pejam celik pejam celik dah sebulan saya halal di sisi cikgu. cepat je masa berlari dan berkejar-kejaran.
dah seminggu jugak la saya berhijrah ke bumi johor ni. malam tadi cikgu cakap hijrah tu perjuangan, pengorbanan dan sabar.
fuh fuhhhhh.. kena banyak sabar. memang la kalau nak di bandingkan dengan KL tu jauh sangat bezanya.
hari ni tak tau nak buat apa.. tiap2 hari saya tengok pokok mangga kat depan rumah. lebat pokok tu berbuah. saya jakun sebab kat KL tak merasa nak makan buah free camni. hahaha
rumah ni dua tingkat. jenuh jugak la bila fon tertinggal kat bawah rasa malas giler nak gi amik. nampak tak dasar pemalas tu? hahahaha..
hari ni dah tarak boleh tahan la tambi.. manyak geram tengok itu buah.. gegege.. akhirnya lepas husband gi sekolah saya pon berubah jadi monyet.. kekekekeke..
guna app camera! then set timer.. kecet kecet kecet dia snap pict budak ni petik buah..
mengidam ke?
BELOM laaaa..
saya up kat fb pict ni.. tetiba cikgu komen
hahahahaha!!! terkezut bewukkk laki saya.
apakan daya.. kaki saya dah gatal nak memanjat.. baru je turun gunung bujang melaka minggu lepas tapi tak puas kot..
kesian cikgu sebab dapat isteri nakal camni.. huhuhuhu..
UPDATE 18/4/2014 :
semalam saya upload entry ni sebelum cikgu balik sekolah. dah agak2 setengah jam lagi cikgu nak balik saya cepat2 turun bawah gi dapur. masak keropok untuk minum petang yang sebenarnya dah masuk dinner time.
fon saya pulak tertinggal dalam bilik kat atas. macam saya kata laaaaa.. giler malas nak gi amik.. hoi ape ni malas2? hahaha..
ngam2 cikgu sampai keropok pon tengah panas. memang layan laaaaa.. habis!! licin lucau~ *berbunga hati bila penat2 masak and husband makan sampai licin* auwwwww~
pastu cikgu cakap "saya ada buah tangan untuk awak. ada kat dalam kete, seat belakang".
perghhhh!!! *terus melompat* berlari pegi tengok belakang seat kete..
nak tau ape buah tangan cikgu bawa?
nah!!!!
padan muka saya... padan mukaaaaaa..
pastu dah kul 11 malam camtu mak mertua call tanya kenapa saya sampai panjat bumbung rumah. hihi
adoi.. kesian cikgu nak kena jawab.. huhuhuhu.. sebelum tu mak njang cikgu text pasal benda yang sama gak.. adoiyaiiiiii..
iyaaaa.. takmo buat lagi dah.. pomishhh.. *angkat tangan kanan macam budak sekolah ikrar rukun negara*
cikgu cakap nak macam banyakkkkk sebab konon2nya lepas ni cikgu nak diet.. layankan je laaa.. haha..
hot milk vanilla tu sedap!!!
baked fish rise cheese 5/5 bintang.
mee wantan tapi mee dia halus tak macam mee wantan biasa.. 3/5 bintang.
creme brulee (betul ke eja?) 6/5 bintang!! superb sangat la tu.. sebelum ni kat sweet hut tak sedap..
ni kek batik 5 minit. hahaha.. sempat la buatkan kejap..
location celebrate birthday cikgu : moonlight cake house bukit indah, johor.
super duper awesome tempat ni!!!
pukul 12am 15 feb 2014 tapi lambat beberapa minit sebab plan last minit dengan pekerja cake house tu minta buka lagu hepi besday. hahaha..
saya dari belakang bawa kek and cikgu dah gelabah.. hahahaha..
satu cake house tu bergema lagu "happy birthday to you".
thank you sentul (kawan cikgu) temankan kami sekali malam tadi.
layan video la yeeeee..
macam2 and banyak sangat benda saya nak wish. dah susun ayat dalam kepala. last2 saya speechless.
