Wednesday, November 4, 2020

EVERY 4TH NOVEMBER

every 4th of november since 2014


saya akan paksa suami 'sedapkan telinga saya' 


hahaha apa benda la yang sedapkan telinga tu. korang ingat makan telinga eh? 

 

ok jom throwback balik. 4th november 2014 suami saya melamar saya kat anjung masjid negara! haaa dah ingat balik tak? 


so sejak hari tu, saya akan paksa husband untuk cerita balik semua kisah kami perkenalan sampai la ke tarikh dia melawar saya tu. erti kata paksa ni husband tak boleh langsung tersalah info or tersalah tarikh detik2 berkenalan. 


kah kah kah


korang pon tau la kan, lelaki ni kalau bab tarikh memang lemah. hahaha.. tapi dengan bini dia ni nak tak nak terpaksa la jugak dia layankan. 


dalam banyak2 tahun dari 2014 sampai 2019, tahun 2019 paling indah. malam tu kami berdua dalam ward BMT hukm. saya duduk tepi katil. suami bercerita semula dah awal dia kenal saya sehinggalah saat dia tekad melamar saya kat masjid negara tu. 

dia kata


"jenuh bagi hint, dia buat bodo je kan. hmmm saya tekad melamar tu sebab kalau awak jawab tak nak saya memang saya angkat kaki. saya tak nak bazir masa dah. saya serius tak main2. kalau nak kawan, jom kahwin" 


saya gelak besar. suami sambung lagi.. 


"tu pon orang tu berani eh minta cancel nikah? dah asar tinggal bape jam je lagi nak nikah. ewah2 awak ingat senang2 saya nak lepaskan bidadari dunia?" 


terus saya terdiam saat suami sebut perkataan 'bidadari dunia'. terlalu tinggi dia letakkan darjat saya di mata dia. 


mata saya dah berkaca. husband pegang pipi saya.. dia belum habis bercerita


"waktu tu semuanya di permudahkan. senang sangat kita kenal terus tunang then kahwin. kita dapat anak. anak. anak" 


eh.. dia ni.. saya cubit halussss lengan suami. memang dia suka menyakat bab anak ramai. sebab saya memang nak anak maximum pon dua je cukuplah. 


"tapi.. dugaan pula saya sakit macam ni. awak kena jaga saya sampai tahap tukar pampers saya macam ni. semua benda awak kena uruskan sorang2" 


saya tak nak dengar lagi ayat seterusnya. sebab 4th november saya hanya nak dengar yang indah2 je. 


so saya patahkan ayat suami dengan satu statement 


"saya akan bersama awak selagi awak masih sudi gaduh dengan saya." 


_______________________________


rupanya 2019 tu yang terakhir halwa telinga untuk 4th november dari suami. dia pergi 10 hari selepas kami berjanji untuk tua bersama. 


Allah lebih sayangkan dia.

Allah jaga dia lebih baik dari saya jaga dia. 


duhai kekasih hati. rindu yang tiada penghujung 

Al-Fatihah. 

Friday, October 23, 2020

I WANT BABAH

 sulaiman


si sulung kesayangan babahnya. sulaiman ni speech delay. kategori language delay. penguasaan dia lebih ke bahasa english. masa buat test dengan speech therapist, pemahaman dia 80% english. 


sejak babahnya takde, dia faham. masa kebumi suami saya ikut sekali bawa anak2 dan saya bawa sulaiman isa tengok betul2 babahnya turun ke liang lahat. sambil turunkan suami ke liang lahat tu, saya explain ke sulaiman isa. babah dekat sini sekarang. rumah baru babah ye. babah tak balik rumah kita lagi. 


saya andaikan kalau saya tak ikut masa tu, mungkin sulaiman isa tak tengok betul2. mungkin bermain2 di kawasan sekitar. 


saya nak sulaiman isa tengok betul2 semuanya. saya nak diaorg tahu kat mana babahnya. iya, sulaiman isa kecik lagi. tak faham erti kematian. jadi saya nak diaorang tengok betul2 semua tu. jadi bila satu hari nanti diaorang dah faham maksud 'babah sekarang dekat Allah', saya dah tarik nafas lega.


macam sekarang ni, sulaiman isa tau mana tempat babahnya. kalau ada appointment kat hukm, sulaiman just ajak ke pintu ward BMT. dia tengok je pintu tu. tapi dia tak nak masuk. dia tau babah takde kat dalam. sesungguhnya sangat2 merobek hati ni bila sulaiman tarik tangan saya ke arah pintu ward BMT tu. 


pagi tadi sulaiman tarik tangan saya ke beranda. ajak tengok kereta, lori dan bas yang lalu lalang. tetiba dia bersuara..


