Monday, June 29, 2020

AYAH ISA KAT MANA?

pagi ni terasa macam gigih guna nak tukar cadar tilam. jarang saya tukar pagi-pagi. biasanya saya tukar tengahari or petang lepas bebudak bangun dari nap. 

sambil menukar fitted tu, isa macam biasa la paling rajin membawang. mulut diaaaa Ya Allah, membebel. babah dia kata isa ni "mata tutup, mulut tutup. mata buka jek, terus mulut pon buka. hahahaha.. boleh bayang tak? 

mula-mula isa minta aiskrim. saya malas ler nak layan. sebab baru je semalam layan dia makan aiskrim. balik dari tengok(kubur) babahnya, kami singgah kat nexus. sebab kami berdua je, so layan la dia nak aiskrim rainbow. sedangkan niat asalnya nak beli air tealive. 


so nak mengelak dari isa merengek tu saya google gambar caries gigi kanak-kanak. amik kauuu.. scary pulak gambar-gambar tu. hahaha tapi berkesan la isa terus diam tak minta aiskrim dah. hahahaha.. sesekali boleh la, hari-hari nak aiskrim kang rosak gigi tu kanggg. 

then nak alih lagi perhatian dia, borak-borak kosong je la. yes isa baru 3 tahun 8 bulan tapi dah boleh ajak membawang tauuu. 


"semalam isa tengok kat telefon uwan, budak tu makan lolipop. lepas tu kan lolipop jatuh"



"oh jatuh pulak? lepas tu?"



"lepas tu ayah dia amik. amik bawah kerusi" 



"oh ayah dia amik?" 



"a ah ayah dia."



"ayah isa mana?" dangggg.. saya sengaja tanya. sebab nak tau isa faham tak maksud 'ayah' tu. 



"ayah isa? babah. oh.. babah isa.. babah isa dekat Allah" perkataan last tu suara isa mendatar. 



Allahukbar. isa faham! isa faham ayah tu maksudnya babah. isa faham babahnya takde. isaaaaa

spontan saya terus tarik isa. peluk ceom sekuat hati. 



"isa, babah sayang isa. babah sangat sayangkan isa. babah ada tengok isa." 



isa angguk



"isa jadi anak yang soleh ye. isa doa banyak-banyak untuk babah. isa sayang babah, isa baca fatihah untuk babah selalu. babah suka."



isa angguk lagi. isa balas pelukan saya. dia lap air mata saya. 

Ya Allah.. anak yang sorang ni.. babahnya selalu kata "sulaiman tu peneman mama, isa penghibur mama" 

_________________________________________

hari ni 7 tahun yang lepas, saya dan husband atas gunung pine tree hill. kali pertama jumpa tapi entah kenapa macam dah lama kenal. sebab sifat peramah dan selamba dia agaknya. 

memori tu akan sentiasa berputar. kenangan untuk di ceritakan ke anak cucu. 





 

Wednesday, June 24, 2020

BALIK KEDAH KALI PERTAMA WITHOUT YOU



once bila pm kata dah boleh rentas negeri, saya terus nak balik kedah. dah tak sabar sangat dah time tu. boleh rentas negeri 10 jun. nasib baik saya teringat yang sulaiman ada appointment kat hukm 12 jun. 

maka bersabarlah sampai 12 jun. then teringat pulak yang saya dah sign up for live class website 16 jun. berhuhuhu la sy sabar nak selesaikan class tu dulu. 

cakap kat MIL, nak balik kot 18 ke 19 jun. then tak jadi pulakkk.. dugaan kurta bermacam-macam dugaan then ada stok nak smpai 19 jun. bertangguh lagi.. 

in the same time masa saya kata nak balik kampung ni, semua duk pakat risau. saya nak balik drive sendiri. either viva or kelisa. saya decide nak balik dengan kelisa. sebab kelisa tu dari sebelum pkp lagi plan nak anta ke kedah untuk MIL pakai. 

tup tup tup pkp punya pasal, kelisa tersadai 3 bulan. bertambah risau la semua orang. saya nak drive kete yang dah 3 bulan tak usik. nak drive bawa sekali bebudak lak tu.. 

end up tetiba adik ipar mesej. mak suh adik naik bas ke kl. amik kelisa bawa pi bengkel and check. then amik saya if saya nak ikut sekali balik kampung. 

hhaaaaaa memang melompat la nakkkkkk ikutttttt.. 


bebudak la sakan nak balik kampung. dari awal pagi lagi dah bersiap. saya dah bawa gi tengok babahnya semalam. jadi pagi tadi takde kalut sangat nak siapkan bebudak dan masak bekal sebelum adik ipar mai amik kami. 

sempat singgah kat ipoh. jumpa kak yati (kakak pada sahabat suami juga dah meninggal, mazlan huhu AL FATIHAH) 

kak yati sambut saya dengan muka sedih. salam dan peluk kak yati kuat-kuat.kak yati kata kak yati sebak. terus saya potong. 

