Thursday, March 26, 2020

SEDEKAH BUAT SUAMI

14hb march 4 hari sebelum arahan kawalan pergerakan saya ke hukm hantar order kerepek pisang tanduk. time tu malaysia roughly 50 ke 70 orang yang dah terkena jangkitan. belum ada mangsa yang meninggal. 

malam tu jugak last saya keluar rumah. sampai hari ni saya tak keluar langsung. dah 12 hari terperap dalam rumah. sulaiman isa? since 6 march. masa tu dah keluar berita sekolah depa cawangan kinrara ada parents positif covid19. means dah 20 hari bebudak ni berkurung. 


]
khemah saringan covid19

saya hantar kerepek tu kat ED je. sebab dah malam and time tu saya dalam iddah lagi. tak patut saya keluar malam tapi nurse habis shift pukul 9pm. jadi saya tunggu dalam kereta je. 

dah ada khemah kat luar ED untuk saringan pesakit yang di syaki terkena virus ni. nampak la dalam 5 orang doktor or nurse pakai set PPE. kita yang memandangkan pon rasa rimas, ni kan lagi diaorang. dah la khemah tu luar building. even ada kipas pon, full set PPE kottt~ memang mandi peluh tau. 

icu isolated room 1

sambil menunggu nurse turun, saya pandang tak henti bilik ICU isolated room 1 tu. sayu. mengimbau balik kenangan husband saya pernah duduk dalam bilik tu 18 hari. 1st September 2019 - 18 September 2019.  masa tu malaysia tengah kecoh jerebu. banyak sekolah yang kena tutup sebab jerebu tebal. saya sendiri waktu tu batuk-batuk. 

18 march bermula perintah kawalan. saya teringat-ingat kat khemas covid19 HUKM. hati terdetik nak bagi something to make them "happy" sambil buat kerja. saya nak pergi sendiri tak terdaya. since saya and anak-anak je kat rumah. no way saya nak bawa anak-anak sekali keluar. saya whatsapp fazrin nurse ward bmt tapi waktu tu fazrin dah habis kerja. plus dia naik moto. jadi saya minta fazrin tolong tanya if ada sesiapa sudi tolong belikan then hantar ke khemah tu. 

dalam hati ada terdetik kak safa. tak lama lepas tu fazrin reply bagitau kak safa nak tolong. hahaha. dah agak dah. terima kasih yang tak terhingga. kami dengan warga staff ward bmt tu tak tau nak kata apa. saya sendiri sayang sangat kat diaorang. rasa macam family sendiri dah. 

 amboi kak safa sampai tulis atas kertas nama husband



syukur alhamdulillah terlaksana hajatnya



jangan kak safa kena viral sebab panic buying sudahhh 

lega bila selesai apa yang saya hajatkan atas bantuan kak safa. hope team frontline covid19 HUKM happy sambil-sambil buat kerja tu boleh duduk rehat makan jajan. 

im sure ramai dan bakal ramai nanti yang akan sumbangankan makanan dah siap masak. which is pemandangan tu dah biasa saya tengok. saya ambil pendekatan berbeza sebab bila suasana macam sekarang, dengan kesibukkan saring pesakit, makanan yang siap bermasak ni kadang-kadang tak terhabis and sejujurnya banyak terbuang. 

moga wabak ni cepat-cepat berlalu pergi. amin

ps: malam ni jom beramai-ramai solat hajat. khamis malam jumaat ke-2 selepas tempoh kawalan pergerakan. 





RAHSIA PURI GEBU

semalam perdana menteri umum lanjut tempoh kawalan pergerakan sehingga 14 april. terus saya terduduk. pedih hati tak terkata. 

bersabar lagi 3 minggu nak pegi tengok rumah baru kubur kekasih hati. 4 bulan 10 hari yang lepas saya kata dalam hati 

"apalah sangat 4 bulan tu.. dah kata nak setia hujungnya. nahhhh.. buktikan la. lepas 4 bulan nanti takde undang-undang atas dunia boleh halang" 

tudiaaaaa.. Allah nak bagitau. sesungguh Aku yang Maha Berkuasa. Dia turunkan wabak virus covid19 yang mengorbankan 18,727 manusia setakat semalam. 21 orang di malaysia untuk laporan hari ni. 