"i want babah." 


Ya Allah.. Allahuakbar. saya tak terkata sebenarnya. lately makin kerap dia cakap camtu. 


 saya reply.. 

"babah dekat Allah. babah sentiasa tengok sulaiman. babah ada. sulaiman nak babah? sulaiman baca doa untuk babah. nanti sulaiman dapat jumpa babah"


saya peluk erat tubuh kecil tu. berbisik perlahan.. 

"babah, datanglah dalam mimpi sulaiman. ubatlah rindu dia." berjurai air mata. tak mampu lagi saya nak tahan. 


permata hati kami yang pertama. terbayang kat mata, wajah suami masa azankan sulaiman. wajah bahagia tu. 


sesekali saya terfikir, ego ke saya? berlagak ke saya? sombong sangat ke saya? 


saya tak nak ada pengganti suami. sangat2 susah untuk saya terima. hati saya tertutup rapat. sangat rapat. makin di suakan soalan bila nak kawen lagi, makin hati saya ni keras dan rasa tercabar untuk terus berdikari. 


sekeliling saya asyik berkata anak2 ini perlukan kasih sayang seorang ayah. mereka perlukan 'man figure'. entah lah


saya speechless. saya keseluruhan masa saya untuk sulaiman isa. saya korban segala2nya untuk sulaiman isa. everything for them. saya berdoa moga Allah permudahkan. moga anak2 saya sentiasa rasa cukup dan melimpah2 kasih sayang. 





Sunday, September 20, 2020

KEPOK PUSARA KEKASIH HATI

 


genap 10 bulan. saya buka kepok pusara suami. insyaAllah tanah dah kukuh. alhamdullillah dah seminggu buka kepok tu tanah yang berbentuk empat segi masih kukuh walaupon beberapa hari lepas hujan lebat. 

syukur. 

hukum kepok ni ada macam2. 


dari awal saya memang tak nak kepok. cuma dah di bayar deposit kepok tu oleh seseorang. jadi saya pon diamkan. atas nasihat pakcik yang jaga kawasan kubur tu, letaklah kepok sebab pusara suami saya kat lereng bukit. sekali lagi saya diam. 

cuma pada satu hari tu, saya singgah masjid area ampang. tumpang solat sunat dhuha. kebetulan pagi tu ada kuliah agama. topik yang di bincangkan tentang kematian hari jumaat. 

saya duduk bucu kawasan solat wanita. tapi masih boleh mendengar setiap butir bicara dalam kuliah tu. lepas habis semuanya balik, saya ke depan jumpa ustaz yang tengah bersiap nak balik. 

saya tanyakan tentang kepok. 

pada pandangan ustaz tu (maaf saya lupa pulak nak amik namanya), tak perlulah kepok atau apa-apa binaan atas kubur. not even kayu or batu bata. selagi prinsipnya binaan, elakkan. 

untuk suami saya, cukup sekadar nisan dan pokok di tengahnya. sebagai tanda supaya tidak di langkah dek anak-anak kecik yang ziarah. saya tanamkan rumput dengan harapan rumput karpet tu menjalar keseluruhan kawasan. bukan nak cantik. cuma nak nampak kemas dan bersih. 




Tuesday, July 21, 2020

BERSYUKURNYA PARU-PARU SIHAT



saya tak parking kat petak ke-3 tu since suami takde. sengaja cari parking tempat lain if ada kosong. if takde kosong pon saya tak nak park kat situ. 

nampak tak bonggol sikit depan kereta tu? buat saya teringat kat kekasih hati. sangat-sangat. 

mungkin untuk kita normal. melangkah je macam biasa naik ke takuk tu. melompat pon boleh. tapi bukan untuk suami saya.. 


gambar ni nurse amikkan. buat pertama kali dapat home leave after 70 days warded. husband happy yang tak terkata. bayangkan la masa saya tolak keluar ke lobby hukm tu, 

spontan dia kata "Ya Allah.. MATAHARI!!!" 