"kakkk.. tak mau sedih-sedih.. su okeyyyy" saya senyum semanis-manisnya

sempat tumpang solat rumah kak yati. bak kata suami saya, "amik berkat" hahaha memang perangai dia lebih rela cari rumah kawan-kawan sepanjang perjalanan travel daripada stop kat R&R. 

sambung perjalanan dari ipoh terus straigth ke alor setar. alhamdulillah pukul 9 lebih camtu kami sampai rumah kampung alor janggus. akhirnyaaaaaaaa

di sambut dengan suasana yang meriah. kebetulan rezeki kami, unplanned sepupu-sepupu suami pon balik kampung juga sama-saman hari ni tapi diaorang gerak lebih awal. 

sakan bebudak main sampai 11.30 malam baru geng mak tarik anak masing-masing masuk tidur. hahahaha kalau tak tarik tadi mau sampai ke subuh agaknya bebudak ni main. 

ni semua bebudak dah tidur. saya berjaga kejap.. siapkan "to do list" hahahaha boleh siap ke tuuuuu? 

__________________________

awak... saya dah sampai kampung awak. alhamdulillah.. saya tak kan lupa pesan awak. 

jangan tinggalkan keluarga awak
jangan tinggalkan kawan-kawan awak

insyaAllah.. biar pun pedih sebab saya masih terasa sayu bila suasana meriah berkumpul ramai-ramai bersama keluarga awak, saya cuba kuat. saya tahan air mata. saya lempar gelak tawa dan senyuman semanis-manisnya. 

saya buat semua ni untuk sulaiman isa. demi sulaiman isa. awak nak sulaiman isa membesar dalam suasana "kemewahan kasih sayang keluarga awak" 

insyaAllah.. 

awak.. saya rindu.. rindu yang tak tertanggung.. andai awak ada datang tengok saya, tolong peluk saya. saya nak serap semua kekuatan dan semangat awak. 

miss u

miss u so much

Al-Fatihah




Monday, June 22, 2020

DAH KENAPA?



macam biasa, setiap hari tengok kat memories facebook. tetiba hari ni terjumpa status suami 5 tahun lepas and saya pulak reply camtu. 

dah kenapa???

saya cuba ingat balik? hmm i cant recall

so saya biarkan.. saya tak paksa diri untuk cuba ingat balik. 

coz for me right now, biarlah saya ingat yang indah-indah je. 

gaduh? hahaha kami ni hari-hari gaduh. ada je benda yang nak buat kami gaduh. dah macam hobi. so now bila dia dah takde. huhu.. sunyi~ sangat-sangat sunyi

saya rindu nak bergaduh. 

saya ingat lagi husband cakap satu hari tu

Different between us: 

"you always talk about breaking the relationship and i talk about making it work" 

saya memang suka gaduh sebab saya nak dia pujuk. sengajaaaa

now? hmmm.. gaduh la sorang-sorang. takde sape nak pujuk dah. 

padan muka.. huhu

Thursday, June 18, 2020

KALAU AWAK DAH KAYA, JANGAN LUPA SAYA YE

“KALAU AWAK DAH KAYA, JANGAN LUPA SAYA YE”
awak ingat lagi awak cakap camtu?
________________________________________

“ni Dr Wan dan Prof cakap saya mungkin lama bed ridden atas katil. mungkin belum dapat masuk sekolah. awak nak buat apa kalau gaji saya mungkin kena potong?”

“saya meniaga je la macam biasa. tambah lagi agent dan dropship. kalau ada peluang, saya buat event yang kita dah rancang dengan Dr Fauziah tu. insyaAllah boleh je”

“kalau awak dah kaya, awak jangan lupa saya ye”

spontan dalam hati saya berkata

“Ya Allah, andai satu hari nanti aku kaya dan aku lupa suamiku, jangan Kau kayakan aku, Kau kayakanlah suamiku”

masa tu awak baru keluar dari ICU, Doktor bagitau awak tak boleh masuk kerja. sekurang-kurangnya lebih kurang setahun. sedangkan cuti sakit barah awak tinggal beberapa bulan je lagi.

