berakhir la sudah cuti panjang cikgu a.k.a suami saya
tak terasa pon cuti
sebab cikgu start cuti lambat
cikgu ketua pengawas spm
so cuti dia start 3 Dec bukan 22 Nov
tapi kira bersyukur la cikgu banyak cuti
kalau nak banding dengan orang lain
Alhamdulillah
tadi cikgu balik je sekolah saya repacking
bag baby
bag saya
bag cikgu
untuk bawa pegi klinik
*insyaAllah bakal bersalin kat klinik Perdana Specialist Maternity Center*
*kebetulan sedondon merah hitam..
beli bag asing2 and tak terpikir pon nak sama kaler*
sambil packing barang tu
2-3 kali gak la saya panggil cikgu
yang tengah mengadap cermin muka lama sangat
bukan jauh pon
5 kaki je jaraknya
cikgu kata "iyaaaa"
saya muncung panjang kalah muncung buaya
cikgu : kejap la.. saya tengah korek hidung ni
-_______-
cikgu : nak saya korek hidung pastu calit kat awak?
-__________________________________-
cikgu : saya tengah bersihkan hidung ni.. nak ke saya kuar pastu orang nampak taik hidung and bulu hidung panjang2 then orang cakap isteri dia tak jaga laki..
saya : owhhh.. nak cantik2 untuk orang tengok. bukan untuk isteri..
zzzzzzzzz
cikgu : budaya.. manusia.. prejudis.. kalo suami selekeh orang cakap bini dia tak pandai jaga laki. kalo bini selekeh, orang cakap bini dia tak pandai jaga diri. perempuan je yang selalu kena..
saya : betul!!! selalu saya dengar jangan sambut suami balik keje dengan busuk2 tak mandi and selekeh. sedangkan lelaki kat umah pakai kain pelikat dengan pagoda and perot boroi pastu bulu ketiak panjang macam penyapu.. eeeeeeeeeeee!!!
cikgu : see... tak adil kan?
*dalam hati : nasib baik ketiak cikgu wangi.. opss!!*
pastu cikgu duduk depan saya usap2 perut
*bahagia*
p/s : lupa yang jari cikgu tadi dia korek2 hidung belom basuh lagi.. alamak!! ishhh
perasan suara tu sedap sangat macam kris dayanti ke?
*muntah purple*
huhu.. sob sob..
TAKUT!!
cuak gak la dah nak dekat2 due ni kan
persiapan?
so far Alhamdulillah
almost everything dah siap
cuma satu je belom
TUKANG URUT
huhhhhhh.. pening!
bukan takde.. banyak!! berlambak!! pilih je mana yang nak..
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~
haaaa.. "tapi" ni la kan yang jadi isu nyaaa~
Al-Kisahnya camni
mak saya dulu..dulu.. dulu.. dulu..
32 tahun lepas la
masa bersalin kakak sulung saya
kantoi dah umur kakak saya kan
hahaha
macam biasa panggil la tukang urut yang jiran2 keremen
entah apa yang tak kena
tiba-tiba
susu yang banyak giler menitik2
sampaikan mak saya terpaksa buh towel kecik
zaman dulu belom ada feeding pad kot
then lepas urut susu tu STOP!!
-_______-
ibu mana yang tak meraung kannnnn..
rezeki anak yang banyak giler depan mata tetiba berhenti camtu je
lain laaaaaaa kalau dari awal lagi memang dah takde susu
tu kira lain la cite nya kan
setelah hasil bedah siasat
siap panggil forensik bagai
rupa2nya tukang urut tu memang tak pandai urut orang lepas bersalin!!!
adoi
nak salahkan siapa?
sebab kes yang camtu la saya sampai hari ni
pening pening langau
tak tau nak pilih yang mana satu
dah la saya bakal bersalin kat johor
bakal berpantang kat johor
tempat yang asing untuk saya yang baru 9 bulan pindah kat sini ikut cikgu
memang la cikgu dah almost 10 tahun kat johor
dari zaman maktab
praktikal
sampai la posting pon kat johor ni
ex gepren merangkap 1st love cikgu pon orang johor
opsss!!
doakan saya dapat bertemu jodoh dengan tukang urut atau bidan
yang baik
yang elok
yang menyabar
yang pandai dalam bidang2 ni
yang mau kongsi pengetahuan
yang mau kongsi pengalaman
yang
yang
yang
sume2 je la
AMINNNNNNNNNNNNNN..
