Sunday, September 23, 2012

Surat Cinta

Masa saya tengah sibuk buat roti john bulan puasa lepas ada customer tegur saya tengah jampi sebab bibir saya kumit-kumit.

Driver or passanger yang kebetulan berhenti sebelah kereta saya waktu jalan jem or traffic light merah sure ingat saya ni gila bila tengok saya macam bercakap seorang diri.

Masa saya workout dekat bootcamp selama sebulan setiap rutin saya habiskan dengan focus dan kurang bercakap.

Sebab.....

Waktu-waktu itulah saya mengutuskan Al-Fatihah (SURAT CINTA) kepada insan-insan yang saya sayang dan saya rindu.

Monday, September 17, 2012

Testing.. Testing..

Cuba apps baru.. Free! Sebelum ni guna blogpress.. Kena bayo bape ntah.. Lupa dah.. Saje nak menaikkan semangat berblog konon-kononnya.. Eh.
Ni verangan namanya.. Haha.

Saturday, September 15, 2012

Colorful Or Red?

Rainbow cake or red valvet?

Me : red valvet!!!! Red valvet starbucks is the best! RM9.90++




Green tea red bean frap BUY 1 FREE 1 only at kls starbucks. Ends today! Hahaha.. Sorry guys~

- Posted using BlogPress from Pagekhas's iPad2

Thursday, September 13, 2012

I Miss U


I miss her! I miss her so much! Nothing i can do. Only Al-Fatihah.




(bertudung pink)

- Posted using BlogPress from Pagekhas's iPad2

Wednesday, September 12, 2012

KL - Shah Alam


At the way from kl straight to shah alam just for this rainbow cake and pavlova! Melampau tak? Hahaha.. Lepas makan balik rumah.. As long as i'm happy! :D




4 star for this :)

Ahlaa Cafe shah alam near the i-City.

- Posted using BlogPress from Pagekhas's iPad2

Tuesday, September 11, 2012

Bertukar!

Dengan kuasa bulannnn~
Sailormoon~ bertukarrrr!!!

Aduhaii.. Rindu pulak kartun jepun tu.. Huhu

Act, bertukar untuk kali kedua and hope yang terakhir. Perasan tak apa yang dah bertukar? My blog's name la dude! Haha..

Saya dah malas nak bagi tips FREE macam mana nak kurus.. Motif? Takde yang follow pon!!

Soooo.. This is my word for u!

LOSER!!! =P

P/s : jgn marah sbb yg marah tu maknanya dia mmg xbuat and pemalas and sila la jd gemuk 4ever. Pedaskan ayat ni? But then still ada yg hangat-hangat taik ayam untuk kurus dan sihat!




- Posted using BlogPress from Pagekhas's iPad2

Wednesday, September 5, 2012

Tuesday, April 3, 2012

Timbang Dan Ukur

Timbang berat kamu!

*tolong jangan bagi jawapan "saya takut nak timbang"
sbb saya rasa macam nak penampooo jek orang yang jawab macam tu.. Huhu..


Guna digital scale :-



Woot! Woot! I wish one day berat saya 58.2kg.. Huhu..

Elak dari guna penimbang jarum.



Grrrr.. Dulu itu lah berat sebenar saya! Beeeeeerat giler! Hahaha

Saya sarankan penimbang digital sebab setiap GRAM berat anda di ambil kira!

Tapi janganlah kalau berat maintain or naik kamu dah susah hati. Lekkk luuuuu!! Hahaha..

Kamu je yang tau apa yang kamu suap dalam mulut kamu kan? So kalau tak turun, tepuk dada tanya selera suruh body yang jawab! Lalalala~



Dan ukur lilit tubuh kamu :-






Ukur bahagian :-
- base of sleeve
- chest
- waist
- hips
- thigh

Kadang-kadang berat tak turun tapi ada perubahan dalam inci or cm!




-Posted using BlogPress from Pagekhas's iPad2






Tuesday, March 13, 2012

Malu Sangat


Pernah rasa macam tu? Tipu la kalau tak pernah kannn..

Kes malu #1
Kalo kat facebook tu memang crop bagi nampak kurus je.. Betul tak?





Bila kawan like or comment kata cute kita pon kembang semangkuk bukan main lagik.. Hahaha.. Tapi hakikatnya.. Alahaiiii.. Malu nak post whole picture kan?


Kes malu #2
Dulu saya bila naik lrt saya lebih rela berdiri walaupun penat berdiri. Nak tau kenapa?




Sebab saya perlukan hampir 2 seat lrt untuk duduk! Saya rasa malu sangat sebab seat sebelah saya "kosong" bukan dalam perkataan sebenar. Sebab separuh seat sebelah saya tu saya dah terduduk tanpa sengaja. Oh sedih masa tu macam nak nangis!

And hari ni saya suka naik lrt hanya sebab nak ukur berapa banyak space yang saya akan guna. Tolonglah ampunkan budak ni.. Hahaha!! Saya berjaya guna hanya satu seat je ok. Bahagia!


Kes malu #3
Kadang-kadang ramai yang tipu diri sendiri buat macam ni..



*saya pernah guna photoshop utk nampak kurus*

Tapi sampai bila nak guna photoshop? One day kita nak jugak cantik yang real kan? Tipulah takde rasa nak kurus and cantik. Betul tak?


Kes malu #4
Someone pernah terlucut handphone dari pegangan hampir berderai jugak la handphone tu lepas tengok saya keluar dari kereta. Sebab mula-mula nampak muka je. Bila dah keluar and berdiri depan mata, mak oiiii!! Gemuk betul kan! Hahaha.. Terperanjat kawan tu kan. Kesian.

Lepas tu pekerja indon saya pula bagi tau mula-mula dia tengok saya dalam kereta muka saya nak kurus tapi bila dah keluar dia pun terperanjat. Terima kasih la bagi tau ye. Saya takde la zalim sampai potong gaji walaupun dalam hati ni membakar jugak la kan. Hahaha..



Sebenarnya banyak lagi kes malu yang saya dah lalui. Mungkin saya dah penat malu di depan orang saya jadi tekad untuk berubah.





-Posted using BlogPress from Pagekhas's iPad2

Sunday, March 11, 2012

Another 10kg to go!

Just another 10kg to go dear! Dengan penuh kesabaran dan air mata saya dah berjaya buang 40kilo lemak dari tubuh ni. Macam tak percaya je!

*lompat lompat*



Wish me luck guys!

Monday, July 26, 2010

temani aku

temani aku saat ni..
aku ngantuk..
aku puasa..
aku sunyi..
aku sepi..
aku rindu..
suara dia..
tawa dia..
jenaka dia..
helaan nafas dia..
dan segalanya tentang dia..

di saat pertemuaan dua insan..
di hujung dunia ada perpisahan yg memilukan..

di saat kebahagiaan menjelma
di ceruk desa ada kedukaan yg lara

di saat di himpahi kemewahan..
di luar sana ada yg menahan kelaparan..

kerana..
setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya..
dan aku bersyukur dengan kurnia-Nya.

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...