bangun pagi ni dengan nafas baru. bersabarlah.. 

semalam menu sardin. sengaja tinggalkan untuk sarapan hari ni. dalam kepala plan nak buat puri. guna bahan apa yang ada dalam umah je. tak nak keluar selagi tak terdesak. 

even untuk beli barang dapur pon saya usaha guna dulu sampai habis apa yang ada. korek and kreatifkan. if nak buat menu ni tapi bahannya tak cukup, buat menu lain yang bahannya cukup. pokok pangkal pada diri sendiri. 



resepi puri gebu
sukatan untuk sepuluh keping
2 cawan (500gram) tepung gandum
3 sudu minyak masak
2 sudu gula
1 sudu yis 
1 sudu teh garam 
1 caman (anggaran 200ml)air panas

cara-caranya : 
1. masukkan semua bahan kecuali air. ramas sampai semua bahan sebati. memang kering-kering tu gaulkan je. then masuk air sikit-sikit. plus minus 200ml. sampai tepung jadi doh. 

2. bulat-bulatkan kecik. saya dapat 10 biji doh. biarkan dalam 15 minit. then gelek satu nipis-nipis terus masuk kuali yang minyaknya dah panas. 

3. TIPS nak bagi gebu, masa goreng tu amik minyak yang panas tepi-tepi doh yang tengah masak dengan senduk then jirus atas puri. ulang berkali-kali. nanti doh tu akan timbul dan kembang. kalau boleh guna  senduk. dapat kaut minyak banyak sikit. saya cuba guna sudip tak berapa nak dapat amik minyak. makan masa nanti bahagian bawah hangus  pulak waktu kita leka nak jirus minyak tu 



bila sulaiman isa pon suka, makan bertambah-tambah. bahagia hati maknya. selesai untuk breakfast pagi ni. 

yippi~ selamat mencuba. 





Wednesday, March 25, 2020

RESEPI FRIES DARURAT

hari ke-7 perintah kawalan pergerakan TEMA WESTERN


tudiaaa sulaiman makan sakan sampai habis dia hadap. 

for breakfast buat roti burger goreng crispy kesukaan babah jugak ni. first time buat untuk sulaiman isa. tak sangka sulaiman suka. sekejap je dia habiskan. tak payah paksa-paksa or remain. 


yang isa makan tak habis. hahaha budak ni muka omputih Allah, mak dia perasan tapi tekak melayu 🤣 cuma nak makan burger ni berminyak ler tangan. kena redha bread crumbs tu berterabur. dududuuuu


tengahari dah buat pasta Bolognese tapi dua-dua tak nak makan. kenyang sangat dah kot burger goreng sebijik tu? mama pon sukaaaaa haha menu lunch bawa ke dinner. aci~

fries versi darurat

macam biasa bebudak tidur tengahari. bangun-bangun je sulaiman minta fries. alamak! fries yang frozen tu habis 4 hari lepas. hmmm.. apa ada kat dapur? jom godek~

malam tadi rider hantar bawang, kentang and ikan bilis. saya sengaja order sebab nak someone datang rumah. so brother tu saya bagi upah untuk tolong bawa turun sampah. fuhhh~ lega sampah 5 hari depan pintu saya bagi upah agak banyak sebab rasa bersalah sampah 5 hari dah busuk, banyak plus berat.

so kentang baru sampai tu saya buat fries versi suka hati kau

resepinya : 
kentang potong panjang-panjang
rebus dengan sesudu cuka + garam sikit
tos bagi kentang kering
tabur tepung apa je yang ada kat dapur
make sure tepung kering ye tak payah letak air
then goreng~ 
wallaaa menjadik! 


alhamdulillah cantik pulakkkk kejadiannya. aci la kan? asal ada daripada takde. mama is takmo keluar selagi tak terdesak. if nak gi beli, sebelah je mall village grocer. jalan kaki 20 langkah sampai dah. but... hmmm.. 

sulaiman isa dah saya kurungkan since 6 march. saya sendiri dah elak urusan luar since 14 march. perintah kawalan pergerakan start 18 march. jadi boleh bayang kami kat rumah ni macam mana? 

usaha. 

if terjangkit jugak, saya tak ralat. 

moga wabak ni berlalu dengan cepat dan dipermudahkan semua. 