p/s: bersiaran guna netbook. entry sebelom ni guna pc. nak tau sebab apa? sebab cikgu nak potong wifi kat umah ni. cikgu cakap 20G wifi tu saya tak guna pon. bazir bayar je. tetiba terus rajin nak update blog, tetiba nak download macam2. wakakaka.. apps blogger ada je dalam fon. tapi dah dasar PEMALAS tak dapat nak kata pape.
hari ni dah 22 weeks and 4 days. sekejap je masa berlalu. pace 2 kot timeline life sy ni.. haha (runner je yang faham maksud pace tu)
tak lama lagi dah nak masuk 3rd trimester.. dup dap dup dap..
baby bump? hmmmmm.. (long silent)
sengaja buncitkan perut sebab nak bagi nampak dalam gambar ni.
hakikatnyaaaa.. alahai..
ramai yang tanya. ramai yang tegur. ramai gak yang tak heran.
yang tak heran tu saya suka. yang tanya and yang tegur tu buat saya entah la tak tau nak cakap..
maybe.. maybe laaaaa
dari dulu lagi saya takut tengok perut orang mengandung. takut meletop!!
ishhh.. ntah camne la saya boleh bayangkan perut orang meletop pulak..
!! POOOMMM !!
-________- hew hew hew..
so now maybe Allah beri saya baby bump kecik je..
kot.. kot.. (tengah takut wehhh)
cuak gak sebenarnya sebab ada orang kata nanti 7 bulan ke atas nampak la perut.. huuuu.. seram!!
pastu since pregnant ni memang sakan sangat mimpi. mimpi ntah pape. merepek!
ada satu pagi tu terjaga sebab mimpi dah mengarut sangat. terus nangis sedu sedan.. kesian cikgu pagi2 buta puas nak pujuk saya nangis sebab mimpi je..
entah la.. tak tau nape asyik mimpi. tido malam memang sah2 mimpi. tido siang pon mimpi gak.. penat hoii..
kalau ikutkan hasil bacaan saya, memang time mengandung ni ibu yang hamil akan mimpi macam2.
maknanya ada lagi 27 minggu la lebih kurang saya kena bertahan dengan mimpi2 ni.
tu kalau lepas bersalin mimpi tu hilang. kalau tak hilang camne?
tadi pegi check lagi. lepas cikgu tanya2 kat kawan dia mana klinik/hospital pakar area sini and akhirnya ke Perdana Specialist Maternity lah kita. kat taman universiti around 15-20 minit dari rumah.
insyaAllah bakal bersalin kat situ..
huhuhu.. agak2 kalau tengah sakit nak bersalin tu boleh sabar ke 20 minit perjalanan?
errrrrrr.. gulp!!
scan kali ni dah ada bunyi jantung baby!!!
*kelip2 mata*
around 7weeks dah.
*speechless*
dupdup.. dupdup.. dupdupp..
*ahhhhhh*
bunyi yang paling indah. rasa macam nak tangkap bunyi tu and simpan dalam telinga. haiyooo.. melampau la pulak..
air mata dah berlinang. cikgu kata dia rasa bulu roma dia meremang.. hahaha
Assalamualaikum baby~
mama seriuosly cant wait to see u! rasa macam nak amik kiss kiss kiss peyukkk peyukkk then letak balik dalam rahim. boleh? purrrrrr... over kot..
babah pulak cakap dah tak sabar nak azankan. alolololo.. sejukkkk sangat hati/jantung/limpa/buah pinggang saya dengar ayat tuuuu...
for now close family and kawan paling rapat je tau. cikgu tak bagi post anything kat fb, insta or pape je. neither kat personal fb saya tempat saya simpan all my pict. kedekut!!!!
dia trauma sangat. lepas tau je saya pregnant dia cerita kawan dia punya happy wife pregnant sampai post sana sini. then gugur and sampai hari ni belom ada rezeki lagi.
rutin setiap hari khamis gi main badminton then kami ramai2 lepak minum kat mamak.
tapi last week....
tetiba kawan cikgu bersuara "adik ipar aku pagi tadi punya seronok bagi tau dia pregnant. petang tadi gugur lak"
perghhh..
cikgu pandang saya
saya pandang cikgu
*sunyi*
fine!! for the 1st 3month ni kena diam. tapi kat blog ni..... i dont care!!!
nak gak update! wekkkk.. 3 orang je follower. takde sape pon baca blog saya.
kan kan kan..
neway saya doakan kawan cikgu and adik ipar kawan cikgu bakal terima berita gembira jugak soon.. aminnnnn..
