Thursday, January 2, 2014

satu2nya sahabat

1 jan 1998 - 1 jan 2014

16 tahun ira tinggalkan su. sesungguhnya su tak pernah lupa. tahlil setiap khamis nama ira pasti yang pertama su sebut.

rindu tak terkata.
tido satu bantal.
mandi satu gayong.
makan satu dulang.

summer camp ust hassan ali mempertemukan kita. kenangan manis yang tak kan su lupa.

tenanglah ira di sana. insyaAllah akan tiba masa kita pasti ketemu jua.

Al-Fatihah buat satu2nya sahabat.

syahirah bt zulkefli.



- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

Wednesday, January 1, 2014

NOTA BUAT ABANG

10 tahun. 

abg ingat lagi 10 tahun lepas adik datang kampung abg? masa tu abg kat atas rumah dan adik datang jenguk2 tapi adik tak bagi salam dan adik terus beredar pergi.

abg ingat lagi? abg penah cakap kalau mak dengan adik bergayut tepon kalah orang bercinta lamanya berjam2 sampai kadang2 putus sebab bateri habis. kalau bateri tak habis selagi tu la bergayut. kadang2 tu bercakap sambil cas tepon. abg selalu geleng kepala bila tengok mak bergayut tepon ngan adik.

abg ingat lagi? mak buat kuih labu bungkus. kuih kesukaan abg. tapi mak bagi adik semua kuih tu. adik keluarkan sikit dari bekal mak bagi tapi abg tolak. abg ckp nanti mak buat lagi. tapi minggu depan tu mak tak buat lagi dan adik tak pasti bape lama lepas tu mak buat lagi kuih tu. tapi abg sanggup mengalah kuih kesukaan abg demi adik.

abg ingat lagi? adk merajuk 2 tahun lebih. tak angkat fon and tak jawab msg abg. abg datang area rumah adik tapi adik tetap sunyi sepi tak balas pape. abg ckp abg serik bila adik abg ni merajuk. bukan sehari dua tapi makan tahun.

adk tau abg tak kan lupa.

dan

di mata adik abg terlalu istimewa.

abg pemimpin keluarga selepas arwah pak meninggal. abg galas tanggungjawab seawal umur 16 tahun. abg jaga mak. abg jaga adik2. malah abg jaga kakak2. abg jadi tempat mereka mengadu. abg pelindung. abg korbankan diri abg untuk keluarga.

bila berkumpul sekeluarga, abg akan pastikan abg ada bersama. makan beramai2. bila abg ada semua selera nak makan. nasi bertambah2. abg cakap makin pedas makin sedap. abg suka nasi/lauk panas2, air asam, sambal belacan. bila makan kerang abg kopek kulit and letak isi kerang dalam pinggan adik. kadang2 untuk adik 10 untuk abg 2 je (terima kasih abg) abg jugak yg ajar adik hirup kuah masak lemak lala guna kulit. adik tak kan lupa.

abg tak pernah kedekut duit dengan adik beradik. walaupon abg ada rm50 je dalam poket abg tetap keluarkan belanja adik2. abg sanggup tahan perut abg and sanggup bagi adik2 abg duit makan. adik ingat lagi abg pesan kat adik2 abg kalau takde duit minta abg tapi jangan sesekali mencuri sbb mencuri tu paling abg tak suka.

adk tak pernah lupa peristiwa abg tumbuk kwn lelaki adik abg. sebab abg dah pesan, kawan elok2. mungkin bg org lain tindakan tu salah tapi bg adik tindakan abg tu tanda abg sayang adik2 abg.

waktu berselisih faham adik beradik abg akan jadi orang tengah. abg tempat adik beradik mengadu segala masalah. bila abg jadi mangsa sekalipon abg diam tak pernah melenting. betapa besar pengorbanan abg.

abg pernah lari ke kl. abg ingat lagi? adik cari abg. jumpa. adk pujuk abg blk kg. abg balik kg. sebab abg syg keluarga abg.

bila adik mengadu adk gaduh dgn dikna, ayat yg abg akan ckp "sabar lah.. adik tu satu je"
bila adk bertekak dgn kakyung, abg akan ckp "takde kakak lain selain kakyung"
bila adik merajuk dgn babah or mama, abg akan cakap "abg dah takde ayah, abg dah rasa kehilangan. mereka mungkin hidup tak lama.. esok lusa bila mama or babah dah takde adik mesti rindu"
setiap nasihat abg tu adik pahat dalam hati.

