Tuesday, June 9, 2020

TOTAL BODY IRRADIATION

TOTAL BODY IRRADIATION 
nama treatment ni atau singkatannya TBI 

Macam radiotherapy tapi tembak ke SUM-SUM TULANG. maknanya tembak seluruh tubuh yang bertulang, jari jemari tangan kaki pon tidak berkecuali. 



Garisan merah tu la kawasan yang nak di tembaknya. So kena make sure posisi husband dalam kawasan yang dah di tanda.


Sebab sum-sum tulang kan dalam tulang, jadi nak tembak sum-sum tulang untuk melemahkannya/mematikan camtu. nanti nak masuk sum-sum tulang penderma (abang suami saya). Proses ni di panggil transplantasi sum-sum tulang. 

Genap setahun. Hari ni, tahun lepas saya focus untuk habiskan 5 sesi TBI ni. Nampak angka tu macam simple. Compare radiotherapy yang biasanya minimum pon 10 sesi. 
Tapi bezanya, radiotherapy paling lama yang husband penah buat pon tak sampai 10 minit. 

Mula masuk kepala dulu sampai pinggang


TBI ni.. sesi pertama dah makan masa 4 jam. Sepatutnya sesi pagi tu selesai 2 jam then sampai sesi ke-2 lagi 2 jam petangnya. 
Eh kejap.. saya bagi jadual details sesi tu. takut kang tak faham lak.. 
5 sesi = 1 sesi estimate 2jam = 1 hari ada 2 sesi = 2 hari setengah untuk 5 sesi tu

Then siap part upper body, pusing pulak untuk lower part. For lower part tak payah pakai topeng and kepala dah boleh lapik bantal. Lega sikit part ni.



Kiranya camni :
28 may 2019 - pagi 7.30 dr hukm naik ambulance ke pcmc. Buat TBI hampir 4 jam lebih sebab mesin cepat panas. Terpaksa stop banyak kali bagi mesin sejuk. Plus ada sikit2 masalah teknikal. Jadi sesi petang tunda ke hari esok. 

29 may 2019 - pagi 7.30 naik ambulance lagi dari hukm ke pcmc. Sesi ke-2 pagi tu alhamdulilah dah dapat rentak. 2jam lebih sikit. Tengahari naik ambulance ke hukm. Husband lunch rehat makan ubat solat and sebagainya. Pukul 2pm naik ambulance semula ke pcmc untuk sesi-3 lagi 2 jam. Habis almost 6 petang and hari tu rezeki husband ternampak hans issac. Aiman (nurse) layankan ajeee husband suh aiman tolak wheelchair laju2 pi kejar hans Isaac 

Sakannnn. Nelofa ada sekali tapi husband nak hans issac je 😅😅

🤦🏻‍♀️
30 may 2019 - macam hari2 yang sebelumnya, naik ambulance hukm-pcmc pagi then balik semula tengahari. Pastu ke pcmc semula after lunch. Waktu tu bulan puasa. Kami yang meneman ni saya dah tak ingat saya buka puasa macam mana waktu tu. sebab saya rasa saya dah macam zombi. Focus 100% kat husband untuk habiskan sesi tu. 

Kenapa? 
Haaa.. part ni saya tulis untuk bacaan sulaiman isa satu hari ni. Perjuangan babah untuk terus buat treatment dan pengorbanan mama yang terpaksa tinggalkan dorang. 


Sesi pagi hari ke-2 lebih kurang dah sejam husband dalam topeng putih tu, dia almost give up. Dia dah nak minta buka and nak stop. Sebab sakit kat tengkuk and tangan. Sakit kat tengkuk tu sebab kepala husband hanya berlapikkan plastik. Tangan kiri pulak di tekan dengan pemberat selimut sebab kena masuk dalam lukisan yang dah buat waktu stimulation. Husband tak boleh bergerak langsung. Bahaya if tertembak organ or radiologist risau if terkena saluran pemakanan. Lebih kurang macam tu. saya dah ingat2 lupa. 

Jadi atas kerjasama radiologist pcmc yang sangat baik hati, mereka izinkan saya untuk masuk teman husband bila mesin dah panas. Macam take a break 10 minit bagi mesin sejuk semula. 

Satu moment yang saya masuk teman tu, husband pegang tangan saya. Spontan air matanya mengalir sambil dia kata “i love you” 

Arghhh.. saya dah runtun. Sebab saya tahu saya kalau dah sampai tahap tu, maknanya “perit” lah bagi suami saya. Selama setahun pelbagai treatment chemotherapy and radiotherapy, bermacam2 lagi kesakitan relapse berulang2 kali, husband tak pernah sampai tahap mengalir air mata and sebut “i love you” macam tu. 