ini pulak saya tadi lepas main bowling ngan geng2 cikgu. group kami kalah. hahahahhaha.. masing2 ratu/raja longkang.. kih kih kih..
tak payah zoom pict tuuuu.. memang belom nampak baby bump nyerrrr.. hihihi..
nak cite pasal frust dulu then baru cite pasal simptom.
sebab memang tengah frust menonggeng sangat2 ni. nak rosakkan bahasa - frust teramat sangat sekali. (kalau saya sebut depan husband konpem kena tegur kesalahan tatabahasa)
cehhhh..
mentang2 la dia tu cikgu. tapi dia cikgu BI apa kena mengena? eh?
tengah frust niiiiiiiiii..
now dah masuk bulan rejab. tak bape bulan je lagi nak puasa. since pindah ke negeri johor mata saya ni meliar je mencari kedai2 supplier barang meniaga roti john.
kat KL 2008-2013 saya meniaga roti john kat bazar ramadhan kampung kerinchi. kalau sesiapa yang penah beli tu memang tau sangat la kena beratur baru dapat.
ni time 2011-2012 ntah. lupa..
ondeway kurus. berat 80kg camtu kot.
ni pulak last year. 2013.
alahai rindunya kat customer2 regular saya lebih2 lagi yang kecik tu.. tiap2 hari datang dengan mak atau abang dia.
mak dia siap pesan tolong buatkan je satu roti john tiap2 hari so dia tak payah nak beratur panjang.
tahun ni tak merasa la adik tu makan roti john saya buat.
huhuhuhuhu.. *lap hingus*
so planning nyaaaaa saya rasa macam nak meniaga kat kulai ni.
TAPI
80% barang (jenama) bahan mentah yang saya guna untuk roti john saya takde kat kulai ni. dah puas saya merayau dah.
bila saya sebut "mayonis jenama "....." ada jual tak?"
jawapan yang saya dapat :
*krik krik krik*
lamaaaaaaa lepas tu baru orang tu jawab "tak pernah dengar jenama tu la kak"
hooiiitttt.. sape akak? saya muda lagi tau!! eh? muda lagi ke? opsss!
menonggeng kuasa dua :
1. sebab barang tak dapat
2. sebab since lepas kawen ni asyik orang panggil akak. hampeh laaaa.. dulu adik tau!!
fine. tutup cerita frust.
jom buka cite simptom pulak..
hmmmm.. saya gatal2 area leher, dada, bahu and kelipat tangan. start gatal2 ni before saya tau yang saya pregnant.
is it simptom pembawakan budak?
eh!!! salah gambar.. hahaha.. rindu sangat kat kucing saya ni. hope dia kat KL sihat walafiat. seblom saya bertunang lagi dia dah hilang. merajuk kot.. sob sob sob..
tak sempat nak kenalkan sayang(nama kucing saya) kat cikgu. but im sure cikgu menjerit terlompat2. hahahahaha!! cikgu takut kucing. *tutup mulut tahan gelak*
well..
ni alergik ke ape ekkkk?? adoi.. gatal giler and saya pon gatal jari asyik nak menggaru.
pantang berpeluh je.. gatal!!
pantang panas je... gatal!!
pantang nampak cikgu je.. gatal!! erk!! tu tipu.. hahaha
tapi Alhamdulillah.. kurang sangat2 dah sekarang ni. nak tau ubatnya?
air zam-zam. dari dulu lagi itu yang saya percaya. dulu kat KL dalam bilik saya sentiasa ada air zam-zam and air yasin dari Darus Syifa (bangi). tapi sebelum bertunang dah terputus sampai sekarang baru cari balik.
ntah tak tau nape saya suka guna air zam-zam sebelum saya cari klinik.
pilihan kedua, pergi farmasi je.
so now cikgu dah tau isteri dia ni tak suka pegi klinik and makan ubat. macam2 helah saya cipta nak elak pegi klinik. hehehehe..
tapi sekarang tiap2 hari kena makan asid folic sebijikkkkkk sekali lepas sarapan.
life saya lately macam keretapi laju yang kat jepun tu. hahaha.. terasa macam super duper fast and furious.. vrooommm!!
29 jun 2013 - 1st time jumpa
4 nov 2013 - cikgu proposed
8 dec 2013 - we got engaged
15 mac 2014 - ijab kabul
28 mac 2014 - 1st day of my last period
26 apr 2014 - im pregnant!!!!!
baru je nak biasa dengan term kawan.
dah bertunang
baru je nak ajar lidah sebut term tunang saya. dah nikah and kena belajar sebut suami saya.
baru je nak belajar hidup berdua. dah bakal bertiga.
hihihi..