from his lil sis :
nothing much i can do so this is the best i could give for this moment, HAPPY 28th BIRTHDAY BROO~!!!! thank u for becoming a very very very fun big brother, nourishing the family with love and care, even suka tabuh, cubit, sepak org ttba!!! but that just make us to miss u more and more and more~~ glad to have u in life brother. pray to God to give u HIS blessing forever in dunya and hereafter, making u stronger day by day in sha Allah.. and never fail to reach your happiness,,amin. love u forever and always~ all the best for your next stage of life !! ♥♥♥ BUDIN LEJEN. *bro salah English pm
saya jalan kat belakang cikgu. ikut je kaki cikgu sampai la ke anjung masjid negara. mulut dia pok pek pok pek cite pasal dia dapat salam sultan kedah. bukan main seronok dia tunjuk video salam sultan kesayangan dia tu. ye laaaa.. cikgu kan orang kedah.. saya orang KL. takde sultan. hahaha..
cikgu berdiri kat hujung anjung masjid negara tu..
tiba2 cikgu cakap :
awak, di dalam rumah Allah ni sudi tak awak menjadi isteri saya? menjadi teman hidup saya di dunia dan juga di syurga. menjadi mama kepada anak anak saya. dan bersaksikan rumah Allah ni, saya sayang awk saya cintakan awak seikhlas hati lillahitaalla. lillahitaalla sudikah awak terima?
air mata saya bergenang. kaki saya bagaikan tak jejak bumi. tubuh menggigil tak payah cite la..
sebenarnya saya dah blur. dah macam nak pengsan pon ada. lebih kurang camtu la ayat2 cikgu. yang saya ingat and jelas saya dengar "rumah Allah, teman hidup, lillahitaalla".
tangan saya pegang kuat pagar sebelah saya tu. dengan harapan saya tak jatuh tergolek kat situ. kang tak pasal2 lain pulak ending cerita ni. cikgu kena sambung propose kat hospital sebab saya pengsan?? hew hew hew..
awak, saya terima. saya terima menjadi teman hidup awak. dengan harapan awak bimbing saya, bimbing anak2 saya ke syurga. dan bersaksikan rumah Allah saya terima seikhlas hati saya lillahitaalla.
fuhhhhh!!
time jawab ni rasa macam nak pecah jantung. rasanya saya lari speed pon tak teruk macam nak jawab soalan ni. bayangkan je la.. saya baru je kenal cikgu. jumpa pon boleh di bilang dengan jari. selebihnya kat wasap je berborak. saya anggap cikgu sama je macam kawan2 yang lain. cuma kami agak rapat sebab cikgu ni gila2 sikit.. hahaha..
cuma selama saya kenal cikgu dari mula saya nampak cikgu jaga solat dia. kebetulan pulak kami kenal 10 hari sebelum puasa so sepanjang bulan puasa tu cikgu puasa penuh then rajin pegi tarawih bila ada kesempatan. tu yang saya berani jawab soalan cikgu malam tu jugak.
sah! haipppp.. apa yang sah nyer? bukan akad nikah la.. hahaha..
no ring
no flower
no one knee
kat tangan cikgu pegang yasin ni. then cikgu cakap :
awak, bukan budaya kita untuk saya melamar dengan cincin bunga bagai. jadi saya bagi ni (yasin) untuk awak simpan buat kenangan.
saya speechless.
insyaAllah saya akan guna yasin ni setiap kali masa cikgu dan saya sama2 buat tahlil. dah jadi rutin kami baca yasin every thursday.
then cikgu kata lagi :
awak, saya tau awak pernah bercerita tentang 1 januari. awak nak pahatkan kenangan pada tarikh tu. tapi 1 januari tu nanti saya tak dapat nak tunaikan. dengan tu saya pilih malam ni, malam 1 Muharram 1435 hijrah untuk awak abadikan kenangan ni sampai bila2.
ok. time ni..
saya dah nak nangis tapi saya tahan. memang saya penah cerita pada cikgu tentang 1 januari. date sahabat saya pergi buat selama2nya tinggalkan saya. so saya nak bertunang/kawen/beranak on 1st january. giler melampau sampai bersalin pon nak date tu jugak.. tapi mana nak tau kan kalau Allah izikan. insyaAllah..