Modal saya memang takde lain. Buka video anak2 main. Bagi husband tengok. Actually husband tak dapat tengok sebab topeng tu ketat sepadat2nya menekan muka and badan husband. Jadi sekadar boleh dengar sipi2. Dah la dengan bunyi mesin tomotherapy tu pon bising. 

TBI ni once dah buat, no turning back dah. Puas jugak pujuk husband masa sesi pagi hari ke-2 tu. kebetulan pulak semalamnya kami dapat result pet-scan yang husband akhirnya remission. Jadi saya mohon habiskanlah treatment transplant ni sampai selesai. Macam2 janji yang saya tabur. Antaranya janji tunggu tepi pintu, once mesin stop je saya terus masuk tengok dia. 

Penat? Takde perkataan yang sepadan dengan keadaan saya and husband masa tu. rasa apa pon tak tau masa tu. 

Dalam tempoh 3 hari, ulang alik hukm-pcmc 2kali sehari pagi dan petang. Tambah pulak bulan puasa. 

But finally semuanya berakhir dengan baik. TBI tu boleh kata berjaya. Transplant berjaya. Alhamdulilahhhh with very minor effect. Tekak berdarah sikit dalam 3 hari then semua okay 👌 takde yang serius. Syukur. 

Husband kata dalam banyak2 treatment TBI paling perit masa nak buat tapi paling mudah bila dah settle. 
Maksudnya bila chemo, lama side effectnya macam mabuk, hilang selera makan and so on. 

Baru satu sesi dah burn kulit husband macam berjemur reff bola seminggu bawah terik matahari. Si manja ni.. nak bawah ketiak wife jek bila sakit. Manjaaaaa tak terkata.


TBI ni seksanya 2-3 jam keras badan kena sepit nak masuk dalam mesin buat lain2nya lega tak rasa pape. 

Syukur. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Pcmc benarkan saya amik gambar and video. Saya rasa sebab pcmc hospital private kot. Untuk promotion and marketing maybe? 

Kenapa ke pcmc? Hukm takde servis TBI. Hanya sjmc or pcmc. Jadi kami pilih pcmc sebab ada pakar Doc zack dari pcmc yang setiap hari rabu consult patients bmt hukm. 

Last but not least semua yang terlibat secara langsung mahupon tak langsung sepanjang TBI ni 🙏🏻 terima kasih yang tak terhingga. Nurse2 yang silih ganti mengiring kami setiap sesi, driver ambulance, radiologist and prof, doctor2. Allah saja yang mampu membalas jasamu. 

Buat suamiku
Mohd izzuddin bin zainal 

Semangat dan kekuatanmu sentiasa hidup dalam hati kami. Yang tertanam hanya jasadmu. 

Al Fatihah 

I love you. #kirimsalamsemua

DARI NEMO BUAT BAGUK


Masa ni aku dah setahun kerja. Dia baru kerja.

Dalam Iswara putih, dah tak ingat dari mana nak ke mana. Singgah di Giant. Katanya nak beli berus gigi.

"Sat ja. Ang tunggu lam keta."

Memang aku tak percaya dia punya kejap.
Memang betul. Dekat sejam aku tunggu.

Masuk kereta dia campak berus gigi Systema. Pertama kali aku pegang jenama ni. Dia yang nak berus gigi, dia bantai rekemen pada aku pula. 

"Ang try guna hat ni. Kompem stim. Ada mahai lagi. Tapi ada ni ja."

Kami meneruskan perjalanan yang aku tak ingat ke mana, tapi aku sangat pasti kami samada ke Kulai, Kota Tinggi atau Tiram. Hujung minggu waktu meronggeng.

Dari saat aku diperkenalkan dengan jenama ni, aku tak jumpa lagi berus gigi harga lebih kurang yang best macam jenama ni. 

Tiap kali berus gigi, aku pasti teringat sahabat yang sorang ni. Masih tak bisa panggil gelaran arwah, sebab pemergiannya sangat terkesan di hati.

Kalau dia masih ada, minggu depan ni pasti dia akan datang beraya di rumah. Mesti malam. 3 kali wasap.

1. Aku baru gerak.
2. Aku dah nak masuk kota.
3. Aku depan rumah ang.

Tenanglah di sana wahai sahabat.
Ada masa aku datang melawat.

26 MAY 2020

SULAIMAN VS BABAHNYA


Sulaiman... 
dia ni maybe sempat tengok and ternampak “kelakuan” babahnya layan saya. Maybe dia semat dalam memori. 

Banyak mewarisi babah kalau bab “romantik” and “menghargai” 

Contoh babahnya :
If saya dah seharian melayan family suami datang rumah, end of the day lepas semua dah balik tu husband peluk.. ceom lembut kat dahi.. ucap terima kasih.. 