Alhamdulillah.. LOVE.
menggigil time nak celup benda ni kat urine. time ni kat kampung. dah rasa semacam peod lambat datang.
pagi2 ajak cikgu gi pekan pilah. pastu sengaja singgah kat giant. tapi dah awal sangat, farmasi pon belom buka. padan muka!!!
nasib baik laaaaa cikgu nak gi toilet. adat la kalau dah membuang tu konpem lama. farmasi buka je terus beli pregnancy test ni diam2. niat nak beli cream alergic terus lupa. hahaha..
balik je terus buka then baca kat situ kata kena 1st urine awal pagi. haishhhh.. simpan dulu..
tapi tau la kannnnn.. tak sabar!!!
gi amik balik pastu terus buat. tangan pucat tak berdarah time tunggu.
blink
blink
blink
pregnant.
perghhh!!!
terus panggil cikgu. then tunjuk kat dia. muka cikgu blur. haha.. kesian..
pastu cikgu terus google bila due. amboi!!! agak2 laaa.. hahahaha..
hasil google :
terus saya melompat cakap im gonna deliver on 1 jan 2015. hahaha.. excited terlebeyyy~
benda pertama cikgu beli lepas tau saya pregnant : thermos air panas!!!
comel tak? saya and cikgu suka yang old school ni. bukan takat antik je tapi memang air panas tahan lama.
after 2 days urine test positif and tengok period tak datang jugak saya and cikgu pegi klinik.
muka saya menahan shi shi. hahaha.. tak boleh tahan oiiii.. sebab saya google and baca info2 camne nak scan. kena tahan shi shi and pastikan pundi kencing penuh. berbaloi la tahan shi shi sebab dapat tengokkkkkk ..... dot dot dot..
tak tau nak panggil ape.. benih? janin? ke panggil baby? hahaha.. tapi kami panggil dengan satu nama. ahaks!!! giler excited sampai nama pon dah ada :P
ye laaa.. ucapan kita tu kan satu doa. so doa la mudah2an baby lelaki bila sebut nama tu hari2.. aminnnnn..
tuuuuuuu dia.. kecik lagi.. time scan ni saya and doc je.
bila cikgu dengar doc cakap "haaa tu dia" terus saya dengar suara cikgu "saya nak tengok boleh?"
hahahahaha.. super cute suara cikgu time minta izin doc.
ngeeeeee.. pastu terus gi beli susu. bermacam2 jenis susu. sampai 4 jenis. huhuhu
1. enfamama
2. anlene
3. fresh milk (xde dlm pict)
4. coklat milk (xde kena ngena tp mengada nk jugak)
yang anmum tu klinik bagi free.
hehehehehe.. start from now hari2 minum susuuuuuuuuu~
current weight 66kg
dah start tengok youtube yoga for mommy to be.
diet saya banyakkan oat.
Ya-Allah
aku bersyukur pada-Mu.
kau pinjamkan suami yang terbaik buat ku.
yang menyayangi ku, yang membimbing ku.
kau pinjamkan benih di dalam rahim ku. insyaAllah
akan ku jaga sehingga lahir di dunia ini.
insyaAllah
akan kami didik semoga satu hari nanti menjadi anak yang soleh dan berjasa pada agama, bangsa, negara dan keluarga.
suami,
terima kasih untuk kasih sayang yang tidak terhingga. terima kasih dah membimbing saya. terima kasih menjaga saya dan benih cinta kita.
ni lagi satu.. title tak boleh blah.. hahaha.. nasib la korangggg..
hari ni 21 APRIL 2014. kalau tahun lepas, 21 april 2013 hari ahad. masa tu saya kat atas puncak gunung datuk, rembau.
kami naik tengah malam. sampai atas sebelum pukul 4 pagi. tengok matahari terbit and breakfast kat atas.
time ni masak la ape sekali pon. semua benda sedap. hahaha..
nak di jadikan cerita..
semua lineup gerak dari KL. saya pulak dari kampung. seri menanti je tak jauh dah ngan rembau. sebab sengaja boleh bawa mama balik kampung.
malam tu lebih kurang pukul 9 camtu kot tetiba ada incoming call no yang saya tak kenal.
"hello, saya nak tanya pasal gunung kinabalu la"
adoi..