adk ingat lagi adik sorok bag kesayangan adik sbb tak nak nanti dikna terjumpa and dia pinjam. adk takut bag adik rosak. abg tegur adik buat camtu. abg ckp benda blh beli lg walaupon mahal tapi adik beradik tak dapat dah.

pernah adik mengadu nak lari jauh.. abg ckp abg pon pernah lari jauh tapi akhirnya balik jugak.. sebab keluarga tetap keluarga.. sejauh mana kita lari tak kan ada penyelesaian. nasihat abg tu membuatkan adik masih di sini sampai hari ni. adik tak pernah pindah keluar dari rumah ni.

abg tau adik nak kurus. abg bg semangat. bila berat adik naik je abg mesti tegur. abg akan cakap "adik tak penat ke? dah turun pastu naik balik? jangan la camni" abg saksi perjalanan diet adik drp berat adik 96kg smpai ke 64kg.

bila adik mula aktif bootcamp dan berlari, abg bg sokongan. tiap kali balik lari abg akan tya mana medal. mama cakap adik tak boleh buat 21km tapi abg cakap adik boleh. 9 mac kali pertama adik dapat buat 21km sebab abg ckp adik abg ni kuat.

4am di pertengahan jalan ke puncak gunung kinabalu, adik dah menggigil. beku. adik hampir2 putus asa. waktu tu adik call mama tapi mama suruh adik patah balik. adik call abg dan abg suh adik teruskan. abg cakap "abg tau adik boleh buat. abg tau adik kuat. abg tau ini yang adik nak. slow2.. adik akan smpai puncak" dan akhirnya adik sampai low peak. adik hantar gambar kat abg. abg reply "comel adik abg ni". gambar mata tertutup macam org tgh tido abg kata comel.. memang abg kejam.

abg tempat adik mengadu. abg tempat adik bermanja. adik membesar tanpa abg kandung dan abg hadir bagaikan satu anugerah.

abg marah sgt bila adik biarkan pekerja adik bebas keluar masuk rumah adik. adik tau abg marah sbb abg sayang adik abg.

abang.. setiap msg yang abg hantar selama 4 hari lepas ni adik delete. adik tak kan simpan. adik tak nak ingat sampai bila2 setiap kata abg.

sebab..

satu hari nanti,

bila suha dah besar... adik akan ceritakan pada dia. nama suha.. bermaksud bintang. dan kebetulan gabungan nama abg dan adik.

akan adik ceritakan pada suha, abg yang jaga dia semalaman. dia menangis di pangku abg masa umur dia baru 48 hari.

akan adik ceritakan nanti, masa suha baru pandai berjalan, suha bangun tido dan terus tuju ke arah abg yg tgh tido kt ruang tamu. suha naik atas perut abg. suha peluk abg.

adik akan ceritakan pada suha tentang abg. seseorang yang kasihkan suha. adik akan ceritakan tentang abg yang adik kenal selama 10tahun lepas. bukan abg yang 4 hari lepas. tidak sesekali adik ceritakan tentang abg yg 4 hari lepas.

adik tau abg marah. adik puncanya.

abang..
adik minta maaf atas kekhilafan adik post entry yang lepas.
adik minta maaf atas keegoan adik.
adik minta maaf atas kesombongan adik.
adik minta maaf atas sikap bongkak adik.
adik minta maaf atas sikap kurang ajar adik.
adik minta maaf atas kekasaran adik.
adik minta maaf atas kebodohan adik.
adik minta maaf atas penipuan adik.
adik minta maaf adik tak mampu jadi adik yang terbaik untuk abg.
adik minta maaf atas segala2nya selama 10 tahun adik bersama abg dan keluarga abg.

di penghujung kata2..

adik sentiasa doakan kebahagiaan abg.. sentiasa doakan abg terus seperti diri abg yg adik kenal 10 tahun ni.

semua yang terjadi tak pernah membuatkan hormat adik pada seorang abg hilang.

dan terima kasih untuk 10 tahun menjadi abg yang terbaik buat adik.

halalkan segala makan minum.

dari adik yang tak pernah lupa. adik tersayang.







- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

Tuesday, December 10, 2013

Alhamdulillah - kinajo fasa 1

Syukur. berjalan lancar. memang la ada kekurangan sana sini. memang saya boleh buat lebih baik tapi Allah swt beri cuma sampai tahap tu je dan saya tetap bersyukur.

selesai fasa pertama.
Alhamdulillah.

mesti yang baca ni tak faham.. takpe la.. memang sengaja biarkan cerita tergantung tanpa title yang betul.. hehehe..







- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

Friday, December 6, 2013

sejarah untuk suha

6 december 2013

suha dah 2 tahun setengah.

hari ni, lebih kurang pukul 4 petang tangan saya naik ke tubuh kecil tu.

saya tak tau kenapa hari ni suha banyak sangat buat hal sedangkan dia baru je 4 jam bersama saya.

saya tak boleh nak tinggalkan keje2 dan terpaksa biarkan uwan dia yang melayan kerenah2 dia. saya cuma pandang je dan kadang2 saya layan bila suha datang and duduk sebelah saya.

dalam tempoh 4 jam. suha makan and buat sepah.. habis baju kena makanan. berlecak habis kuah sup. biasanya takde macam tu sekali.

lepas makan uwan dia mandikan. dia lari ke sana ke mari tak nak pakai pampers. akibatnya dia kencing atas lantai. uwan dia jugak yang volunteer nak mop.

saya bagi mainan. di koyaknya kotak mainan tu. seriously biasanya suha sayang mainan dia. lepas main pandai je simpan balik.

kemuncaknya, uwan dia buatkan susu. dia nak susu tapi tak nak tido. bila uwan dia ajak masuk bilik minum susu, suha pukul uwan dia bertubi2.

hilang kesabaran saya.

pertama : saya pukul di pinggang. suha masih pukul uwan dia.

kedua : saya pukul di lengan. suha masih pukul uwan dia.

yang terakhir : saya tarik tangan suha dan pukul belakang tapak tangan. suha berhenti pukul uwan dia dan buat muka merajuk tanpa menangis.

kerasnya hati dia.

saya tarik masuk bilik nak bagi susu. suha melawan tak nak dan menangis. dalam masa yang sama uwan dia campur tangan.

akhirnya berjaya pujuk tapi suha keras dan kaku. saya suruh uwan dia keluar and jangan masuk campur.

suha menjerit lagi kuat bila saya cakap "mama sayang suha tapi kalau suha pukul orang, mama akan pukul suha. lain kali jangan buat lagi. promise?"

suha berkeras tak nak promise jari kelengkeng.

saya peluk suha lama. saya baringkan. bagi susu. suha tak nak mengiring arah saya. saya letak tangan atas perut suha tapi suha tepis.

kesudahannya saya menangis. suha nampak then suha pusing mengiring arah saya. suha pandang saya menangis sampai dia tertido.

Ya-Allah.

saat ini terbayang saat dia baru lahir kat hospital ampang. tak pernah saya terfikir saya akan naikkan tangan pada tubuh kecil yang saya anggap anak saya.

suha, mama minta maaf. demi untuk mengajar. mama harap suha boleh menilai baik dan buruk.

maafkan mama.


- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

Wednesday, December 4, 2013

present from heaven

teringat lagi masa birthday saya bulan 6 hari tu. seharian dari pagi dalam malam saya melepak kat gym. gegege.. konon2 workout la tapi hakikat sebenar baring2 tepi kolam tengok jejaka2 seksi swim.. hahahaha.. jangan la percaya wehhh..

mengasingkan diri. tak nak celebrate and tak nak pikir pon yang hari tu ulangtahun kelahiran saya. hadiah pon tak nak. poyo tak? poyo giler!!

punya la ego and berlagak kan? haha.. pelempang jek minah ni..

so saya main tepon je time tu.. delete mana2 yang tak patut di simpan. tapis2 sana sini. basuh sabun keringkan sekali tepon tu.. hahaha.. cuba la korang buat kalau berani..

nak di jadikan cerita, saya belek2 inbox sms and saya delete mana2 yang tak patut simpan. sampai la terjumpa satu folder text dari someone yang saya tak kenal bertanyakan pasal camne cara nak g gunung kinabalu. text tu bulan 4.

baca baca baca punya baca..

tiba2..

jeng jeng jengggggg.. hahahaha

to be continue. -kinajo-


- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

Tuesday, November 19, 2013

cin de lella?

semua macam mimpi.

ada satu part kita rasa happy,
akan ada satu part lagi kita rasa sedih.

adat kehidupan.

tak mungkin semua benda yang kita nak kita akan dapat.

kehilangan? itu satu lumrah kehidupan.

tu sebab cubalah hargai sesuatu atau seseorang ketika masih ada.

bersyukur setiap nikmat yang Allah swt berikan.

setiap perancangan kita, besar lagi perancangan Dia.

kadang2 selalu tertanya2 kenapa apa yang saya rancang lain tapi lain pulak yang jadi. bila di fikir2kan balik, mungkin itu yang saya mahu tapi ini yang saya perlu.