p/s : itali dah hampir cecah 6 ribu kematian. china, negara berpuncanya virus ni dah bergembira selesai wabak. malaysia? hmmm








Tuesday, March 24, 2020

CINTA PASARAYA DAN HARI TERAKHIR IDDAH

rasanya saya takkan lupa tarikh 23 march 2020 (sehari sebelum berakhirnya iddah). rasanya sepanjang 4 bulan 10 hari, tu kali pertama saya betul-betul down. saya nangis dari tengahari sampai maghrib.

yang ni puncanya. gambar ni berlegar kat facebook semalam.

then makin ramai pulak yang share. sampailah tengahari lepas zuhur tu saya mula menulis. luahan isi hati sebab saya sangat terkesan dengan gambar tu. 

_______________________________________

ni yang saya tulis : 

Covid19 vs single mother vs cinta pasaraya
#mohonshare 

Awak.. Budin VS Baguk #theyatims 

Esok hari terakhir iddah saya. Sepatutnya lusa pagi-paginsaya nak pergi duduk lamaaaaa kat awak. Setelah 4 bulan 10 hari saya menahan hati. 

Tapi saya tak mampu nak tunaikan janji. Anak kat rumah takde yang jaga. Saya just bertiga je. Saya, sulaiman, isa. Saya tak sanggup bawa anak sekali waktu-waktu bahaya macam ni. 

Awak.. 
selama awak takde ni. Saya tak amik pusing isu yang kadang-kadang menjentik saya. Dua kali lepas awak pergi, isu suami kena rampas dek single mother. Then satu lagi viral isu faraid. 

Saya diam. Tak komen pape dan buat tak endah. Sampailah isu-isu lenyap dengan sendiri. 

Tapi semalam saya ternampak lukisan ni. Terus berlinang air mata. 

Kami (golongan single mother) buat lah apa saje pon tetap HINA dan KEJI kat mata masyarakat kan? 

Peritnya. 
_____________

Mohon share luahan hati saya ni supaya sampai ke pelukis “cinta berputik di pasaraya” 

Saya doakan suami awak selamat pergi dan balik dari medan perang (perang dgn virus covid kat pasaraya dan perang nafsu si suami bila ternampak single mother) 

Saya harap ketua keluarga awak dapat terus berbakti keluar belikan barang keperluan sehingga habis tempoh kawalan ni. 

Saya cuma mampu pesan berhati-hatilah supaya awak tak rasa apa yang saya rasa. 

Jaga suami ye. Kat luar tu yang bahaya sekarang bukan single mother, TAPI VIRUS COVID19. 

Sekurang-kurangnya bila suami pergi, dapat kita peluk cium buat kali terakhir. 

Atau Setidak-tidaknya anak dapat mengiringi. 

Dan saya harap anak awak tak nangis rindu babahnya macam anak saya. (Video sulaiman nak babah. Sulaiman 6 yo and speech delay) 

Video last tu saya ambil dari fb jiwa damai. Yang saya dapat dari video tu - buat perubahan dalam keluarga kita. Jaga family kita. 

Ps : andai pelukisnya lelaki, fikir-fikirkan juga setiap kali awak keluar tu mungkinkah minggu depan awak masih dapat balik rumah tengok anak isteri? 

Stay at home The Yatims 
#covid19

tapi post ni lepas maghrib saya delete (set only me. sebab objektif saya tak sampai. saya nak pembaca ada kesedaran yang sekarang ni masa untuk stay at home. putuskan rantaian virus covid19. jadi isteri-isteri sila kurung suami. 

apa yang jadi,pembaca lebih focus tentang status janda/ single mother. saya kena asah lagi penulisan saya supaya apa yang saya nak sampaikan tu tepat. 

dah hari ke-7 perintah kawalan pergerakan. saya belum usik folder projek buku solo #kirimsalamsemua. paham-paham je la, tak sampai 5 minit mematuk keyboard dah dengar bebudak jerit. "mamaaaaaaa....." 

hmmm.. 

update : post saya masuk dalam website majalah wanita. 