"saya minta maaf. saya bukan agent untuk naik gunung kinabalu. tapi saya boleh tolong kalau nak. saya ada no fon sana and awak boleh call diaorang direct tak payah pakai agent."
dang!!!
tahun ni no yang saya tak kenal tu dah sebulan 6 hari dah jadi suami, imam dan teman saya.
hehehe.. besar perancangan kita, besar lagi perancangan Dia yang kat atas tu.
pejam celik pejam celik dah sebulan saya halal di sisi cikgu. cepat je masa berlari dan berkejar-kejaran.
dah seminggu jugak la saya berhijrah ke bumi johor ni. malam tadi cikgu cakap hijrah tu perjuangan, pengorbanan dan sabar.
fuh fuhhhhh.. kena banyak sabar. memang la kalau nak di bandingkan dengan KL tu jauh sangat bezanya.
hari ni tak tau nak buat apa.. tiap2 hari saya tengok pokok mangga kat depan rumah. lebat pokok tu berbuah. saya jakun sebab kat KL tak merasa nak makan buah free camni. hahaha
rumah ni dua tingkat. jenuh jugak la bila fon tertinggal kat bawah rasa malas giler nak gi amik. nampak tak dasar pemalas tu? hahahaha..
hari ni dah tarak boleh tahan la tambi.. manyak geram tengok itu buah.. gegege.. akhirnya lepas husband gi sekolah saya pon berubah jadi monyet.. kekekekeke..
guna app camera! then set timer.. kecet kecet kecet dia snap pict budak ni petik buah..
mengidam ke?
BELOM laaaa..
saya up kat fb pict ni.. tetiba cikgu komen
hahahahaha!!! terkezut bewukkk laki saya.
apakan daya.. kaki saya dah gatal nak memanjat.. baru je turun gunung bujang melaka minggu lepas tapi tak puas kot..
kesian cikgu sebab dapat isteri nakal camni.. huhuhuhu..
UPDATE 18/4/2014 :
semalam saya upload entry ni sebelum cikgu balik sekolah. dah agak2 setengah jam lagi cikgu nak balik saya cepat2 turun bawah gi dapur. masak keropok untuk minum petang yang sebenarnya dah masuk dinner time.
fon saya pulak tertinggal dalam bilik kat atas. macam saya kata laaaaa.. giler malas nak gi amik.. hoi ape ni malas2? hahaha..
ngam2 cikgu sampai keropok pon tengah panas. memang layan laaaaa.. habis!! licin lucau~ *berbunga hati bila penat2 masak and husband makan sampai licin* auwwwww~
pastu cikgu cakap "saya ada buah tangan untuk awak. ada kat dalam kete, seat belakang".
perghhhh!!! *terus melompat* berlari pegi tengok belakang seat kete..
nak tau ape buah tangan cikgu bawa?
nah!!!!
padan muka saya... padan mukaaaaaa..
pastu dah kul 11 malam camtu mak mertua call tanya kenapa saya sampai panjat bumbung rumah. hihi
adoi.. kesian cikgu nak kena jawab.. huhuhuhu.. sebelum tu mak njang cikgu text pasal benda yang sama gak.. adoiyaiiiiii..
iyaaaa.. takmo buat lagi dah.. pomishhh.. *angkat tangan kanan macam budak sekolah ikrar rukun negara*
cikgu cakap nak macam banyakkkkk sebab konon2nya lepas ni cikgu nak diet.. layankan je laaa.. haha..
hot milk vanilla tu sedap!!!
baked fish rise cheese 5/5 bintang.
mee wantan tapi mee dia halus tak macam mee wantan biasa.. 3/5 bintang.
creme brulee (betul ke eja?) 6/5 bintang!! superb sangat la tu.. sebelum ni kat sweet hut tak sedap..
ni kek batik 5 minit. hahaha.. sempat la buatkan kejap..
location celebrate birthday cikgu : moonlight cake house bukit indah, johor.
super duper awesome tempat ni!!!
pukul 12am 15 feb 2014 tapi lambat beberapa minit sebab plan last minit dengan pekerja cake house tu minta buka lagu hepi besday. hahaha..
saya dari belakang bawa kek and cikgu dah gelabah.. hahahaha..
satu cake house tu bergema lagu "happy birthday to you".
thank you sentul (kawan cikgu) temankan kami sekali malam tadi.
layan video la yeeeee..
macam2 and banyak sangat benda saya nak wish. dah susun ayat dalam kepala. last2 saya speechless.
