Friday, May 8, 2020

MARATHON SUJUD

jadual ramadhan

hari ni dah 15 ramadhan. bermakna dah 15 hari umat islam berpuasa dan hari ke-3 untuk saya sambung berpuasa. terhenti masa puasa ke-8. 

paham-paham je la eh.. cepuk jek sape yang buat-buat tak paham tu. haha.

sehari sebelum puasa. saya terjumpa info ni. 

sangat-sangat lega bila terbaca info ni

bulan puasa 2020 tak ada terawih kat surau atau masjid. virus covid19 masih belum settle. jadi dalam tempoh kawalan pergerakan ni, terawih kat rumah dengan ketua keluarga masing-masing. 

and me? yang taka ada ketua keluarga dan sangat cetek ilmu agama ni, info dari PU azman ni sangat-sangat menyenangkan hati. 

malam tu saya tekadkan azam. nak terawih penuh untuk ramadhan tahun ni. 

alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih mengejar solat-solat sunat tu. 

simpan kat sini sebagai kenangan. 

malam tadi berbuka rumah anjang. which saya dah sedia maklum if berbuka rumah anjang, kami balik rumah lepas isyak. then saya tidurkan bebudak dulu, barulah saya bangun semula untuk terawih. 

tapi malam tadi saya tertidur sama-sama. huhu.. terjaga pukul 4pagi. alhamdulillah masih dengan rutin terjaga pukul 4 pagi tu. sesekali terlajak. if malam tidur lambat after 1 am. sape suruh tidur lambat, kan? 

saya terus sahur seadanya sahaja. bekas bihun goreng dari rumah anjang. tergopoh gak la makan sahur tu sampai tercekik. hahaha.. padan muka. 

kelam kabut sebab mengenangkan saya belum isyak, belum terawih, belum witir, belum tahajud. haaaa amik kauuu.. haha tu belum tambah sunat sebelum dan selepas isyak. danggg

jadi selepas sahur 4 am tadi saya marathon "sujud" 

2 rakaat solat sunat sebelum isyak 
4 rakaat solat fardhu isyak 
2 rakaat solat sunat selepas isyak 
8 rakaat solat sunat terawih
3 rakaat solat sunat witir
2 rakaat solat sunat tahajud 

hmmmm... sedang elok saya tadah tangan berdoa selepas tahajud, azan subuh berkumandang. moga Allah makbulkan doa2ku sewaktu azan subuh pagi jumaat ini 

terus saya bangun dan 

2 rakaat solat sunat sebelum subuh 
2 rakaat solat fardhu subuh 

Alhamdulillah.. Allah permudahkan.. anak2 tidur lena berdengkur tak ada uhuk tak ada ehek.. terima kasih Allah. syukur dapat merasai nikmatnya sujud sepertiga malam yang tenang dan aman. 

kalau tengok pada jadual ramadhan saya kat atas, ada LOVE besar yang dalamnya saya tick. yang tu solat fardhu. then start ramadhan ke-13 saya mula buat solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu) 

yang ni saya kredit ke sha (sharini)anak buah jk1m merangkap kawan borak bab agama. terima kasih sha.. tolong sampaikan ilmu ni. tak kan lupa saya kredit ke kawan suami, cikgu ayam (apis ayamadu) yang ajar dan terangkan caranya. terima kasih dikkk..

kawan husband siap bagi link untuk saya baca : 


cumanya.. pentingkanlah kualiti solat itu daripada kuantiti rakaatnya sahaja. 

dan saya ada target lagi untuk solat qada dan solat taubat. qada laaaa solat yang banyak saya tinggalkan masa zaman laghaaaa.. taubat laaaaa dulu banyak buat dosa selalu derhaka. moga saya terus istiqamah. insyaAllah.. pastu kan kan kan kan~ kita dah start belajar ngaji. yeyyy. belajar sendiri dulu sebab nak ajar sulaiman isa. then belajar ngan ustazah. nak tau sape ustazah kita? anjangggggg~ makcik suami kita laaaa.. sayangggg anjang. terima kasih sangat-sangat sudi nak mengajar su ngaji. huhu

_____________________________________________________________


lepas subuh sambil melepak-lepak tunggu bebudak bangun, saya ternampak gambar ni kat whatapps group lymphoma. 


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


kembalinya Tuan Gurun Dato Ustaz Ismail Kamus kerahmatullah. genap selepas 25 minggu suami saya pergi. juga malam jumaat. Al-Fatihah. 

“Barangsiapa yang mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada azab kubur dan akan datang di hari Kiamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syahid”. [Hilyah al-Awliya’, 3:181]

bertuahnya mereka.. huhu

tak lama lepas tu mula bertebaran info tentang amalan-amalan yang di amalkan oleh Almarhum Tok Guru

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato ISMAIL KAMUS 

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfr 

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil 
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus 

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus ❤️

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)
Perginya mlm jumaat, 15 ramadhan..

terasa kerdilnya diri ni.
_______________________________________________


last but not least, dalam doa tahajud saya dua malam ni (semalam dan tadi) saya harap suami saya muncul dalam mimpi sahabatnya. aisamuddin. moga terubat rindu sahabat suami saya. 

awak.. 
pergi la tengok-tengok aisam. temankan dia. xoxo. 









  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...