Contoh sulaiman :
Andai saya masak yang tak kena dengan tekak dia.. sulaiman akan “alaaaa” mengadap meja makan.. then saya keluarkan lauk yang dia suka (abaikan mama kaki menyakat) surpriseeee!!! sulaiman melompat terus peluk.. kiss and dia cakap “thank you mamaaa” 

Antara lain, sulaiman suka spontan sesekali dia datang and kucup lembut dahi saya. Allah.. sayunyaaa.. terus teringat kat suami. Sebijik tingkah lakunya. 
Sulaiman.. kurang bercakap tapi makin hari makin memahami.. bulan lepas kami sampai rumah agak lewat, biasanya saya akan dukung dua2 nak atas rumah (dorg dah tertido dalam kete). 

Tapi malam tu saya bawa skali satu bag makanan. Saya dukung isa dulu, then masa nak angkat sulaiman bag makanan terjatuh.. 

sulaiman terus cakap “mama dukung isa je. Sulaiman jalan” 

Aduhai anakkk... dikau membesar dengan pengalaman yang agak perit. Tapi janji Allah untuk kamu.. insyaAllah.. ada bahagian untuk anak2 yatim di syurga nanti.

(COPY PASTE FROM STATUS FB PAGEKHAS MINI - MAMA) 

Friday, May 8, 2020

MARATHON SUJUD

jadual ramadhan

hari ni dah 15 ramadhan. bermakna dah 15 hari umat islam berpuasa dan hari ke-3 untuk saya sambung berpuasa. terhenti masa puasa ke-8. 

paham-paham je la eh.. cepuk jek sape yang buat-buat tak paham tu. haha.

sehari sebelum puasa. saya terjumpa info ni. 

sangat-sangat lega bila terbaca info ni

bulan puasa 2020 tak ada terawih kat surau atau masjid. virus covid19 masih belum settle. jadi dalam tempoh kawalan pergerakan ni, terawih kat rumah dengan ketua keluarga masing-masing. 

and me? yang taka ada ketua keluarga dan sangat cetek ilmu agama ni, info dari PU azman ni sangat-sangat menyenangkan hati. 

malam tu saya tekadkan azam. nak terawih penuh untuk ramadhan tahun ni. 

alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih mengejar solat-solat sunat tu. 

simpan kat sini sebagai kenangan. 

malam tadi berbuka rumah anjang. which saya dah sedia maklum if berbuka rumah anjang, kami balik rumah lepas isyak. then saya tidurkan bebudak dulu, barulah saya bangun semula untuk terawih. 

tapi malam tadi saya tertidur sama-sama. huhu.. terjaga pukul 4pagi. alhamdulillah masih dengan rutin terjaga pukul 4 pagi tu. sesekali terlajak. if malam tidur lambat after 1 am. sape suruh tidur lambat, kan? 

saya terus sahur seadanya sahaja. bekas bihun goreng dari rumah anjang. tergopoh gak la makan sahur tu sampai tercekik. hahaha.. padan muka. 

kelam kabut sebab mengenangkan saya belum isyak, belum terawih, belum witir, belum tahajud. haaaa amik kauuu.. haha tu belum tambah sunat sebelum dan selepas isyak. danggg

jadi selepas sahur 4 am tadi saya marathon "sujud" 

2 rakaat solat sunat sebelum isyak 
4 rakaat solat fardhu isyak 
2 rakaat solat sunat selepas isyak 
8 rakaat solat sunat terawih
3 rakaat solat sunat witir
2 rakaat solat sunat tahajud 

hmmmm... sedang elok saya tadah tangan berdoa selepas tahajud, azan subuh berkumandang. moga Allah makbulkan doa2ku sewaktu azan subuh pagi jumaat ini 

terus saya bangun dan 

2 rakaat solat sunat sebelum subuh 
2 rakaat solat fardhu subuh 

Alhamdulillah.. Allah permudahkan.. anak2 tidur lena berdengkur tak ada uhuk tak ada ehek.. terima kasih Allah. syukur dapat merasai nikmatnya sujud sepertiga malam yang tenang dan aman. 

kalau tengok pada jadual ramadhan saya kat atas, ada LOVE besar yang dalamnya saya tick. yang tu solat fardhu. then start ramadhan ke-13 saya mula buat solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu) 

yang ni saya kredit ke sha (sharini)anak buah jk1m merangkap kawan borak bab agama. terima kasih sha.. tolong sampaikan ilmu ni. tak kan lupa saya kredit ke kawan suami, cikgu ayam (apis ayamadu) yang ajar dan terangkan caranya. terima kasih dikkk..