Monday, March 23, 2020

LEMBAH PANTAI RED ZONE COVID19



mesej ni saya tuju buat mereka yang masih lagi mengabaikan arahan kawalan pergerakan especially penduduk lembah pantai.



sekurang-kurangnya bila tiba masa, kita nak ada yang meneman sebelah kita. boleh tengok, peluk dan cium buat kali terakhir setidak2nya (gambar 1) 


anak2 boleh iring mak walaupun anak2 masih kecik. (gambar 2)

 

bila anak merindui babah. (VIDEO 1) 

tutup mata.. bayangkan wajah isteri. bayangkan wajah suami. bayangkan wajah anak-anak


dah bersedia ke mereka yang tinggal kat dunia bila kita dah takde nanti?  


matematik mudah - rakyat malaysia ada 32 juta orang. tolak pendatang asing agak2 30juta kot warganegara. malaysia hanya ada 15 negeri. andai negara kita terus mencatat peningkatan angka kematian macam itali 5000 orang............

pandang kiri pandang kanan, tengok wajah suami, tengok wajah isteri, tengok wajah anak2, tengok mak dan ayah, tengok jiran kawan sekerja kawan uni. mungkin sikit masa lagi kita tak tau sape yang pergi dulu. mereka? atauuuuu kita? 

ambil kesempatan hari ni peluk erat orang2 yang kita sayang. 

sebab saya dah hilang nikmat peluk erat suami yang boleh memujuk saya dalam ketakutan kuarantin sendirian dengan anak2 tanpa suami.  













ATAN ETON

~~atan eton di beri nama 

cikebum 'cikebum

denggg~ 


eh lagi sekor sape? bangi nama dia 😅

ni penghibur saya. 2 hari sekali kasi mandi. belai bawa main-main kat lantai. kadang-kadang laju depa lari. hahaha ikut mood jugak. kadang-kadang diam keras kepala pon tak nak keluar. haha 


YANG BESAR TU ETON, KECIK SEKALI BANGI DAH HAMPIR SAMA SIZE ATAN SEDANGKAN UMUR BANGI LAGI MUDA



kura-kura ni saya beli bulan 7 2019. puncanya kami pegi acara sekolah sulaiman isa. kat situ ada macam ang bayar rm10, dia kasi penapis kecik yang korang biasa guna untuk tapis air teh tu then tangkap ikan kecik2 oren dalam besen. 

bayangkan la bila budak umur sulaiman isa ni tangkap. dapat sekor je la kot. rm10 pulak nak kena bayar. ishh.. merepek jek.. bawa balik ikan tu pon esok lusa sure timbul 🤣
dah la kat umah takde aquarium. means takde proper peralatan untuk bela ikan. mati sia2 jek ikan tu alaaa ikan oren yang jenis fragile tu.

erti kata lain saya tau harga ikan tu 🤭 rm2 kat kedai ikan boleh dapat dalam 15-20 ekor. hahahaha memang la program tu program amal. bayar rm10 tu akan ke arah projek amal sekolah depa ni. 

but... lebih baik rm10 tu pi booth buku kaaa booth makanan kaaa hahaha daripada ang nak aniya ikan. haha kan kan kan 

nak di jadikan cerita, sulaiman isa time tu melompat2 la nak tangkap ikan! puas la pujuk umpan ngan benda lain. tak berhasil. sampai la tercetus idea 

"ok kita balik ni kita beli tortoise" 

Automatic umpan mengena! dangggg fengsan laaaaa mama dah berjanji.

so baki kupon tu masing2 beli air. nak balik tu cuaca dah gelap. ngan masuk kereta terus hujan lebat. time tu kami pergi ramai-ramai. drivernya paksu azim adik bongsu husband and sepupu2 bebudak ni, ruhil and nouri. 

maka janji nak beli tortoise tu tertangguh. hahaha selamat duit hari tu. kikiki.. sampai je umah ipar, husband tanya beli apa sampai rm100? hahaha kantoi sebab beli kupon tu guna system sekolah jadi husband akan dapat email ler bape rm yang dah hangus. eh tak baik cakap hangus. tu kan projek membeli sambil meramal

selang dua hari selepas tu saya gi pj old town. park tepi jalan, husband tunggu dalam kete. saya kuar gi kedai ikan. husband tak perasan sebab dia tak tau tempat tu. masuk balik kete tangan penuh ngan bekas tortoise, makanan dia and 2 ekor kura-kura. hahaha husband terkejut beruk.

"aikkk? awak beli jugak tortoise ni?"

"mesti laaaaa! dah janji kan? so kena tunai" 

"ish laa.. buat mati je nanti kura-kura tu."