subhanallah.. saya pon terkedu dengar dia separuh menjerit tu. buat kita yang hari-hari dapat tengok matahari ni, macam takde pape je kan. 

rasa insaf sangat. 

jadi masa sampai kat parking bawa rumah tu, saya park kat kotak ke-3 then saya letak wheelchair suami atas divider tu. suami agak takut tapi saya yakinkan dia untuk melangkah naik. saya pimpinkan tangan. 

rupanya hanya sebab satu langkah naik ke atas tu, suami jadi anxiety. terkapai-kapai dia minta duduk kat wheelchair. dia panik dan terus tercungap minta on tank oksigen. sepantas kilat saya pakaikan nasal and on tank oksigen. urut-urut belakang bagi dia bertenang. 

saya rasa bersalah sangat-sangat. saya tak sangka yang bagi kita simple, rupanya sangat rumit untuk dia. Ya Allah rasa sayu dan kesian tengok suami yang pucat time tu. 

video ni teristimewa buat yang lalu kat blog saya, saya tak pernah letak kat mana-mana socmed so far.. 


berat bell tu 500gram je

jeeee.. iya untuk kita "jeeee" tapi untuk dia, takkkkk.. move sekadar suap sudu ke mulut pon dia dah tercungap-cungap oksigen drop below 83

cuma.. 

semangat dia tak pernah berkurang. he always cool and steady je. siapa sangka yang after 65 hari intubated dia boleh berjalan!

sedangkan doctor dah slaw talk siap-siap ada kemungkinan setahun bed ridden. but after dia dah semangat sangat nak berjalan tu, terus prof push for intensive fisio. hahahaha.. padan muka pakcik. 


andai ada yang tertanya kenapa kulitnya gelap? yang saya perasan masa kat ICU, doctor ada bagi sejenis ubat ni. terus gelap kulitnya. then tak lama lepas tu semakin cerah semula. 

then beberapa hari sebelum suami meninggal, doctor bagi lagi ubat tu. so bergelaplah semula kulitnya. saya lupa dah nama ubat tu. tapi berkesan gak la sebab suami dah slowly belajar to turn off oksigen support. 



spo drop sampai 77. tapi suami tak give up. semangat dia sangat kental. bila saya rasa down sekarang ni, saya sentiasa membayangkan suami saya. 

dia tak pernah give up sepanjang journey sakit. moga saya terus kuat seperti dia. bersyukur setidak-tidaknya saya masih sihat. masih mampu buat keje. masih mampu berusaha. 







Monday, July 20, 2020

BATU NISAN JIRAN SEBELAH


AL-FATIHAH MOHD IZZUDDIN BIN ZAINAL

kelmarin dapat gambar wasap dari abg mian (yang menjaga dan menggali kubur kawasan perkuburan bukit C) 

batu nisan untuk jiran sebelah suami saya dah siap pasang. 

alhamdulillah. kurang sikit dah rasa bersalah. 

walaupun saya rasa bukan sulaiman isa yang main kat sebelah sampai terpatah kayu tanda namanya. tapi saya masih rasa bersalah kot-kot saya tak nampak, mungkin sulaiman or isa yang terlanggar. 

so saya minta abg mian untuk buatkan batu nisan untuk jiran sebelah. saya niatkan sedekah atas nama suami saya. saya minta guna batu sungai. saya tak kenal keluarganya dan saya harap keluarganya tak marah. 

semoga selama terpacaknya nisan itu, mengalirnya pahala buat kekasih hati mohd izzuddin bin zainal bagaikan air sungai yeang mengalir tanpa henti. amin.. 


Thursday, July 16, 2020

BERBORAK DENGAN ALAM


moga saya takkan lupa kawan yang sorang ni



bila sampai satu tahap saya rasa tak nak bercakap, saya lebih prefer diam. saya lebih senang tak bercerita apa yang saya lalui. 

bukan semua orang boleh jadi pendengar setia. even yang offer telinga pon saya jamin boleh bernanah telinga and mohon undur diri sebab keterlaluan "kisah hidup" saya ni. 

macam-macam cara tersendiri nak mengadu dan nak melepaskan rasa duka. terpulang kat individu. saya? saya prefer bercakap dengan alam. 

masuk hutan. 

makin sunyi makin "layan" 

hutan bukit gasing ni banyak pintu. salah satu pintunya exactly kat belakang kawasan perkuburan suami saya. cantikkan Allah atur? 

suami suka ejek saya "masuk hutan" bila saya pegi hiking bukit or gunung on weekend. itulah perkataan dia setiap kali orang tanya "bini mana?"

pagi tadi lepas hantar bebudak ke tadika, terus tuju ke hutan. keluar hutan terus bersantai lepaskan mengah kat tepi tangga kubur suami. 

mengadu lagi lagi dan lagi. 

balik rumah, mandi, sarapan dan terus dhuha. 