iya.. kita sama-sama susah hati memikirkan income. kita mula merancang apa nak buat untuk pastikan kita tak keputusan duit.

keputusan saya masa tu, saya serahkan semua “Teratak Biduanda Ent” untuk awak uruskan. maksudnya semua keuntungan selepas hari tu, jadi milik awak sepenuhnya.

saya pula dah mula nak merangka kerja untuk mulakan “anak baru” Teratak Biduanda Events. saya dah register SSM dari bulan 5 tahun 2019.

sejak hari tu, awak makin bersemangat. awak buat logo baru untuk teratak biduanda. nak di jadikan cerita, awak buat nametag khat. nametag sangat-sangat mendapat sambutan. saya nampak perubahan ketara, awak makin gigih nak meniaga. seolah-olah awak tak sedar yang awak bed ridden.

tak lama lepas tu, awak pergi. 14 november 2019. perit jatuh bangun selepas awak dah tak ada, saya gagahkan diri sekental-kentalnya. lillahitaala. moga Allah permudahkan.

Allah makbulkan doa saya. awak kaya-raya dengan doa. hampir seluruh malaysia mendoakan awak.

terima kasih Allah.

bullet goes forward ONLY AFTER pressing the trigger backward.

You shout it out

But I can't hear a word you say

I'm talking loud not saying much

I'm criticized but all your bullets ricochet

You shoot me down, but I get up

I'm bulletproof nothing to lose

Fire away, fire away

Ricochet, you take your aim

Fire away, fire away

You shoot me down but I won't fall, I am titanium

You shoot me down but I won't fall

I am titanium, I am titanium, I am titanium, I am titanium

Cut me down

But it's you who has further to fall

Ghost town, haunted love

Raise your voice, sticks and stones may break my bones

I'm talking loud not saying much

I'm bulletproof nothing to lose

Fire away, fire away

Ricochet, you take your aim

Fire away, fire away

You shoot me down but I won't fall

I am titanium

You shoot me down but I won't fall

I am…


tak mungkin saya lupakan awak.  hari ni 17 jun 2020 penuh rumah dengan barang-barang stok meniaga, semuanya hasil dari “duit” awak. duit pampasan insurans yang dh faraid bahagian saya. duit khairat kematian JPA, duit claim harian, duit return ubat and duit return petscan . 


semuaaaaaaa saya benamkan dalam modal barang meniaga. takde tinggal langsung. 7 bulan tanpa pencen, saya dan anak-anak hidup atas hasil keuntungan meniaga ni. tak ada simpan langsung? ada. nafkah rm50 sebulan then up rm100 sebulan selama 5 tahun 7 bulan nikah. 


insyaAllah.. mohd izzuddin zainal.. moga Allah temukan kita semula satu hari nanti. rehatlah sayang.. tunggu saya kat sana.. 







Tuesday, June 9, 2020

TOTAL BODY IRRADIATION

TOTAL BODY IRRADIATION 
nama treatment ni atau singkatannya TBI 

Macam radiotherapy tapi tembak ke SUM-SUM TULANG. maknanya tembak seluruh tubuh yang bertulang, jari jemari tangan kaki pon tidak berkecuali. 



Garisan merah tu la kawasan yang nak di tembaknya. So kena make sure posisi husband dalam kawasan yang dah di tanda.


Sebab sum-sum tulang kan dalam tulang, jadi nak tembak sum-sum tulang untuk melemahkannya/mematikan camtu. nanti nak masuk sum-sum tulang penderma (abang suami saya). Proses ni di panggil transplantasi sum-sum tulang. 

Genap setahun. Hari ni, tahun lepas saya focus untuk habiskan 5 sesi TBI ni. Nampak angka tu macam simple. Compare radiotherapy yang biasanya minimum pon 10 sesi. 
Tapi bezanya, radiotherapy paling lama yang husband penah buat pon tak sampai 10 minit. 

Mula masuk kepala dulu sampai pinggang


TBI ni.. sesi pertama dah makan masa 4 jam. Sepatutnya sesi pagi tu selesai 2 jam then sampai sesi ke-2 lagi 2 jam petangnya. 
Eh kejap.. saya bagi jadual details sesi tu. takut kang tak faham lak.. 
5 sesi = 1 sesi estimate 2jam = 1 hari ada 2 sesi = 2 hari setengah untuk 5 sesi tu

Then siap part upper body, pusing pulak untuk lower part. For lower part tak payah pakai topeng and kepala dah boleh lapik bantal. Lega sikit part ni.