from his lil sis :
nothing much i can do so this is the best i could give for this moment, HAPPY 28th BIRTHDAY BROO~!!!! thank u for becoming a very very very fun big brother, nourishing the family with love and care, even suka tabuh, cubit, sepak org ttba!!! but that just make us to miss u more and more and more~~ glad to have u in life brother. pray to God to give u HIS blessing forever in dunya and hereafter, making u stronger day by day in sha Allah.. and never fail to reach your happiness,,amin. love u forever and always~ all the best for your next stage of life !! ♥♥♥ BUDIN LEJEN. *bro salah English pm
saya jalan kat belakang cikgu. ikut je kaki cikgu sampai la ke anjung masjid negara. mulut dia pok pek pok pek cite pasal dia dapat salam sultan kedah. bukan main seronok dia tunjuk video salam sultan kesayangan dia tu. ye laaaa.. cikgu kan orang kedah.. saya orang KL. takde sultan. hahaha..
cikgu berdiri kat hujung anjung masjid negara tu..
tiba2 cikgu cakap :
awak, di dalam rumah Allah ni sudi tak awak menjadi isteri saya? menjadi teman hidup saya di dunia dan juga di syurga. menjadi mama kepada anak anak saya. dan bersaksikan rumah Allah ni, saya sayang awk saya cintakan awak seikhlas hati lillahitaalla. lillahitaalla sudikah awak terima?
air mata saya bergenang. kaki saya bagaikan tak jejak bumi. tubuh menggigil tak payah cite la..
sebenarnya saya dah blur. dah macam nak pengsan pon ada. lebih kurang camtu la ayat2 cikgu. yang saya ingat and jelas saya dengar "rumah Allah, teman hidup, lillahitaalla".
tangan saya pegang kuat pagar sebelah saya tu. dengan harapan saya tak jatuh tergolek kat situ. kang tak pasal2 lain pulak ending cerita ni. cikgu kena sambung propose kat hospital sebab saya pengsan?? hew hew hew..
awak, saya terima. saya terima menjadi teman hidup awak. dengan harapan awak bimbing saya, bimbing anak2 saya ke syurga. dan bersaksikan rumah Allah saya terima seikhlas hati saya lillahitaalla.
fuhhhhh!!
time jawab ni rasa macam nak pecah jantung. rasanya saya lari speed pon tak teruk macam nak jawab soalan ni. bayangkan je la.. saya baru je kenal cikgu. jumpa pon boleh di bilang dengan jari. selebihnya kat wasap je berborak. saya anggap cikgu sama je macam kawan2 yang lain. cuma kami agak rapat sebab cikgu ni gila2 sikit.. hahaha..
cuma selama saya kenal cikgu dari mula saya nampak cikgu jaga solat dia. kebetulan pulak kami kenal 10 hari sebelum puasa so sepanjang bulan puasa tu cikgu puasa penuh then rajin pegi tarawih bila ada kesempatan. tu yang saya berani jawab soalan cikgu malam tu jugak.
sah! haipppp.. apa yang sah nyer? bukan akad nikah la.. hahaha..
no ring
no flower
no one knee
kat tangan cikgu pegang yasin ni. then cikgu cakap :
awak, bukan budaya kita untuk saya melamar dengan cincin bunga bagai. jadi saya bagi ni (yasin) untuk awak simpan buat kenangan.
saya speechless.
insyaAllah saya akan guna yasin ni setiap kali masa cikgu dan saya sama2 buat tahlil. dah jadi rutin kami baca yasin every thursday.
then cikgu kata lagi :
awak, saya tau awak pernah bercerita tentang 1 januari. awak nak pahatkan kenangan pada tarikh tu. tapi 1 januari tu nanti saya tak dapat nak tunaikan. dengan tu saya pilih malam ni, malam 1 Muharram 1435 hijrah untuk awak abadikan kenangan ni sampai bila2.
ok. time ni..
saya dah nak nangis tapi saya tahan. memang saya penah cerita pada cikgu tentang 1 januari. date sahabat saya pergi buat selama2nya tinggalkan saya. so saya nak bertunang/kawen/beranak on 1st january. giler melampau sampai bersalin pon nak date tu jugak.. tapi mana nak tau kan kalau Allah izikan. insyaAllah..
masa saya cerita pasal 1st january tu saya borak2 kosong je.. cerita tentang satu2nya sahabat saya. tak pulak saya sangka apa yang saya cerita tu masuk telinga cikgu and terus kekal dalam ingatan dia.. terharuuuuuuu!!!