"kura-kura jenis tahan lasak laaaaa.." ecececee bini nak menang

"awak tau tak nanti dia boleh membesar? dah besar tu nanti macam mana nak bela? dah la duk umah flat." 

"tauuuu.. dah besar nanti lepas je la kat tasik" 

husband dah malas nak lawan cakap. hahaha he is redhoooooo 🤣

BEKAS NI BELI KAT SHOPEE. RM30+ BEST SEBAB SENANG NAK BASUH AND KAT BATU TU SENTIASA KERING

so sejak hari tu la jadi hobi saya melayan kura-kura ni. saya bagi nama ATAN dan ETON. hahaha nama tak leh blahhh.. then mana datangnya bangi?

ingat lagi yang kami pergi ramai2 tu? so masa berjanji tu kan ada sepupu depa sekali. so janji tu termaktub dengan kura-kura untuk ruhil and nouri laaa.. kami hantar 2 ekor ke bangi umah ipar siap ngan bekas bertangkai and makanan sekali siap.

cut story short, salah seekornya mati and ipar pulangkan balik sekor ni. so tak tau nak buh nama apa. depa pon tak dan nak bagi nama. hahaha terus saya bagi nama BANGI! 

now husband dah takde. bila melayan atan eton and bangi ni seriously menggamit memori kami berbalah dalam kereta tu. kadang-kadang rasa macam nak bagi kat orang or lepaskan kat tasik. 

tapi sayang.. saya nak kenal character sekor-sekor. maybe depa pon dah kenal tuannya yang tiap-tiap hari bagi makan. dua hari sekali mandikan and main2 kat lantai. 

awal-awal beli sekor rm10 ritu bebudak ni jakun la. asyik kacau nak pegang. isa pulak tiap pagi pegi tengok and berebut nak bagi makan. makanan dia murah. rm35 sebalang besar macam balang kerepek pisang tanduk emas 916 eh promot pulak sampai hari ni baru suku luaknya. lama2 sulaiman isa tak heran dah. hahaha







Thursday, March 19, 2020

TAK BERMARUAH

DAY 2 perintah kawalan pergerakan malaysia. 

now 4.15pm and saya sejujurnya tak nampak rakyat malaysia ni serius dengan arahan ni. rumah saya facing jalanraya. boleh nampak federal highway especially flyover kerinchi link. kenderaan masih bertali arus.

pagi tadi kereta banyak macam hari sabtu ahad. then dah nak dekat tengahari tu satu benda yang menarik permandangan saya. food delivery!!! 

yessss.. time lunch hour agaknya tengah banyak order yang diaorang kena hantar. servis delivery makanan ni masih dibenarkan untuk beroperasi. sebelah rumah pulak KL Gateway Mall dan saya boleh tengok direct kesibukkan rider-rider ni keluar masuk pintu C which is tepi pintu C tu je KFC


sepanjang jalanraya dari bawah ke atas tu dalam satu2 masa pukul 12.30pm tadi, nampak color pink foodpanda dan hijau grabfood je atas jalan. tengok macam dah konvoi pon ada. 


yang kat arrow tu pintu C KL Gateway Mall. sibuk betul rider keluar masuk. 

terdetik pulak dalam hati. 

HAAAA SAPE YANG MULUT JAHAT SANGAT HARI TU CAKAP KERJA GRABFOOD/ FOODPANDA NI TAK BERMARUAH??? 

amik kauuu~ bila Allah nak terbalikkan keadaan. sekarang ni diaorang ni la HERO yang rela menggadaikan nyawa dan keselamatan diri sendiri untuk deliver makanan pada sesiapa yang memerlukan. 

semoga Allah lindungi mereka dan permudahkan urusan mereka. 

amin,.