kawan husband siap bagi link untuk saya baca : 


cumanya.. pentingkanlah kualiti solat itu daripada kuantiti rakaatnya sahaja. 

dan saya ada target lagi untuk solat qada dan solat taubat. qada laaaa solat yang banyak saya tinggalkan masa zaman laghaaaa.. taubat laaaaa dulu banyak buat dosa selalu derhaka. moga saya terus istiqamah. insyaAllah.. pastu kan kan kan kan~ kita dah start belajar ngaji. yeyyy. belajar sendiri dulu sebab nak ajar sulaiman isa. then belajar ngan ustazah. nak tau sape ustazah kita? anjangggggg~ makcik suami kita laaaa.. sayangggg anjang. terima kasih sangat-sangat sudi nak mengajar su ngaji. huhu

_____________________________________________________________


lepas subuh sambil melepak-lepak tunggu bebudak bangun, saya ternampak gambar ni kat whatapps group lymphoma. 


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


kembalinya Tuan Gurun Dato Ustaz Ismail Kamus kerahmatullah. genap selepas 25 minggu suami saya pergi. juga malam jumaat. Al-Fatihah. 

“Barangsiapa yang mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada azab kubur dan akan datang di hari Kiamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syahid”. [Hilyah al-Awliya’, 3:181]

bertuahnya mereka.. huhu

tak lama lepas tu mula bertebaran info tentang amalan-amalan yang di amalkan oleh Almarhum Tok Guru

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato ISMAIL KAMUS 

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfr 

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil 
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus 

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus ❤️

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)
Perginya mlm jumaat, 15 ramadhan..

terasa kerdilnya diri ni.
_______________________________________________


last but not least, dalam doa tahajud saya dua malam ni (semalam dan tadi) saya harap suami saya muncul dalam mimpi sahabatnya. aisamuddin. moga terubat rindu sahabat suami saya. 

awak.. 
pergi la tengok-tengok aisam. temankan dia. xoxo. 









Friday, April 24, 2020

PUASA PERTAMA TANPA SUAMI


hari ni puasa pertama saya tanpa insan yang bergelar suami. pedih. tak terkata. malam tadi terawih sendirian. alhamdulillah bebudak sikit pon tak kacau. 

dulu-dulu saya bangun pukul 4 lebih. masak lauk2 sahur then kejut suami bangun. lepas makan, suami basuh pinggan dan kemas meja. 

sama-sama tungguh subuh. kadang-kadang bebudak pon terjaga sekali. meriah rumah awal-awal lagi. 

semua tu hanya tinggal kenangan. cuba untuk terus kuat. tapi air mata mengalir macam air sungai. benteng pecah lagi. 

sebenarnya dari semalam saya cuba escape nak ke kubur suami. tapi tak berjaya. semalam hujan lebat. hari ni pulak dah elok tidurkan bebudak, saya terus mesej jiran minta tolong tengokkan bebudak. ngam nak buka pintu, dengar sulaiman jerit dari dalam bilik. 

aduhai anak.. terus tak jadi ke kubur. tapi saya pujuk sulaiman duduk rumah jiran sebelah sebab saya nak check kereta. kereta tak gerak since 27 march. almost sebulan dah. pintu rumah saya buka sikit untuk laluan isa if dia terjaga tidur. boleh terus ke pintu jiran sebelah. 

macam yang saya jangka, bateri kereta kong terus. langsung tak boleh hidupkan enjin. hmmm.. maknanya habis PKP nanti je la saya cari bateri kereta. 

hancur luluh hati jadi double triple. bertahanlah. 

----------------------------------
saya tak sahur macam dulu. pagi tadi cukup sekadar baki lauk dinner dan susu. tak rasa nak masak untuk diri sendiri. 

saya buat witir, penutup untuk terawih malam tadi. lepas tu tahajud. 

sementara nak tunggu subuh, saya tertidur. suami datang dalam mimpi. maknanya ini kali ke-2. pengubat rindu. terima kasih Allah. 

moga saya dapat menghabiskan sebulan puasa ni dengan tabah. 



