1. Masa march 2010 tu saya belum insaf lagi.. Masih tak kisah walaupun saya dah terperanjat tengok betapa montelnya saya masa dalam gamar kenduri kahwin kawan saya tu. Tapi saya ada kata dengan member2 dalam gambar tu yang saya akan diet. Tapi cakap je la.. Diet on-off jek..
2. Lepas kenduri kawan tu saya frust. Kena tinggal pakwe siber. Hahahaha!!! Lawak betul. Yes.. Pakwe yang kenal thru MiRC and FB. Tak pernah jumpa face-to-face. Tapi yang saya perasan sangat after 1st webcam dia dah berubah. Lepas tu terus lesap! Wakakakaka.. Saya cari jugak la.. And jawapan macam biasa "kita tak serasi and dia perlukan masa nak bersendirian"
3. saya frust menonggeng.. Makan macam dah takde hari esok.. Konon nak diet pon jadi lupa terusssss.. Kebetulan pulak waktu cuti sekolah. So kantin tutup. Kerja saya makan tido makan tido makan tido.. Bagaikan dunia ini saya yang punya!!!! Hahahahaha..
4. Life go on macam biasa and saya bangga cakap "BIARLAH GEMUK ASALKAN BAHAGIA" eh.. Bahagia ke?
5. One day saya terdengar cerita about one of my family member yang big size jatuh sakit. Terpaksa panggil bomba! Sebab takde sape mampu nak angkat dari tingkat 2 turun ke bawah. Sepupu saya 3 beradik. 2 big size and dua2 belom kahwin until now. Masa tu timbul kesedaran. Sebab memikirkan sampai bila nak membujang? Nanti hidup sorang2 and gemuk bila sakit sape nak tolong?
-tapi saya tetap diet main2.. keras kejung ketang keting hati ni xsedar2 gak.. :P
6. Masa 2010 ni saya seronok giler menikmati makanan! Hahaha.. Every weekend saya and my niece pergi makan sampai 2-3 restoran dalam sehari. Kami google mana2 tempat yang best2 terus drive pegi.. Sedangkan perut penuh lagi ni. Sebab saya and my niece tu selera tekak kami hampir sama. Tapi..... Dia makan ape pon body camtu je.. Bayangkanlah.. My niece 48kg and saya 118kg. Hoiii.. Kalau dia jalan belakang saya memang orang tak tau dia kat belakang! Macam semut dengan gajah! Muahahaha.. Tapi saya tak jugak serikkkkk.. Alahaiiiii..
7. Bulan puasa tiba lagi. Saya meniaga kat pasar ramadhan. Maybe sebab penat so saya tak berapa selera nak makan masa berbuka. Bulan puasa tahun 2008 and 2009 Saya akan makan waktu saya gi pasar dalam pukul 11-12 malam. Saya akan order 5 gelas milo ais and saya akan habiskan 3 gelas sekali gus sebelum makan!! 2 gelas lagi lepas makan.. Kadang2 tak cukup saya order lagi segelas so total 6gelas!!! Tak percaya? Pegi la tanya kakak myammar yang jual santan sebelah kedai buah kat depan sri ternak pasar selayang tu.
- tapi bulan puasa 2010 saya giler sikit. Bersahur air masak and roti john seketul. Berbuka air masak sahaja semata2 satu botol besar 1.5 liter tu sekali gus. After 1 hour saya terus cirit-birit. Everyday for 28days saya buat camtu. Berat memang turun. Banyak. Tapi elok ke minum air and roti john sekeping je? No no no.. Dont try this at home. Seriously.
8. Lepas raya ada la seorang lelaki ni nak berkenalan.. Thru Fb jugak.. Saya nampak macam orang desperate sangat kan? Maybe sebab faktor umur and fizikal kot.. Takut nanti lambat kawen and takut takde sape yang nak.. Tapi sekarang dah kurus tak heran pulak ek? Haha.. Eh dah lari topic dh.. Jom sambung cite.. Do u want to know what happen?
- kali pertama jumpa dia drive kete dia and saya drive kete saya. Bila dah sampai tempat yang di tuju, dia datang ke kereta saya. Saya teragak2 nak keluar tapi tak kan nak borak sorang dalam kete and sorang luar kete kot?
- so... Dengan gigihnya saya keluar dari kereta.. Bila saya tegak berdiri je.. Telefon kat tangan dia terus terlucut!! Siap tergolek-golek pulak fon tu.. Aduhhhh.. Boleh pulak fon tu buat drama hindustan. Ceeettt! Muka dia tergamam! Seriously waktu bagai terhenti!! Saya rasa macam nak masuk balik dalam kereta and blah je sebab malu yang teramat sangat! Huwaaaaaaaa!!!
- but his good. he pretend macam takde pape.. saya tau dia tak selesa dengan fizikal saya. Kali kedua dating baru dia suarakan pasal fizikal saya and dia nak saya diet. Sebab dia pon one of us. Pernah gemuk and diet sampai kurus. Tapi saya ni tak jugak sedar2 masih di buai mimpi.. Mimpi pakai baju princess! Kekekeke..
- tiap kali jumpa (ada la dalam 10 kali dating) mesti saya ajak tempat makan. Ajak tempat makan yang memang mencabar nafsu makan.. Huhu.. Sampai dia merungut diet dia hancur. Saya buat bodok jek.. Ya-Allah.. Keras betul hati budak gemuk ni kan? Hahahahahaha!!
- and finally dia tinggalkan saya! Hahahaha.. Padan mukaaaa!!!
9. Saya register kat gym sebab saya frust! Sejak peristiwa tu saya terus bangkit!! Saya dah sakit hati sangat2. Saya dah tak toleh ke belakang lagi. Saya tekad saya akan kurus! Tarikh saya register kat gym 10/11/10. Tarikh titik permulaan saya memulakan perjalanan hidup saya sebagai orang yang baru!
10. I want to say "terima kasih" kat lelaki itu kerana menjadi "pencetus" diet saya ni. Lepas tu saya mula create cara diet pemakanan saya sendiri mengikut kesesuaian badan and jadual saya yang padat.
To be continue...... Arghhhhh!!! Again??? *sabar itu indah* :D
Semalam gi joging belakang umah.. 8.6km!! Yeahhh~
Saya tak reti senyum.. Ohhh tolong ajar saya.. Tengok tu gigi besi.. Nampak hitam! Bila la nak buka braces ni????