masa saya cerita pasal 1st january tu saya borak2 kosong je.. cerita tentang satu2nya sahabat saya. tak pulak saya sangka apa yang saya cerita tu masuk telinga cikgu and terus kekal dalam ingatan dia.. terharuuuuuuu!!!
satu2nya gambar kenangan kat masjid negara selepas cikgu melamar saya.
sebenarnya hari tu..
cikgu ajak maghrib kat masjid negara tapi cikgu terlambat sebab terlepas masuk simpang jalan rumah saya. so maghrib tu kami jemaah kat masjid Ar-Rahah belakang rumah saya je.
saya ingatkan terus isyak kat situ. tapi saya nampak cikgu keluar lepas maghrib. saya pon ikut je la.
saya pon tanya la kenapa keluar. cikgu cakap cikgu nak jugak pegi masjid negara and kejar jugak nak isyak kat sana.
rupa2nya cikgu ada agenda tersembunyi. hehehe..
cikgu kata dia nak abadikan kenangan kat masjid negara tu sebab bulan puasa lepas saya ajak cikgu tarawih kat masjid negara.
lohhhh.. sebenarnya saya ajak ramai kot.. saya ajak semua geng2 solat tarawih kat masjid negara tapi cikgu sorang je yang reply kata nak ikut. huhuhu..
tu la kan.. perancangan Allah swt.. Dia yang mengatur perjalanan kita..
esoknya siang hari Maal Hijrah tu sebelum cikgu balik johor cikgu singgah rumah mak saya. kebetulan ayah saya pon datang. terus cikgu cakap hajat dia and bagi tempoh sebulan untuk majlis bertunang.
besar perancangan kita, besar lagi perancangan Dia. Allahu Akbar..
awak, di saat saya katakan saya terima tu saya berharap awak bimbinglah saya. bimbing saya ke jalan-Nya. ke arah syurga yang kekal abadi. saya terima awak kerana agama. cinta saya pada awak kerana Allah. kerana pegangan agama yang awak genggam. sekiranya awak membelakangkan agama, maka jauhlah cinta saya pada awak.
saya kenal awak selama 4 bulan.
2 bulan sebagai tunang awak.
dan hanya tinggal sebulan untuk menjadi halal di sisi awak.
sesungguhnya, saya terima kehadiran awak dengan penuh kesyukuran. saya redha dan pasrah. saya menadah sekecil2 tapak tangan saya dan berdoa semoga ikatan ini di redhai, di berkati dan kekal hingga ke syurga.
he decided to give me bracelet instead of wedding ring.
because of ONE reason.
cikgu TANAK saya buka cincin risik and cincin tunang. terima kasih cikgu untuk cincin risik belah rotan and cincin tunang diamond ni.
one day cikgu cakap nak bracelet saya tu ada charm and loceng yang bunyi cing cing. so he can hear every inch pergerakan saya. hew hew hew.. melampau tuuu!!
then tetiba saya terfikir, why not kita tempah and create our own design?
saya terus contact kawan masa zaman study. ayah dia ada bengkel buat emas kat penang.
mula2 ingatkan jumpa tu just bagi tau kami nak bracelet yang ada charm pastu the end la.
tapi percaya atau tak yang discussion tu dari kul 6.30pm sampai kul 11 lebih baru selesai!!! break 10 minit je solat maghrib.
gila!!! tapi puas hati sangat2.
uncle (his malay but i call him uncle) seriously detail in everything. uncle berhati2 nak jumpa customer. if u all dah jumpa uncle, u will know why.
every single detail uncle lukis and tulis. uncle cakap sebab ni design ikut selera customer so he have to write down everything. if anything happen uncle akan tunjuk bukti bertulis. dang!
contohnya, customer tu nak bulat tetiba bila barang dah siap dia cakap dulu dia minta ovel so uncle will show to them bukti bertulis. haha.. tak leh tipu k.
kami dah la datang "zero idea". ternganga bila uncle tunjuk jenis2 gems and diamonds segala batu permata berlian intan payung.. ehhh uncle takde jual payung but if nak charm or cincin bentuk payung ke uncle boleh buat. hahaha..
uncle tunjuk ni untuk kami kenal and pilih... so idea pon konon2nya datang laaa.. tapi beku gak.. phewww..