9am tepat terus mengadap laptop. "buka kedai maya" 

sibukkan diri. dengan harapan saya boleh sibuk sampai tak fikir benda lain. even sebenarnya jiwa saya menjerit-jerit nak cuti dan rehat. 





Thursday, July 9, 2020

PACER PACEE IMAM

terjaga pukul 4.30 pagi. dah kebiasaan sejak suami sakit, dia kejutkan saya waktu-waktu macam ni sebab nak shishi. jadi saya bangun bawakan uriner. selesai urusannya, saya terus amik wuduk dan sembahyang tepi katil atas bucu pantry ward. 

hampir 8 bulan dah suami takde ni, saya masih dengan rutin yang sama. akan terjaga bagaikan terdengar suara dia memanggil. sesekali tak bangun if saya tidur lewat after 12am. 

pagi ni lepas tahajud sementara tunggu 6 pagi nak subuh and kejut sulaiman isa bangun, saya mengadap kerja-kerja the yatims store. tengah cuba nak godek facebook fan page the yatims yang dulu fan page blogpagekhas, terjumpa gambar lama ni. 


Ya Allah, rindu yang tak tertanggung. setiap hari setiap saat. tak pernah lupa. makin saya sibukkan diri, makin saya teringat. 


dah 5.50am nanti saya sambung. nak bersiap and kejutkan bebudak gi tadika.

Monday, June 29, 2020

AYAH ISA KAT MANA?

pagi ni terasa macam gigih guna nak tukar cadar tilam. jarang saya tukar pagi-pagi. biasanya saya tukar tengahari or petang lepas bebudak bangun dari nap. 

sambil menukar fitted tu, isa macam biasa la paling rajin membawang. mulut diaaaa Ya Allah, membebel. babah dia kata isa ni "mata tutup, mulut tutup. mata buka jek, terus mulut pon buka. hahahaha.. boleh bayang tak? 

mula-mula isa minta aiskrim. saya malas ler nak layan. sebab baru je semalam layan dia makan aiskrim. balik dari tengok(kubur) babahnya, kami singgah kat nexus. sebab kami berdua je, so layan la dia nak aiskrim rainbow. sedangkan niat asalnya nak beli air tealive. 


so nak mengelak dari isa merengek tu saya google gambar caries gigi kanak-kanak. amik kauuu.. scary pulak gambar-gambar tu. hahaha tapi berkesan la isa terus diam tak minta aiskrim dah. hahahaha.. sesekali boleh la, hari-hari nak aiskrim kang rosak gigi tu kanggg. 

then nak alih lagi perhatian dia, borak-borak kosong je la. yes isa baru 3 tahun 8 bulan tapi dah boleh ajak membawang tauuu. 


"semalam isa tengok kat telefon uwan, budak tu makan lolipop. lepas tu kan lolipop jatuh"



"oh jatuh pulak? lepas tu?"



"lepas tu ayah dia amik. amik bawah kerusi" 



"oh ayah dia amik?" 



"a ah ayah dia."



"ayah isa mana?" dangggg.. saya sengaja tanya. sebab nak tau isa faham tak maksud 'ayah' tu. 



"ayah isa? babah. oh.. babah isa.. babah isa dekat Allah" perkataan last tu suara isa mendatar. 



Allahukbar. isa faham! isa faham ayah tu maksudnya babah. isa faham babahnya takde. isaaaaa

spontan saya terus tarik isa. peluk ceom sekuat hati. 



"isa, babah sayang isa. babah sangat sayangkan isa. babah ada tengok isa." 



isa angguk



"isa jadi anak yang soleh ye. isa doa banyak-banyak untuk babah. isa sayang babah, isa baca fatihah untuk babah selalu. babah suka."



isa angguk lagi. isa balas pelukan saya. dia lap air mata saya. 