DAY 1 KAWALAN PERGERAKAN

awak, hari ni 1st day kawalan pergerakan untuk malaysia. tapi angka kematian seluruh dunia dah hampir cecah 8000 orang. dalam masa sehari mendadak angka tu naik. yang dah terkena jangkitan 200ribu umat manusia. 

awak.. 

insyaAllah saya jaga anak elok-elok. saya takut saya trauma tapi saya kena kuat untuk sulaiman isa. banyak hikmahnya Allah amik awak dulu sebelum wabak ni muncul. saya rasa kalau awak ada lagi, setiap hari rabu terpaksa kita keluar pergi rutin check-up awak kat hukm. so makin terdedah la kita dengan virus tu. 

honestly if awak ada lagi, memang saya extremely jaga awak  pentingkan awak dulu sebelum anak2. sama macam apa yang awak pernah cakap waktu saya nak bersalin sulaiman dulu. andai doktor suruh pilih ibu atau anak. awak akan pilih saya untuk doktor selamatkan. aduhai.. kesat air mata dengan hujung lengan baju

saya pejam mata. bercakap sendiri dalam hati. percaya Allah sentiasa ada. percaya rancangan Allah tu hebat. Allah letak saya dalam situasi hari ini pasti ada ganjaran yang besar Allah nak bagi. sungguhnya itu janji Allah buat hambaNya yang sabar. 

awak, pegang tangan saya ye. jangan lepas. 






untuk orang lain mungkin hari ni 1st day #stayathome. tapi untuk sulaiman isa dah masuk minggu yang ke-3. iya, awal saya quarantine bebudak ni. saya pontengkan sekolah dari awal bulan 3. kesian jugak berkurung dalam umah. isa dah pandai pujuk ajak keluar. tadi dia minta roti nak makan dengan eskrem. geliga otak dia memikirkan jalan nak ajak saya turun bawah pon jadi la. 

"mama, roti dah habis la. kita turun beli roti nak? kita pegi beli sama2 k?"

hahahaha saya tergelak dalam hati dengar budak umur 3 tahun 5 bulan ni bercakap. kalah orang tua!!!
saya iyakan aje. dalam kepala ni ligat pikir camne nak dapatkan roti without kuar umah and without delivery. tengok la esok, cari akal cuba buat roti pulak. google resepi roti hahaaha

mainan dah habis bebudak ni punggah. hahaha mama is redha rumah dah macam tongkang pecah. pagi2 dah tolong dorg buat "pondok". happy la anak2 sekejap dapat "pondok" hasil idea babah. huhu.. menjelang petang "pondok" pon runtuh. hahahaha.. 


jadual rutin anak2 lari sikit dalam seminggu ni. biasanya pukul 12 tengahari -+ dah berkedek2 masuk bilik. time tido tengahari siang. then malam pulak pukul 9 paling lewat tutup lampu. but seminggu lepas ni "macam2" so kadang-kadang tu tido nap siang jadi pukul 5 petang!! then nak bangun pon rapat maghrib so malam tidur almost 12am. fuhhhhh tak boleh jadik. 

semalam dah atur balik timing asal. alhamdulillah ari ni pukul 1 masuk bilik. layankan sekejap then dua2 lena. masa bebudak lena tu saya berlari turun ke kereta. dah susah hati carseat dalam kereta bakal lama tinggal kat bawah flat. 2 trip turun naik angkat carseat bebudak dari dalam kete bawa naik ke rumah. 

berpeluh!!! rasanya bukan berpeluh sebab berlari. tapi berpeluh sebab saya cuak anxiety yang maksimum. saya tak nak sentuh butang lif tu. so sy tunggu smpai lif tu naik sendiri. alhamdulillah kebetulan ada orang dalam lif yang dah memang tekan G. so done kat situ. time naik pulak saya bawa carseat so menjadikan alasan saya tak tekan butang lif. orang yang sama2 naik lif tadi tekankan untuk saya. 

tu 1st round. carseat bulky. tak termampu nak bawa dua-dua sekali gus. so kena turun lagi sekali. yang ni takde orang. aduhhhhh.. saya tekan guna hujung kunci. gi kat kete amik carseat then masa nak naik pon takde orang. pfffttt.. tekan dengan kunci again. laju2 jalan sampai depan rumah. 

