Tuesday, October 30, 2012

Diet tips #

My first day at chief original bootcamp


Saya dah join 3 bootcamp so far.
1. Daily muscle
2. Rebel
3. Chief

Semua saya beli kat groupon. Below RM50 for 1 month 12 sessions.

Thursday, October 25, 2012

Happy Birthday Sahabat

25 October datang lagi. Kalau dia masih ada di atas muka bumi ni maknanya susah 26 tahun umur dia. Mungkin dah kawen. Mungkin dah ada anak. Atau mungkin bujang lagi macam saya jugak.. Haha..

Saya rindu dia. Sahabat.

Dia sahabat saya satu-satunya. Yang pertama dan yang terakhir. Bermakna tiada pengganti atau pun pertambahan bilangan sahabat dalam kamus hidup saya.

Hanya Syahirah bt Zulkefli.

Al-Fatihah buatmu sahabat.

Monday, October 22, 2012

Bijak Memilih Pakwe..

Eh.. Typo title tu.. Jangan percaya! =P

Cerita yang sebenarnya camni..

Saya ni dah macam pembeli tegar online. Maybe sebab dah banyak sangat website voucher. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tiap-tiap pagi memang koje saya meng"check" email. Memang melalaikan.

But yesterday saya terjumpa something membuatkan saya tersengih. Huhu.

See this *tengok yang saya bulatkan hitam* :-


Ini harga dekat Mydeal RM45.00


Ini pulak kat Groupon RM45.00


Finally RM27.00 kat Milkadeal. And op coz saya beli kat milkadeal! Hahaha.

Lepas saya terjumpa lagi... Jeng jeng jeng..


Kat Milkadeal pulak yang mahal sampai RM95.00


Kat Livingsocial RM78.00

And finally...


Kat Jackcow RM75.00 sahaja.

So pesan saya if u all nak beli online survey la puas-puas sampai juling. Huh.

Thursday, October 18, 2012

Hujan..

Memandang ke langit.. Gelap..

*mengeluh*

Tak baik mengeluh.. Tak elok.. Seolah-olah menyesali takdir Allah swt. Tapi kita hanya manusia biasa.. Yang tak pernah lekang dari membuat kesalahan..

Musim hujan sekarang ni.. Pagi petang siang malam.. Tak kira masa hujan turun lebat.. Tiap-tiap hari.

Bumi lembap je tak sempat nak kering..

Macam tu jugak rancangan saya yang dah penuh dalam kepala.. Tapi hujan telah membantutkan segalanya..

Maknanya rancangan saya tergendala lagi. Harap-harap semangat saya tak jatuh merundum.

Redha.

Wednesday, October 10, 2012

Nikah Gantung

Saya tak bape nak faham nikah gantung tu ape. Sebab ada yang kata nikah gantung tu maknanya nikah dulu kenduri kemudian. Ada yang kata nikah gantung tu maknanya buat majlis nikah tapi pengantin tak boleh duduk sama-sama. Ada jugak yang kata nikah gantung tu maknanya pihak lelaki belum mampu menanggung si isteri jadinya isteri masih tinggal di rumah keluarganya.

Tak tau mana satu yang betul. And saya tak nak tau yang betul. Malas nak tau and malas nak amik tau. Hahaha..

So.. Ceritanya..

Sabtu lepas kenduri nikah gantung anak pada mak angkat saya. Dalam keadaan tergesa-gesa saya cuba membantu and cuba yang sebaik mungkin untuk sempurnakan majlis.

Bilik pengantin yang saya cuba sedaya-upaya serikan.


Eh.. Gelap pulak gambar ni..



Haaaa.. Terang sikitkan.. Huhu.. Amik gambar dengan ipad je..

Pagi-pagi saya orang pertama yang mandi! Eh eh..Saya rasa mak mandi dulu.. Haha..

Lepas mandi ni la yang saya hasilkan..


Taraaaa!! Meja buffet.. Hehe.. Boleh la kan? Takde upah ketering bagai.. Kenduri simple je..

Lauk sedap-sedap! Mak masak memang sedap sangattttt! Serius tak tipu tau!

Hmmm.. Dap dap!! *telan air liur*

Tu jeeeeee :D

Thursday, October 4, 2012

Apa Kita Rasa

Sedap! eh.. Takde kaitan pon dengan deria lidah laaaa..

Sebenarnya banyak sangat nak mengadu sebab saya dah hilang salah satu tempat mengadu. Bila dah terlalu banyak.. sampai dah tak tau nak mengadu yang mana satu.. Mengadakan? Lempang kanggg.. Hahaha.

Serius.
Bila dah terlalu penuh dalam kepala apa nak cakap akhirnya mulut terkunci jari terkaku. Air mata saja yang mampu mengalir.

.....

Blackout! Gelap gelita. Nak mengadu apa ek tadi? Lupa dah.

Hahahahahahahahaha! *ketawa itu ubat yang paling mujarab walaupun plastik! *


Jom mkn kek! Eh?

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...