Ya Allah.. anak yang sorang ni.. babahnya selalu kata "sulaiman tu peneman mama, isa penghibur mama" 

_________________________________________

hari ni 7 tahun yang lepas, saya dan husband atas gunung pine tree hill. kali pertama jumpa tapi entah kenapa macam dah lama kenal. sebab sifat peramah dan selamba dia agaknya. 

memori tu akan sentiasa berputar. kenangan untuk di ceritakan ke anak cucu. 





 

Wednesday, June 24, 2020

BALIK KEDAH KALI PERTAMA WITHOUT YOU



once bila pm kata dah boleh rentas negeri, saya terus nak balik kedah. dah tak sabar sangat dah time tu. boleh rentas negeri 10 jun. nasib baik saya teringat yang sulaiman ada appointment kat hukm 12 jun. 

maka bersabarlah sampai 12 jun. then teringat pulak yang saya dah sign up for live class website 16 jun. berhuhuhu la sy sabar nak selesaikan class tu dulu. 

cakap kat MIL, nak balik kot 18 ke 19 jun. then tak jadi pulakkk.. dugaan kurta bermacam-macam dugaan then ada stok nak smpai 19 jun. bertangguh lagi.. 

in the same time masa saya kata nak balik kampung ni, semua duk pakat risau. saya nak balik drive sendiri. either viva or kelisa. saya decide nak balik dengan kelisa. sebab kelisa tu dari sebelum pkp lagi plan nak anta ke kedah untuk MIL pakai. 

tup tup tup pkp punya pasal, kelisa tersadai 3 bulan. bertambah risau la semua orang. saya nak drive kete yang dah 3 bulan tak usik. nak drive bawa sekali bebudak lak tu.. 

end up tetiba adik ipar mesej. mak suh adik naik bas ke kl. amik kelisa bawa pi bengkel and check. then amik saya if saya nak ikut sekali balik kampung. 

hhaaaaaa memang melompat la nakkkkkk ikutttttt.. 


bebudak la sakan nak balik kampung. dari awal pagi lagi dah bersiap. saya dah bawa gi tengok babahnya semalam. jadi pagi tadi takde kalut sangat nak siapkan bebudak dan masak bekal sebelum adik ipar mai amik kami. 

sempat singgah kat ipoh. jumpa kak yati (kakak pada sahabat suami juga dah meninggal, mazlan huhu AL FATIHAH) 

kak yati sambut saya dengan muka sedih. salam dan peluk kak yati kuat-kuat.kak yati kata kak yati sebak. terus saya potong. 

"kakkk.. tak mau sedih-sedih.. su okeyyyy" saya senyum semanis-manisnya

sempat tumpang solat rumah kak yati. bak kata suami saya, "amik berkat" hahaha memang perangai dia lebih rela cari rumah kawan-kawan sepanjang perjalanan travel daripada stop kat R&R. 

sambung perjalanan dari ipoh terus straigth ke alor setar. alhamdulillah pukul 9 lebih camtu kami sampai rumah kampung alor janggus. akhirnyaaaaaaaa

di sambut dengan suasana yang meriah. kebetulan rezeki kami, unplanned sepupu-sepupu suami pon balik kampung juga sama-saman hari ni tapi diaorang gerak lebih awal. 

sakan bebudak main sampai 11.30 malam baru geng mak tarik anak masing-masing masuk tidur. hahahaha kalau tak tarik tadi mau sampai ke subuh agaknya bebudak ni main. 

ni semua bebudak dah tidur. saya berjaga kejap.. siapkan "to do list" hahahaha boleh siap ke tuuuuu? 