1st sekali basuh tangan and terus tukar baju including kunci tu. arghhhh cuak cuak cuakkk.. tapi lega sebab sepanjang turun naik 2 kali tu bebudak still tido. risau jugak if dah terjaga lebih2 sulaiman tu kalau tengok mama takde dia terus menjerit panggil "mamaaaaaa mamaaaaaa" . isa pulak pattern dia kalau mama takde kat sebelah bila isa terjaga, dia akan bangun buka pintu and cari. bila dah jumpa mama depan mata baru dia berbunyi "ehhh ehhh ehhh" sometimes takde bunyi "ehhh" dah. dia terus high pitch. hahahaa



harap nanti sulaiman isa dah besar, diaorang bacalah blog ni. coretan mama untuk sulaiman isa. macam mana mama bertungkus lumus untuk anak2 bila babah dah takde. jadilah anak2 yang soleh ye. selagi ada daya. selagi ada kudrat. insyaAllah mama jaga sulaiman isa. doakan saya mampu mendidik anak2 yatim ni, doakan saya dapat menyediakan keperluan mereka. doakan saya dapat berdikari. 

amin. 

Wednesday, March 18, 2020

MILO KICAP MANIS

 resepi milo kicap manis

susu pekat ikut suka
gula agak-agak je
milo la of coz mesti ada
air panas 
air sejuk kalau malas nak tunggu sejuk
secret weapon : kicap manis!!! 😱

hahahaha oiiiiii biar betul kicap manis? 

🤭

sebenarnya tips ni saya dapat dari makcik kantin smk kinrara sek 5. lebih kurang tahun 2006 dulu. woww lamanyaaa. tapi saya tak pernah buat. tak pernah pulak teringin nak cuba. sebab macam pelik kot??? sebenarnya ramai kantin sekolah yang guna cara ni. sebab milo kan mahal tapi jual kena murah. dah kata kanitn sekolah. so kantin2 ni buat milo bubuh kicap manis. memang nampak pekat je color milo kantin sekolah tu.

then pagi ni tengah buat sarapan rasa macam nak buat eskrem milo je untuk bebudak. ye laaa baru day1 kuarantin dah boring. ada lagi 14 hari nak rempuh halangan. tup tup timbul idea 💡ehhh jom try letak kicap manis!!

hahaha tujuan kicap manis ni nak tau tak untuk apa? untuk color milo tu nampak gelap. tak letak banyak pon. satu jug biru saya buat ni just dalam 3 kali tuang korang sebut apa eh bila tuang kicap tu? sebab sekali tuang tu bukan la setitik tapi lebih setitik kan? 

hasilnya?? menjadi!! color memang gelap macam milo pekat. sebelum letak kicap tu color pucat. yeyyyy kira aci la eh. experiment berjaya. hahaha boleh tuntut hadiah.. hmmm nak tuntut hadiah kat sape? husband dh takdeeee 😔 

ok skip part sedih. 

rasa macam mana? ada rasa kicap? magicnyaaaa takde rasa kicap langsung. serius. tak tipu. kalau tipu kan dosaaaaaa~ rasa elok je milo. sedap berlemak dengan color yang gelap nampak mcm letak milo tu banyak je. hahaha boleh jadi langkah penjimatan la kan.

well, selamat mencuba!

Tuesday, March 17, 2020

CORONA VIRUS

hari ni catat sejarah 2 mangsa pertama meninggal dunia

17 march 2020

lagi 7 hari untuk habis iddah. opsss throwback sikit sebab tak pernah tulis tentang husband selama 2 tahun lepas

suami saya Mohd Izzuddin Bin Zainal meninggal dunia meninggalkan saya, sulaiman dan isa tapi babah sentiasa tengok kami kan?   pada 14 November 2019 khamis 8.09 malam

after almost 2 tahun suami berjuang habis-habisan dan bergelumang dengan treatment kanser. ok ok so sorry beloggg.. suami saya sakit kanser pon saya tak sempat nak cerita kat awak.. huhu

iya belog,

suami saya diagnose kanser lymphoma NK-T cell NK maksudnya natural killer stage 4B on 17 april 2018 secara officialnya. nanti saya story satu per satu insyaAllah tentang treatment kanser tu

cumaaaaaaa..... husband meninggal bukan sebab kanser tapi infection. jangkitan kuman kat paru-paru 2nd attempt 

perancangan saya bila habis iddah nanti (25 march) terus nak ke pusaranya pagi2 lepas hantar bebudak ke sekolah. nak tanam bunga or pokok then nak duduk lama kat situ sampai puas. balas dendam 4 bulan 10 hari menahan hati nak duduk dekat ngan suami iya saya tau dia takde pon kat situ
then berkemas barang2. kalau sempat, masak bekal sikit. amik bebudak dari sekolah tadika terus balik kampung kedah.