satu2nya gambar kenangan kat masjid negara selepas cikgu melamar saya.
sebenarnya hari tu..
cikgu ajak maghrib kat masjid negara tapi cikgu terlambat sebab terlepas masuk simpang jalan rumah saya. so maghrib tu kami jemaah kat masjid Ar-Rahah belakang rumah saya je.
saya ingatkan terus isyak kat situ. tapi saya nampak cikgu keluar lepas maghrib. saya pon ikut je la.
saya pon tanya la kenapa keluar. cikgu cakap cikgu nak jugak pegi masjid negara and kejar jugak nak isyak kat sana.
rupa2nya cikgu ada agenda tersembunyi. hehehe..
cikgu kata dia nak abadikan kenangan kat masjid negara tu sebab bulan puasa lepas saya ajak cikgu tarawih kat masjid negara.
lohhhh.. sebenarnya saya ajak ramai kot.. saya ajak semua geng2 solat tarawih kat masjid negara tapi cikgu sorang je yang reply kata nak ikut. huhuhu..
tu la kan.. perancangan Allah swt.. Dia yang mengatur perjalanan kita..
esoknya siang hari Maal Hijrah tu sebelum cikgu balik johor cikgu singgah rumah mak saya. kebetulan ayah saya pon datang. terus cikgu cakap hajat dia and bagi tempoh sebulan untuk majlis bertunang.
besar perancangan kita, besar lagi perancangan Dia. Allahu Akbar..
awak, di saat saya katakan saya terima tu saya berharap awak bimbinglah saya. bimbing saya ke jalan-Nya. ke arah syurga yang kekal abadi. saya terima awak kerana agama. cinta saya pada awak kerana Allah. kerana pegangan agama yang awak genggam. sekiranya awak membelakangkan agama, maka jauhlah cinta saya pada awak.
saya kenal awak selama 4 bulan.
2 bulan sebagai tunang awak.
dan hanya tinggal sebulan untuk menjadi halal di sisi awak.
sesungguhnya, saya terima kehadiran awak dengan penuh kesyukuran. saya redha dan pasrah. saya menadah sekecil2 tapak tangan saya dan berdoa semoga ikatan ini di redhai, di berkati dan kekal hingga ke syurga.
he decided to give me bracelet instead of wedding ring.
because of ONE reason.
cikgu TANAK saya buka cincin risik and cincin tunang. terima kasih cikgu untuk cincin risik belah rotan and cincin tunang diamond ni.
one day cikgu cakap nak bracelet saya tu ada charm and loceng yang bunyi cing cing. so he can hear every inch pergerakan saya. hew hew hew.. melampau tuuu!!
then tetiba saya terfikir, why not kita tempah and create our own design?
saya terus contact kawan masa zaman study. ayah dia ada bengkel buat emas kat penang.
mula2 ingatkan jumpa tu just bagi tau kami nak bracelet yang ada charm pastu the end la.
tapi percaya atau tak yang discussion tu dari kul 6.30pm sampai kul 11 lebih baru selesai!!! break 10 minit je solat maghrib.
gila!!! tapi puas hati sangat2.
uncle (his malay but i call him uncle) seriously detail in everything. uncle berhati2 nak jumpa customer. if u all dah jumpa uncle, u will know why.
every single detail uncle lukis and tulis. uncle cakap sebab ni design ikut selera customer so he have to write down everything. if anything happen uncle akan tunjuk bukti bertulis. dang!
contohnya, customer tu nak bulat tetiba bila barang dah siap dia cakap dulu dia minta ovel so uncle will show to them bukti bertulis. haha.. tak leh tipu k.
kami dah la datang "zero idea". ternganga bila uncle tunjuk jenis2 gems and diamonds segala batu permata berlian intan payung.. ehhh uncle takde jual payung but if nak charm or cincin bentuk payung ke uncle boleh buat. hahaha..
uncle tunjuk ni untuk kami kenal and pilih... so idea pon konon2nya datang laaa.. tapi beku gak.. phewww..
ingatkan diamond tu diamond jeeeeee and beza size jeeeee!!rupa2nya macam2 cutting design and ada color2.
baru tauuuuuuu.. hahaha..
ye laaa.. ehemm ehemmm
tu diamond entah bape karat ntah dh lupa. harga puluh ribu. nganga mulut besar2!!!!
now dah tau nape uncle berjaga2 bila jumpa customer? hihi..
discuss punya discuss..