__________________________

awak... saya dah sampai kampung awak. alhamdulillah.. saya tak kan lupa pesan awak. 

jangan tinggalkan keluarga awak
jangan tinggalkan kawan-kawan awak

insyaAllah.. biar pun pedih sebab saya masih terasa sayu bila suasana meriah berkumpul ramai-ramai bersama keluarga awak, saya cuba kuat. saya tahan air mata. saya lempar gelak tawa dan senyuman semanis-manisnya. 

saya buat semua ni untuk sulaiman isa. demi sulaiman isa. awak nak sulaiman isa membesar dalam suasana "kemewahan kasih sayang keluarga awak" 

insyaAllah.. 

awak.. saya rindu.. rindu yang tak tertanggung.. andai awak ada datang tengok saya, tolong peluk saya. saya nak serap semua kekuatan dan semangat awak. 

miss u

miss u so much

Al-Fatihah




Monday, June 22, 2020

DAH KENAPA?



macam biasa, setiap hari tengok kat memories facebook. tetiba hari ni terjumpa status suami 5 tahun lepas and saya pulak reply camtu. 

dah kenapa???

saya cuba ingat balik? hmm i cant recall

so saya biarkan.. saya tak paksa diri untuk cuba ingat balik. 

coz for me right now, biarlah saya ingat yang indah-indah je. 

gaduh? hahaha kami ni hari-hari gaduh. ada je benda yang nak buat kami gaduh. dah macam hobi. so now bila dia dah takde. huhu.. sunyi~ sangat-sangat sunyi

saya rindu nak bergaduh. 

saya ingat lagi husband cakap satu hari tu

Different between us: 

"you always talk about breaking the relationship and i talk about making it work" 

saya memang suka gaduh sebab saya nak dia pujuk. sengajaaaa

now? hmmm.. gaduh la sorang-sorang. takde sape nak pujuk dah. 

padan muka.. huhu

Thursday, June 18, 2020

KALAU AWAK DAH KAYA, JANGAN LUPA SAYA YE

“KALAU AWAK DAH KAYA, JANGAN LUPA SAYA YE”
awak ingat lagi awak cakap camtu?
________________________________________

“ni Dr Wan dan Prof cakap saya mungkin lama bed ridden atas katil. mungkin belum dapat masuk sekolah. awak nak buat apa kalau gaji saya mungkin kena potong?”

“saya meniaga je la macam biasa. tambah lagi agent dan dropship. kalau ada peluang, saya buat event yang kita dah rancang dengan Dr Fauziah tu. insyaAllah boleh je”

“kalau awak dah kaya, awak jangan lupa saya ye”

spontan dalam hati saya berkata

“Ya Allah, andai satu hari nanti aku kaya dan aku lupa suamiku, jangan Kau kayakan aku, Kau kayakanlah suamiku”

masa tu awak baru keluar dari ICU, Doktor bagitau awak tak boleh masuk kerja. sekurang-kurangnya lebih kurang setahun. sedangkan cuti sakit barah awak tinggal beberapa bulan je lagi.

iya.. kita sama-sama susah hati memikirkan income. kita mula merancang apa nak buat untuk pastikan kita tak keputusan duit.

keputusan saya masa tu, saya serahkan semua “Teratak Biduanda Ent” untuk awak uruskan. maksudnya semua keuntungan selepas hari tu, jadi milik awak sepenuhnya.

saya pula dah mula nak merangka kerja untuk mulakan “anak baru” Teratak Biduanda Events. saya dah register SSM dari bulan 5 tahun 2019.

sejak hari tu, awak makin bersemangat. awak buat logo baru untuk teratak biduanda. nak di jadikan cerita, awak buat nametag khat. nametag sangat-sangat mendapat sambutan. saya nampak perubahan ketara, awak makin gigih nak meniaga. seolah-olah awak tak sedar yang awak bed ridden.

tak lama lepas tu, awak pergi. 14 november 2019. perit jatuh bangun selepas awak dah tak ada, saya gagahkan diri sekental-kentalnya. lillahitaala. moga Allah permudahkan.

Allah makbulkan doa saya. awak kaya-raya dengan doa. hampir seluruh malaysia mendoakan awak.

terima kasih Allah.

bullet goes forward ONLY AFTER pressing the trigger backward.