Sunday, April 19, 2020

SEMINGGU SEKALI KEK

sulaiman laaaa.. sape lagi. last week order je brownies kat tok anjang dia. minggu sebelum tu kek pandan nona je. minggu sebelum-sebelum tu kek cheekut. 

budak ni memang giler kek. memang dia boleh makan mengadap sampai habis if kena gaya. 

jadi dah 2 hari dia keluarkan cream cheese suh mama buat, maka maknya layankan tekak dia. haha


plan asalnya nak buat malam waktu bebudak dah tido but macam biasa la. terjaga dua2. 


bangun pagi just rebus jagung je la untuk breakfast then terus start bahan-bahan buat kek. ngam-ngam pulak habiskan esen vanilla tu. lepas ni menggagau jugak la nak mencari tengah musim PKP ni. 

nak tolong sangat, terkorban sebijik telur. bertabahlah maknya

ni kiranya bayar hutang birthday kek sulaiman. 29 december lepas kek dia rentung hahahaha kesian sangat. so ari ni saya buat dengan lebih hati-hati and more kasih sayang ler. 

cara double boil tapi lupa sepatutnya letak air panas. saya just buh air paip je

resepi still guna resepi burnt cheesecake sebab bahan-bahannya memang dah ada dalam fridge. saya buat kecik je, loyang 6 inci. percubaan dulu ler takut rentung lagikkk.. 

saya jaga sungguh depan oven kesayangan ni. 180c maintain sampai 40 minit then 10 minit last 220c nak bagi dia efek "burn" 

sulaiman dah melompat2 tak sabar nak makan kek. hantu kek betul budak ni. pastu nyanyi happy birthday. hahaha birthday sape pulak hari ni nakkk oiii.. hahahaha

akhirnya. alhamdulillah. menjadikkk 

syukur. puas hati bila cantik kejadiannya. yeyyy lepas ni boleh la buat lagi dan lagi. hahaha asalkan bahan-bahannya ada. just nice. 

resepi 
250gram cream cheese
125ml whipping cream
75gram gula halus (kastor kot namanya) 
3 biji telur B
1 penutup esen vanila
10 gram tepung gandum 



selamat mencuba~





Friday, April 17, 2020

MIMPI 2 APRIL

mimpi tu lebih kurang antara waktu 4pagi dan subuh. sebab malam tu saya bangun tahajud macam biasa. then saya tertidur. saya terjaga semula bila subuh. 

itu kali pertama saya mimpi suami saya. . 

dalam mimpi tu saya pergi ke beberapa tempat. antaranya HUKM. saya bukan keseorangan. saya dengan suami. 

suami berbaju putih. saya tak pasti jubah tau baju apa. cuma saya perasan putih. wajahnya macam muka sebelum suami saya sakit.suami saya tak bercakap langsung. saya pon tak berbual dengan dia. sebab saya rasa waktu tu saya just alone. 

tapi dalam mimpi tu sebenarnya ke mana saja saya pergi, suami saya ada di sisi. dia follow je belakang saya. diam tak cakap apa-apa. 

then ada satu babak tu, saya tengah berurusan yang berkaitan isi form. kerani depan saya tanya

"cik atau puan?"

saya jawab

"puan" 

suami saya kat belakang senyum. 

then saya terjaga. 

sejujurnya saya terjaga dan terus nangis. sebab saya sangat rindukan dia. yang kedua sebab saya tahu dia sentiasa ada tengok saya. 

_______________________________________

awak, hari ni 17 april. awak ingat lagi 2018? tarikh ni la Doctor Siva datang kat awak. 

"en izzuddin, im gonna tell you this. but its not a good news" 

"ok doktor" 

"saya pergi lab dekat bawah, even the final result belum keluar but its almost 80% siap and the result is en izzuddin kanser lymphoma ye" 

"alhamdulillah" 

"are ok en izzuddin?" saya pasti Doctor Siva surprise

"saya ok. saya puas hati dah dapat jawab kenapa saya sakit. then next nak buat apa? saya ready."

"ok. 1st off all, we gonna take u out from here ward orthopaedic and transfer en izzuddin to ward hemato. welcome to my home"
________________________________________

sejak tarikh tu, Doktor Siva tak pernah lupa pesakitnya yang bernama Mohd Izzuddin Bin Zainal. antara pesakit yang paling cool kot?

ps : bersamaan birthday adik ipar yang bongsu. happy birthday azim. si penyimpan rahsia besar abg judin. sampai la abg judin dah takde. kantoi semua mesej dalam wasap. dua beradik ni selalu pakat beli gadget tanpa pengetahuan saya sebab harganya amboi2. hahaha.. nanti jumpa semula memang saya cubit husband kuat2. eeeeee gerammm


Monday, April 13, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA 3

perintah kawalan pergerakan fasa 3 sehingga 28 april 2020. maknanya 5 hari pertama bulan puasa dalam tempoh kawalan ni.

ada yang menjangkakan sehingga raya puasa. luluh hati tak terkata. 


raya puasa 2019 dalam cermin tanpa sentuhan

saya tak tau. saya tak pasti apa yang Allah rancang untuk saya. mungkinkah raya tahun ni Allah nak kami raya bertiga je dalam rumah ni? 

itu yang lebih baik? 

mungkin nampak pilu. raya hanya saya sulaiman dan isa. 

