Tuesday, December 4, 2012

Teman sekatil sebantal?

Haaaaa!! Jangan fikir yang bukan-bukan! Blog saya memang tak kan ada bab 18sx. Harap maklum. Either saya dah nak masuk 28 this coming new year. Tapi saya still under age la bab-bab tu. My God! *tolonglah fahammmmm*

Ok. Move on.

Pasal entry kahwin lagi *tadi kata under age tapi dok cerita kahwin.. Memang minta penampo*

Firstly bila sebut pasal kahwin seriously saya tak terfikir tentang sekatil sebantal tu. Until one day ada kawan sebut "sekatil sebantal" tu yang saya terfikir something. Jeng jeng jeng.. *macam jebon la pulak* haha.

Saya rasa lepas kahwin saya tetap sediakan 2 biji bantal kepala and 2 biji bantal peluk! you want to know why? Kualiti tidur tu penting! Sakit kepala kalau tidur tak puas ni. Bangun pagi sure bad mood. Betul tak? Kalau tak betul suka hati korang.. Gegege.

Honestly tak nak bantal! Nak tidur atas lengan suami saya! *berangan mat jenin*

Sebenarnya bukan sekatil sebantal yang saya nakkan. Tapi teman. Teman bukan saja di dunia. Tapi di syurga. Faham tak? Hmmmm..

Bukan senang nak capai ke arah tu. Setiap manusia buat dosa. Sape tak penah buat dosa? Meh saya lempang kasi sedar sikit! Kita manusia biasa. Tapi setiap insan pasti ada keinginan untuk buat baik and nak buat yang terbaik untuk ke syurga Allah swt. Sape yang tak nak kan?

So, first thing bukan pilih bukan cari tapi sama-sama la bekerjasama ke arah syurga Allah swt. Saya tak suka bila guna perkataan pilih atau cari tu. Macam agak kejam. Bak kata orang tua, terimalah orang yang sayang kita daripada kita memilih orang yang kita sayang. Haaa.. Faham ke?

Secondly, penah tak korang terfikir kalau salah seorang "pergi dulu"?

Hmmm.. Kita tak payah cerita bab cerai la kat sini sebab dah sah-sah tak kan bersama kat syurga nanti.

iklan jap : korang boleh baca blog mawarnafastari*



Situasi 1 : How if suami kita meninggal waktu kita masih muda lagi. Anak-anak masih kecil. Kita terlalu memerlukan tempat bergantung.



Situasi 2 : How if isteri kita meninggal di saat melahirkan anak sulung kita? Tanpa pengalaman kita kena uruskan anak yang baru lahir.



Bila terfikir dua situasi ni sure ramai yang jawab kat pasangan masing-masing :

"sumpah! I tak kan kawen lagi. I sayang u sorang je!"


Agak-agak daripada 10 orang, berapa orang je yang akan pegang pada janji? Jujur la jawab.

Yang saya nampak orang sekeliling saya..... Hmmmm.. 8 daripada 10 berkahwin lagi! Terimalah hakikat.

Bayangkan bila suami meninggal. Pastinya dia tunggu isteri tercinta di syurga. Tup tup isteri dia tak tiba pon. Sebab dah kahwin orang lain. Apa perasaan si suami?

Bayangkan bila isteri meninggal. Dengan setianya isteri menunggu di pintu syurga. Tup tap tup si suami datang dengan isteri kedua, ketiga or empat. Apa perasaan si isteri?

"heyyy!! U kata u sayang i seorang je!"

"u setia tunggu i so i hadiahkan u payung emas" <--- modal lelaki bila nak kawen lagi.

So? Fikir-fikirkanlah. Sebab hidup di dunia ni hanya sementara. Di akhirat sana yang kekal abadi.


Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...