honestly bila dah jadi mama baru kita rasa pengorbanan mak kita membesarkan kita.
tak nak dah cite pasal sakit bersalin tu. memang sakit tu sakit sangat. yang tak tergambar dek fikiran
cuma ada beberapa perkara yang lebih membuatkan saya menghargai mak saya dan kaum ibu yang lain :
1. bila tau je dia pregnant terus kena buat buku merah kat klinik kerajaan (kalau yang nak pergi ke hospital kerajaan). loya pening mual muntah bagai tu dah satu hal. menunggu kat klinik kesihatan ibu anak (KKIA) berjam2 lagi satu hal.
2. 1st time buka buku merah tu nurse akan check semua. i mean nurse akan selak baju kita. check breast. check nipple. every month time checkup nurse akan selak sikit seluar sampai bawah perut untuk check ketinggian rahim. honestly saya tak suka!! tak suka any bahagian tubuh saya lebih2 lagi bahagian sulit (breast) saya orang tengok walaupon atas tujuan pemeriksaan camtu. saya tabik semua kaum ibu yang terpaksa merelakan diri demi seorang anak!
3. bila dah nak dekat bersalin doktor akan check bukaan rahim. kalo kat hospital kerajaan tu nurse akan check sebelum doktor. sakit kena seluk tu memang tak payah cite la. selagi bukaan tak 4cm selagi tu tak masuk labor room. ada kes yang sampai berjam2. bayangkan la kalo 3-4 kali check dan nurse yang check tu berbeza2. then lepas bersalin pon nurse akan tengok lagi bahagian bawah tu kalau jahitan terbuka or bernanah. bayangkan la bape ramai orang yang tengok and usik bahagian sulit kita? ada ke mana2 perempuan yang suka bila orang lain tengok bahagian sulit dia? saya sangat sangat sangat tak suka!! and sure takde sorang pon suka. Alhamdulillah saya deliver kat private. doktor saya sorang tu je. bidan sorang and nurse sorang. tu pon saya tetap gak dah rasa malu sangat2.
4. dah lepas tanggung sakit bersalin kena deal dengan darah nifas pulak. peringkat awal yang banyak tu mula2 pakai pad khas yang besar tu tapi asyik bocor je. lastly saya pakai pampers dewasa. jawabnya habis punggung saya naik ruam. banyak giler ruam macam jerawat kat muka yang ada nanah meletop2 tu. jenuh nak tukar pad. sebulan jugak la melecet celah2 tu selagi darah nifas tu tak habis.
5. bagi yang kena gunting bahagian (sulit) bawah untuk bantu laluan tu memang tak dapat saya nak kata. tak termasuk yang koyak pulak lagi. entah berapa banyak jahitan pon tak tau nak cakap bila kena jahit hidup2. dah la sakit bersalin. sakit kena jahit. pastu nak berak pon sakit and takut kalau jahitan terbuka. Alhamdulillah syukur saya takde kena gunting and takde koyak. saya takde pengalaman macam mana kena jahit kat bahagian bawah tu. so saya tabik spring kat sesiapa yang kena lalui pengalaman tu.
6. kalau orang yang kena operate perut tu katanya tak rasa sakit masa bersalin. kononnya tak rasa sakit masa nak meneran. tapi kena tanggung sakit pulak selepas operate tu. katanya lagi susah nak jaga. and lagi kesian kalo jahitan kat perut tu terbuka or bernanah. then terpaksa rancang 3-5 tahun untuk next baby. saya puji diaorang yang sanggup redah semua proses yang menyakitkan tu demi insan tersayang.
7. dah penat bersalin kena susukan anak pulak. kena bangun walaupun badan masih sakit masih penat sebab meneran untuk susukan anak. demi mu anak. kita berjihad pula untuk susukan anak hingga umur 2 tahun. tengah malam pun bangun susukan anak 2-3 jam sekali. mata dah macam panda pun automatik mata tu terbuka sendiri tanpa bunyi alarm. besarnya kelebihan seorang ibu yang Allah beri boleh bangun dengan sendiri untuk susukan anak. sedangkan sebelum ada anak bunyi alarm menjerit sampai bergegar satu taman pun mak nya tidur mati.
8.soal berpantang pon tak semua orang mampu bertahan. ada yang suka. ada yang terseksa. demi nak jaga kesihatan diri sendiri terpaksa la ikut jugak walaupun terasa menyampah. kang esok lusa sakit sana sini diri sendiri yang terpaksa tanggung. takde orang lain dah. makan pon banyak yang kena jaga. terkulat2 meleleh2 air liur tengok orang lain makan sedap2 and macam2. yang kita ni selagi menyusukan anak selagi tu la kena control2 makan tu. tak payah cite la bab bengkung bungkus badan macam mamia and tungku perut dengan batu panas tu. tak tau la camne orang perempuan punya kuat nak tempuh 44 hari berpantang tu dengan sabar. saya tak berpantang sampai tahap camtu. so nanti kalo rasa sakit badan tu memang padan muka.