tapi kalau raya bersama keluarga (tahun ni turn suami dan saya akan balik kedah if keadaan mengizinkan), mampu ke saya hadap pagi raya tu? saya yang tanpa suami and sulaiman isa tanpa babah? 

hmmm
...
.....
...... (bertahanlah air mata)

bila teringat pagi raya, saya tak kan lupa raya haji 2019. raya kami 4 beranak yang terakhir. 

pagi raya memang moment yang husband tunggu2 sejak kawen. dia suka "skrip" pagi raya time salam mohon maaf tu. katanya sebelum kawen dia asyik tengok abang and kak ipar. dia teringin. jadi bila dah kawen memang dia nak sangat moment tu. 

tapi raya haji 2019 tak macam biasa.. totally different 

saya tak sempat nak buka "skrip", husband terus cantas. 

"awak, saya minta maaf zahir dan batin. saya mohon halal dan terima kasih jaga saya selama ni. ok raya ni awak tak payah buka skrip" 

salam. kiss. peluk. 

saya tak kan lupa raya tu. genggam erat tangannya. 

saya tak fikir pape time tu. sebab dia sihat. iya dia sihat. no more sel kanser yang aktif waktu tu. 

Allahuakbar.. 

Ya Allah.. permudahkan segala urusan suamiku di sana. balaslah segala kebaikan dia dengan pahala yang tak henti mengalir. 

sesunguhnya.. 

saya sangat rindu nak gaduh dengan dia. 

Wednesday, April 8, 2020

DEATH TOLLS


REKOD SEMALAM 7 APRIL

angka rakyat malaysia 33 juta. 

kalau kematian dalam malaysia cecah angka macam italy, 13 ribu? 

tengok kiri tengok kanan

kalau tak hang yang meninggal, aku? 

kerajaan malaysia dah tertungkus lumus. now its time to do our part. 

stay at home. but berapa ramai yang masih ingkar? 

im speechless. 

Friday, April 3, 2020

DARI BASYIR - SAHABAT BABAH

Tulisan ni sebenarnya untuk anak hang Din. Sulaiman dan Isa. Tak tau la hang ada cerita ka dak kat anak hang kisah2 legend hang di sekolah rendah dulu. Jadi aku nak kongsi sikit la kenangan aku dengan hang. Kita sejak tadika dah satu kelas sampai la darjah 6. Seingat aku, darjah 1 saja kita berlainan kelas tapi darjah 2 sampai 6 kita satu kelas. Darjah 1 kelas lain2 pun kita waktu rehat makan dan main sama2 jugak. 

Bila petang kelas mengaji dari darjah satu sampai darjah 6 ustaz dan ustazah yang sama juga.
Sebelum aku pindah pada darjah 6, rumah tok aku sebelah rumah tok hang dibezakan dengan kuboq saja. Jadi pi sekolah memang sama2 kayuh basikal. Tiap2 pagi aku la yang pi rumah hang. Din…….. O… Din…….. 

Macam biasa tok hang la yang sambut. Hang memang payah nak bangun awai. Lepas tu hang bangun tunggu sat hang bersiap lepas tu kelam kabut la sama2 kayuh basikal ke sekolah risau lambat. Hang pengawas sekolah pun boleh lambat. Hahaha.  


Cerita di sekolah pula. Hang memang kesayangan kawan2 dan cikgu2. Mana ada cikgu tak kenai hang aku rasa. Rajin tolong orang, pandai, tak menyusah orang ini semua memang perangai hang. Semua orang senang dengan hang. 


Di sekolah, memang hang aktif wakil sekolah untuk pertandingan2. Syarahan ka, kuiz ka apa sahaja pertandingan keagamaan memang hang la orangnya. Sorry tak berapa ingat yang ni sebab yang ni aku tak join sekali. 


Pertandingan koir yang ni aku ingat. Kita sama2 wakil sekolah untuk menyanyi koir. Setiap sabtu kena pi sekolah berlatih menyanyi. Peringkat pkg kita menang lawan sekolah keat hwa. Lepas tu wakil daerah kota setar bertanding di shopping mall. Star parade. Waktu tu star parade cantic lagi baru buka. Kita tewas dapat naib johan tak dapat mewakili negeri kedah. Antara lagu adalah Tanah Pusaka. Sampai la ni bila dengar di radio teringat zaman sekolah.