You shout it out

But I can't hear a word you say

I'm talking loud not saying much

I'm criticized but all your bullets ricochet

You shoot me down, but I get up

I'm bulletproof nothing to lose

Fire away, fire away

Ricochet, you take your aim

Fire away, fire away

You shoot me down but I won't fall, I am titanium

You shoot me down but I won't fall

I am titanium, I am titanium, I am titanium, I am titanium

Cut me down

But it's you who has further to fall

Ghost town, haunted love

Raise your voice, sticks and stones may break my bones

I'm talking loud not saying much

I'm bulletproof nothing to lose

Fire away, fire away

Ricochet, you take your aim

Fire away, fire away

You shoot me down but I won't fall

I am titanium

You shoot me down but I won't fall

I am…


tak mungkin saya lupakan awak.  hari ni 17 jun 2020 penuh rumah dengan barang-barang stok meniaga, semuanya hasil dari “duit” awak. duit pampasan insurans yang dh faraid bahagian saya. duit khairat kematian JPA, duit claim harian, duit return ubat and duit return petscan . 


semuaaaaaaa saya benamkan dalam modal barang meniaga. takde tinggal langsung. 7 bulan tanpa pencen, saya dan anak-anak hidup atas hasil keuntungan meniaga ni. tak ada simpan langsung? ada. nafkah rm50 sebulan then up rm100 sebulan selama 5 tahun 7 bulan nikah. 


insyaAllah.. mohd izzuddin zainal.. moga Allah temukan kita semula satu hari nanti. rehatlah sayang.. tunggu saya kat sana.. 







Tuesday, June 9, 2020

TOTAL BODY IRRADIATION

TOTAL BODY IRRADIATION 
nama treatment ni atau singkatannya TBI 

Macam radiotherapy tapi tembak ke SUM-SUM TULANG. maknanya tembak seluruh tubuh yang bertulang, jari jemari tangan kaki pon tidak berkecuali. 



Garisan merah tu la kawasan yang nak di tembaknya. So kena make sure posisi husband dalam kawasan yang dah di tanda.


Sebab sum-sum tulang kan dalam tulang, jadi nak tembak sum-sum tulang untuk melemahkannya/mematikan camtu. nanti nak masuk sum-sum tulang penderma (abang suami saya). Proses ni di panggil transplantasi sum-sum tulang. 

Genap setahun. Hari ni, tahun lepas saya focus untuk habiskan 5 sesi TBI ni. Nampak angka tu macam simple. Compare radiotherapy yang biasanya minimum pon 10 sesi. 
Tapi bezanya, radiotherapy paling lama yang husband penah buat pon tak sampai 10 minit. 

Mula masuk kepala dulu sampai pinggang


TBI ni.. sesi pertama dah makan masa 4 jam. Sepatutnya sesi pagi tu selesai 2 jam then sampai sesi ke-2 lagi 2 jam petangnya. 
Eh kejap.. saya bagi jadual details sesi tu. takut kang tak faham lak.. 
5 sesi = 1 sesi estimate 2jam = 1 hari ada 2 sesi = 2 hari setengah untuk 5 sesi tu

Then siap part upper body, pusing pulak untuk lower part. For lower part tak payah pakai topeng and kepala dah boleh lapik bantal. Lega sikit part ni.



Kiranya camni :
28 may 2019 - pagi 7.30 dr hukm naik ambulance ke pcmc. Buat TBI hampir 4 jam lebih sebab mesin cepat panas. Terpaksa stop banyak kali bagi mesin sejuk. Plus ada sikit2 masalah teknikal. Jadi sesi petang tunda ke hari esok. 

29 may 2019 - pagi 7.30 naik ambulance lagi dari hukm ke pcmc. Sesi ke-2 pagi tu alhamdulilah dah dapat rentak. 2jam lebih sikit. Tengahari naik ambulance ke hukm. Husband lunch rehat makan ubat solat and sebagainya. Pukul 2pm naik ambulance semula ke pcmc untuk sesi-3 lagi 2 jam. Habis almost 6 petang and hari tu rezeki husband ternampak hans issac. Aiman (nurse) layankan ajeee husband suh aiman tolak wheelchair laju2 pi kejar hans Isaac 

Sakannnn. Nelofa ada sekali tapi husband nak hans issac je 😅😅

🤦🏻‍♀️
30 may 2019 - macam hari2 yang sebelumnya, naik ambulance hukm-pcmc pagi then balik semula tengahari. Pastu ke pcmc semula after lunch. Waktu tu bulan puasa. Kami yang meneman ni saya dah tak ingat saya buka puasa macam mana waktu tu. sebab saya rasa saya dah macam zombi. Focus 100% kat husband untuk habiskan sesi tu. 

Kenapa? 
Haaa.. part ni saya tulis untuk bacaan sulaiman isa satu hari ni. Perjuangan babah untuk terus buat treatment dan pengorbanan mama yang terpaksa tinggalkan dorang. 