9. kalau yang bagi susu badan tu mesti penah rasa camne nipple sakit pedih sebab anak gigit. ada yang sampai berdarah. ada yang menggelupas kering. pastu puas la nak cover sana sini bila terpaksa breastfeed depan orang depan saudara mara. puas la nak mengelak. puas cari tempat nak menyorok kalau anak nak susu tetiba time kat tempat public. again.. saya kawad hormat untuk ibu yang berjaya breastfeed anak diaorang sampai umur 2 tahun. saya tak tau camne dia handle untuk breastfeed kalo ada kenduri kendara family ramai and anak nak susu time tu jugak dah meraung, kebetulan pulak takde tempat nak sorok. saya still belajar lagi cara nak cover and elak menyusu anak depan orang. dah rasa macam breast saya bukan lagi hak privilege saya sorang. honestly bila saya tengah menyusukan sulaiman saya suh mama saya jangan tengok. nanti dah sudah saya akan bagi cucu kesayangan mama saya tu and buli la puas2. segan malu shy walaupun dengan mak sendiri.
10. mana2 ibu yang bekerja and bagi anak susu badan pulak sanggup la 2-3 jam sekali pam susu. pedih kat nipple tu dah tak hirau dah. yang penting dapat susu yang cukup bekal untuk anak bila mak nya tengah kerja. kang bila terasa macam susu kurang usaha pulak buat power pump. ingat senang ke buat power pump tu? boleh pedih nipple tu tau bila takde susu tapi paksa pam tu sedut kosong gitu je. dah sakit bertambah lagi sakit. tapi semua tu tak peduli dah. yang penting anak dapat susu. apa benda je cara untuk tambah susu mesti mak nya akan cuba. kalau suh telan minyak petrol tu boleh tambah susu konon milk booster memang kita sanggup buat dah. demi mu permata hati..
11. makan mandi and tidur memang dah tak macam dulu. makan kena cepat2 je. selalu sangat sampai tergigit lidah sebab nak cepat. kadang2 tengah makan anak terjaga terus stop makan. kalo tak stop and biar anak nangis pon makan tak senang. selalunya bila takde sape dapat tengokkan anak memang tak makan ler mak nya. mandi memang tak dapat dah nak mandi lama2. senang cite kalau dapat mandi sehari dua kali amd dapat mandi berendam sampai sejam dua tu memang dah nikmat dah rasanya. tidur memang tak merasa la dah nak melepak and peluk bantal direct tanpa buka mata sampai tengahari buta. dengar nak bunyi "ek ek ek" je dah terus bangun nak susukan anak. terkebil2 buka mata tapi bila nampak anak terus hilang ngantuk bertukar bahagia.
12. dulu dapat la merasa nak bersolek nak berlilit tudung sebelum keluar rumah. bila dah ada anak ni cari yang sarung je tudung tu. mana nak siapkan anak lagi pastu kita pulak nak siap.tengah2 nak pakai bedak je anak menjerit minta di angkat. last2 bedak pon campak tepi. last2 keluar umah pon selekeh jek. kadang2 kalau anak tidur and dapat peluang nak bersolek sebelum keluar tu dah rasa macam nak melompat jek seronoknya.
13. bila dah ada anak kecik ni tak bebas dah macam dulu. kalau dulu bangun tidur pukul 4 pagi rasa nak pergi lari area taman perumahan ni memang terus sarung kasut je. sekarang? kena pikir anak. anak kena bagi susu. kalau takde sape yang jaga dah terbantut dah hasrat nak exercise tu. kena tunggu anak tido petang baru berani nak buka video body combat. tu pon berani workout setengah jam je sebab takut anak terjaga kang tak sempat mandi. tak sampai hati nak susukan anak dengan badan busuk berpeluh2. niat nak mendaki gunung lagi la kena lupakan je buat sementara waktu ni. at least sampai anak dah 2 tahun dah tak menyusu badan lagi. sementara ni tengok dengan air liur meleleh je la kawan2 lain yang pergi sana sini berjimba2. jiwa ni honestly meronta2 menjerit2 nak aktif macam tu. tapi semua tu saya abaikan. berkorban untuk si jantung hati.
14. berat dah naik. shape badan lagi la tak payah cerita. untung saya hari tu masa mengandung perut tak besar sangat. saya takde perut menggelebeh. Alhamdulillah. tapi masih rasa down sebab jenuh nak dapatkan balik shape and berat yang dulu. bukan sebab nak cantik untuk suami or takut suami lari tapi untuk kepuasan diri sendiri. tipu la kalau ada perempuan yang tak nak cantik. mesti semua nak badan tu firm je. yet lagi selagi semua kaum ibu korbankan bentuk badan diaorang untuk insan yang bergelar anak.
apa yang saya lalui hari ni itu la yang mama saya dan ibu2 lain dah lalui sewaktu nak membesarkan kita. sebenarnya banyak lagi pengorbanan mama.. tak terbilang.. bukan 14 perkara ni je.. tapi berjuta2.. tak terucap dek kata2 macam mana perjuangan seorang ibu nak membesarkan anak dia. semua ibu atas muka bumi ni pasti nak buat yang terbaik untuk anak diaorang.
terima kasih mama atas pengorbanan mama membesarkan saya.love u mama.. always love u.
finally, saya bersyukur dalam perjuangan saya ni ada insan yang sentiasa membantu dan menjadi tulang belakang saya. sesungguhnya tanpa dia belum tentu saya berjaya harungi semua ni sorang2. dia tak pernah merungut sejak ada anak ni dah kurang perhatian saya kat dia. asyik berkepit dengan anak je. kerja2 rumah pon banyak dia yang settlekan.
siapa dia? SUAMI saya.
terima kasih suami kerana menjadikan saya wanita yang sempurna.
p/s : ni bicara hati saya. andai ada yang tak setuju dan tak senang dengan pandangan saya ni dengan rasa rendah diri saya minta maaf.