Pertandingan nyanyian yang lain adalah wakil kelas pertandingan nasyid. Kelas kita lepas peringkat saringan dan menyanyi lagi di peringkat final. Di saat kelas2 lain nyanyi lagu2 moden terkini. Kelas kita steady menyanyi lagu nasyid klasik. Ni semua idea hang dengan tok wan hang. Nyanyi nasyid tapi pakai baju raya. Hahaha. Kita tewas pada pelajar darjah 6 dengan lagu kumpulan brothers Teman Sejati. Serious tak ingat tajuk lagu tu. Antara rangkap yang dapat ingat. Selawat dan salam kami ucapkan pada rasul nabi junjungan…. Memang klasik habis lagu ni. 


Selain dari tu kita juga aktif main alat muzik. Aku punya pianika. Hang aku tak ingat. Antara lagu adalah Lenggang2 kangkung. Bila ada apa2 majlis di sekolah team kita akan main di pentas.


Sebut pasal sukan. Kita tak wakil apa2 untuk sekolah sebab kita kategori lambat besaq. Saiz kita waktu tu tak mengizinkan kita mewakili sekolah. Tak pasti hoki hang ada main untuk sekolah atau tak. Main bola petang2 memang ada. Di padang balai polis sampai mahgrib. Di depan rumah rahimi atas sekam main juga sampai luka2 kaki. Banyak la tempat kita main bola. Ada yang ajak kita jarang menolak.


Unit uniform kita sama2 join pengakap. Dari darjah 4 sampai darjah 6. Tak silap kita dapat pangkat keris gangsa sahaja rasanya. Banyak pengalaman tapi antara yang paling ingat sewaktu perkhemahan di sekolah dan yang paling best pertandingan memasak nasi goreng antara pasukan. Team aku menang sebab guna perencah nasi goreng segera. Hahaha.


Walaupun hang kesayangan cikgu2 tapi ada juga nakal2 tu. Antara aku sampai sekarang ingat time kena rotan dengan cikgu ya di luar kelas sambal berdiri atas kerusi. Patah pembaris panjang dibuatnya. Kes main lari2 dalam kelas terlanggar meja terkena budak perempuan dia nangis. 

Selain tu hang tak pernah rasanya kena tibai. Tapi antara yang paling aku ingat ada satu waktu tu kita dua lewat masuk kelas kena denda dengan cikgu cina cikgu ganti. Sorry tak ingat nama cikgu tu dan dia minta kita menari sebagai denda. Aku menari ala2 rap berkawat. Tapi hang celaka menari tarian india tiru iklan dalam tv. Hahaha. Satu kelas berdekah time tu.


Banyak lagi cerita hang sebenarnya yang kekal dalam ingatan aku. Sangat banyak Din. Belum cerita kayuh basikal dari alor janggus sampai ke pekan kuala sungai semata2 nak beli komik dragonball dan komik dewata raya. Lepas tu habis mengaji sanggup ke rumah Pak An main mainan computer. 

Hang dengan mainan cukup minat. Rasanya hang ada sewa Nintendo Azuan bawa balik kan. Aku tak minat sangat mainan macam tu.


Antara yang aku ingat lagi waktu malam lepas maghrib kita ke sekolah ada kelas tambahan. Hari rabu pergi awal sikit dapat ke pasar malam. Balik kelas malam2 waktu hujan tu biasalah sama2 basah. 

Cuma seram sikit bila hang dah sampai rumah tinggal aku sorang2 nak kayuh melepasi kubur tepi rumah tu.
Itu antara sedikit sebanyak kisah kita Din. Hari2 kita sama2 selama 7 tahun tu. Banyak sangat aktiviti budak kampong kita buat. Mancing ikan, sauk ikan, main layang2, mandi sungai semua kita dah buat Din. 


Sampai la result UPSR keluar hang memang dijangka dapat score semua A. Aku dapat 3 A sahaja. Lepas pada tu kita pun bawa haluan masing2. Waktu tu mana ada telefon lagi jadi kita dapat jumpa pun kadang2 samada terserempak di masjid waktu cuti. Memang sangat berkurang kita jumpa lagi2 bila dengar hang dah tak duduk di rumah tok wan hang. Bila musim cuti setiap kali aku lalu depan rumah tok wan hang memang aku harap ada la kelibat hang disitu. Tapi hang tak ada.


Antara yang aku ingat lagi bila tok aku meninggal dunia kebetulan hang ada di kampong. Kemudian kita sama2 balik kuala lumpur hang tumpang aku naik kereta. Waktu tu aku di Uitm Shah Alam. Puas dapat borak lama dengan hang.


Selepas pada tu kita tak berjumpa. Nasib baik ada FB. Dapat la tahu serba sedikit perkembangan. Sampai la dengar cerita hang pun dah berkahwin, alhamdulillah ada 2 anak. Tiba2 tekejut dengar hang jatuh sakit.