ohhhhh kita hanya mampu merancang. selebihnya Allah yang menentukan. bersangka baiklah. sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

bermula malam ni seluruh malaysia di perintahkan berkurung tak tau nak panggil lockdown ke apa. wabak covid-19 hari ni mencatat sejarah dalam malaysia dengan 2 mangsa pertama meninggal.

to be honest..

dah seminggu saya tak lena tidur. memikirkan anak2. perasaan tak tau nak kata. lain semangatnya if husband ada walaupun dia sakit. hari ni saya bertiga je kat rumah. saya, sulaiman, isa. stay strong?

sejak malam tadi PM now PM baru ke-8 DS Muhyiddin Yasin buat announcement sekatan perjalana tu, saya terkedu. walaupun sebenarnya benda tu saya dah jangka. boleh bayang dah yang lockdown tu since angka kematian seluruh dunia dah lebih 5000 orang.

yessssss... lebih 5000 bukan 5 orang or 50 or 500 orang. wabak baru yang tak pernah jumpa dek saintis seluruh dunia. tu jumlah yang meninggal. jumlah yang di jangkiti? dah lebih 100 ribu manusia. angka ni pon saya rasa dah tak boleh nak capai angka yang tepat. sebab setiap saat ada meningkatan angka yang positif terkena jangkitan.

wabak yang melanda dunia. dalam keadaan saya baru kehilangan suami dan anak2 masih kecik. sulaiman 5 tahun 2 bulan and isa 3 tahun 5 bulan. Allahuakbar. tak terkata dah macam mana hati ni nak meletup. tak terluah. sejak malam tadi lepas announcement PM tu, saya diam terus. not even reply wasap family husband and not even komen anything in facebook. sebab saya speechless.

andai husband masih ada, ke mana agaknya dia nak bawa saya? saya tak tau.

now saya sulaiman and isa kat rumah kerinchi . stok makanan alhamdulillah saya dah beli siap2 dua minggu lepas. waktu tu malaysia baru 26 orang di jangkiti. jadi saya tak keluar umah langsung dah 4 hari and saya tak berasak2 dengan orang ramai yang "panic buyer" since kelmarin.


___________________________________________________




awak, (dialog ni tuju ke suami saya)

saya dengan anak2 kuarantin kat rumah. saya tak dapat nak janji 25hb nanti dapat ke tak saya pegi kubur awak. sebab anak2 kat rumah takde yang jaga. mama balik kampung. itu lebih baik. biar mama duduk kampung sementara ni. saya nak gi kat awak dengan bawa anak2 sekali memang BIG NO buat masa sekarang. insyaAllah tengok nanti camne ye. sy usahakan sebab saya dah janji.

awak...

saya takut. saya dah nak balik kampung awak tapi saya tak sampai hati nak tinggal mama. tetiba mama cakap nak balik kampung n9. mama pack baju terus balik. saya lega sebab at least mama rehat kat kampung. if mama stay dengan saya, kesian 24 jam dengan sulaiman isa ni kacau mama nak study mama dapat 2A 1B 1D result 1st sem ari tu. alhamdulillah mama dh sampai kampung. then saya berkira2 nak balik kampung awak ke tak. sebab tiket dah beli untuk 25hb ni. if balik sekarang means sy kena drive viva mak awak la jawabnya.

tengah berkira2 nak balik kedah ke tak, dapat news yang larangan keluar antara negeri (domestik). terkedu dan terduduk saya kat sini awakkkk oi.. boleh nak balik kampung awak tapi kena isi form kebenaran kat balai polis dulu sebelum gerak. saya dah boleh bayang berapa ramai pulak orang yang akan ke balai polis nak isi form tu. berasak2 bermakna makin meningkatkan risiko berjangkit. Allahuakbar

awak..... saya menggigil dah ni. malam tadi dalam sujud doa saya hanya satu.

"Ya Allah andai aku antara mangsa wabak ini, kau ambil sekali anak2 ku Ya Allah. jangan kau biarkan anak2 ku ini yatim piatu di dunia."

saya dah tak keruan. dah tak boleh nak tengok anak lama2. makin sayu hati ni. awak.. andai awak tengok kami kat sini. tolong datang dalam mimpi saya. tolong peluk saya kuat2. awakkk.. (speechless nangis)


  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...