Kiranya camni :
28 may 2019 - pagi 7.30 dr hukm naik ambulance ke pcmc. Buat TBI hampir 4 jam lebih sebab mesin cepat panas. Terpaksa stop banyak kali bagi mesin sejuk. Plus ada sikit2 masalah teknikal. Jadi sesi petang tunda ke hari esok. 

29 may 2019 - pagi 7.30 naik ambulance lagi dari hukm ke pcmc. Sesi ke-2 pagi tu alhamdulilah dah dapat rentak. 2jam lebih sikit. Tengahari naik ambulance ke hukm. Husband lunch rehat makan ubat solat and sebagainya. Pukul 2pm naik ambulance semula ke pcmc untuk sesi-3 lagi 2 jam. Habis almost 6 petang and hari tu rezeki husband ternampak hans issac. Aiman (nurse) layankan ajeee husband suh aiman tolak wheelchair laju2 pi kejar hans Isaac 

Sakannnn. Nelofa ada sekali tapi husband nak hans issac je 😅😅

🤦🏻‍♀️
30 may 2019 - macam hari2 yang sebelumnya, naik ambulance hukm-pcmc pagi then balik semula tengahari. Pastu ke pcmc semula after lunch. Waktu tu bulan puasa. Kami yang meneman ni saya dah tak ingat saya buka puasa macam mana waktu tu. sebab saya rasa saya dah macam zombi. Focus 100% kat husband untuk habiskan sesi tu. 

Kenapa? 
Haaa.. part ni saya tulis untuk bacaan sulaiman isa satu hari ni. Perjuangan babah untuk terus buat treatment dan pengorbanan mama yang terpaksa tinggalkan dorang. 


Sesi pagi hari ke-2 lebih kurang dah sejam husband dalam topeng putih tu, dia almost give up. Dia dah nak minta buka and nak stop. Sebab sakit kat tengkuk and tangan. Sakit kat tengkuk tu sebab kepala husband hanya berlapikkan plastik. Tangan kiri pulak di tekan dengan pemberat selimut sebab kena masuk dalam lukisan yang dah buat waktu stimulation. Husband tak boleh bergerak langsung. Bahaya if tertembak organ or radiologist risau if terkena saluran pemakanan. Lebih kurang macam tu. saya dah ingat2 lupa. 

Jadi atas kerjasama radiologist pcmc yang sangat baik hati, mereka izinkan saya untuk masuk teman husband bila mesin dah panas. Macam take a break 10 minit bagi mesin sejuk semula. 

Satu moment yang saya masuk teman tu, husband pegang tangan saya. Spontan air matanya mengalir sambil dia kata “i love you” 

Arghhh.. saya dah runtun. Sebab saya tahu saya kalau dah sampai tahap tu, maknanya “perit” lah bagi suami saya. Selama setahun pelbagai treatment chemotherapy and radiotherapy, bermacam2 lagi kesakitan relapse berulang2 kali, husband tak pernah sampai tahap mengalir air mata and sebut “i love you” macam tu. 

Modal saya memang takde lain. Buka video anak2 main. Bagi husband tengok. Actually husband tak dapat tengok sebab topeng tu ketat sepadat2nya menekan muka and badan husband. Jadi sekadar boleh dengar sipi2. Dah la dengan bunyi mesin tomotherapy tu pon bising. 

TBI ni once dah buat, no turning back dah. Puas jugak pujuk husband masa sesi pagi hari ke-2 tu. kebetulan pulak semalamnya kami dapat result pet-scan yang husband akhirnya remission. Jadi saya mohon habiskanlah treatment transplant ni sampai selesai. Macam2 janji yang saya tabur. Antaranya janji tunggu tepi pintu, once mesin stop je saya terus masuk tengok dia. 

Penat? Takde perkataan yang sepadan dengan keadaan saya and husband masa tu. rasa apa pon tak tau masa tu. 

Dalam tempoh 3 hari, ulang alik hukm-pcmc 2kali sehari pagi dan petang. Tambah pulak bulan puasa. 

But finally semuanya berakhir dengan baik. TBI tu boleh kata berjaya. Transplant berjaya. Alhamdulilahhhh with very minor effect. Tekak berdarah sikit dalam 3 hari then semua okay 👌 takde yang serius. Syukur. 

Husband kata dalam banyak2 treatment TBI paling perit masa nak buat tapi paling mudah bila dah settle. 
Maksudnya bila chemo, lama side effectnya macam mabuk, hilang selera makan and so on. 