ingatkan diamond tu diamond jeeeeee and beza size jeeeee!!rupa2nya macam2 cutting design and ada color2.
baru tauuuuuuu.. hahaha..
ye laaa.. ehemm ehemmm
tu diamond entah bape karat ntah dh lupa. harga puluh ribu. nganga mulut besar2!!!!
now dah tau nape uncle berjaga2 bila jumpa customer? hihi..
discuss punya discuss..
cikgu garu kepala and saya pon pening. sebab serius kami ingat just cakap "nak bracelet with charm" then bye bye uncle, balik umah, task settle. last2 ni yang jadi. berjam2. hahahahaahhaha!!!
if u all nak buat camni sila la get ready idea siap2 k. google2 la design yang korang nak. so takde la mati kutu nanti. ngeeee..
yang ni kalau tak silap diamond princess cut.
ni saya tengah pilih size diamond untuk cincin cikgu. lelaki boleh pakai diamond tapi tak boleh pakai EMAS.
then pilih diamond untuk letak kat charm pulak. terus mabuk!!! keterlaluan tengok kilau2. adehhh..
result for that 5 hours discussion. taraaaaaaa...
two tier palladium ring with diamond for him. secret la kan bape "mm" size diamond cincin cikguuuuu. hehehe.. harga pon tutup. wekk..
bahagian dalam ring tu ukir PEACE (bentuk love) BELIEVE. if muat ukir date sekali.
nape cincin cikgu letak diamond? sebab cikgu tak suka batu color2 tu. saya pulak tak nak cikgu pakai cincin kosong yang macam mainan "couple ring".
puncanya pasal kes ni :
masa pilih cincin nak bertunang. cikgu nak bagi 2 cincin. so untuk risik saya pilih cincin comel2 halus macam lidi tu. tapi cikgu nak jugak "belah rotan".
saya tanya why? cikgu kata baru nampak macam cincin risik. ohhhh.. nak bagi nampak saya ni "taken" laaa? muka cikgu time ni bangga giler.. cehhhh..
so wedding ring for him saya nak bagi nampak "u r taken too!!!"
hahahahahaha!!! *gelak jahat* fair and square. boom!
lelaki tak boleh pakai EMAS. neither emas putih sebab still ada unsur emas.
boleh pilih silver tapi silver ni bila lama2 nanti akan hitam. so salut silver tu dengan palladium. it will shine and tak kan hitam.
and ni result untuk bracelet saya. white gold bracelet with 5 charms fancy yellow and white gold. hasil idea cikgu. uhuk uhuk..
1st charm of coz la bell yang cikgu nak tu.
2nd charm BL (untuk baguk lejen).
3rd charm PK (untuk page khas).
4th charm bentuk pokok pine tree sebab 1st time kami jumpa masa trip pegi gunung pine tree and twin peak fraser hill.
5th charm yang makan masa lama sangat nak decide and akhirnya cikgu kata bentuk LOVE je. punya la lama cikgu pikir last2 bentuk love. gegegege..
white diamond nanti letak kat bentuk love then blue diamond letak kat pokok pine tree.
dengar tak suara cikgu dalam video tu? suara garang!!!! hihi..
FUHHHHH!!!! *lap peluh*
lega.... done. and now tunggu siap.
dup dap dup dap lak rasanya.
bila balik umah, sambil duduk2 termenung saya rasa sayu and terharu. terbayang2 discussion between cikgu and uncle about my bracelet.
bergelinang air mata sebab cikgu nak bracelet saya tu ada ciri2 "kami". cikgu nak saya tengok bracelet tu then ingat dia.
ohhhhh.. masa buat entry ni pon ada air mata.. aduhhhh..
thank you for loving me that "countless" much. (read it as thank you for loving me that much). uhuk..
ps : kalau boring dengan rantai or gelang yang u all pakai sekarang boleh je bagi uncle and uncle buatkan balik ikut design yang korang nak. uncle akan kira upah je.
contohkan : korang ada gelang, rantai kaki and cincin. boring dah pakai so rasa macam nak rantai leher je kan. bagi kat uncle so uncle lebur emas tu then bentukkan balik ikut design yang korang nak. kalo cincin tu ada batu boleh amik batu tu buat loket. nice!!!!
