Tuesday, March 17, 2020

CORONA VIRUS

hari ni catat sejarah 2 mangsa pertama meninggal dunia

17 march 2020

lagi 7 hari untuk habis iddah. opsss throwback sikit sebab tak pernah tulis tentang husband selama 2 tahun lepas

suami saya Mohd Izzuddin Bin Zainal meninggal dunia meninggalkan saya, sulaiman dan isa tapi babah sentiasa tengok kami kan?   pada 14 November 2019 khamis 8.09 malam

after almost 2 tahun suami berjuang habis-habisan dan bergelumang dengan treatment kanser. ok ok so sorry beloggg.. suami saya sakit kanser pon saya tak sempat nak cerita kat awak.. huhu

iya belog,

suami saya diagnose kanser lymphoma NK-T cell NK maksudnya natural killer stage 4B on 17 april 2018 secara officialnya. nanti saya story satu per satu insyaAllah tentang treatment kanser tu

cumaaaaaaa..... husband meninggal bukan sebab kanser tapi infection. jangkitan kuman kat paru-paru 2nd attempt 

perancangan saya bila habis iddah nanti (25 march) terus nak ke pusaranya pagi2 lepas hantar bebudak ke sekolah. nak tanam bunga or pokok then nak duduk lama kat situ sampai puas. balas dendam 4 bulan 10 hari menahan hati nak duduk dekat ngan suami iya saya tau dia takde pon kat situ
then berkemas barang2. kalau sempat, masak bekal sikit. amik bebudak dari sekolah tadika terus balik kampung kedah.

ohhhhh kita hanya mampu merancang. selebihnya Allah yang menentukan. bersangka baiklah. sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

bermula malam ni seluruh malaysia di perintahkan berkurung tak tau nak panggil lockdown ke apa. wabak covid-19 hari ni mencatat sejarah dalam malaysia dengan 2 mangsa pertama meninggal.

to be honest..

dah seminggu saya tak lena tidur. memikirkan anak2. perasaan tak tau nak kata. lain semangatnya if husband ada walaupun dia sakit. hari ni saya bertiga je kat rumah. saya, sulaiman, isa. stay strong?

sejak malam tadi PM now PM baru ke-8 DS Muhyiddin Yasin buat announcement sekatan perjalana tu, saya terkedu. walaupun sebenarnya benda tu saya dah jangka. boleh bayang dah yang lockdown tu since angka kematian seluruh dunia dah lebih 5000 orang.

yessssss... lebih 5000 bukan 5 orang or 50 or 500 orang. wabak baru yang tak pernah jumpa dek saintis seluruh dunia. tu jumlah yang meninggal. jumlah yang di jangkiti? dah lebih 100 ribu manusia. angka ni pon saya rasa dah tak boleh nak capai angka yang tepat. sebab setiap saat ada meningkatan angka yang positif terkena jangkitan.

wabak yang melanda dunia. dalam keadaan saya baru kehilangan suami dan anak2 masih kecik. sulaiman 5 tahun 2 bulan and isa 3 tahun 5 bulan. Allahuakbar. tak terkata dah macam mana hati ni nak meletup. tak terluah. sejak malam tadi lepas announcement PM tu, saya diam terus. not even reply wasap family husband and not even komen anything in facebook. sebab saya speechless.

andai husband masih ada, ke mana agaknya dia nak bawa saya? saya tak tau.

now saya sulaiman and isa kat rumah kerinchi . stok makanan alhamdulillah saya dah beli siap2 dua minggu lepas. waktu tu malaysia baru 26 orang di jangkiti. jadi saya tak keluar umah langsung dah 4 hari and saya tak berasak2 dengan orang ramai yang "panic buyer" since kelmarin.


___________________________________________________




awak, (dialog ni tuju ke suami saya)

saya dengan anak2 kuarantin kat rumah. saya tak dapat nak janji 25hb nanti dapat ke tak saya pegi kubur awak. sebab anak2 kat rumah takde yang jaga. mama balik kampung. itu lebih baik. biar mama duduk kampung sementara ni. saya nak gi kat awak dengan bawa anak2 sekali memang BIG NO buat masa sekarang. insyaAllah tengok nanti camne ye. sy usahakan sebab saya dah janji.

awak...

saya takut. saya dah nak balik kampung awak tapi saya tak sampai hati nak tinggal mama. tetiba mama cakap nak balik kampung n9. mama pack baju terus balik. saya lega sebab at least mama rehat kat kampung. if mama stay dengan saya, kesian 24 jam dengan sulaiman isa ni kacau mama nak study mama dapat 2A 1B 1D result 1st sem ari tu. alhamdulillah mama dh sampai kampung. then saya berkira2 nak balik kampung awak ke tak. sebab tiket dah beli untuk 25hb ni. if balik sekarang means sy kena drive viva mak awak la jawabnya.

tengah berkira2 nak balik kedah ke tak, dapat news yang larangan keluar antara negeri (domestik). terkedu dan terduduk saya kat sini awakkkk oi.. boleh nak balik kampung awak tapi kena isi form kebenaran kat balai polis dulu sebelum gerak. saya dah boleh bayang berapa ramai pulak orang yang akan ke balai polis nak isi form tu. berasak2 bermakna makin meningkatkan risiko berjangkit. Allahuakbar

awak..... saya menggigil dah ni. malam tadi dalam sujud doa saya hanya satu.

"Ya Allah andai aku antara mangsa wabak ini, kau ambil sekali anak2 ku Ya Allah. jangan kau biarkan anak2 ku ini yatim piatu di dunia."

saya dah tak keruan. dah tak boleh nak tengok anak lama2. makin sayu hati ni. awak.. andai awak tengok kami kat sini. tolong datang dalam mimpi saya. tolong peluk saya kuat2. awakkk.. (speechless nangis)


No comments:

Post a Comment

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...