Tuesday, March 24, 2020

CINTA PASARAYA DAN HARI TERAKHIR IDDAH

rasanya saya takkan lupa tarikh 23 march 2020 (sehari sebelum berakhirnya iddah). rasanya sepanjang 4 bulan 10 hari, tu kali pertama saya betul-betul down. saya nangis dari tengahari sampai maghrib.

yang ni puncanya. gambar ni berlegar kat facebook semalam.

then makin ramai pulak yang share. sampailah tengahari lepas zuhur tu saya mula menulis. luahan isi hati sebab saya sangat terkesan dengan gambar tu. 

_______________________________________

ni yang saya tulis : 

Covid19 vs single mother vs cinta pasaraya
#mohonshare 

Awak.. Budin VS Baguk #theyatims 

Esok hari terakhir iddah saya. Sepatutnya lusa pagi-paginsaya nak pergi duduk lamaaaaa kat awak. Setelah 4 bulan 10 hari saya menahan hati. 

Tapi saya tak mampu nak tunaikan janji. Anak kat rumah takde yang jaga. Saya just bertiga je. Saya, sulaiman, isa. Saya tak sanggup bawa anak sekali waktu-waktu bahaya macam ni. 

Awak.. 
selama awak takde ni. Saya tak amik pusing isu yang kadang-kadang menjentik saya. Dua kali lepas awak pergi, isu suami kena rampas dek single mother. Then satu lagi viral isu faraid. 

Saya diam. Tak komen pape dan buat tak endah. Sampailah isu-isu lenyap dengan sendiri. 

Tapi semalam saya ternampak lukisan ni. Terus berlinang air mata. 

Kami (golongan single mother) buat lah apa saje pon tetap HINA dan KEJI kat mata masyarakat kan? 

Peritnya. 
_____________

Mohon share luahan hati saya ni supaya sampai ke pelukis “cinta berputik di pasaraya” 

Saya doakan suami awak selamat pergi dan balik dari medan perang (perang dgn virus covid kat pasaraya dan perang nafsu si suami bila ternampak single mother) 

Saya harap ketua keluarga awak dapat terus berbakti keluar belikan barang keperluan sehingga habis tempoh kawalan ni. 

Saya cuma mampu pesan berhati-hatilah supaya awak tak rasa apa yang saya rasa. 

Jaga suami ye. Kat luar tu yang bahaya sekarang bukan single mother, TAPI VIRUS COVID19. 

Sekurang-kurangnya bila suami pergi, dapat kita peluk cium buat kali terakhir. 

Atau Setidak-tidaknya anak dapat mengiringi. 

Dan saya harap anak awak tak nangis rindu babahnya macam anak saya. (Video sulaiman nak babah. Sulaiman 6 yo and speech delay) 

Video last tu saya ambil dari fb jiwa damai. Yang saya dapat dari video tu - buat perubahan dalam keluarga kita. Jaga family kita. 

Ps : andai pelukisnya lelaki, fikir-fikirkan juga setiap kali awak keluar tu mungkinkah minggu depan awak masih dapat balik rumah tengok anak isteri? 

Stay at home The Yatims 
#covid19

tapi post ni lepas maghrib saya delete (set only me. sebab objektif saya tak sampai. saya nak pembaca ada kesedaran yang sekarang ni masa untuk stay at home. putuskan rantaian virus covid19. jadi isteri-isteri sila kurung suami. 

apa yang jadi,pembaca lebih focus tentang status janda/ single mother. saya kena asah lagi penulisan saya supaya apa yang saya nak sampaikan tu tepat. 

dah hari ke-7 perintah kawalan pergerakan. saya belum usik folder projek buku solo #kirimsalamsemua. paham-paham je la, tak sampai 5 minit mematuk keyboard dah dengar bebudak jerit. "mamaaaaaaa....." 

hmmm.. 

update : post saya masuk dalam website majalah wanita. 







No comments:

Post a Comment

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...