Wednesday, January 1, 2014

NOTA BUAT ABANG

10 tahun. 

abg ingat lagi 10 tahun lepas adik datang kampung abg? masa tu abg kat atas rumah dan adik datang jenguk2 tapi adik tak bagi salam dan adik terus beredar pergi.

abg ingat lagi? abg penah cakap kalau mak dengan adik bergayut tepon kalah orang bercinta lamanya berjam2 sampai kadang2 putus sebab bateri habis. kalau bateri tak habis selagi tu la bergayut. kadang2 tu bercakap sambil cas tepon. abg selalu geleng kepala bila tengok mak bergayut tepon ngan adik.

abg ingat lagi? mak buat kuih labu bungkus. kuih kesukaan abg. tapi mak bagi adik semua kuih tu. adik keluarkan sikit dari bekal mak bagi tapi abg tolak. abg ckp nanti mak buat lagi. tapi minggu depan tu mak tak buat lagi dan adik tak pasti bape lama lepas tu mak buat lagi kuih tu. tapi abg sanggup mengalah kuih kesukaan abg demi adik.

abg ingat lagi? adk merajuk 2 tahun lebih. tak angkat fon and tak jawab msg abg. abg datang area rumah adik tapi adik tetap sunyi sepi tak balas pape. abg ckp abg serik bila adik abg ni merajuk. bukan sehari dua tapi makan tahun.

adk tau abg tak kan lupa.

dan

di mata adik abg terlalu istimewa.

abg pemimpin keluarga selepas arwah pak meninggal. abg galas tanggungjawab seawal umur 16 tahun. abg jaga mak. abg jaga adik2. malah abg jaga kakak2. abg jadi tempat mereka mengadu. abg pelindung. abg korbankan diri abg untuk keluarga.

bila berkumpul sekeluarga, abg akan pastikan abg ada bersama. makan beramai2. bila abg ada semua selera nak makan. nasi bertambah2. abg cakap makin pedas makin sedap. abg suka nasi/lauk panas2, air asam, sambal belacan. bila makan kerang abg kopek kulit and letak isi kerang dalam pinggan adik. kadang2 untuk adik 10 untuk abg 2 je (terima kasih abg) abg jugak yg ajar adik hirup kuah masak lemak lala guna kulit. adik tak kan lupa.

abg tak pernah kedekut duit dengan adik beradik. walaupon abg ada rm50 je dalam poket abg tetap keluarkan belanja adik2. abg sanggup tahan perut abg and sanggup bagi adik2 abg duit makan. adik ingat lagi abg pesan kat adik2 abg kalau takde duit minta abg tapi jangan sesekali mencuri sbb mencuri tu paling abg tak suka.

adk tak pernah lupa peristiwa abg tumbuk kwn lelaki adik abg. sebab abg dah pesan, kawan elok2. mungkin bg org lain tindakan tu salah tapi bg adik tindakan abg tu tanda abg sayang adik2 abg.

waktu berselisih faham adik beradik abg akan jadi orang tengah. abg tempat adik beradik mengadu segala masalah. bila abg jadi mangsa sekalipon abg diam tak pernah melenting. betapa besar pengorbanan abg.

abg pernah lari ke kl. abg ingat lagi? adik cari abg. jumpa. adk pujuk abg blk kg. abg balik kg. sebab abg syg keluarga abg.

bila adik mengadu adk gaduh dgn dikna, ayat yg abg akan ckp "sabar lah.. adik tu satu je"
bila adk bertekak dgn kakyung, abg akan ckp "takde kakak lain selain kakyung"
bila adik merajuk dgn babah or mama, abg akan cakap "abg dah takde ayah, abg dah rasa kehilangan. mereka mungkin hidup tak lama.. esok lusa bila mama or babah dah takde adik mesti rindu"
setiap nasihat abg tu adik pahat dalam hati.

adk ingat lagi adik sorok bag kesayangan adik sbb tak nak nanti dikna terjumpa and dia pinjam. adk takut bag adik rosak. abg tegur adik buat camtu. abg ckp benda blh beli lg walaupon mahal tapi adik beradik tak dapat dah.