tapi jangan pulak korang bagi uncle sebentuk cincin pastu suh uncle buat rantai leher. melampau la tu!!! wakakakakaka.. sebenarnya boleh tapi uncle akan tambah emas so korang kena bayar la bape gram emas yang uncle kena tambah. simple!
untuk buat baru pulak, uncle akan kira ikut harga emas pada hari korang nak buat tu. tapi uncle sure bagi diskaun.
tempoh minimum nak tempah 3-4 minggu ikut pada "kerumitan" design yang korang nak.
tak nak buat SOMETHING SPECIAL FOR YOUR PARTNER KE?
sape nak tempah boleh call or wasap saya 0135028006.
saya bukan kaki tengok tv sangat. tapi dah 3 malam ni mata tak leh tido. tv tu biar buka je. kalo malam ni tido kul 4-5am maknanya dah 4 hari la tido 2-3 jam je.
tetiba kuar cite adamaya tv3 kul 12.30am. sebelom ni tak penah follow pon cite ni.
yang menarik perhatian saya lirik lagu dia
YANG TERINDAH
Semenjak kau hadir dalam hidupku Tiada lagi keresahan Kau mengetuk pintu hatiku Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna Tika bahagia mula menjelma Bila keyakinan datang merasa Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu Merindui dirimu Memiliki dirimu Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta Hingga aku rasa indah
kepala penuh. pikir macam2. jiwa kosong. benci orang cakap saya tengah bahagia. benci orang cakap saya tengah mabuk cinta.
sebab.... derita saya hanya saya yang tahu.
cikgu, terima kasih. saya selalu rasa kesian kat awak sebab awak penat nak faham life saya. nape awak tak nak give up?
*entry panjang. sila muntah siap2. if tak nak muntah, pegang coklat sambil baca* pegang je.. saya tak suh makan.. hihihuhuhahahehehoho.
geli ahh title tu.. haha..
fineee.. nak tau kenapa saya ada mention KINAJO?
tu sebenarnya singkatan untuk kinabalu - johor. hahaha.. gedik tak? siap ada singkatan lagik.. macam budak2 jek kan.. *suka hati laaaa - wekkk*
sebenarnya time tu saya dah siap2 nak gi hike gunung datuk. just tunggu signal dari kawan yang kat kl. tetiba ada no tak kenal call. nasib baik saya angkat. biasanya no tak kenal ni memang saya tak angkat ler *puiii.. berlagak diva konon.. meluat!!*
nasib baik angkat tau.. if not takde la cerita kinajo ni.. hahahaha.. so korang lain kali tengok no pelik2 tu sila la angkat ek.. rugi hoiii kalau tak angkat.. mana nak tau kot2 jodoh je kan??? pangg!! :P
cikgu call tanya saya camne nak naik gunung kinabalu. lohhhh.. saya garu kepala time tu.. awat la mamat ni call tanya pasal kinabalu? saya bukan agent trip hiking ke gogo ke pape..
tapi tu la TITIK permulaan. nngeeeee.. 20 april 2013.
he saved my no as KINABALU and saya saved nama dia as JOHOR. hahaha..
lagi lawak saya suh dia panggil saya page and dia suh panggil dia baguk! *serius poyo masing2* kekekekeke
then terus senyap.. saya gi naik gunung kinabalu seorang diri bulan 5.
angin kuat giler and sejuk.. mata pon tak mampu nak buka.. haha.. then cuti sekolah bulan 5 tu cikgu pulak pegi sabah tapi tak naik gunung.
lost contact sebab fon cikgu rosak and dia hilang no saya. saya pon diam je takde sebab nak bagai itu ini.. dah kata saya bukan agent pelancongan gunung kinabalu so watpe saya tanya2 lagi.. ye tak??? hahaha *poyoooo!!!*
balik dari sabah saya join kenaboi adventure race kat jelebu. (terima kasih hood. hood yang ajak saya join kenaboi adventure race ni tapi last minit hood tak dapat join. saya pulak pantang berundur.. hahaha.. selamba redah jek saya pegi sorang diri tak kenal sesapa pon pastu 1st time pulak join race jenis adventure ni) haaaaa.. korang kalau ada race pape tu masuk je la.. ramai je mamat and aweks.. *ni nasihat ke hasutan?* kah kah kah..