Baru satu sesi dah burn kulit husband macam berjemur reff bola seminggu bawah terik matahari. Si manja ni.. nak bawah ketiak wife jek bila sakit. Manjaaaaa tak terkata.


TBI ni seksanya 2-3 jam keras badan kena sepit nak masuk dalam mesin buat lain2nya lega tak rasa pape. 

Syukur. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Pcmc benarkan saya amik gambar and video. Saya rasa sebab pcmc hospital private kot. Untuk promotion and marketing maybe? 

Kenapa ke pcmc? Hukm takde servis TBI. Hanya sjmc or pcmc. Jadi kami pilih pcmc sebab ada pakar Doc zack dari pcmc yang setiap hari rabu consult patients bmt hukm. 

Last but not least semua yang terlibat secara langsung mahupon tak langsung sepanjang TBI ni 🙏🏻 terima kasih yang tak terhingga. Nurse2 yang silih ganti mengiring kami setiap sesi, driver ambulance, radiologist and prof, doctor2. Allah saja yang mampu membalas jasamu. 

Buat suamiku
Mohd izzuddin bin zainal 

Semangat dan kekuatanmu sentiasa hidup dalam hati kami. Yang tertanam hanya jasadmu. 

Al Fatihah 

I love you. #kirimsalamsemua

DARI NEMO BUAT BAGUK


Masa ni aku dah setahun kerja. Dia baru kerja.

Dalam Iswara putih, dah tak ingat dari mana nak ke mana. Singgah di Giant. Katanya nak beli berus gigi.

"Sat ja. Ang tunggu lam keta."

Memang aku tak percaya dia punya kejap.
Memang betul. Dekat sejam aku tunggu.

Masuk kereta dia campak berus gigi Systema. Pertama kali aku pegang jenama ni. Dia yang nak berus gigi, dia bantai rekemen pada aku pula. 

"Ang try guna hat ni. Kompem stim. Ada mahai lagi. Tapi ada ni ja."

Kami meneruskan perjalanan yang aku tak ingat ke mana, tapi aku sangat pasti kami samada ke Kulai, Kota Tinggi atau Tiram. Hujung minggu waktu meronggeng.

Dari saat aku diperkenalkan dengan jenama ni, aku tak jumpa lagi berus gigi harga lebih kurang yang best macam jenama ni. 

Tiap kali berus gigi, aku pasti teringat sahabat yang sorang ni. Masih tak bisa panggil gelaran arwah, sebab pemergiannya sangat terkesan di hati.

Kalau dia masih ada, minggu depan ni pasti dia akan datang beraya di rumah. Mesti malam. 3 kali wasap.

1. Aku baru gerak.
2. Aku dah nak masuk kota.
3. Aku depan rumah ang.

Tenanglah di sana wahai sahabat.
Ada masa aku datang melawat.

26 MAY 2020

SULAIMAN VS BABAHNYA


Sulaiman... 
dia ni maybe sempat tengok and ternampak “kelakuan” babahnya layan saya. Maybe dia semat dalam memori. 

Banyak mewarisi babah kalau bab “romantik” and “menghargai” 

Contoh babahnya :
If saya dah seharian melayan family suami datang rumah, end of the day lepas semua dah balik tu husband peluk.. ceom lembut kat dahi.. ucap terima kasih.. 

Contoh sulaiman :
Andai saya masak yang tak kena dengan tekak dia.. sulaiman akan “alaaaa” mengadap meja makan.. then saya keluarkan lauk yang dia suka (abaikan mama kaki menyakat) surpriseeee!!! sulaiman melompat terus peluk.. kiss and dia cakap “thank you mamaaa” 

Antara lain, sulaiman suka spontan sesekali dia datang and kucup lembut dahi saya. Allah.. sayunyaaa.. terus teringat kat suami. Sebijik tingkah lakunya. 
Sulaiman.. kurang bercakap tapi makin hari makin memahami.. bulan lepas kami sampai rumah agak lewat, biasanya saya akan dukung dua2 nak atas rumah (dorg dah tertido dalam kete). 

Tapi malam tu saya bawa skali satu bag makanan. Saya dukung isa dulu, then masa nak angkat sulaiman bag makanan terjatuh.. 

sulaiman terus cakap “mama dukung isa je. Sulaiman jalan” 

Aduhai anakkk... dikau membesar dengan pengalaman yang agak perit. Tapi janji Allah untuk kamu.. insyaAllah.. ada bahagian untuk anak2 yatim di syurga nanti.

(COPY PASTE FROM STATUS FB PAGEKHAS MINI - MAMA) 

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...