Thursday, March 26, 2020

RAHSIA PURI GEBU

semalam perdana menteri umum lanjut tempoh kawalan pergerakan sehingga 14 april. terus saya terduduk. pedih hati tak terkata. 

bersabar lagi 3 minggu nak pegi tengok rumah baru kubur kekasih hati. 4 bulan 10 hari yang lepas saya kata dalam hati 

"apalah sangat 4 bulan tu.. dah kata nak setia hujungnya. nahhhh.. buktikan la. lepas 4 bulan nanti takde undang-undang atas dunia boleh halang" 

tudiaaaaa.. Allah nak bagitau. sesungguh Aku yang Maha Berkuasa. Dia turunkan wabak virus covid19 yang mengorbankan 18,727 manusia setakat semalam. 21 orang di malaysia untuk laporan hari ni. 

bangun pagi ni dengan nafas baru. bersabarlah.. 

semalam menu sardin. sengaja tinggalkan untuk sarapan hari ni. dalam kepala plan nak buat puri. guna bahan apa yang ada dalam umah je. tak nak keluar selagi tak terdesak. 

even untuk beli barang dapur pon saya usaha guna dulu sampai habis apa yang ada. korek and kreatifkan. if nak buat menu ni tapi bahannya tak cukup, buat menu lain yang bahannya cukup. pokok pangkal pada diri sendiri. 



resepi puri gebu
sukatan untuk sepuluh keping
2 cawan (500gram) tepung gandum
3 sudu minyak masak
2 sudu gula
1 sudu yis 
1 sudu teh garam 
1 caman (anggaran 200ml)air panas

cara-caranya : 
1. masukkan semua bahan kecuali air. ramas sampai semua bahan sebati. memang kering-kering tu gaulkan je. then masuk air sikit-sikit. plus minus 200ml. sampai tepung jadi doh. 

2. bulat-bulatkan kecik. saya dapat 10 biji doh. biarkan dalam 15 minit. then gelek satu nipis-nipis terus masuk kuali yang minyaknya dah panas. 

3. TIPS nak bagi gebu, masa goreng tu amik minyak yang panas tepi-tepi doh yang tengah masak dengan senduk then jirus atas puri. ulang berkali-kali. nanti doh tu akan timbul dan kembang. kalau boleh guna  senduk. dapat kaut minyak banyak sikit. saya cuba guna sudip tak berapa nak dapat amik minyak. makan masa nanti bahagian bawah hangus  pulak waktu kita leka nak jirus minyak tu 



bila sulaiman isa pon suka, makan bertambah-tambah. bahagia hati maknya. selesai untuk breakfast pagi ni. 

yippi~ selamat mencuba. 





No comments:

Post a Comment

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...