Sesi pagi hari ke-2 lebih kurang dah sejam husband dalam topeng putih tu, dia almost give up. Dia dah nak minta buka and nak stop. Sebab sakit kat tengkuk and tangan. Sakit kat tengkuk tu sebab kepala husband hanya berlapikkan plastik. Tangan kiri pulak di tekan dengan pemberat selimut sebab kena masuk dalam lukisan yang dah buat waktu stimulation. Husband tak boleh bergerak langsung. Bahaya if tertembak organ or radiologist risau if terkena saluran pemakanan. Lebih kurang macam tu. saya dah ingat2 lupa. 

Jadi atas kerjasama radiologist pcmc yang sangat baik hati, mereka izinkan saya untuk masuk teman husband bila mesin dah panas. Macam take a break 10 minit bagi mesin sejuk semula. 

Satu moment yang saya masuk teman tu, husband pegang tangan saya. Spontan air matanya mengalir sambil dia kata “i love you” 

Arghhh.. saya dah runtun. Sebab saya tahu saya kalau dah sampai tahap tu, maknanya “perit” lah bagi suami saya. Selama setahun pelbagai treatment chemotherapy and radiotherapy, bermacam2 lagi kesakitan relapse berulang2 kali, husband tak pernah sampai tahap mengalir air mata and sebut “i love you” macam tu. 

Modal saya memang takde lain. Buka video anak2 main. Bagi husband tengok. Actually husband tak dapat tengok sebab topeng tu ketat sepadat2nya menekan muka and badan husband. Jadi sekadar boleh dengar sipi2. Dah la dengan bunyi mesin tomotherapy tu pon bising. 

TBI ni once dah buat, no turning back dah. Puas jugak pujuk husband masa sesi pagi hari ke-2 tu. kebetulan pulak semalamnya kami dapat result pet-scan yang husband akhirnya remission. Jadi saya mohon habiskanlah treatment transplant ni sampai selesai. Macam2 janji yang saya tabur. Antaranya janji tunggu tepi pintu, once mesin stop je saya terus masuk tengok dia. 

Penat? Takde perkataan yang sepadan dengan keadaan saya and husband masa tu. rasa apa pon tak tau masa tu. 

Dalam tempoh 3 hari, ulang alik hukm-pcmc 2kali sehari pagi dan petang. Tambah pulak bulan puasa. 

But finally semuanya berakhir dengan baik. TBI tu boleh kata berjaya. Transplant berjaya. Alhamdulilahhhh with very minor effect. Tekak berdarah sikit dalam 3 hari then semua okay 👌 takde yang serius. Syukur. 

Husband kata dalam banyak2 treatment TBI paling perit masa nak buat tapi paling mudah bila dah settle. 
Maksudnya bila chemo, lama side effectnya macam mabuk, hilang selera makan and so on. 

Baru satu sesi dah burn kulit husband macam berjemur reff bola seminggu bawah terik matahari. Si manja ni.. nak bawah ketiak wife jek bila sakit. Manjaaaaa tak terkata.


TBI ni seksanya 2-3 jam keras badan kena sepit nak masuk dalam mesin buat lain2nya lega tak rasa pape. 

Syukur. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Pcmc benarkan saya amik gambar and video. Saya rasa sebab pcmc hospital private kot. Untuk promotion and marketing maybe? 

Kenapa ke pcmc? Hukm takde servis TBI. Hanya sjmc or pcmc. Jadi kami pilih pcmc sebab ada pakar Doc zack dari pcmc yang setiap hari rabu consult patients bmt hukm. 

Last but not least semua yang terlibat secara langsung mahupon tak langsung sepanjang TBI ni 🙏🏻 terima kasih yang tak terhingga. Nurse2 yang silih ganti mengiring kami setiap sesi, driver ambulance, radiologist and prof, doctor2. Allah saja yang mampu membalas jasamu. 

Buat suamiku
Mohd izzuddin bin zainal 

Semangat dan kekuatanmu sentiasa hidup dalam hati kami. Yang tertanam hanya jasadmu. 

Al Fatihah 

I love you. #kirimsalamsemua

  genap sebulan dah saya pindah kedah. akhirnya..... saya sendiri tak sangka saya betul2 pindah ke kedah ni. kekuatan yang bukan sikit2 kepu...