Allah Maha Mengetahui.

- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

Monday, November 11, 2013

motif?

ape motif saya buat blog ni ek?

# entry pertama blog ni pasal braces.
- konon2 time tu nak buat blog ni as diary perjalanan proses gigi tu dari yg berlapis2 and bertingkat2 to yg tersusun rata.. but end up tu je satu2nya post pasal braces.. hahahaha..

dalam entry yang sama ada tersebut pasal nak jadi swan selepas penat jadi itik huduhhh.. (kesian itik tu jadi mangsa) and now.. dah cantik ke? TAK! makin huduh perangai.. (bukan susah nak jujur)

last2 blog ni nak buat untuk ape?

cite pasal camne nak kurus? bosan laaaaaaa.. berpuluh yang tanya tapi end up "makan ubat ke?" "makan supplement ke?"

perghhh!!! 

neway nak update sikit pasal current weight. dah berkurun lama berat tu boikot tak nak turun or naik for 1 year ++ akhirnya berat tu NAIK 2.5kg lepas raya puasa ari tu. sampai sekarang tak berubah. PADAN MUKA.

punca?

sebab vertical challenge tangga batu caves bulan puasa ari tu. kami 3 orang je melayu yang join event tu sebab dia buat dalam bulan puasa. turun naik tangga batu caves. at least 4 laps.abang zas buat 9 laps kalau tak silap. aziz buat 4 laps. saya.. konon2 tak nak kalah buat 5 laps. (poyo)

lepas tuuuu.. amik!! peha tak rasa pape. jalan biasa je. lari pon boleh je. TAPI.. bila time solat, time duduk antara dua sujud tu.. air mata pon keluar. sakit? speechless. kawan kata saya degil and tak kenal erti sakit. (awak betul)

so saya banyak diam je.. sendiri cari penyakit, tak payah nak mengadu.. hahaha.. one day kawan ajar saya makan ayam (sumber protein) and saya pon cuba.. sehari 5-6  ketul ayam goreng. akibatnya.. toing toing berat naik 2.5kg. (terima kasih ayam)

sekarang? tengah mencari balik kekuatan masa mula2 start diet dulu. tepuk punggung tanya selera.. bila mau kurus? good luck!!!


Thursday, November 7, 2013

Wednesday, October 23, 2013

KINABALU-JOHOR

KINAJO the story of two hearts.

to be continue...


- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

Location:kinabalu-johor

Saturday, October 19, 2013

bersabarlah

17 oct saya hilang seorang abang. tempat saya mengadu hampir 3 tahun. adik minta maaf abang.

18 oct saya kehilangan seorang mak. tempat saya menumpang kasih selama 10 tahun. zana minta maaf mak.

19 oct saya kehilangan seorang kawan. tempat saya melemparkan senyuman selama 6 bulan. saya minta maaf pali.

in just 3 days saya kehilangan 3 orang dalam kamus hidup saya.

air mata? tak perlu saya cerita.

jika ini untuk kebaikan semua, saya redha. pasrah.

19 oct
21km half marathon at putrajaya night run. cuma jasad yang berlari. jiwa ntah ke mana hilang.

20 oct
16km adidas king of the road. sekadar pergi untuk menunaikan janji menemankan kawan2.



- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

Friday, September 6, 2013

bila.. bila.. bila..

bila rasa rindu, inilah jadinya.

duduk. sendirian. terkenang. terbayang.

pandang jari. dulu tapak kaki tu sebesar 2 jari ni.

dulu tangisan tu menghiasai gegendang telinga ni.

dulu bau wangi tu mengharumi deria hidung ni.

apa khabar dia?

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

rindu. setiap nafas yang di hela. tanpa henti.

saya percaya Allah lindungi dia.

bukan anak yang saya lahirkan. tapi dia hadiah dari syurga.




- Posted using BlogPress from pagekhas's iphone 5

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...