Saturday, December 1, 2012

Mas Kahwin Termahal Buat Saya

Ni sambungan untuk entry IMPIAN. Kat entry tu kan saya ada kata kenapa saya tak nak DUIT hantaran. And kat entry tu jugak saya ada kata saya tak nak mas kahwin berupa wang ringgit. Eh.. Ada ke tak ek saya nyatakan tak nak DUIT? Lupa dahhh.. *beeeeelom tua lagi*


Kalau tak silap.. saya ada kata "hanya seorang suami tahu harga isteri yang bakal dinikahinya" betul le tak eh saya taip ayat ni kat entry IMPIAN tu? *haiyooo.. Nampak nau dah tua bangka*

Ok la.. Camni ceritanya.. Saya memang banyak terlibat secara langsung dan tak langsung dalam hal kahwin-kahwin ni *muntah hijooo*

Sebab dulu saya pernah la tolong family buat katering kahwin-kahwin pondok ni. Eh.. Haha.. Tapi yang peliknya saya tak bape amik port bab kahwin-kahwin and adat ni.. *boleh pulak camtu kan?*

So saya ingatkan mas kahwin ni terpulang pada bakal suami nak bagi apa.. Or just ikut je harga mas kahwin yang dah di tetapkan oleh negeri masing-masing..

Rupa-rupanya mak angkat saya kata saya yang patut sebut berapa yang saya nak. Yeayyyyy!!!

Apa lagi kannnnn.. Ni la time nak demand! Haha.. Dah lama saya pendam.. Dah orang suruh saya minta so mesti la nak yang mahal-mahal kannnn.. Hahahaha *gelak besar mak datukkk sure bakal mak mertua reject terus* opppsssss!

Saya nak ape ek? JENG... JENG... JENG...


























SENASKAH AL-QURAN.

iya. Itu mas kahwin yang saya minta :')

Mas kahwin yang termahal buat saya.

Wang ringgit tak dapat saya bawa masuk dalam kubur pon. Tapi ilmu senaskah Al-Quran ini In sha Allah bekal untuk saya di akhirat nanti.

Saya sedar apa yang saya buat pasti akan mendatangkan fitnah. Dia kawen tanpa duit hantaran and mas kahwinnya hanya Al-Quran??? Sok sek sok sek la mulut mak-mak bedah mengumpat..

Katalah apa nak di kata.. Saya dengan cara saya. Kamu dengan cara kamu. =D

Fikirkan satu je la. Umur saya 21 saya dah beli kereta dengan duit sendiri. Umur saya 23 pendapatan saya sebulan pernah mencecah rm20 ribu lebih.

Apa lagi yang saya nak?

Kebahagiaan.

Iya. Saya tak dapat beli kebahagiaan dengan duit. Itu yang pasti. Duit memang tak mampu membeli segala-galanya.

Doa saya cuma satu..... *air mata mula menitis di saat saya menaip ni*

Saya mohon di jodohkan dengan seorang insan yang MAHU dan BERSABAR untuk MEMBIMBING saya yang DEGIL dan KUAT MERAJUK ni ke jalan Nya. Amin amin amin.





Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...