Bulan 6 tahun lepas sempat melawat hang di alor setar. Mak aku ikut sekali lama tak tengok hang katanya. Walaupun hang bertongkat seronok dapat jumpa hang sembang2. Hang baru balik padang besaq siap tapau pulut ayam makan ramai2 malam tu.


Itu la last aku jumpa hang Din. Selebihnya aku follow cerita hang di FB. Aku tunggu satu hari nanti hang akan sembuh nak pergi ziarah hang lagi. Sampai la dengar berita pada malam jumaat haritu hang dah tak ada.


Sedih sangat la Din. Esoknya aku pi kubur sedikit lambat sebab selesaikan urusan di airport hantar abah mak ke umrah. Di sana sama2 bacakan yasin dengan abang zharif. Sungguh tak pernah terdetik dalam hati aku bahawa satu hari nanti aku akan baca yasin untuk hang depan kubur hang. 

Aku tak akan lupakan hang Din. Kawan paling rapat baik bersama2 dengan aku waktu sekolah rendah. Hang orang hebat dari kecik lagi tanda2 hang akan jadi hebat dah ada. 


Minta maaf tak dapat ziarah hang selalu waktu hang sakit. Salah aku asyik betangguh. Tenanglah disana. Doakan syurga untuk hang sebab hang orang hebat. Amin. 


Pada yang membaca minta maaf saya tak pandai menulis.

Ps : kiriman kawan suami dari kecil. Persahabatan. Buat tatapan sulaiman isa satu hari nanti. 

awakkk.. we miss u so much. 

Wednesday, April 1, 2020

PERINTAH PERGERAKAN KAWALAN TAHAP 2

hari ni (1 april 2020) sampai 14 april 2020 tempoh untuk perintah kawalan pergerakan tahap 2. 

erti kata lain yang dari 18 march 2020 - 31 march 2020 hari tu belom dapat membendung wabak covid19 (gagal dari segi ramai sangat umat yang degil sebenarnya) 

update sehingga semalam 


Seriously tak leh nak bayang kat italy tu macam mana

benda ni bukan gurauan dah. melibatkan nyawa. saya yang dah terbiasa dengan kekecohan ER emergency room hukm pon dah tak boleh nak bayang macam mana huru-hara bila wabak macam ni. 

hanya mampu berdoa. moga Allah lindungi kami seluruh rakyat malaysia. yang degil-degil tu alahai tak tau nak kata apa dah. 



Conclusion saya selama tempoh kawalan yang pertama, mereka hanya beranggapan PKP ni bermaksud 

1. cuti kerja
2. cuti sekolah
3. cuti aktiviti
4. cuti melancong

dan apa yang still depa buat sedangkan benda tu boleh elak 

1. keluar almost setiap hari sebab nak beli makanan
2. kami tak beli barang banyak sebab kami tak panic
3. beri barang banyak amik masa jadi senang terdedah virus jadi beli sikit2 and banyak kali keluar rumah sebab keluar sekejap-kejap je
4. beli barang online segala mak nenek yang bukan keperluan penting seperti makanan or ubatan no.4 ni peringatan untuk diri sendiri jugak sebab apa? rujuk gambar bawah


seram bila membayangkan virus boleh sustain atas permukaan plastik untuk jangkamasa yang lama. dah la kita tak tau sape yang pegang parcel tu sebelum sampai ke kita. 

for me personally, kerajaan should stop pembelian online kecuali barang makanan dan perubatan. hmmm? sebab pos laju, j&t or any currier service sekarang ni sangat sibuk. barang banyak kalah sale 11.11!

which mean rider-rider ke hulu ke hilir hantar barang. tak tercapai la target #stayhome tu kan? 

tu bab rider. macam mana pulak yang bab kedai-kedai "maya" contoh macam lazada, zalora bagai tu. depa sepatutnya cuti kan? tapi hakikatnya mereka MASIH KERJA equal to misi stay at home gagal huhu.

why? lazada buat sales 27 march. yesss saya ada terbeli barang online. its my reward, untuk diri sendiri sebab habis iddah. saya ingatkan barang tu akan deliver after PKP sebab saya anggap semua yang bukan berkaitan industri makanan or perubatan wajib cuti

Surprise!!!!! BARANG TU SAMPAI DEPAN RUMAH 2 DAYS AFTER THAT. woooiiiii terperanjat makcik dalam keadaan tak bersedia nak terima barang. terus saya campak masuk dalm sinki luar rumah. spray dettol and let it dry for couple hours. basuh dulu lagi sekali sebelum bawa masuk rumah. 

menggigil sekejap. huhuhuhu


but once kerajaan arah tutup online store. saya rasa lagi ramai bakal mengamuk. huhu. yang ni cite lain. sehari dua ni pon dah penuh timeline cerita artis and sme. hmmm




  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...