Wednesday, May 29, 2013

terbongkar rahsia!

bukan nak cakap pasal terbongkar rahsia diet or rahsia aktiviti saya. rahsia diet tu memang dah lama terbongkar pon.

tapi terbongkar rahsia nama sebenar. hahahahaha..

majalah rapi terang tang tanggg sebesar alam terbentangggg (banyaknyer tanggg) taip nama saya and nama penuh.

suzana

suzana mohamad tab

kekekekeke.. tak dapat nak sorok2 dah. :p





but saya lebih selesa if di panggil page. sebutan dia "page = muka surat" .

ada yang salah sebut dia panggil saya "pa ge"

huhuhuhuhu

if sudi, beli la majalah rapi keluaran 1 jun 2013.

buka mata luas2 and buka hati baca "suzana dedah rahsia hilang 56kg"

if tak bapa nampak sila pakai teleskop. :p

Saturday, May 18, 2013

ENTRY KHAS UNTUK ANAK SAYA

18 may 2011 . 2 tahun dah berlalu. selamat hari lahir sayang. jadilah anak yg solehah. anak yg baik dan bijak. anak yg bertanggungjawab dan penyayang. jadilah seorg yg pemaaf dan tidak menyimpan dendam. walaupon bukan lahir dari rahim ni tp SUHA QAISARA tetap anak mama. mama yg namakan suha dan membawa maksud bintang permaisuri. suha merupakan bintang di dlm kehidupan mama yg gelap. qaisara lah permaisuri yg bertahta di hati mama dan doa mama sentiasa bersama mu sayang. maafkan mama x dpt memberi ciuman di pipi merah mu pada hari ni seperti 2 thn lalu ketika suha baru melihat dunia. mama lbh sanggup lari hingga ke hujung dunia drp mama di tuduh nak merebut suha. kerana mama tahu satu hari nanti suha akan kembali dgn sendiri. sabarlah sayang.. satu hari nanti Allah akan makbulkan doa mama. peluk cium rindu buat anak mama satu2nya yg tersayang.





































16 may mama di puncak gunung kinabalu. gelap and sejuk sangat. mama melihat ke langit. mama nampak bintang!! cantik! secantik suha anak mama.


- Posted using BlogPress from
pagekhas's iphone 5

Sunday, May 12, 2013

Sejak Itu.. kehilangan.

sejak arwah cik nah dah takde, saya hilang tempat mengadu. hilang tempat mengadarkan kepala. hilang tempat untuk menangis bersama. hilang tempat berkongsi resepi. hilang tempat ketawa. hilang tempat bercerita segalanya. hilang... kehilangan.. kesepian.. keseorangan..

saya mencari tempat ketenangan. kadang2 saya mencari pantai. kadang2 saya mencari taman kadang2 saya mencari tanah yang lapang.

puas saya cari dan saya tak jumpa. di mana ketenangan tu?

sampai satu hari saya dapat ketenangan ketika saya berlari (joging)

saya terasa saya di awangan. saya khayal dalam dunia saya.

dan sejak itu berlari menjadi rutin bila saya nak mencari "sebuah" ketenangan.

walaupon hanya sejam dua.. jadilah..

Alhamdulillah. saya bersyukur merasa jugak erti ketenangan.

cik nah,
kaksu rindu cik nah. di bibir kaksu sekarang kurang menyebut nama cik nah. dah berhenti menangis depan orang lain bila rindukan cik nah. itu bukan bermakna kaksu dah lupa cik nah.

kaksu jaga hati mama. satu hari tu mama macam terasa kaksu terlalu pentingkan cik nah daripada mama. dan kalau cik nah nampak dari sana, mesti nampak mama dah banyak beza kan? semuanya berkat kesabaran yang cik nah tiupkan pada kaksu. terima kasih cik nah. terima kasih.

kaksu rindu cik nah. Al-Fatihah.


- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...