Tuesday, January 21, 2014

TITIK PERTEMUAN

*entry panjang. sila muntah siap2. if tak nak muntah, pegang coklat sambil baca* pegang je.. saya tak suh makan.. hihihuhuhahahehehoho.

geli ahh title tu.. haha..

fineee.. nak tau kenapa saya ada mention KINAJO?

tu sebenarnya singkatan untuk kinabalu - johor. hahaha.. gedik tak? siap ada singkatan lagik.. macam budak2 jek kan.. *suka hati laaaa - wekkk*


sebenarnya time tu saya dah siap2 nak gi hike gunung datuk. just tunggu signal dari kawan yang kat kl. tetiba ada no tak kenal call. nasib baik saya angkat. biasanya no tak kenal ni memang saya tak angkat ler *puiii.. berlagak diva konon.. meluat!!*

nasib baik angkat tau.. if not takde la cerita kinajo ni.. hahahaha.. so korang lain kali tengok no pelik2 tu sila la angkat ek.. rugi hoiii kalau tak angkat.. mana nak tau kot2 jodoh je kan??? pangg!! :P

cikgu call tanya saya camne nak naik gunung kinabalu. lohhhh.. saya garu kepala time tu.. awat la mamat ni call tanya pasal kinabalu? saya bukan agent trip hiking ke gogo ke pape..

tapi tu la TITIK permulaan. nngeeeee.. 20 april 2013.




he saved my no as KINABALU and saya saved nama dia as JOHOR. hahaha..

lagi lawak saya suh dia panggil saya page and dia suh panggil dia baguk! *serius poyo masing2* kekekekeke

nanti akad nikah "aku terima nikahnya pagekhas binti ???"

dang!! hahahahahaha

melampau U!!

then terus senyap.. saya gi naik gunung kinabalu seorang diri bulan 5.





angin kuat giler and sejuk.. mata pon tak mampu nak buka.. haha.. then cuti sekolah bulan 5 tu cikgu pulak pegi sabah tapi tak naik gunung.

lost contact sebab fon cikgu rosak and dia hilang no saya. saya pon diam je takde sebab nak bagai itu ini.. dah kata saya bukan agent pelancongan gunung kinabalu so watpe saya tanya2 lagi.. ye tak??? hahaha *poyoooo!!!*

balik dari sabah saya join kenaboi adventure race kat jelebu. (terima kasih hood. hood yang ajak saya join kenaboi adventure race ni tapi last minit hood tak dapat join. saya pulak pantang berundur.. hahaha.. selamba redah jek saya pegi sorang diri tak kenal sesapa pon pastu 1st time pulak join race jenis adventure ni) haaaaa.. korang kalau ada race pape tu masuk je la.. ramai je mamat and aweks.. *ni nasihat ke hasutan?* kah kah kah..

kat kenaboi tu saya kenal sorang runner ni yang rupa2nya atlit super star air asia.. and rupa2nya classmate cikgu!!! *nampak tak Allah aturkan kat situ*




razis rahim. tenkiu!!!

saya kawan rapat ngan razis. konon nak timba ilmu lari laju la.. konon jekkkk.. sampai hari ni saya slow jugak.. hahaha..

sampai la birthday saya 10 june 2013. saya terbaca balik text cikgu. hobi saya baca balik semua text yang lama2 before delete.





selamba badak jek saya cakap ribu2 kot join marathon. last2 20 hari lepas saya cakap camtu saya jumpa razis rahim tu. kun fa ya kun. besarnya kuasa Allah swt *lap air mata*

saya text cikgu 10 june 2013 and masing2 tergelak. besar perancangan kita, hebat lagi perancangan Dia. subhanallah.

puas saya cari sape yang bagi no kat cikgu. sebab cikgu dapat no saya dari kawan dia (kuchai). kawan dia yang suh cikgu call sebab cikgu nak sangat naik gunung kinabalu. terima kasih kuchai ;)

and u know what..

dah lepas bertunang. 3 january 2014 baru saya dapat tau sape yang bagi no saya kat kawan cikgu tu. tenkiu miza hamzah. tapi saya tak cari dah sape pulak yang bagi no saya kat miza hamzah. pengsan makcik kalau nak cari sampai ke akar umbi.. hahahahaha..

pine tree hill & twin peak.

kali pertama kami jumpa sebab cikgu follow trip hiking saya. eja yang cadangkan pegi hike pine tree. thnx a lot eja.

petronas taman melati 28 jun 2013 tempat meeting point semua hikers.

cakap la "sooooo sweet". hahahahaha.. sweet sangat kang kencing manis lak..





mereka ni la 8 orang saksi pertemuan kali pertama saya and cikgu. *ejam takde dalam gambar*

gegurls semua dengar saya cakap "keje cikgu tapi tak nampak macam cikgu langsung kotttt"

hahahahaha.. serius tak nampak macam cikgu.




cikgu mula2 pendiam giler. ye la.. 1st time jumpa kami sume ni. baik la konon2nyer kan.. tetiba cikgu jadi femes.. sebab gambar lompat2 ni..

semua gambar lompat je gaya dia smart giler!!! dah semua sibuk suh cikgu ajar..

tak pasal2 cikgu buka kelas ajar melompat atas gunung.. muahahaahhaahaha..










see!!! sape tak jeles tengok? semua dia lompat menjadi jek. yang lain puas la terkial2.. kah kah kah..

time balik tu tak boleh lupa sampai bila2.. cikgu drive kete jun then tertolak yang untuk wiper bukan signal..

haaa.. berbunyi la wiper kawan tu burpp braaappp..

kitaorg terkejut mula2 dengar bunyi tu tapi end up jadi tergelak besar sampai keluar air mata sebabbbb tengok cikgu tengah kipas telinga!!! wakakakakakaka

tu la yang pelik pasal tunang saya ni. telinga dia cepat panas. pastu dia kipas telinga guna tangan dengan muka and telinga dah merah padam. hahahahaha!!

terus jadi bahan menyakat la kan..
"panas telinga ke cikgu?" kah kah kah kah..

start dari situ la cikgu and saya berkawan.

yes. kami berkawan. ada kawan tanya "korang ni couple ke?" saya and cikgu sure jawab TAKKKKK.

bukan tak nak mengaku tapi memang kami rapat gitu2 je.

takde declare pape and saya pon anggap cikgu as kawan je. cikgu senang ngan saya and saya senang dengan dia.

sampai la satu hari.. cikgu melamar.. oppssss!!! ok.. yang part ni kena buat entry lain.. haha.. sabar k ;)







Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

No comments:

Post a Comment

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...