kat kenaboi tu saya kenal sorang runner ni yang rupa2nya atlit super star air asia.. and rupa2nya classmate cikgu!!! *nampak tak Allah aturkan kat situ*
razis rahim. tenkiu!!!
saya kawan rapat ngan razis. konon nak timba ilmu lari laju la.. konon jekkkk.. sampai hari ni saya slow jugak.. hahaha..
sampai la birthday saya 10 june 2013. saya terbaca balik text cikgu. hobi saya baca balik semua text yang lama2 before delete.
selamba badak jek saya cakap ribu2 kot join marathon. last2 20 hari lepas saya cakap camtu saya jumpa razis rahim tu. kun fa ya kun. besarnya kuasa Allah swt *lap air mata*
saya text cikgu 10 june 2013 and masing2 tergelak. besar perancangan kita, hebat lagi perancangan Dia. subhanallah.
puas saya cari sape yang bagi no kat cikgu. sebab cikgu dapat no saya dari kawan dia (kuchai). kawan dia yang suh cikgu call sebab cikgu nak sangat naik gunung kinabalu. terima kasih kuchai ;)
and u know what..
dah lepas bertunang. 3 january 2014 baru saya dapat tau sape yang bagi no saya kat kawan cikgu tu. tenkiu miza hamzah. tapi saya tak cari dah sape pulak yang bagi no saya kat miza hamzah. pengsan makcik kalau nak cari sampai ke akar umbi.. hahahahaha..
pine tree hill & twin peak.
kali pertama kami jumpa sebab cikgu follow trip hiking saya. eja yang cadangkan pegi hike pine tree. thnx a lot eja.
petronas taman melati 28 jun 2013 tempat meeting point semua hikers.
cakap la "sooooo sweet". hahahahaha.. sweet sangat kang kencing manis lak..
mereka ni la 8 orang saksi pertemuan kali pertama saya and cikgu. *ejam takde dalam gambar*
gegurls semua dengar saya cakap "keje cikgu tapi tak nampak macam cikgu langsung kotttt"
hahahahaha.. serius tak nampak macam cikgu.
cikgu mula2 pendiam giler. ye la.. 1st time jumpa kami sume ni. baik la konon2nyer kan.. tetiba cikgu jadi femes.. sebab gambar lompat2 ni..
semua gambar lompat je gaya dia smart giler!!! dah semua sibuk suh cikgu ajar..
tak pasal2 cikgu buka kelas ajar melompat atas gunung.. muahahaahhaahaha..
see!!! sape tak jeles tengok? semua dia lompat menjadi jek. yang lain puas la terkial2.. kah kah kah..
time balik tu tak boleh lupa sampai bila2.. cikgu drive kete jun then tertolak yang untuk wiper bukan signal..
haaa.. berbunyi la wiper kawan tu burpp braaappp..
kitaorg terkejut mula2 dengar bunyi tu tapi end up jadi tergelak besar sampai keluar air mata sebabbbb tengok cikgu tengah kipas telinga!!! wakakakakakaka
tu la yang pelik pasal tunang saya ni. telinga dia cepat panas. pastu dia kipas telinga guna tangan dengan muka and telinga dah merah padam. hahahahaha!!
terus jadi bahan menyakat la kan..
"panas telinga ke cikgu?" kah kah kah kah..
start dari situ la cikgu and saya berkawan.
yes. kami berkawan. ada kawan tanya "korang ni couple ke?" saya and cikgu sure jawab TAKKKKK.
bukan tak nak mengaku tapi memang kami rapat gitu2 je.
takde declare pape and saya pon anggap cikgu as kawan je. cikgu senang ngan saya and saya senang dengan dia.
sampai la satu hari.. cikgu melamar.. oppssss!!! ok.. yang part ni kena buat entry lain.. haha.. sabar k ;)
Don't Choose The Better Man, Choose The Man Who Makes You A Better Woman.