cikgu garu kepala and saya pon pening. sebab serius kami ingat just cakap "nak bracelet with charm" then bye bye uncle, balik umah, task settle. last2 ni yang jadi. berjam2. hahahahaahhaha!!!
if u all nak buat camni sila la get ready idea siap2 k. google2 la design yang korang nak. so takde la mati kutu nanti. ngeeee..
yang ni kalau tak silap diamond princess cut.
ni saya tengah pilih size diamond untuk cincin cikgu. lelaki boleh pakai diamond tapi tak boleh pakai EMAS.
then pilih diamond untuk letak kat charm pulak. terus mabuk!!! keterlaluan tengok kilau2. adehhh..
result for that 5 hours discussion. taraaaaaaa...
two tier palladium ring with diamond for him. secret la kan bape "mm" size diamond cincin cikguuuuu. hehehe.. harga pon tutup. wekk..
bahagian dalam ring tu ukir PEACE (bentuk love) BELIEVE. if muat ukir date sekali.
nape cincin cikgu letak diamond? sebab cikgu tak suka batu color2 tu. saya pulak tak nak cikgu pakai cincin kosong yang macam mainan "couple ring".
puncanya pasal kes ni :
masa pilih cincin nak bertunang. cikgu nak bagi 2 cincin. so untuk risik saya pilih cincin comel2 halus macam lidi tu. tapi cikgu nak jugak "belah rotan".
saya tanya why? cikgu kata baru nampak macam cincin risik. ohhhh.. nak bagi nampak saya ni "taken" laaa? muka cikgu time ni bangga giler.. cehhhh..
so wedding ring for him saya nak bagi nampak "u r taken too!!!"
hahahahahaha!!! *gelak jahat* fair and square. boom!
lelaki tak boleh pakai EMAS. neither emas putih sebab still ada unsur emas.
boleh pilih silver tapi silver ni bila lama2 nanti akan hitam. so salut silver tu dengan palladium. it will shine and tak kan hitam.
and ni result untuk bracelet saya. white gold bracelet with 5 charms fancy yellow and white gold. hasil idea cikgu. uhuk uhuk..
1st charm of coz la bell yang cikgu nak tu.
2nd charm BL (untuk baguk lejen).
3rd charm PK (untuk page khas).
4th charm bentuk pokok pine tree sebab 1st time kami jumpa masa trip pegi gunung pine tree and twin peak fraser hill.
5th charm yang makan masa lama sangat nak decide and akhirnya cikgu kata bentuk LOVE je. punya la lama cikgu pikir last2 bentuk love. gegegege..
white diamond nanti letak kat bentuk love then blue diamond letak kat pokok pine tree.
dengar tak suara cikgu dalam video tu? suara garang!!!! hihi..
FUHHHHH!!!! *lap peluh*
lega.... done. and now tunggu siap.
dup dap dup dap lak rasanya.
bila balik umah, sambil duduk2 termenung saya rasa sayu and terharu. terbayang2 discussion between cikgu and uncle about my bracelet.
bergelinang air mata sebab cikgu nak bracelet saya tu ada ciri2 "kami". cikgu nak saya tengok bracelet tu then ingat dia.
ohhhhh.. masa buat entry ni pon ada air mata.. aduhhhh..
thank you for loving me that "countless" much. (read it as thank you for loving me that much). uhuk..
ps : kalau boring dengan rantai or gelang yang u all pakai sekarang boleh je bagi uncle and uncle buatkan balik ikut design yang korang nak. uncle akan kira upah je.
contohkan : korang ada gelang, rantai kaki and cincin. boring dah pakai so rasa macam nak rantai leher je kan. bagi kat uncle so uncle lebur emas tu then bentukkan balik ikut design yang korang nak. kalo cincin tu ada batu boleh amik batu tu buat loket. nice!!!!
tapi jangan pulak korang bagi uncle sebentuk cincin pastu suh uncle buat rantai leher. melampau la tu!!! wakakakakaka.. sebenarnya boleh tapi uncle akan tambah emas so korang kena bayar la bape gram emas yang uncle kena tambah. simple!
untuk buat baru pulak, uncle akan kira ikut harga emas pada hari korang nak buat tu. tapi uncle sure bagi diskaun.
tempoh minimum nak tempah 3-4 minggu ikut pada "kerumitan" design yang korang nak.
tak nak buat SOMETHING SPECIAL FOR YOUR PARTNER KE?
sape nak tempah boleh call or wasap saya 0135028006.