pernah adik mengadu nak lari jauh.. abg ckp abg pon pernah lari jauh tapi akhirnya balik jugak.. sebab keluarga tetap keluarga.. sejauh mana kita lari tak kan ada penyelesaian. nasihat abg tu membuatkan adik masih di sini sampai hari ni. adik tak pernah pindah keluar dari rumah ni.

abg tau adik nak kurus. abg bg semangat. bila berat adik naik je abg mesti tegur. abg akan cakap "adik tak penat ke? dah turun pastu naik balik? jangan la camni" abg saksi perjalanan diet adik drp berat adik 96kg smpai ke 64kg.

bila adik mula aktif bootcamp dan berlari, abg bg sokongan. tiap kali balik lari abg akan tya mana medal. mama cakap adik tak boleh buat 21km tapi abg cakap adik boleh. 9 mac kali pertama adik dapat buat 21km sebab abg ckp adik abg ni kuat.

4am di pertengahan jalan ke puncak gunung kinabalu, adik dah menggigil. beku. adik hampir2 putus asa. waktu tu adik call mama tapi mama suruh adik patah balik. adik call abg dan abg suh adik teruskan. abg cakap "abg tau adik boleh buat. abg tau adik kuat. abg tau ini yang adik nak. slow2.. adik akan smpai puncak" dan akhirnya adik sampai low peak. adik hantar gambar kat abg. abg reply "comel adik abg ni". gambar mata tertutup macam org tgh tido abg kata comel.. memang abg kejam.

abg tempat adik mengadu. abg tempat adik bermanja. adik membesar tanpa abg kandung dan abg hadir bagaikan satu anugerah.

abg marah sgt bila adik biarkan pekerja adik bebas keluar masuk rumah adik. adik tau abg marah sbb abg sayang adik abg.

abang.. setiap msg yang abg hantar selama 4 hari lepas ni adik delete. adik tak kan simpan. adik tak nak ingat sampai bila2 setiap kata abg.

sebab..

satu hari nanti,

bila suha dah besar... adik akan ceritakan pada dia. nama suha.. bermaksud bintang. dan kebetulan gabungan nama abg dan adik.

akan adik ceritakan pada suha, abg yang jaga dia semalaman. dia menangis di pangku abg masa umur dia baru 48 hari.

akan adik ceritakan nanti, masa suha baru pandai berjalan, suha bangun tido dan terus tuju ke arah abg yg tgh tido kt ruang tamu. suha naik atas perut abg. suha peluk abg.

adik akan ceritakan pada suha tentang abg. seseorang yang kasihkan suha. adik akan ceritakan tentang abg yang adik kenal selama 10tahun lepas. bukan abg yang 4 hari lepas. tidak sesekali adik ceritakan tentang abg yg 4 hari lepas.

adik tau abg marah. adik puncanya.

abang..
adik minta maaf atas kekhilafan adik post entry yang lepas.
adik minta maaf atas keegoan adik.
adik minta maaf atas kesombongan adik.
adik minta maaf atas sikap bongkak adik.
adik minta maaf atas sikap kurang ajar adik.
adik minta maaf atas kekasaran adik.
adik minta maaf atas kebodohan adik.
adik minta maaf atas penipuan adik.
adik minta maaf adik tak mampu jadi adik yang terbaik untuk abg.
adik minta maaf atas segala2nya selama 10 tahun adik bersama abg dan keluarga abg.

di penghujung kata2..

adik sentiasa doakan kebahagiaan abg.. sentiasa doakan abg terus seperti diri abg yg adik kenal 10 tahun ni.

semua yang terjadi tak pernah membuatkan hormat adik pada seorang abg hilang.

dan terima kasih untuk 10 tahun menjadi abg yang terbaik buat adik.

halalkan segala makan minum.

dari adik yang tak pernah lupa. adik tersayang.







- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

No comments:

Post a Comment

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...