💍™💂™
1st of all, rasanya ramai dah tau saya bertudung sekarang ni. lepas majlis bertunang last month saya terus berhijab. Alhamdulillah and doakan saya teruskan sampai bila2. aminnnn 😉 ;)
150 juta kali (lagu fynn jamal ek? lol) kawan2 tanya saya. cikgu suruh pakai tudung ke?
big NO.
cikgu tak penah suruh saya pakai tudung. either saya tanya pon dia jawab pakai bila hati dah ikhlas nak pakai. hew hew hew.. touching jap.. cikgu just kata dia sentiasa berdoa semoga terbuka hati saya untuk pakai tudung without paksaan. sob sob sob *lap air mata and air hidung* lol.. tak senonoh nihh.. hahaha
Alhamdulillah. bertudung juga saya akhirnya. so far saya memang suka bawal. mula2 memang menguji kesabaran la bila kain yang jenis lembik tu muncung tudung asyik senget jek.. macam2 saya beli starch spray untuk keraskan kain konon2nya.. hahaha.. keras macam kertas dah. puas hati. gegege..
then saya suka bawal yang both side boleh pakai. harga 10rm je kat jalan TAR. jimat la sebab kira macam rm5 je.. takde la boring kan..
biasanya satu side yg bunga camni.. or abstrak.. and another side biasanya line or kotak2. jimat tak? beli sehelai 10rm tapi boleh pakai both side macam 2 helai tudung.. hihihi..
time lari pon saya bertudung bawal. insyaAllah saya akan kekalkan. wink wink.. nanti time lari sesape nampak saya sila ngorat ek.. huk huk..
bergambar kejap after 4km run before u-turn. apa motif posing gedik camtu tak tau.. hahahaha.. maafkan je la budak ni ye.. wekkkkkk
opssss!!! dah lari dari topik.. hahaha.. biasa la.. merapu lebeyyy..
tuuuuuu.. my pacer.. my pacee dan IMAM saya. Alhamdulillah..
28 july 2013 lepas subuh. saya tak tau camne telinga saya terdengar cikgu cakap "bila la saya dapat imamkan awak".
perghhh.. air mata dah bertakung..
time tu kan bulan puasa. cikgu call kejut bangun sahur. kadang2 tu cikgu bukan kejut je tapi bergayut sambil makan sampai azan subuh.
lepas tu baru letak fon. tapi lepas subuh 28 july tu lain pulak jadi.
haishhhhhh.. tapi semua tu the end kat situ je.. takde sebut2 pon.
sampai la 20 october 2013 waktu zuhur, itu la kali pertama cikgu imamkan solat saya. lepas event adidas king of the road.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
lepas tu memang kami sentiasa mencari peluang solat sama2.
31 december 2013 penuh subuh sampai isyak kami dapat berjemaah sama2 5 waktu. Alhamdulillah :')
and saat tepat kul 12am tahun baru 1 jan 2014. bunga api tengah kebaboom kebabaaam kepom kepam ketepong ketepam. saya dan cikgu bukan kat bawah sinaran bunga api, bintang dan bulan.
tapi
kami tengah buat solat hajat. kebetulan tepat tengah malam. hew hew *lap air hidung lagi* huhu..
insyaAllah saya harap cikgu kekalkan berjemaah sampai akhir hayat kami. and saya harap cikgu terus sabar dan bimbing saya yang degil dan keras kepala ni. tsk tsk.
sebab pertama saya terima lamaran cikgu, sebab agama.
muka ganas. rock sana sini. berseluar pendek jek. perangai giler2. melompat terpekik terlolong.
tapi bab agama.. hmmmm.. insyaAllah dan Alhamdulillah cikgu dah banyak didik saya.
mudah2an.. doakan untuk kami. =)
^entry cikgu melamar tu saya hutang ye.. haha.. nanti saya free saya buat entry tu. entah ape yang saya busy sangat pon tak tauuu.. wekkk..^
dress ni nampak mcm jubah. tapi saya kategorikan dress sebab skirt dia sahaja 4 meter tak termasuk baju.
kalau u all ada photog yang pandai shoot, suruh dia shoot pakai kipas or terbangkan skirt tu.. hahaha.. serius nice!
color dress? complicated!! haha.. indoor nampak macam coklat. bila kena lighting nampak macam purple. time outdoor pulak nampak macam maroon. 3 colors in one dress!
veil yang super duper cute.
ni contoh makeup done by MUA karangkraf
promo sehingga 10 march 2013. email me at pagekhas@gmail.com