertama jumpa tapi entah kenapa macam dah lama kenal. sebab sifat peramah dan selamba dia agaknya. 

memori tu akan sentiasa berputar. kenangan untuk di ceritakan ke anak cucu. 





 

Wednesday, June 24, 2020

BALIK KEDAH KALI PERTAMA WITHOUT YOU



once bila pm kata dah boleh rentas negeri, saya terus nak balik kedah. dah tak sabar sangat dah time tu. boleh rentas negeri 10 jun. nasib baik saya teringat yang sulaiman ada appointment kat hukm 12 jun. 

maka bersabarlah sampai 12 jun. then teringat pulak yang saya dah sign up for live class website 16 jun. berhuhuhu la sy sabar nak selesaikan class tu dulu. 

cakap kat MIL, nak balik kot 18 ke 19 jun. then tak jadi pulakkk.. dugaan kurta bermacam-macam dugaan then ada stok nak smpai 19 jun. bertangguh lagi.. 

in the same time masa saya kata nak balik kampung ni, semua duk pakat risau. saya nak balik drive sendiri. either viva or kelisa. saya decide nak balik dengan kelisa. sebab kelisa tu dari sebelum pkp lagi plan nak anta ke kedah untuk MIL pakai. 

tup tup tup pkp punya pasal, kelisa tersadai 3 bulan. bertambah risau la semua orang. saya nak drive kete yang dah 3 bulan tak usik. nak drive bawa sekali bebudak lak tu.. 

end up tetiba adik ipar mesej. mak suh adik naik bas ke kl. amik kelisa bawa pi bengkel and check. then amik saya if saya nak ikut sekali balik kampung. 

hhaaaaaa memang melompat la nakkkkkk ikutttttt.. 


bebudak la sakan nak balik kampung. dari awal pagi lagi dah bersiap. saya dah bawa gi tengok babahnya semalam. jadi pagi tadi takde kalut sangat nak siapkan bebudak dan masak bekal sebelum adik ipar mai amik kami. 

sempat singgah kat ipoh. jumpa kak yati (kakak pada sahabat suami juga dah meninggal, mazlan huhu AL FATIHAH) 

kak yati sambut saya dengan muka sedih. salam dan peluk kak yati kuat-kuat.kak yati kata kak yati sebak. terus saya potong. 

"kakkk.. tak mau sedih-sedih.. su okeyyyy" saya senyum semanis-manisnya

sempat tumpang solat rumah kak yati. bak kata suami saya, "amik berkat" hahaha memang perangai dia lebih rela cari rumah kawan-kawan sepanjang perjalanan travel daripada stop kat R&R. 

sambung perjalanan dari ipoh terus straigth ke alor setar. alhamdulillah pukul 9 lebih camtu kami sampai rumah kampung alor janggus. akhirnyaaaaaaaa

di sambut dengan suasana yang meriah. kebetulan rezeki kami, unplanned sepupu-sepupu suami pon balik kampung juga sama-saman hari ni tapi diaorang gerak lebih awal. 

sakan bebudak main sampai 11.30 malam baru geng mak tarik anak masing-masing masuk tidur. hahahaha kalau tak tarik tadi mau sampai ke subuh agaknya bebudak ni main. 

ni semua bebudak dah tidur. saya berjaga kejap.. siapkan "to do list" hahahaha boleh siap ke tuuuuu? 

__________________________

awak... saya dah sampai kampung awak. alhamdulillah.. saya tak kan lupa pesan awak. 

jangan tinggalkan keluarga awak
jangan tinggalkan kawan-kawan awak

insyaAllah.. biar pun pedih sebab saya masih terasa sayu bila suasana meriah berkumpul ramai-ramai bersama keluarga awak, saya cuba kuat. saya tahan air mata. saya lempar gelak tawa dan senyuman semanis-manisnya. 

saya buat semua ni untuk sulaiman isa. demi sulaiman isa. awak nak sulaiman isa membesar dalam suasana "kemewahan kasih sayang keluarga awak" 

insyaAllah.. 

awak.. saya rindu.. rindu yang tak tertanggung.. andai awak ada datang tengok saya, tolong peluk saya. saya nak serap semua kekuatan dan semangat awak. 

miss u

miss u so much

Al-Fatihah




Monday, June 22, 2020

DAH KENAPA?



macam biasa, setiap hari tengok kat memories facebook. tetiba hari ni terjumpa status suami 5 tahun lepas and saya pulak reply camtu. 

dah kenapa???

saya cuba ingat balik? hmm i cant recall

so saya biarkan.. saya tak paksa diri untuk cuba ingat balik. 

coz for me right now, biarlah saya ingat yang indah-indah je. 

gaduh? hahaha kami ni hari-hari gaduh. ada je benda yang nak buat kami gaduh. dah macam hobi. so now bila dia dah takde. huhu.. sunyi~ sangat-sangat sunyi

saya rindu nak bergaduh. 

saya ingat lagi husband cakap satu hari tu

Different between us: 

"you always talk about breaking the relationship and i talk about making it work" 

saya memang suka gaduh sebab saya nak dia pujuk. sengajaaaa

now? hmmm.. gaduh la sorang-sorang. takde sape nak pujuk dah. 

padan muka.. huhu

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...